FAMILY DAY ASIA CAMP

Family Day dan kegembiraan adalah dua perkara yang boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku. Menyebut sahaja istilah tersebut tentu sahaja ingatan kita akan terus berpusar dengan wajah-wajah kegirangan di samping pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti Sukaneka, Karaoke dan BBQ diadakan.

Justeru, jika anda sedang merancang percutian besar-besaran bersama ahli keluarga atau seluruh kakitangan di jabatan anda, maka tidak salah jika dikatakan bahawa Asia Camp adalah salah satu tempat yang menarik untuk menjadi pilihan bagi merealisasikan percutian yang menarik di samping memenuhi kriteria-kriteria untuk anda menjalankan pelbagai aktiviti sukan Outdoor dan Indoor yang mencabar dan menyeronokkan.

Family Day di Asia Camp bakal menjadi satu kenangan manis kepada anda di luar sana yang mengimpikan satu percutian bagi komuniti yang besar dan sarat dengan pelbagai pilihan aktiviti. Lokasi Asia Camp yang luas dan selesa sehingga mampu menempatkan 1000 orang pengujung dalam masa yang sama membolehkan anda menjalankan pelbagai pilihan aktiviti dengan selesa. Antara aktiviti menarik yang sering menjadi pilihan pengunjung di Asia Camp adalah Memanah, Water Floating, Abseiling, Ice Breaking, Jungle Walk, Camp Fire, Flying Fox dan Treasure Hunt. Aktiviti Indoor seperti Rebut Kerusi dan Cabutan Bertuah boleh dijalankan di dalam dewan sekiranya cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti Outdoor.

Mentari terbenam indahnya panorama, Mentari terbit muncullah bayang, Ahli keluarga berkumpul bersama, Semakin hari semakin sayang.

 

Family Day di Asia Camp telah dijalankan oleh pelbagai organisasi seperti syarikat terkenal Bella Ammara. Melalui foto-foto dan video yang dapat dirakamkan oleh pihak pengurusan Asia Camp, jelas terpampar kegembiraan dan kegirangan di wajah mereka lantaran berpeluang menikmati keseronokan pelbagai aktiviti di Asia Camp. Menikmati pemandangan yang indah dan menenangkan dengan kehijauan alam semulajadi ditambah dengan bunyi kicauan burung juga seakan menjadi satu bonus kepada mereka yang ingin melarikan diri sebentar daripada tekanan dan kesibukan berkerja di bandar. Tentu sahaja dengan menyertai aktiviti sebegini dapat memberi 1001 manfaat kepada para peserta khususnya dalam usaha untuk mengeratkan kembali silaturahim antara ahli keluarga dan mengurangkan tekanan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

TEAM BUILDING BERSAMA ASIA CAMP

TEAM BUILDING – ASAS DAN PENGENALAN

Team Building dan Kem Kendiri sangat sinonim antara satu sama lain sehingga boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku, malah boleh juga boleh diibaratkan seperti aur dengan tebing. Justeru, dalam artikel kali ini, kami di pihak Asia Camp ingin membawa para pembaca untuk lebih mengenali apa itu maksud Team Building. Di samping itu, kami juga turut berbesar hati untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai cara-cara terbaik dalam usaha mengukuhkan Team Building. Selain mengenali faktor-faktor yang mendorong kepada kepentingan pengukuhan team building ini, kami juga akan mengupas kelebihan-kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi dalam usaha bagi tujuan pengukuhan Team Building.

Seperti biasa, sinonim dengan sang raja buah yang sedang tular sekarang, ibarat kita mahu memakan isi durian, tentu sahaja kulitnya perlu dikopek terlebih dahulu. Justeru, sebelum kita mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam apa itu Team Building dan huraian-huraiannya, adalah penting untuk kita memahami maksud dan definisi team building ini terlebih dahulu. Team Building membawa maksud dalam Bahasa Melayu adalah pengukuhan pasukan. Justeru, takrifan pengukuhan pula mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah perihal menguatkan sesuatu, manakala definisi pasukan pula mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kumpulan orang yang mengerjakan sesuatu.

Justeru, apa yang boleh disimpulkan adalah pengukuhan pasukan ini merupakan suatu program di mana seseorang individu akan menyertai suatu program khas dan kemudiannya mereka akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan tersebut pula akan diberikan suatu misi, tugas atau objektif yang perlu dicapai dan dilaksanakan dalam tempoh masa yang tertentu yang diberikan sepanjang tempoh program atau kem tersebut berlansung. Kejayaan objektif pula akan dijadikan sebagai kayu pengukur untuk menggambarkan kepentingan Team Building dalam mencapai matlamat dan objektif program. Jika ada di antara mana-mana kumpulan yang tidak berjaya mencapai objektif program, maka di sinilah pentingnya semangat Team Building diterapkan dan ditekankan kepada para peserta dalam usaha untuk memastikan supaya masalah yang sama tidak lagi berulang.

SITUASI YANG MEMERLUKAN PENGUKUHAN TEAM BUILDING

Ketua pasukan perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengekalkan semangat Team Building. Sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab, beliau harus tahu apabila saat-saat genting dan konflik dalam pasukan telah menerjah masuk sehingga menyebabkan tiada lagi keharmonian dan kesepakatan dalam pasukan atau sesebuah organisasi jabatan. Konflik yang mengganggu semangat Team Buiding dalam sesebuah pasukan boleh digambarkan apabila tercetusnya perselisihan faham atau pergaduhan malah ahli pasukan dan kakitangan juga sudah mula berkata-kata dan menyampaikan khabar yang kurang enak antara satu sama lain. Sekiranya tanda-tanda konflik tersebut mula wujud dalam sesebuah pasukan, maka nyata menunjukkan bahawa semangat Team Building telah mula pudar dan dkhuatiri akan terus hilang jika tidak dicegah dengan lebih awal. Natijahnya, tidak wujud lagi kerjasama dalam pasukan tersebut dan objektif pasukan tidak akan tercapai.

 Justeru, sebagai seorang ketua pasukan, beliau perlu mengambil langkah segera untuk mengembalikan kembali semangat Team Building ini. Pengukuhan semangat Team Building adalah antara salah satu aktiviti utama di Asia Camp. Malah, tidak keterlaluan jika kami katakan tujuan utama pembinaan Asia Camp adalah untuk memberi peluang kepada individu atau pasukan di luar sana untuk mengembalikan semula semangat Team Building. Selain mempunyai ruang yang luas dan selesa sehingga boleh memuatkan 1000 orang peserta dalam masa yang sama, Asia Camp juga turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti 72 unit asrama, 40 buah dewan dan 50 orang jurulatih yang bertauliah. Ruang kapasiti dewan di Asia Camp juga cukup luas sehingga boleh memuatkan 1000 orang dalam satu masa. Kelebihan ini dapat memberikan pilihan kepada para peserta sekiranya sebarang aktiviti outdoor tidak dapat dijalankan lantaran kekangan cuaca atau faktor keselamatan, maka para peserta boleh memilih untuk menjalankan aktiviti indoor yang mampu memupuk semangat Team Building antara mereka.

CARA- CARA MENGURUSKAN KEM TEAM BUILDING

Adalah penting bagi setiap ketua pasukan atau majikan untuk memahami cara-cara bagi menguruskan Team Building ini. Secara ringkasnya, seseorang ketua pasukan hendaklah, yang pertama sekali mengadakan sebuah mesyuarat atau perbincangan antara ahli pasukannya. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan pula adalah tentang tarikh yang sesuai untuk Kem Team Building dijalankan dan juga tempat yang terbaik untuk keselesaan semua ahli pasukan atau kakitangan yang terlibat. Setelah pemilihan tempat dan tarikh telah dipersetujui oleh ahli pasukan, maka seterusnya ketua pasukan hendaklah merangka aktiviti yang sesuai sepanjang kem pengukuhan Team Building ini berlansung. Juga diingatkan, sekiranya majoriti daripada kakitangan atau ahli pasukan telah berumah tangga, maka tempoh berapa hari kem pengukuhan Team Building dijalankan harus diberi perhatian. Ini kerana, pasti terdapat ahli pasukan atau kakitangan yang tidak mampu untuk meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama kerana terdapat pelbagai kekangan terutama dari segi isu pengurusan anak-anak. Justeru, melalui pengalaman kami yang telah mengendalikan lebih daripada 100 penyertaan, tempoh yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti pengukuhan Team Building adalah 3 hari 2 malam.

Sebagai ketua pasukan, adalah menjadi tanggungjawab anda juga untuk memastikan tempat yang dipilih adalah sahih dan benar. Bagi kami di Asia Camp, anda boleh  memilih mana-mana platform perhubungan yang mudah bagi anda untuk menghubungi kami. Anda bukan sahaja boleh melayari laman sesawang kami iaitu www.asiacamp.my  malah anda juga boleh melihat info-info terkini kami melalui platform media sosial yang lain seperti Facebook dan juga Instagram. Anda juga dialu-alukan untuk memuatnaik  Booklet AsiaCamp  

Sekiranya perkara-perkara di atas telah dikenalpasti dan anda menjadikan kami sebagai pilihan untuk menjalankan kem Team Building, maka jangan teragak-agak untuk menghubungi para pegawai kami di talian 017-246 4456 untuk membuat tempahan atau mendapatkan pengesahan lanjut.

AKTIVITI TEAM BUILDING DI ASIA CAMP

Dalam usaha untuk membina semula semangat pengukuhan Team Building ini, pelbagai aktiviti outdoor dan indoor yang menarik bakal disajikan kepada para peserta yang menyertai kem di bawah anjuran Asia Camp. Antara aktiviti indoor yang menjadi pilihan WAJIB para peserta adalah sesi Ice Breaking. Istilah Ice Breaking ini menunjukkan maksud “memecahkan ais” adalah sesuatu aktiviti pembelajaran yang dijalankan bertujuan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali antara satu sama lain dengan melalui kaedah pendekatan psikologi.

