INGINKAN PAKEJ KEM HARGA BERPATUTAN, TEMPAT SELASA DAN MENCABAR?
kem unit beruniform?
Kem kepimpinan?
Kem motivasi?
Ramai tidak dapat hadir Sertai kem unit beruniform atau kem motivasi kerana kos mahal?
Kami sedia bantu.
Diakhir kem unit beruniform disini, peserta akan dapat:
a. memahami kepentingan semangat kerjasama diantara satu sama lain.
b. membentuk disiplin kendiri setelah 3 hari 2 malam terasing dengan keluarga.
a. Pakej lengkap kami hanyalah:
Rm180.00 3h2mlm
Meliputi:
*penginapan katil single siap almari(bukan double decker)
*makan 12 kali
Hari 1:makan Malam,minum Malam
Hari 2:sarapan pagi, makan tengahari, makan Malam, minum Malam
Hari 3: sarapan pagi, makan tengahari
*aktiviti penuh!
Hari pertama : Ice breaking, mind setting, taklimat keselamatan dan kesihatan, kraf perkhemahan ,etika perkhemahan dan night walking.
Hari kedua : Senamrobik/kawad kaki, asas ikatan tali-menali, masakan rimba, exolorace, asas pertolongan cemas, asas menyelamat, berakit dan persembahan kebudayaan.
Hari ketiga : Senamrobik/kawad kaki, jungle trekking/flying fix dan majlis penutup.
Boleh juga diisi dengan slot kepimpinan@motivasi@sahsiah.
Kami gandakan keseronokan dengan pengisian objektif program, pegawai kami amat menitikberatkan penyampaian yang membolehkan peserta belajar sesuatu disini.
Apa yang tuan/puan akan dapat disini:
*parking luas. 400 kereta boleh masuk
*dewan tertutup ang selesa
*tandas yang banyak(150 unit)
*Panorama indah(di kaki bukit kkb)
*kem bersebelahan Sungai, bebas dari aktiviti awam.
*keselamatan terjamin sebab di pagar rapi seluruh kem. Hanya ada 1 pintu dihadapan untuk laluan utama.
*Padang kawad sebesar padang bola sepak untuk aktiviti
Berita baik!
Sempena dengan kehadiran pengunjung 100,000 peserta dan penarafan kem sebagai ahli International Camping Federation:
Apabila tuan-tuan/puan-puan share kan post ini, kami sedia untuk memberikan tawaran harga runtuh sebanyak
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kem motivasi yang dijalankan mengikut objektif pemilihan individu tersebut. Ia juga menjadi kebiasaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke kem motivasi sewaktu cuti sekolah. Selain itu, institusi persekolahan juga gemar untuk membuka ruang kepada pelajar sekolah untuk menimba pengalaman menyertai kem motivasi
Terdapat beberapa panduan yang boleh diterima pakai oleh ibu bapa atau mana mana institusi untuk memilih kem motivasi yang terbaik. Panduan pertama adalah penting untuk mengetahui objektif sesuatu kem motivasi. Sebagai contoh, sekiranya individu tersebut ingin mentarbiahkan murid atau anak mereka, mereka perlu mencari kem motivasi yang berunsurkan matlamat dan objektif tersebut. Sekiranya ingin memantapkan fizikal, pilih kem motivasi yang berunsurkan ketenteraan.
Seterusnya, perlu untuk kita memastikan kem motivasi tersebut bukanlah tergolong daripada kem motivasi yang negatif. Menggunakan kekasaran atau kekerasan dari segi perbuatan, kata-kata atau bahasa badan. Terdapat beberapa kem motivasi yang menggunakan kekasaran seperti memukul, rotan dan sebagainya. Kekasaran tidak akan mendatangkan faedah kepada pelajar dan anak-anak. Unsur-unsur negatif seperti ini juga menyebabkan anak-anak tidak mahu dan tidak bersemangat untuk pergi ke kem motivasi lain. Oleh itu, para ibu bapa perlu berhati-hati dalam memilih kem motivasi untuk anak-anak.
Kemudian, ibu bapa juga perlu cakna dengan lokasi keberadaan kem motivasi tersebut. Adakah tempat tersebut selesa? Adakah tempat tersebut selamat untuk anak-anak? Maka, ibu bapa perlu untuk mengkaji dengan lebih dalam dan teliti terlebih dahulu. Dengan hasil kajian dan bacaan ibu bapa, anak-anak tidak akan berada dalam keadaan yang berisiko tinggi dan berbahaya.
Akhir sekali, selain daripada lokasi yang selamat, ibu bapa juga perlu tahu dan kenalpasti siapakah motivator yang akan di panggil semasa kem motivasi tersebut. Motivator adalah guru yang akan mengajar dan memberi ilmu sepanjang kem tersebut berlangsung. Oleh itu, motivator yang berkaliber dan berilmu adalah sangat penting untuk membuka minda, mendorong perubahan dan anak-anak akan bertindak segera ke arah membaiki dirinya.
Pada minggu lepas bertarikh 23-25hb Ogos 2019, telah berlangsung kem badan beruniform dari Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Seramai 70 orang pelajar dari badan unit beruniform sekolah ini telah berkampung di Asia Camp. Para pelajar ini tiba dengan bas di pagi hari 23hb Ogos dan terus dibawa ke bilik-bilik dormitori.
Seterusnya, taklimat dimulakan oleh wakil fasilitator Asia Camp. Taklimatnya berkisar mengenai perihal keselamatan, keberadaan program-program lain di pusat latihan, waktu makan dan sebagainya serta jenis-jenis aktiviti dan modul yang dilakukan sepanjang keberadaan mereka di pusat latihan Asia Camp di sini.