Pada 12 Julai 2019 yang lalu, adik-adik cilik dari SK Jalan Air Panas, Kuala Lumpur telah menyertai Program Ice Breaking di Asia Camp. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Ahli pasukan pula dipilih secara rawak oleh para jurulatih bagi memastikan mereka tidak berada dalam kelompok yang sama apabila di sekolah. Ini penting bagi tujuan menambah kenalan baru di samping dapat bertukar-tukar pendapat dan ilmu pengetahuan. Selepas itu, para jurulatih kami kemudiannya akan meminta mereka untuk membentuk logo dan nama pasukan dengan cara yang paling kreatif dan menarik. Malah, untuk menarik semangat kerjasama dan semangat pengukuhan Team Building di antara mereka juga, para jurulatih menyediakan markah bonus bagi kumpulan yang berjaya. Melalui aktiviti Ice Breaking ini, pelbagai ragam dan idea hebat yang bakal tercetus malah dapat mencungkil bakat terpendam juga. Apa yang jelas kelihatan dari riak wajah murid-murid dari SK Jalan Air panas ini, adalah di mana mereka sangat teruja dan merasa seronok melalui pengalaman yang berharga juga menambah pengetahuan baharu dalam diri mereka.

Kita beralih pula kepada aktiviti riadah Outdoor yang menjadi pilihan utama para peserta Asia Camp iaitu aktiviti Water Floating. Melalui aktiviti riadah sihat ini, para peserta akan diminta terlebih dahulu untuk membina rakit bersama-sama  sebelum mereka semua mendayung sampan untuk mara ke tengah tasik dan menikmati pemandangan alam semulajadi yang indah dan mendamaikan jiwa. Untuk membina rakit sahaja adalah bukan suatu kerja yang mudah untuk dilaksanakan. Tambahan lagi jika tiada semangat berpasukan dan aura Team Building yang kukuh dan kerjasama yang baik daripada setiap ahli pasukan yang terlibat.

Justeru, para jurulatih kami akan sedia membantu dan memantau sekaligus memberikan serba sedikit penerangan tentang betapa pentingnya kerjasama dan semangat Team Building yang kukuh. Antara detik yang menarik yang selalu dikongsi oleh para peserta kem Team Builing di Asia Camp adalah tercetus suatu perasaan tenang dan mendamaikan akan menerpa diri dan jiwa apabila berada di tengah tasik. Tambahan pula, para peserta diberi peluang untuk terapung di tengah tasik dengan jaket keselamatan sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara nyaman dan segar. Nyata, aktiviti riadah seperti Water Floating ini bukan sahaja dapat memupuk semangat Team Building antara ahli pasukan tetapi juga dapat mengurangkan tekanan yang melanda para peserta sebelum menghadiri kem Team Building ini dan turut berfungsi sebagai terapi diri dan jiwa kepada para peserta.


Sejuk mata meninjau panorama,
Rembulan indah mengimbau kenangan,
Tunjang kejayaan adalah kerjasama,
Nilai yang murni menjadi pegangan.

Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk memilih aktiviti riadah Outdoor Night Walk atau Jungle Walk di dalam hutan. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, para peserta akan ditemani oleh jurulatih kami bagi memastikan keselamatan para peserta terjamin. Melalui aktiviti malam yang mencabar ini bukan sahaja dapat menguji ketabahan dan keberanian para peserta, malah juga dapat memupuk semangat kerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain juga. Ini kerana, kerjasama dan saling mempercayai adalah antara tunjang utama dalam pengukuhan semangat Team Building. Aktiviti-aktiviti lain yang turut boleh dipilih oleh para peserta adalah seperti Abseiling , Orienteering , Flying Fox , Obstacle Course , Survival Cooking, Explorace , Memanah, Asas Pertolongan Cemas, Berakit, Karaoke, Sukaneka, BBQ, Camp Fire, Jungle Tracking dan Treasure Hunt.

KEPENTINGAN KEM PENGUKUHAN TEAM BUILDING

Menyebut sahaja istilah Team Building, tiada yang mampu menafikan akan kebaikan dan kepentingannya dalam usaha bagi memastikan objektif sesebuah pasukan tercapai. Kem pengukuhan Team Building ini sangat penting  diadakan bagi tujuan untuk mengeratkan kembali silaturrahim dan hubungan kemesraan antara kakitangan. Pelbagai konflik yang tercetus dalam cabaran untuk melaksanakan tugasan seharian telah dihadapi oleh setiap kakitangan. Ia tentu sahaja menjadi faktor yang mengakibatkan terjadinya perselisihan faham dan pergaduhan. Maka, kem pengukuhan Team Building ini sangat penting dalam membina kembali tali silaturrahim antara sesama peserta atau kakitangan.

Selain itu, pengukuhan semangat Team Building ini juga penting untuk membina keserasian dan tahap persefahaman antara peserta atau kakitangan. Sebagai contoh, seseorang pekerja yang dibebani tugasan yang melampau batas kemampuannya tentu sahaja merasa tertekan malah juga merasakan ketua tidak berlaku adil terhadapnya. Melalui kem pengukuhan Team Building ini, seseorang ketua atau majikan mampu untuk lebih mengenali potensi dan batas kemampuan setiap ahli pasukannya. Selain daripada itu, melalui kem pengukuhan Team Building ini juga, akan dapat meningkatkan motivasi diri dan membantu para peserta untuk menyemai rasa kesyukuran kerana masih berpeluang untuk merasai tekanan alam pekerjaan berbanding golongan di luar sana yang merasa tertekan lantaran belum mendapat sebarang peluang pekerjaan.

Aura-aura positif sebeginilah yang akan diterapkan dan disebarkan melalui kem pengukuhan Team Building di Asia Camp. Harapan kami adalah semoga melalui kem pengukuhan Team Building ini dapat membantu sesebuah pasukan atau organisasi untuk menjadi lebih baik. Ini kerana, penerapan nilai-nilai murni yang akan menjadi asas utama dalam setiap modul kem pengukuhan Team Building selalunya akan mengingatkan kembali jati diri dan keharmonian hidup yang dirasai oleh para peserta.

APA KATA MEREKA TENTANG TEAM BUILDING DI ASIA CAMP

Their response to my enquiries are very fast & helpful. Anyone who wants to go here will surely be impressed with their assistance & service! – Jenna Edward Lojikim.

The best of activities that I had already attended. My SPBT Prefects had already attended the team building course here and they liked the activities very much. – Hussin Husnohafiza

Tempat yang menarik untuk team building – Ahmad Labib.

Awesome place for teambuilding. We really had a Great moment here with the great trainers. Congrats! – Maisarah Zakariah

Tonton video para peserta kami dan nikmati keseronokan mereka menyertai kem di Asia Camp : https://youtu.be/wYQUx2XI-mo

HUBUNGI KAMI

Justeru, kepada semua majikan atau ketua pasukan yang sedang mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan kem pengukuhan Team Building pasukan anda, kami mengalu-alukan anda untuk memilih mana-mana salah satu cawangan Asia Camp.

Selain beroperasi Jalan Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, Asia Camp juga mempunyai dua lagi tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat kem latihan Team Building iaitu di Taman Negara Pahang, National Park, Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang, dan Cabin Sg. Sireh, Lorong Ban 4, Parit 1 45400 Tanjung Karang, Selangor, Malaysia (Homestay Sg. Sireh Area).

Kepada bakal pengunjung kami sekali lagi mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang pakej harga dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk Kem Team Building. Hubungi kami di talian 017-2464456 atau layari laman web kami di http://www.asiacamp.my/ . Like page kami di facebook ASIA CAMP untuk melihat perkongsian koleksi foto-foto para peserta kami dan semoga ia akan menjadi penyuntik semangat kepada anda untuk menyertai kem pengukuhan Team Building di Asia Camp.

Akhir kata, kami juga berbesar hati dan senantiasa mengalu-alukan untuk menerima sebarang pandangan yang membina untuk kami sama-sama memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Kem Pelajar Kelantan (Siri 3)

Pengalaman ketiga di kem pelajar di Kelantan

Pengalaman semasa di kem motivasi pelajar di Kelantan lain pula auranya. Topografi kawasan betul-betul di tepi pantai. Objektif dan durasi kem lebih lama, lasak dan tegar. Sasarannya adalah pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan. Kem pelajar tersebut beroperasi selama hampir 3 bulan, mempunyai hampir 20 modul dan melibatkan 300 peserta kem lelaki dan perempuan.

Admin ketika itu diarahkan datang memberikan bantuan buat kem pelajar bagi menggantikan fasilitator yang sudah hampir 2 bulan tidak berganti. Tugasannya terasa berat kerana perlu mengambil-alih tugas menjadi ketua fasilitator buat kem pelajar ini selama 10 hari (sementara fasilitator tetap direhatkan dan diberikan cuti). Tanpa pengenalan dan suaikenal lanjut tentang kem pelajar di Kelantan ini, tanpa bantuan dari fasilitator tetap yang terus menghilang diri untuk berehat, Admin dan team terpaksa mengambil alih 300 peserta yang sudah ‘kelesuan jiwanya’ dek angin panas pantai. Di kem pelajar ini, ia benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental Admin dan kumpulan dalam menghadapi anak-anak remaja yang boleh dikatakan kesemuanya sudah lesu, lelah, tepu benaknya dengan pelbagai info dan terbakar jiwanya. Ia sungguh menguji!

Ketika ini, Admin yang menjadi ketua harus cepat bertindak. Bertindak memotivasikan fasilitator yang ada dan bertindak mencari modul yang bertepatan untuk keadaan semasa di kem pelajar ketika itu. Nekad Admin ketika itu, “jiwa yang sakit ini perlu didekati dengan empati, kasih sayang dan belaian”. Itu sahaja ubatnya yang perlu diberikan dengan dos yang tepat dan suntikan yang kena pada tempatnya.

Seorang fasilitator harus peka, cepat bertindak dan kreatif dalam menyusun langkah dan strategi

Admin dan kumpulan menukar strategi modul. Untuk 2-3 hari pertama sesi suaikenal bersama team fasi yang baru, semua modul berat melibatkan Al-Quran, qiyam dan menjaga kawasan (khatibah) diberhentikan seketika. Kami bersembang santai di tepi pantai mengenai keluarga, rasa, cinta, cita-cita dan gossip senja. Ada adik-adik kem pelajar yang bertanyakan pengalaman cinta para fasi di universiti, alam universiti dan banyak lagi. Selama 3 hari itu, kami duduk ‘side-by-side’, tidur bersama di dorm peserta kem pelajar dan bersuap makanan. Adik-adik peserta kem pelajar ini nampaknya seperti terubat. Satu benda yang sungguh-sungguh Admin rasakan di sini yaitu, “empati ini penting kerana ia mengetuk jiwa dan membuka ruang untuk yang lain masuk dan mengubati penyakitnya dari dalam”.

Konklusi yang dapat disimpulkan di sini ialah perlunya elemen empati, rasa kebersamaan dan ‘care’ sesama fasilitator dan para peserta kem pelajar. Berhadapan dengan para peserta kem pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang, dengan jutaan masalah di kepalanya yang tidak kita ketahui, para peserta kem pelajar ini perlulah dirai dengan sebaik dan seadanya. Menjadi fasilitator bukanlah bermakna diri itu boleh mendabik dada, menjadi ketua yang perlu dituruti arahannya, menjadi tempat rujukan dan sebagainya. Melainkan menjadi fasilitator itu merupakan satu tugas yang berat. Berat di sini kerana fasilitator itu perlu bersama-sama memikul bebanan rasa dan fikiran puluhan bahkan ratusan peserta kem pelajar di bawah jagaan dan seliaannya.

Teringat kata-kata seorang pendeta silam, “ingin menyentuh jiwa, langkah-langkah dan kata-katanya perlulah terus datang dari jiwa. Perhatikan wajahnya, tembusi matanya, dan dalamilah jiwanya, pasti ketemu penyakit dan ubatnya”. Membuktikan kepada kita betapa pentingnya bahasa jiwa, empati dan kasih sayang sesama manusia dalam menaburkan bakti dan budi kepada manusia. Manusia itu ada seninya!  

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

MEMANAH DI ASIA CAMP

ASAS SUKAN MEMANAH

Memanah adalah satu sukan yang semakin dikenali dewasa ini. Sekiranya anda memilih Asia Camp sebagai lokasi utama untuk menjalankan kem bina diri dan pelbagai aktiviti outdoor telah berada dalam senarai poket anda, maka di sini suka cita ingin kami kongsikan pelbagai aktiviti outdoor yang bukan sahaja mencabar fizikal malah mencabar mental para peserta juga. Melalui aktiviti riadah yang lasak ini para peserta akan dapat mempelajari cara untuk membentuk kerjasama, semangat berpasukan dan pastinya ia bakal menjadi suatu pengalaman istimewa yang akan dikenang-kenang hingga ke akhir hayat.  Antara aktiviti-aktiviti outdoor yang boleh dijalankan di Asia Camp adalah Abseiling , Orienteering , Flying Fox , Obstacle Course , Night Walk , Survival Cooking, Explorace , Memanah , Asas Pertolongan Cemas, Berakit, Karaoke, Sukaneka, BBQ, Camp Fire, Jungle Tracking dan Treasure Hunt.

Justeru, dalam artikel kali ini para pembaca akan sama-sama mengenali dengan lebih dekat apa itu asas memanah secara keseluruhannya. Bermula dengan pengenalan kepada sejarah sukan memanah, seterusnya akan kami kongsikan teknik-teknik memanah bagi sang amatur dan juga kebaikan dan manfaat yang boleh diperolehi daripada aktiviti sukan memanah ini. Malah, kami juga berbesar hati untuk berkongsi foto-foto para peserta yang pernah menyertai acara memanah di Asia Camp sebelum ini untuk tatapan para pembaca dan bakal peserta kem di Asia Camp. Diharapkan semoga dengan perkongsian ilmu dalam artikel kali ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

HERO MEMANAH – ROBIN HOOD

Bagi sesiapa yang meminati filem Hollywood, pastinya anda akan mengenali watak Robin Hood yang dikenali sebagai seorang lelaki yang hebat memanah. Terbaru, watak Robin Hood telah diberi nafas baru oleh aktor hebat Hollywood iaitu Jeremy Renner. Robin Hood adalah watak lelaki yang digambarkan mempunyai daya ketangkasan dalam sukan memanah di mana setiap bidikan anak panahnya pasti menepati sasaran dan memukau tumpuan para penontonnya.

Dewasa ini, sukan memanah semakin mendapat tempat di hati setiap generasi tidak kira muda ataupun tua. Malah, aktiviti sukan memanah ini bukan sahaja dipertandingkan dalam temasya sukan kebangsaan, malah ia juga sudah dijadikan hobi bagi sesetengah individu mahupun kumpulan. Hobi memanah ini sama kaedah dan pelaksanaannya seperti individu yang meminati aktiviti memancing atau bermain futsal. Para pemanah perlu mempunyai perlatan sendiri bagi memudahkan mereka untuk sentiasa berlatih. Malah, seiring dengan peredaran zaman juga, jika dahulunya sukan memanah ini hanya mampu disertai oleh golongan elit sahaja lantaran kos yang agak mahal untuk memiliki set peralatannya namun demikian, ternyata sekarang golongan sederhana juga sudah mampu memiliki peralatan memanah yang sesuai dengan bajet perbelanjaan mereka. Harga pasaran adalah sekitar RM 300.00 – RM3000.00 bagi satu set lengkap peralatan memanah. Apa yang membezakannya adalah dari segi kualiti ketahanan dan kestabilan anak panah apabila dibidik mengenai sasaran.

PENGENALAN SUKAN MEMANAH

Memanah adalah merujuk kepada seni, amalan, atau kemahiran untuk melonjakkan anak panah dengan menggunakan sebuah pusar. Memanah juga melibatkan perbuatan melepaskan anak panah kepada sasaran untuk ketepatan daripada jarak yang ditetapkan. Sukan memanah ini dapat digambarkan juga sebagai sukan yang memerlukan ketahanan badan terutama di bahagian lengan bahu dan ketajaman penglihatan. Aktiviti memanah ini ditemukan melalui bukti sebuah lukisan yang terdapat di gua lama di negara Sepanyol. Sebuah lukisan yang berusia kira-kira 8000 tahun sebelum Masihi telah ditemui dengan menggambarkan masyarakat pada zaman itu menggunakan aktiviti memanah untuk mendapatkan sumber makanan. Sumber rujukan fakta daripada Majalah Dewan Pelajar.

SEJARAH SUKAN MEMANAH

Pada sekitar tahun  1900, sukan memanah mula dijadikan sebagai salah satu acara sukan olimpik di paris. Diikuti seterusnya pada tahun 1904 di saint louis dan pada tahun 1920 di Belgium. Walau bagaimanapun, sukan memanah ini tidak lagi dipertandingkan dalam sukan olimnpik selepas tahun tersebut kerana tiada peraturan yang tetap tentang pertandingan itu. Walau bagaimanapun, sekitar tahun 1931, the federation international de TiRAL’ arc (FITA) telah ditubuhkan dalam usaha untuk memperkenalkan dan mempopularkan sukan memanah ke segenap pelosok dunia. Selepas FITA menggubal undang-undang pertandingan sukan memanah, sukan ini kembali dimasukkan menjadi salah satu acara dalam sukan olimpik pada tahun 1972 di Munich. Selain menganjurkan kejohanan memanah peringkat antarabangsa, FITA juga bertanggungjawab untuk menjaga dan mengiktiraf semua rekod dunia dalam sukan memanah. Di Malaysia, sukan memanah berada di bawah naungan dan kelolaan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Pada peringkat sekolah pula, sukan memanah berada di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Pada tahun 1996, sukan memanah dipertandingkan buat pertama kalinya pada peringkat MSSM. Kejohanan ini diadakan bagi bertujuan mencungkil bakat baharu generasi muda yang berpotensi mewakili negara pada peringkat yang lebih tinggi.

CARA MEMANAH

Terdapat LAPAN cara dan teknik memanah yang perlu diketahui oleh bakal-bakal pemanah yang boleh dikongsikan bersama untuk pengetahuan bersama. Pertama sekali adalah STANCE iaitu posisi semasa berdiri iaitu merujuk kepada keadaan atau posisi kaki sewaktu berdiri di atas lantai atau tanah. Teknik yang kedua adalah memasukkan anak panah atau NOCKING THE ARROW. Ini adalah gerakan asas memanah dengan menempatkan atau memasukkan ekor atau hujung panah di tempat anak panah (nocking point) pada tali busar serta meletakkan gandar (shaft) pada sandaran yang telah disediakan. Teknik yang ketiga pula adalah gerakan memanah atau dipanggil HOOKING AND GRIPPING THE BOW. Gerakan ini adalah dengan menempatkan atau mengaitkan jari di tali setelah anak panah atau nocking point terpasang dengan betul. Teknik yang keempat pula dipanggil gerak tarikan awal atau SET –UP. Dengan kata lain, kekuatan tekanan jari tangan pada tali semasa tarikan penuh (full-draw) kira-kira 30%. Kemudian pada jari tengah sekitar 50 % hingga 60% dan jari manis adalah 20%. Teknik yang kelima pula adalah teknik memanah atau DRAWING di mana teknik ini dilakukan dengan menarik tali busar sehingga menyentuh bahagian dagu, bibir dan hidung serta dilanjutkan dengan menjangkarkan tangan penarik tali di dagu. Manakala teknik yang keenam pula adalah dipanggil ANCHORING iaitu gerakan asas semasa memanah dengan menjangkarkan tangan penarik kepada bahagian dagu atau rahang. Teknik yang ketujuh dalam sukan memanah adalah AIMING AND EXPANSION iaitu gerakan dengan mengarahkan atau menempatkan titik alat pembidik tepat berada pada titik sasaran. Akhir sekali, teknik yang kelapan adalah Pelepasan atau RELEASE di mana pemanah perlu merehatkan jari penarik tali agar anak panah dapat terbang ke sasaran dengan baik sekaligus mengenai sasaran yang dikehendaki. Semoga LAPAN teknik memanah ini dapat memberi gambaran kepada bakal-bakal pemanah untuk menambah pengetahuan dalam sukan ini. Namun demikian, gambaran yang lebih jelas akan dapat difahami sekiranya anda menonton video di link kami. Sumber rujukan fakta daripada Majalah Dewan Pelajar DBP.

 

Tekun bertukang memaku rumah, Memaku bersama tukul dan pahat, Sukan memanah adalah sunnah, Bersama kita mengejar manfaat.

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN AKTIVITI MEMANAH

Seperti biasa, serangkap pantun akan diselitkan oleh kami kepada para pembaca dan pada artikel kali ini pantun di atas berkisar tentang manfaat dan kelebihan yang boleh diperolehi daripada aktiviti sukan memanah ini. Terdapat lapan kelebihan yang ingin dikongsi oleh kami di Pihak ASIA CAMP bersama para pembaca. Yang pertama adalah melalui aktiviti memanah ini seseorang individu itu dapat meningkatkan kekuatan mental dan daya fokus kerana pemanah perlulah mengetahui kaedah membebaskan minda mereka daripada sebarang bentuk gangguan dan sekaligus memberikan tumpuan penuh kepada sasaran. Kelebihan yang kedua adalah melalui aktiviti memanah ini juga dapat melatih manusia untuk bertenang dan menstabilkan emosi. Sukan memanah ini sangat menitikberatkan keseimbangan badan. Sekiranya emosi seseorang pemanah itu berada dalam keadaan tertekan maka, panahannya adalah berisiko besar untuk tersasar. Kelebihan yang ketiga pula adalah sebagai senama minda di mana sukan ini memerlukan proses mengawal minda semasa pemanah sedang fokus. Kelebihan yang keempat pula adalah melalui sukan memanah ini seseorang individu itu dapat menambah kekuatan pada bahagian atas badan. Ini kerana, satu momentum tenaga yang besar diperlukan untuk memegang busar dan menarik anak panah. Kelebihan yang kelima pula adalah melalui aktiviti memanah ini pemanah akan dapat meningkatkan fleksibiliti tangan dan jari kerana perbuatan memegang busar, memasang, mengangkat dan melepaskan anak panah ialah aktiviti yang melatih kestabilan jari dan tangan semasa memanah. Kelebihan yang keenam pula adalah melalui aktiviti memanah akan dapat meningkatkan ketajaman menganalisis koordinasi tangan dan mata. Ini kerana, semasa melepaskan anak panah, seseorang pemanah itu perlu tahu melalui ketajaman minda, mata dan naluri sebelum melepaskan anak panah yang berkualiti dan mengenai sasaran. Kelebihan yang ketujuh pula adalah memanah dapat meningkatkan keyakinan diri. Ini kerana semasa memanah, pemanah perlu memberikan tumpuan 100% dan memperbaiki keyakinan diri dalam memastikan anak panah mengenai sasaran. Kelebihan dan maanfaat yang kelapan yang ingin kami kongsikan bersama para pembaca adalah aktiviti memanah ini salah satu Sunnah Nabi Muhammad SAW bagi mereka yang beragama ISLAM. Diharapkan dengan perkongkisan kelapan-lapan manfaat daripada aktiviti memanah ini dapat menambah ilmu pengetahuan kepada para pembaca dan bakal pengunjung di Asia Camp.

PUSAT RIADAH DAN KEM MOTIVASI ASIA CAMP

Asia Camp adalah sebuah syarikat yang beroperasi di lokasi yang strategik dan mempamerkan keindahan alam semulajadi sebagai konteks utama. Beroperasi di Kerling dan Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor menjadikan lokasi Asia Camp jauh dari hiruk pikuk kota raya. Asia Camp juga terletak antara kaki Bukit Jaluran Banjaran Titiwangsa dan sebelah Sungai Selangor. Kedudukan muka bumi yang strategik ini menjadikan Asia Camp lengkap dengan sungai, hutan belantara dan keindahan gunung ganang. Maka, keistimewaan inilah yang menjadikan Asia Camp sangat sesuai untuk sebarang aktiviti team building seperti perkhemahan dan pelbagai aktiviti lasak outdoor yang lain. Dengan keluasan yang ada juga memudahkan para psesrta untuk menjalankan aktiviti sukan seperti MEMANAH.

Selain itu, Asia Camp bukan sahaja mempunyai kapasiti yang sangat luas sehingga boleh menempatkan 1000 orang peserta dalam satu masa, namun Asia Camp juga mempunyai 72 unit asrama, 40 buah dewan dan 50 orang jurulatih yang bertauliah dan mempunyai sijil pentaulihan yang sah. Ruang kapasiti dewan yang cukup luas sehingga boleh memuatkan 1000 orang dalam satu masa turut memberikan pilihan kepada para peserta sekiranya sebarang aktiviti outdoor tidak dapat dijalankan lantaran kekangan cuaca atau faktor keselamatan, maka tentu sahaja aktiviti indoor yang mencabar minda dan membentuk sahsiah keperibadian boleh diadakan. Bakal pengunjung adalah sangat dialu-alukan untuk memuatnaik fail ini untuk pelbagai info lanjut dan diharapkan semoga ia dapat membantu tuan puan :Booklet AsiaCamp

Antara para peserta yang pernah merasai pengalaman menyertai sukan memanah di Asia Camp adalah kakitangan daripada syarikat tudung muslimah yang sangat popular iaitu dari Bella Ammara dan Sugarbelle team. Kami dia Asia Camp sangat berbangga dan merasa bertuah kerana telah diberi kepercayaan oleh Staf dan kakitangan Bella Ammara untuk memberikan khidmat terbaik kepada mereka. Sesungguhnya kehadiran anda benar-benar memberi inspirasi dan semangat kepada kami bagi usaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan di Asia Camp.

PENGALAMAN PARA PESERTA

Salam.
First of all, terima kasih utk 2 hari yang super osem. Mmg tak rest sepanjang 2 hari ni (in a good way ya �). Miss and sir trainer mmg best & sporting. A fun way to relieve all stress from working. Accomodation 5�. Makanan 5�.
Again, many thanks and all the best in future.
-Peserta Program IKRAM, 16 & 17 Sept ’17.

– AFNAN ASMADI –

Went there with my coursemate on 13-14 Oct 2017, greeted with smiles and going through unexpected experiences . Will go there again if all my friends willing to . Affordable and adventurous � loving their services , friendly and understanding . My favourite part was the night walking, candle light challenge and water activities ������� –

– FATIEYN NADIEYA

You can find the best outdoor activities here, and very helpful trainers. Kipidap asiacamp??

– ANI ZAHIDAH YAHYA-

A spacious venue, delicious food, and most importantly helpful and cooperative camp manager. Special thanks to Ms. Mani and En, Azizan for hosting us for Projek Kalsom 22 Motivational Camp.

– Syed Hadi Arief –

Kemudahan aktiviti darat di dalam kem terbaik, penamahbaikan kemudahan aktiviti air dan alternatif tempat aktiviti air dan trekking hutan perlu ditambah. Aktiviti tambahan di luar kem perlu dicari sebagai menyempurnakan pilihan kepelbagaian selera pelanggan.

– Rodzuan Ramli-

Tempat latihan outdoor yang sangat-sangat mencabar dan menarik. Pelbagai aktiviti outdoor yang mencabar yang terdapat di Kem Asia KKB. Dengan keindahan alam semulajadi disekeliling. Recommended.

– Khairi Hazique-

TERUS KE LINK KAMI

Untuk mendapatkan info-info terkini, kepada anda bakal peserta di asia camp boleh terus ke link laman muka buku kami iaitu https://www.facebook.com/asiacamp.ap Anda juga boleh terus menghubungi kami dia talian 017-246 4456.

HUBUNGI KAMI

Alamat AsiaCamp adalah Jalan Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, Asia Camp juga mempunyai dua lagi tempat perkhemahan yang boleh dijadikan pilihan kepada bakal pengunjung iaitu bertempat di Taman Negara Pahang, National Park, Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang, dan Cabin Sg. Sireh, Lorong Ban 4, Parit 1 45400 Tanjung Karang, Selangor, Malaysia (Homestay Sg. Sireh Area).

Kepada bakal pengunjung kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang pakej harga dan aktiviti dan sila hubungi kami di Asia Camp di talian 017-2464456 atau layari laman web kami di http://www.asiacamp.my/ . Kami juga SANGAT mengalu-alukan sebarang pandangan membina untuk kami sama-sama memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Menilai Keberkesanan Latihan Asas Kebakaran

Pada 10hb Julai 2019 yang lepas, telah berlangsung pertandingan latihan asas kebakaran di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp Kuala Kubu Bharu. Pertandingan latihan asas kebakaran ini telah diadili dan dikawal selia oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang telah didatangkan khas bersempena dengan pertandingan kawad kaki peringkat negeri yang telah diadakan di tempat yang sama.

Latihan asas kebakaran adalah penting di setiap tempat kerja atau bangunan awam untuk berlatih mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Ini juga merupakan keperluan undang-undang yang mengarahkan kesemua pekerja di dalam syarikat mesti mengambil bahagian.

Mari kita ikuti situasi latihan asas kebakaran yang telah berlangsung pada minggu lepas di Asia Camp.

Pada peringkat awal, pihak APM telah memberikan taklimat umum dan peringatan kepada pihak peserta dan anggota masyarakat yang hadir akan asas penggunaan tabung alat pemadam api atau tabung apar. Secara umumnya, tabung keselamatan pemadam api terbahagi kepada 6 bahagian utama yaitu, (1) safety pin, (2) lever atau tuas, (3) handle, (4) silinder, (5) getah hose, dan (6) pengukur tegangan.

Kaedah penggunaan tabung APAR ini menggunakan formula P-A-S-S yang memerlukan seseorang itu menarik pin, mengarahkan kepada dasar sumber api, menekan tuas, dan akhirnya mengalihkan atau menghalakannya dari satu sisi ke satu sisi yang lain (rujuk gambar di bawah).

Di dalam pertandingan ini wakil pihak APM telah menilai 5 aspek utama yaitu melibatkan situasi seperti yang berikut:

i) Cara menghadapi sekiranya berlaku kebakaran

ii) Cara menggunakan alat pemadam api

iii) Cara melepaskan diri dari bangunan terbakar

iv) Cara melepaskan diri jika pakaian terbakar

v) Cara Mencegah kebakaran di tempat awam

Kumpulan A menunjukkan demo mencegah kebakaran di tempat umum
Gambar menunjukkan pasukan pemadam api yang diwakili sedang bergerak ke arah rintangan api
Kedua-dua peserta di atas menunjukkan cara-cara melepaskan diri dari pakaian terbakar dengan menggunakan tabung pemadan api

Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan seterusnya turut sama mempamerkan bakat dan kemahiran masing-masing dalam menghadapi situasi kecemasan seperti di yang ditunjukkan oleh kumpulan sebelumnya. Contoh gambar-gambar di bawah adalah latihan asas kebakaran yang telah ditunjukkan oleh kumpulan seterusnya.

Kumpulan B misalnya berhadapan dengan mangsa kebakaran yang telah terhidu asap dan telah pengsan
Peserta menunjukkan teknik bantuan pernafasan buat mangsa yang terhidu asap kebakaran
Demonstrasi penarikan gelung hose sangat mengasyikkan dan memerlukan tindakan maklum balas dengan kadar segera

Manfaat Pengetahuan Mengenai Latihan Asas Kebakaran

Berdasarkan pertandingan ini, dapatlah disimpulkan bahawa latihan asas kebakaran di bangunan-bangunan dan tempat-tempat umum adalah sangat penting. Ini berdasarkan 4 manfaat seperti yang di bawah;

Pertama, ia merupakan satu peluang untuk mengamalkan prosedur pemindahan yang betul untuk memastikan semua kakitangan mengenali tahap keselamatan mereka.

Kedua, mereka perlu mendapatkan bantuan kakitangan untuk keluar dari bangunan yang terbakar dengan cepat. Oleh itu, keadaan panik yang sebenar akan dapat dikurangkan kerana setiap orang telah tahu apa yang harus dilakukannya.

Ketiga, latihan asas kebakaran seperti ini berguna dalam menguji laluan atau ‘route’ melarikan diri bagi menilai keberkesanannya.

Keempat, semasa latihan asas kebakaran berlaku pemeriksaan juga boleh dilakukan pada sistem penggera bagi memastikan ianya berfungsi dengan betul dan laluan keluar kecemasan tidak terhalang. Latihan asas kebakaran secara keseluruhan membantu meningkatkan keselamatan, supaya anggota masyarakat atau kakitangan di tempat-tempat berkenaan akan bersedia sebaik mungkin jika kebakaran benar-benar berlaku.

Akhir kalam, suka atau tidak, latihan asas kebakaran adalah aspek penting keselamatan sekiranya kebakaran benar-benar berlaku dan tempat kerja anda menjadi tempat yang lebih selamat.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Kem Jati Diri di AsiaCamp

AsiaCamp Semenyih & Tanjong Karang ditubuhkan lebih kurang 3 tahun yang lepas iaitu pada bulan Ogos tahun 2015. AsiaCamp adalah sebuah pusat latihan kem. Pelbagai golongan peserta yang telah menyertai aktiviti kem di sini. Kebanyakan peserta yang terlibat disini adalah daripada golongan pelajar sekolah, pelajar ipt, dan golongan dewasa dan sebagainya. Disini juga pelbagai program yang boleh dilakukan, antaranya ialah program team building, kem jati diri, kem unit beruniform dan pelbagai jenis aktiviti lagi boleh dilakukan disini. Disini terdapat banyak asrama (dorm) dan bilik. Dewan makan terbuka juga yang boleh dimuatkan ramai peserta disini. Disini peserta akan selesa kerana terdapat banyak jenis dewan. Pelbagai jenis kemudahan boleh didapati di sini seperti surau, dewan dan tandas yang banyak.

Kem jati diri ini amatlah bermanfaat, ianya dapat lebih banyak rakan. Kem jati diri ini dapat menanamkan sifat minat dalam mempelajari ilmu pengetahuan supaya suatu hari nanti bernilai dan mendatangkan manfaat kepada negara kelak.

Komen Peserta

Pilihan aktiviti untuk Kem Jati Diri

Ice-breaking adalah satu aktiviti yang seronok dan selalunya di buat di dalam dewan. Aktiviti ini dapat menghilangkan kebekuan-kebekuan di antara peserta latihan sehingga mereka saling mengenali dan boleh berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah dengan adanya aktiviti ini peserta dapat menghilangkan sekat pembatasan di kalangan peserta. Ianya juga dapat menimbulkan motivasi diantara sesama peserta untuk melakukan aktiviti selama training ini belangsung. Di dalam aktiviti ini peserta akan melakukan beberapa permainan di dalam kumpulan. Antara permainan yang telah dimainkan ialah melaungkan sorakkan. Sorakkan ini akan di ajar kepada pelajar ataupun setiap kumpulan peserta yang terlibat di sini. Kesemua peserta berasa gembira semasa program itu dijalankan.

 

Survival Cooking

Survival cooking adalah aktiviti memasak di dalam hutan dengan menggunakan bahan yang terdapat di dalam hutan. Semasa mereka di dalam hutan, mereka hanya diberikan beberapa bahan utama iaitu isi ayam, beras, minyak masak, bawang merah, bawang putih, halia, garam dan serbuk kunyit. Mereka akan menggunakan semua bahan ini untuk menyelesaikan tugasan memasak mereka. Semasa memasak mereka sangatlah bekerjasama antara satu sama lain, ada yang mencari daun untuk dijadikan alas kepada makanan mereka, ada yang mencari buloh untuk dijadikan penyepit dan sudu untuk membalikkan makanan yang sedang dimasak ,ada juga yang membasuh isi ayam yang diberi dan ada juga yang menghidupkan api.

Apabila api telah dihidupkan, ahli kumpulan yang lain mula meletakkan batu-bata dan kayu-kayu sebagai alat yang akan diletakkan periuk untuk memasak diatasnya. Selepas selesai memasak pula peserta memulakan dengan meghidang makanan yang dimasak kepada juri ataupun jurulatih. Disini kami terlihat para peserta berani dan yakin dengan apa masakan yang telah di selesaikan. Selesai sahaja aktiviti survival cooking, peserta diminta mengemas bersama-sama dan terus ke dorm untuk mendiri dan solat zohor secara berjemaah. Peserta yang menyertai aktiviti kem disini akan lebih berdikari

Indoor Games

Indoor game adalah satu permainan yang dilakukan di dalam dewan sahaja. Dengan adanya aktiviti ini kita dapat menarik minat para peserta dan peserta dapat teruskan aktiviti ini dengan tidak rasa sebarang kebosanan semasa disini. Kebiasaannya dalam aktiviti indoor game ini peserta akan di dedahkan dengan satu permainan yang dinamakan Fokus dan Sedar. Permainan ini amatlah berguna kepada peserta kerana cara permainan ini juga tidak membosankan. Selain itu jurulatih meneruskan dengan permainan cari dan lengkapkan saya.

Cara permainan ini, peserta di minta oleh jurulatih mereka untuk duduk di kerusi dan ahli kumpulan yang lain akan mengambil barang yang diminta oleh jurulatih dan akan di pakaikan kepada peserta. Dengan adanya permainan ini peserta akan lebih peka dengan keadaan sekeliling dan mereka juga lebih fokus dengan apa yang diminta oleh peserta. Pada akhir permainan ini mereka diterangkan oleh jurulatih dengan motif sebenar permainan ini diadakan ialah mereka akan lebih peka dan bersikap bekerjasama. Selain itu mereka akan hidup saling bantu-membantu antara satu sama lain

Kem jati diri sebegini dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain

Komen Guru

Pengalaman Explorace

Explorace mereka akan dijalankan hanya di dalam pusat kem ini sahaja. Antara permainan yang dilakukan ialah permainan yang diberikan nama 15, drumsrake, paku, puzzle dan stick. Setiap permainan di dalam aktiviti ini telah disediakan check point. Dimana check-point ini akan di tetapkan oleh jurulatih. Peserta akan mencari check point yang ditetapkan dan jika mereka sampai di check point tersebut mereka perlulah berpantun dan jika betul barulah mereka dapat teruskan permainan tersebut. Disini terlihat cara peserta berfikir untuk menyelesaikan pantun mereka. Antara permainan yang dilakukan ialah permainan dinamakan 15. 15 adalah permainan menggunakan kotak nombor. Kotak nombor yang akan diberikan kepada peserta sebanyak 9 buah kotak nombor. Dimana nombor tersebut haruslah disusun dan apabila dibaca secara menegak dan melitang kesemuanya haruslah berjumlahkan 15. Permainan ini akan menguji otak para peserta untuk mengira.

Seterusnya permainan drumsrake ini adalah satu permainan dimana peserta diberi 10 kad untuk digayakan oleh seorang peserta dari kumpulan tersebut. Manakala peserta yang lain haruslah meneka gayaan yang dilakonkan oleh rakan mereka. Seterusnya permainan yang dinamakan paku ialah peserta akan di beri 10 batang paku. Paku tersebut haruslah di tegakkan diatas 1 batang paku yang lain. Pelbagai manfaat yang boleh kita perolehi dalam aktiviti ini diantaranya peserta akan mendapat pengetahuan yang baru di dalam aktiviti ini. Selain itu, peserta juga mendapat kecergasan mental dan fizikal sekali gus semasa melakukan aktiviti ini. Kesemua permainan pada aktiviti explorace ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan para peserta dan kekuatan pemikiran juga banyak digunakan di dalam aktiviti ini.

” Sebelum sebarang aktiviti dilakukan mereka akan di minta untuk bersorak bersama-sama di dalam dewan itu. Tujuan sorakkan itu dilakukan adalah untuk menaikkan semangat para peserta dan melihat tumpuan peserta semasa di dalam kem “

Kata Jurulatih AsiaCamp

Water Confident dan Water Rafting

Mereka akan membuat rakit bersama-sama di padang astaka. Aktiviti sebergini juga dapat mengukuhkan lagi perpaduan dan aktiviti ini dapat menjadikan peserta untuk lebih giat dan cergas. Sesudah selesai membuat rakit, mereka perlu mengangkat rakit tersebut bersama-sama dan terus bawa ke tasik yang berhampiran dengan AsiaCamp ini. Setiba mereka ditasik mereka meneruskan lagi membuat aktiviti tersebut. Terlihat wajah mereka yang pada mulanya takut tetapi pada akhirnya kesemua peserta seronok dan memberikan komen yang sangat positif dengan aktiviti tersebut. Semasa mereka melakukan aktiviti itu mereka diberikan untuk memakai jaket keselamatan. Dengan adanya jaket keselamatan ini mereka tidak perlu risau dan takut kerana jaket keselamatan ini umpama pelampung pada diri setiap peserta ini ketika melakukan aktiviti air. Apabila mengadakan aktiviti yang melibatkan sungai ataupun laut, pemakaian jaket keselamatan adalah sangat penting.

Ini kerana jaket keselamatan berupaya untuk mengapungkan pemakainya dalam tempoh masa yang lama. Ianya juga dapat mngelakkan pemakainya dari terus lemas. Jaket keselamatan dipakai dengan kemas dan semua berbutang. Disini peserta diuji untuk dapat menghindarkan ketakutan. Selain itu peserta juga dapat menikmati seluruh permandangan alam yang indah dari sang pencipta. Mereka amatlah teruja semasa melakukan aktiviti ini. Peserta juga dapat memupukkan nilai murni melalui aktiviti yang di jalankan ini. Dengan adanya aktiviti ini peserta juga dapat membuangkan perasaan takut ataupun gemuruh di dalam diri mereka

Aktiviti sebegini dapat memupuk peserta untuk lebih berkeyakinan tinggi semasa mereka diluar sana. Dengan adanya banyak aktiviti sebergini di lakukan kepada peserta, ianya dapat mengelakkan peserta daripada terlibat dengan gejala yang negatif di luar sana. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengembangkan lagi potensi seseorang itu.

Dengan kem ini peserta akan mendapat :

  • Mengaplikasikan kepada remaja tentang keupayaan masing-masing dalam pelajaran agar dapat melonjak kearah kecemerlangan untuk melahirkan aset-aset negara yang ternilai.
  • Perlunya kem jati diri sebergini ianya dapat meningkatkan tahap keberanian pada setiap diri peserta.
  • Membentuk pelajar agar berkeperibadian yang soleh dan solehan agar membentuk diri kearah positif tentang perubahan diri supaya dapat membimbing manusia kearah kebaikan kelak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

PERKHEMAHAN

TULAR SI NOPAL

 

Perkhemahan?, “Berkhemah. Berkhemah. Berkhemah sama si Nopal. Si Nopal Si Nopal anaknya Bahenol”. Jika masih para netizen ingat, rangkap perkhemahan ini pernah tular pada awal tahun 2019. Hampir seluruh Negara malah seluruh dunia terjebak dengan parodi yang menyanyikan semula lagu dan bait-bait rangkap perkhemahan bersama Si Nopal ini. Malah sesiapa sahaja yang mendengar rangkap ini pasti akan terikut sama untuk menyanyikannya. Pelbagai maklumbalas dan kritikan yang diterima dari semua pihak semasa lagu ini tular di media sosial. Ada yang memuji dan tak kira juga ada yang mengeji. Namun, apa yang ingin kami sampaikan dalam artikel kali ini bukanlah fenomena yang tular tersebut, tetapi apa yang menarik perhatian kami di AsiaCamp adalah untuk berkongsi pendapat dan pandangan mengenai asas perkhemahan.

 

 

PENGALAMAN MENYERTAI PERKHEMAHAN

 

Semakin kita meningkat usia dewasa, aktiviti perkhemahan ini pula akan semakin jauh terpanggang. Tentu sekali aktiviti riadah seperti perkhemahan tidak lagi menjadi priroriti dalam kehidupan seseorang lantaran seiring dengan perubahan individu itu meningkat dewasa maka ia bermaksud seiring itu jugalah beban dan tanggungjawab akan bertambah. Jika kita imbas kembali semasa latar masa kehidupan kita di alam persekolahan tidak kira sama ada alam persekolahan rendah, menengah mahupun pendidikan tinggi, kita sering didedahkan dan diundang untuk menyertai aktiviti perkhemahan. Apatah lagi bagi mereka yang berpeluang menyertai pasukan badan beruniform seperti Pengakap dan Pandu / Tunas Puteri, aktiviti perkhemahan adalah salah satu aktiviti yang diberi keutamaan oleh mereka. Pengalaman mengutip ranting-ranting kayu untuk dijadikan unggun api pada sebelah malam, aktiviti bercerita dan meluahkan kisah masing-masing di malam hari, pengalaman mandi dan membersihkan barang-barang keperluan dengan menggunakan sumber air semulajadi. Semua pengalaman di tapak perkhemahan itu pasti menjadi sesuatu pengalaman berharga yang akan diceritakan kepada anak cucu kelak.

 

DEFINISI PERKHEMAHAN

 

Sebelum mengolah dengan lebih panjang, adalah lebih baik kita memahami maksud dan definisi sebenar tentang berkhemah ini. Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka, berkhemah adalah bermaksud mendirikan atau memasang khemah yang digunakan untuk berteduh atau bermalam. Justeru apabila kita menyebut tentang aktiviti perkhemahan tentu sahaja yang terlintas di fikiran kita adalah memasang khemah dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk memasang khemah. Khemah yang digunakan pula tentu sahaja berbentuk segi tiga dan bukanlah seperti khemah yang digunakan individu untuk acara perkhawinan atau majlis kenduri kendara.

 

DEFINISI KHEMAH

Khemah pula membawa takrifan pondok yang berasas daripada kain tebal atau kain layar merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka. Apa yang menariknya pula seiring dengan peredaran kemajuan zaman teknologi, asas kain khemah ini turut diinovasi dengan menggunakan kain nilon yang nyata lebih ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja malah kalis air. Jadi kepada pencinta alam yang sering berkhemah di dalam hutan pasti memilih khemah yang berasaskan kain nilon ini setiap kali mereka meneroka ke dalam isi hutan.

 

 

CIRI-CIRI TEMPAT PERKHEMAHAN

 

Para pembaca pasti sudah memahami apa itu berkhemah atau perkhemahan. Seterusnya penulis ingin membawa para pembaca untuk mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada semasa anda memilih tempat perkhemahan. Jika kita memilih untuk menggunakan portal aplikasi Trivago sebelum memilih hotel untuk percutian, maka kaedah yang sama perlu kita gunakan bagi memilih tempat perkhemahan. Antara perkara-perkara yang perlu ada dalam senarai semak semasa kita memilih tempat perkhemahan adalah tempat perkhemahan yang selamat dan dekat dengan keperluan asas iaitu air, cahaya matahari, makanan, dan akses talian telefon bagi sebarang kecemasan. Kawasan perkhemahan juga perlulah landai dan selesa untuk dijadikan tempat perbaringan, selain selamat daripada risiko bencana alam seperti tanah runtuh atau banjir kilat. Kawasan perkhemahan yang baik juga harus mempunyai sumber bahan bakar yang mudah dicari bagi tujuan para peserta untuk memudahkan mereka memasang unggun api.

                         CIRI UTAMA- KESELAMATAN SEMASA BERKHEMAH

 

Selain itu ciri-ciri lain yang perlu dititikberatkan oleh para pengembara adalah faktor keselamatan seperti ancaman daripada binatang buas.  Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengambil kira kesesuaian aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan. Bagi kami di Asia Camp pula itu adalah salah satu perkara yang amat dititiberatkan oleh pihak pengurusan. Maka, atas dasar itu juga kami di Asia Camp, kami telah menyediakan satu tempat perkhemahan yang boleh memuatkan 1000 orang peserta dalam satu masa yang sama. Selain dilengkap dengan tempat meletak kereta yang banyak iaitu berjumlah 400 unit, kamu turut menyediakan 150 unit tandas bagi menjamin keselesaan para pengunjung yang menitik beratkan aspek kebersihan.

 

Pohon jati tegak meninggi,

Terbenam suria indah panorama,

Aktiviti perkhemahan membentuk peribadi,

Peribadi mulia aspirasi Negara.

 

KELEBIHAN MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN

 

Pantun di atas diselitkan bagi bertujuan untuk mengajak para pembaca dan bakal pengunjung Asia Camp untuk mendalami kelebihan dan kebaikan sekiranya kita menyertai aktiviti perkhemahan. Antara kebaikan dan kelebihan tersebut adalah aktiviti perkhemahan akan membantu para peserta supaya lebih berdikari. Jika sebelum ini di rumah para peserta tidak perlu bersusah payah untuk membina tempat berteduh kerana tentu sahaja para peserta telah mempunyai kediaman sendiri, namun melalui aktiviti perkhemahan, perkara utama yang perlu dilakukan oleh para peserta adalah membina tempat berteduh. Di sinilah kita akan belajar menghargai bahawa sekecil-kecil ilmu asas kemahiran diri dapat membantu para peserta untuk meneruskan kehidupan. Selain daripada itu, tidak dinafikan lagi aktiviti perkhemahan adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan diri. Dewasa ini, kebanyakan daripada kita kurang terdedah kepada aktiviti riadah lantaran kekangan masa, wang dan tempat. Maka rutin harian kita yang berada dalam pejabat berhawa dingin setiap hari memang tidak bagus untuk kesihatan. Justeru, kita perlu mencari masa yang sesuai untuk memastikan sistem tubuh badan kita mengeluarkan peluh. Maka dengan itu, salah satu cara untuk mengeluarkan peluh adalah dengan menyertai aktiviti perkhemahan.

 

Selain daripada kelebihan di atas, aktiviti perkhemahan juga dapat memupuk kesedaran untuk lebih menghargai keindahan alam semulajadi dan tidak sewenang-wenangnya merosakkan keindahan alam semulajadi tersebut. Apa yang membimbangkan semakin hari, perasaan cinta dan menghargai alam semulajadi semakin terhakis daripada diri anak-anak muda. Justeru, kepada golongan pendidik yang tercari-cari tempat perkhemahan yang sesuai untuk mendedahkan para pelajar kepada hutan dan keindahan alam, boleh memilih kami di Asia Camp sebagai platform yang sesuai.

 

KESAHIHAN INFO PUSAT PERKHEMAHAN

 

Sering kali kita lihat, pelbagai aktiviti sampingan seperti berkayak, memanah, bermain sukaneka akan diadakan sebagai aktiviti sampingan selain daripada sesi bercerita semasa memasang unggun api di waktu malam. Faktor lain yang penting juga adalah mendapatkan kesahihan maklumat tentang pusat perkhemahan tersebut. Jika dibandingkan seiring dengan peredaran zaman, 20 tahun yang lalu mengakses maklumat adalah satu perkara yang sukar. Namun ia bukan lagi satu perkara yang dianggap mustahil pada era moden kini. Dengan hanya satu klik sama ada di telefon pintar mahupun di komputer, mudah sahaja kita untuk mendapatkan kesahihan maklumat tentang sesuatu perkara mahupun tempat percutian dan kem-kem perkhemahan. Kami di Asia Camp juga telah menembusi semua jenis medan platform perhubungan di media sosial pada masa kini. Kami di Asia Camp bukan sahaja mempunyai laman web sendiri, malah medan sosial lain seperti Youtube, Facebook malah Instgram juga turut digunakan sebagai platform kami dalam memastikan anda para pengguna di luar sana bukan sahaja mudah mendapatkan info tetapi info-info kami adalah yang terkini setiap masa.

 

 

PANORAMA INDAH PUSAT PERKHEMAHAN

 

Selain daripada itu, faktor pemilihan tempat untuk dijadikan tempat perkhemahan adalah panorama yang indah dan terdedah kepada keunikan alam semulajadi yang tidak mampu dilihat di kota-kota besar. Jika di bandar raya, tempat yang menjadi pilihan utama para pengunjung adalah seperti gedung-gedung pasaraya terkemuka. Bersiar-siar di gedung-gedung pasar raya juga adalah salah satu aktiviti terapi yang bagus bagi menghilangkan tekanan, tetapi jika anda inginkan kelainan dan mahukan sedikit cabaran, tidak salah untuk anda memilih sebuah tempat perkhemahan yang selamat, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, selamat dan yang paling penting menepati citarasa para pencinta alam semulajadi. Di Asia Camp kami boleh dikatakan memenuhi semua ciri-ciri yang dititiberatkan oleh pencinta alam semulajadi. Dikelilingi oleh persekitaran yang nyaman dan jauh dari kesibukan kota raya, pemandangan matahari terbenam di Asia Camp pasti menjadi salah satu kenangan indah bagi pengujung yang pernah melewati kem kami. Kami di Asia Camp juga begitu menitik beratkan soal keselamatan para peserta dan pengunjung. Maka, oleh yang demikian, hanya ada 1 pintu sahaja dibuka di hadapan sebagai laluan utama bagi mengelakkan terjadinya insiden-insiden yang tidak diingini.

 

tapak perkhemahan

Perkhemahan di AsiaCamp


 

KEMUDAHAN PARA PESERTA PERKHEMAHAN DI ASIA CAMP

 

Tambahan lagi, Asia Camp turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti penginapan yang selesa iaitu katil single dilengkap dengan almari setiap seorang. Sajian makanan juga disajikan sebanyak 8 kali sehari. Tidak lupa juga kami mempunyai dewan yang selesa dan cukup luas untuk memuatkan 1000 orang peserta dalam satu masa yang sama jika para pengunjung mempunyai aktiviti yang memerlukan kegunaan dewan seperti ceramah motivasi dan sebagainya. Jadi kepada bakal pengunjung, anda tidak perlu risau jika kelaparan sekiranya anda memilih Asia camp sebagai destinasi perkhemahan anda. Sudah cukup dengan keselesaan kelengkapan yang disediakan, asia camp juga menyediakan pelbagai aktiviti riadah yang menarik dan membuka minda para pengujung. Antara aktiviti yang boleh dipilih oleh anda semasa berada di sini bersama kami adalah ice breaking, mind setting, management games, water confidence, water floating, night walking, jungle trekking, slot kepimpinan, pembinaan pasukan dan komunikasi dalam pasukan dan juga SWOT Analisa.

 

PENGALAMAN PARA PESERTA PERKHEMAHAN

 

“Well spent of 11 days at Asia Camp. A lot of fun challenging water activities.” Dipetik daripada Puan The Amirah Mustafa yang berkongsi pengalaman beliau sepanjang 11 hari di Asia Camp. Cik Aminah Syuhadah yang bertugas sebagai seorang Guru di SK Sungai Kapar Indah pula turut berkongsi pandangan dalam laman muka buku beliau yang menulis “Best! Best! Best! I am extremely sports lover, so tempat ini memang terbaik untuk menguji ketahanan fizikal dan mental.

 

Tiada apa yang lebih menggembirakan pihak pengurusan Asia Camp selain daripada para peserta kami berpuas hati dan melalui suatu pengalaman yang berharga sepanjang menyertai aktiviti-aktiviti perkhemahan dan riadah di kem kami. Kami di Asia Camp tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang, tetapi kami pasti cuba untuk memperbaiki segala kelemahan kami dari masa ke semasa dalam usaha untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada semua para pelanggan.

 

HUBUNGI KAMI

 

Kepada anda bakal pengunjung yang masih tercari-cari tempat untuk menjalankan aktiviti perkhemahan, tidak kira sama ada anda datang bersama-sama rakan sepejabat mahupun ahli keluarga jangan teragak-agak untuk memasukkan nama Asia Camp dalam salah satu pilihan utama anda. Jika ada yang berpendapat aktiviti perkhemahan adalah suatu aktiviti yang membuang masa lantaran peserta perlu bersusah payah untuk meneruskan aktiviti kehidupan, maka inilah masanya untuk anda mengubah persepsi mereka, kerana kami perkhemahan bersama Asia Camp anda boleh memilih untuk merasai pengalaman perkhemahan yang terbaik tanpa perlu bergelut untuk menjalankan aktiviti. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, anda masih boleh merasai pengalaman hidup di dalam hutan sambil menikmati pemandangan indah alam semulajadi tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan kemudahan asas seperti bekalan makanan, penginapan bermalam, akses talian telefon dan tandas yang bersih dan selesa dengan menjalankan aktiviti perkhemahan anda di mana-mana salah satu cawangan Asia Camp.

 

 

PENGALAMAN BERHARGA

 

Kepada bakal pengunjung kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang pakej harga dan aktiviti dan sila hubungi kami di Asia Camp di talian 017-2464456 atau layari laman web kami di http://www.asiacamp.my/ . Kami juga mengalu-alukan sebarang pandangan membina untuk kami sama-sama memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Penipuan Melibatkan Trip-trip Aktiviti

SEMBANG-SEMBANG REKREASI

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua. Pada sesi kali ini, saya kongsikan pendapat peribadi sy dan responses kepada permintaan beberapa rakan2 industri berkaitan 1 persoalan yg telah diajukan di dalam sebuah facebook group about couple of weeks ago – berkaitan fraud atau penipuan melibatkan trip-trip aktiviti.

Isu ini sebenarnya bukanlah isu baharu dan 1 post SEMBANG-SEMBANG REKREASI khas telahpun diwujudkan sebelum ini bagi merungkai isu yang telah terjadi. Namun demikian, ianya berterusan berlaku & seolah-olah tidak mempunyai jalan penyelesaian ataupun kaedah pembendungan. Persoalan yg telah diajukan di facebook group tersebut pula agak ‘panas’ kerana ianya turut melibatkan PDRM – laporan telah dibuat namun seolah-olah tiada tindakan lanjut yg diambil!.

Rakan2 sekalian…. bercakap tentang penyelesaian ini, suka saya membawa perhatian semua kepada beberapa cabang sudut pandang/perspektif. Tapi sebelum itu, saya menyeru semua supaya hentikanlah pandangan negatif/serong kepada mana2 investigation officers mahupun PDRM atas insiden sebegini. Ini kerana bukannya soal mereka tidak menjalankan tugas dengan baik tetapi in most cases, permasalahan tersebut adalah berpunca dari kita sendiri (agak pahit utk diterima namun itulah hakikatnya). Saya huraikan secara ringkas di bawah ni ye:

Baik, kita mulakan dengan tindakan setelah ditipu dahulu ye. Membuat laporan polis adalah 1 tindakan yang baik dan wajar. Ini adalah 1 kaedah bagi kita ‘membenarkan’ atau ‘menzahirkan’ insiden yangg kita alami tersebut dalam bentuk ‘black & white’. Namun demikian, bagaimana report itu dibuat juga turut memainkan peranan terutamanya ayat-ayat yang digunakan bagi menjelaskan keseriusan kejadian tersebut. Bagi mendapatkan penjelasan yg lebih mendalam dan contoh-contoh bersesuaian tentang hal ini, saya menyarankan agar rakan-rakan sekalian mendapatkan khidmat konsultasi dari beberapa rakan-rakan hikers kita yg juga peguam. Kejadian fraud sebegini bukanlah asing di negara kita. In fact, kes sebegini (termasuklah melibatkan industri hiking di Malaysia) yang telah membawa kepada hukuman penjara pun telah wujud – jadi, tidak menjadi masalah sangat untuk dijadikan rujukan berkaitan proses-proses yang perlu dilakukan. Namun, atas dasar menghormati profesionalisma kepeguaman dan hakikatnya, ianya adalah di luar bidang kuasa dan expertise saya untuk menjelaskan kesemuanya melalui medium ini, adalah lebih wajar sekiranya rakan-rakan berjumpa sendiri dgn sahabat2 peguam kita utk mendapatkan penjelasan. Begitu juga dengan tahap kes tersebut di mana sekiranya kes penipuan melibatkan nilai RM5K ke bawah, ia biasanya dibuat secara ‘Tuntutan Kecil’. Alternatifnya, jika tak ke mahkamah, boleh juga disalurkan aduan fraud sebegini ke Tribunal of Consumer Claims di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

Perspektif kedua pula….something yg saya sangat-sangat suka & menyarankan agar rakan-rakan pun buat ialah ‘mencegah lebih baik dari merawat’! Spesifiknya, sebelum kita “commit” dgn tawaran pakej dari seseorang penganjur atau sesebuah company/organization, adalah lebih baik sekiranya kita bertenang, ambil sedikit masa dan membuat sedikit homework/kajian peribadi terlebih dahulu. Orang putih kata, “hold your horses” – stop and consider carefully the decision or opinion about something. Apabila kita melihat sesuatu iklan/promosi (terutamanya yg luar biasa daya tarikannya, murah, ataupun ‘too good to be true’ daripada orang-orang yang kita tak kenal secara rapat / tak pernah melakukan aktiviti bersama / tak pernah menggunakan servis mereka), cuba elakkan the temptation untuk terus menempah pakej yang ditawarkan tersebut. Bertindaklah secara bijak sikit dengan cara yg cukup-cukup mudah iaitu “ASK AROUND” ataupun tanya rakan-rakan kita – Apabila nampak or dimaklumkan sahaja such promotion, call & tanya kawan-kawan kita or simply blast je dlm whatsapp group team kita berkaitan promosi tersebut. InsyaAllah ada sahabat2 kita yg akan response & memberi pendapat mereka (especially penggiat tegar dan para otai). Contrary to popular believe, dunia outdoor & adventure kita ni kecik je sebenarnya, kita je rasa ianya besar. Pi mai, pi mai tang tu gak! Walaupun kita x pernah kenal somebody atau seseorang organizer tersebut, pasti ada sahabat2 kita yg pernah kenal atau pernah terlibat melakukan aktiviti bersama. Pendapat-pendapat daripada mereka inilah yg sepatutnya kita ambil, kumpulkan & jadikan panduan untuk kita membuat keputusan. Selain itu, boleh juga kita find out latarbelakang organizers & polisi penyediaan service mereka menerusi apa jua bentuk medium seperti official website or any other socmed platforms. Kalau agak mencurigakan ataupun langsung tak wujud.…my advice, better don’t get involve! Daripada kita melakukan sesuatu secara membuta-tuli yang akhirnya tanpa disedari bakal menjerat kita, lebih baik kita be on the safe & clever sides.

Point di atas ini juga ada kaitannya dengan isu penguatkuasaan undang-undang. Ada di antara kita yg simply menyalahkan pihak PDRM namun dlm masa yg sama, samaada sedar ataupun tidak, kita jualah yg mewujudkan permasalahan tersebut. Akibat kegelojohan kita mengejar keseronokan beraktiviti melalui pembelian pakej-pakej sebegini, maka secara x langsung kita jualah yg memangkinkan kewujudan organizers tidak bertanggungjawab ini secara berleluasa. Dlm kata yg mudah…Mereka melakukan perkara yg tidak betul dgn menawarkan sesuatu tanpa asas perniagaan / penyediaan servis komersil yg kukuh, kita pulak membuat kesilapan dgn menyokong mereka melalui tindakan membeli servis mereka! Benda boleh elak tapi kita leka…dan bila dah x tahu menari, lantai pula dikatakan x rata!

My third & last point untuk post kali ini ialah kurangnya pendedahan & tindakan pelaksanaan yg sewajarnya dlm menangani fraud issue ini, baik dari sudut penyedia service mahupun clients/line up. Kita sebelum ini seolah-olah dimomokkan dgn 1 situasi yg mana tidak pernah wujud controlling mechanism dr aspek ini. Namun demikian, 1 inisiatif di peringkat kebangsaan iaitu Malaysia Tourism Excellence Business Certification (melibatkan beberapa cabang perniagaan pelancongan termasuklah Adventure Tourism) sedang digubal. Masih terlalu awal utk sy memberi penerangan terperinci berkaitan inisiatif ini kerana proses pembikinannya masih berjalan namun apa yg sy boleh utarakan di sini ialah ianya merupakan 1 usaha oleh pihak kerajaan melalui smart engagement with industry players bagi mewujudkan 1 mechanism bagi memastikan service pelancongan dpt dijalankan dgn sempurna & sedaya upaya mengelakkan sebarang bentuk tindakan yg boleh menganggu gugat perkembangan industry (termasuklah kes2 fraud sebegini). Sebagai sedikit gambaran awal, hanya penganjur atau company yang comply dgn industrial standard ini shj yg bakal dipromosikan perkhidmatan / perniagaan pelancongan mereka kpd masyarakat umum, so that potential clients tidak perlu gusar akan berlakunya penawaran servis yg tidak menepati piawaian ataupun kemungkinan ditipu oleh penyedia servis. InsyaAllah akan diwujudkan SEMBANG-SEMBANG REKREASI khas bagi tujuan ini selepas official launching pd Disember 2019 nanti.

So, itulah yg boleh sy kongsikan buat masa ini dlm memenuhi permintaan rakan2 industri sekalian. Byk lagi yg boleh diperhalusi namun sy rs ini pun dh cukup panjang utk kita sama2 baca & hopefully ‘hadamkan’. Points pertama & kedua tersebut bolehlah kita laksanakan buat masa sekarang sementara menunggu penguatkuasaan point ketiga. Itu pun sedikit sebanyak sudah memadai dlm usaha kita utk membenteras isu yg diperbincangkan tersebut secara lebih menyeluruh. Semoga sembang2 ini dptlah diterima secara positive oleh semua pembaca & seperti biasa, muchas gracias atas kesudian membaca.

Sumber : Dr. Alejandro Aaron Aventura

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

kem unit beruniform

Kem Unit Beruniform

 

INGINKAN PAKEJ KEM HARGA BERPATUTAN

TEMPAT SELASA DAN MENCABAR?

Kem unit beruniform?
Kem kepimpinan?
Kem motivasi?

Ramai tidak dapat hadir Sertai kem unit beruniform atau kem motivasi kerana kos mahal?

Kami sedia bantu.

Di akhir kem unit beruniform disini, peserta akan dapat:

  • Memahami kepentingan semangat kerjasama diantara satu sama lain.
  • Membentuk disiplin kendiri setelah 3 hari 2 malam terasing dengan keluarga.

Pakej lengkap kami meliputi:

Penginapan katil single

Siap almari(bukan double decker)

  • Makan 12 kali
    Hari 1:makan Malam,minum Malam
    Hari 2:sarapan pagi, makan tengahari, makan Malam, minum Malam
    Hari 3: sarapan pagi, makan tengahari

Aktiviti penuh

  • Hari pertama : Ice breaking, mind setting, taklimat keselamatan dan kesihatan, kraf perkhemahan ,etika perkhemahan dan night walking.
  • Hari kedua : Senamrobik/kawad kaki, asas ikatan tali-menali, masakan rimba, exolorace, asas pertolongan cemas, asas menyelamat, berakit dan persembahan kebudayaan.
  • Hari ketiga : Senamrobik/kawad kaki, jungle trekking/flying fix dan majlis penutup.

Boleh juga diisi dengan slot kepimpinan@motivasi@sahsiah.

Kami gandakan keseronokan dengan pengisian objektif program, pegawai kami amat menitikberatkan penyampaian yang membolehkan peserta belajar sesuatu disini.

Setiap aktiviti kami akan isikan mengikut prinsip “from experience to learning”. Oleh itu, peserta tidak semata-mata seronok menghadiri kem kami. Bahkan, mereka pasti akan mempelajari elemen kem unit beruniform dengan lebih baik dan mendalam.

Elemen Latihan

Elemen ini termasuklah:

  • Kerjasama ketika berada di dalam kumpulan : Ini boleh dilihat ketika aktiviti mencabar dilakukan seperti asas masakan rimba, asas pertolongan cemas dan asas ikatan.

 Kesemua aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan sekaligus memudahkan jurulatih memindahkan pengalaman yang diterima peserta kepada pembelajaran yang seronok.

  • Disiplin diri walaupun di di luar zon selesa : Peserta yang duduk di dalam dorm dengan kemudahan minimum membolehkan sesi pembelajaran melibatkan penampilan diri disusun dengan lebih mudah.

Semua aktiviti harian pelajar tanpa melibatkan keluarga akan membolehkan pelajar memahami kepentingan disiplin diri dengan lebih baik.

Kelebihan lain

Apa yang tuan/puan akan dapat disini:

  • Parking luas. 400 kereta boleh masuk
  • Dewan tertutup yang selesa
  • Tandas yang banyak(150 unit)
  • Panorama indah(di kaki bukit)
  • Kem bersebelahan Sungai, bebas dari aktiviti awam.
  • Keselamatan terjamin sebab di pagar rapi seluruh kem. Hanya ada 1 pintu dihadapan untuk laluan utama.
  • Padang kawad sebesar padang bola sepak untuk aktiviti

Klik disini untuk info tentang kursus>>

Menikmati Keindahan Semula Jadi dengan Jungle Trekking

Jungle trekking merupakan satu cara terbaik untuk mendekati alam semula jadi. Ini adalah cara untuk anda mengalami keindahan alam semulajadi yang sebenar dan mendapatkan peluang seumur hidup untuk mengagumi flora dan fauna yang jarang berlaku. Pengembaraan hutan umumnya merupakan pengalaman yang sangat mendebarkan dan mencabar.

Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri.

Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.

AsiaCamp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>