Secara asasnya, para peserta kem badan beruniform dari SK Antara Gapi ini merupakan kumpulan peserta kem yang termuda sekali yang berada di kem Asia Camp pada ketika itu. Kumpulan pelajar dari kem badan beruniform ini terbahagi dari persatuan Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Objektif dan fokus utama kem badan beruniform ini adalah memberikan pendedahan dan ‘first hands experience’ kepada para pelajar mengenai;
peranan seorang ahli badan unit beruniform;
pengalaman survival di hutan;
menguatkan ciri-ciri kepimpinan bagi para pelajar;
di samping mewujudkan rasa kekitaan dan setiakawan sesama mereka.
Oleh itu, modul-modul yang telah dijalankan melibatkan modul kem badan beruniform pelajar sekolah, modul survival cooking, modul pertolongan cemas, aktiviti explorace, pembentangan berkumpulan dan senamrobik beramai-ramai bersama para peserta dari program-program yang lain pada pagi Ahad, 25hb Ogos.
Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat
Secara keseluruhannya, nilai yang dapat dipelajari dari kem badan beruniform para pelajar SK Antara Gapi ini adalah;
Para pelajar SK Antara Gapi ini dilihat lincah dan tangkas beraktiviti menggunakan eleman alam.
Secara kritisnya, lokasi dan topografi sekolah mereka memang berada dalam kawasan yang sama seperti di Asia Camp. Lokasi Antara Gapi yang menghubungkan Ulu Yam-Serendah-Rawang sememangnya kaya dan terkenal dengan keindahan alam oleh penduduk setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak terkejut bila didapati para pelajar dari sekolah ini lebih tangkas dan sepertinya sudah terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Apapun, well done kepada adik-adik pelajar dari SK Antara Gapi. Sungguh comel semuanya dan kami di pihak Asia Camp cukup berbangga dengan pencapaian mereka.
Kem Kepimpinan di Asia Camp boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang sangat menyeronokkan kepada para peserta kem disini dan juga para pengunjung. Antara aktiviti rekreasi yang menjadi pilihan mereka adalah Night Walk dan Camp Fire.
Aktiviti rekreasi disini bukanlah aktiviti yang seronok semata-mata. Di sini pelajar akan didedahkan bagaimana menjadi pemimpin yang berkualiti melalui aktiviti ini. Aktiviti ini adalah sebagai meduim sahaja untuk memudahkan sesi pembelajaran pelajar untuk menjadi pemimpin yang cemerlang.
Sebagai contoh, night walking biasanya diselitkan dengan modul komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan bukan sahaja melibatkan arahan yang jelas. Ia melibatkan kepatuhan seoarang pemimpin kepada pemimpin yang lain. Ia juga melibatkan semangat berpasukan di dalam menghadapi kesukaran.
Apabila peserta diberikan suatu tugasan yang mencabar, ini akan menyebabkan peserta lebih bersemangat di dalam melaksanakan tugasan. Dengan cara inilah, pembelajaran menjadi seorang pemimpin akan lebih berkesan.
Untuk aktiviti camp fire pula, peserta perlu mencari bahan bakar pada waktu petang. Ia bukan semata-mata aktiviti membakar kayu dan menjadikan ia besar. Itu keseronokan semata-mata. Ia adalah bagaimana peserta merancang sesuatu tugasan dengan baik. Kemahiran merancang adalah kemahiran yang sangat penting sebagai seorang pemimpin.
Apabila kita memberikan suatu aktiviti yang seronok kepada peserta, pembelajaran dapat disampaikan dengan mudah. Ia, hanya dengan melalui aktiviti camp fire.
Jika pada waktu siang para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti lasak yang mengeluarkan peluh, berbeza pula di waktu malam di mana para peserta akan lebih bersantai sambil menikmati pemandangan hutan di waktu malam.
Kesemua aktiviti ini akan disulam dengan modul ini seperti asas kepimpinan, kemahiran komunikasi, sikap seorang pemimpin dan pembangunan karakter seorang pelajar untuk menjadi seorang pemimpin
Asas kepimpinan adalah melibatkan modul sikap kepimpinan, kemahiran kerjasama dan disiplin di dalam melakukan suatu tugasan.
Kemahiran komunikasi pula membolehkan peserta sebagai seorang pemimpin menyampaikan mesej dengan tepat dan terang. Mesej itu pula mestilah dapat diiukut dengan baik oleh pengikut. Semua kemahiran ini akan didedahkan sepanjang kem kepimpinan ini berlangsung.
Pembangunan karakter pula membolehkan peserta mengenalpasti apakah ciri-ciri di dalam diri yang perlu ada sebagai seorang pemimpin. Sifat bertolak ansur, sifat berdiam diri pada waktunya dan boleh mendengar pendapat orang lain adalah sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin.
Pada waktu malam yang kedengaran bunyi cengkerik saling sahut-bersahutan, pemandangan indah langit dengan cahaya bulan dan bintang sungguh mendamaikan dan mengasyikkan. Ini sekaligus menyeronokkan peserta. Apabila peserta seronok, konten pembelajaran akan lebih mudah disampaikan dan difahami oleh peserta.
Night Walk pula memberi pengalaman baru dalam aktiviti kepimpinan kepada para peserta kem kepimpinan. Selain pengalaman sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dirasai setiap hari, aktiviti ini akan dapat meningkatkan keberanian dan saling mempercayai antara satu sama lain kepada para peserta. Ini kerana semasa menjalankan aktiviti Night Walk ini para peserta diminta mengingati siapa yang berada dihadapan dan belakang mereka sebelum menerjah masuk ke dalam hutan. Inilah ciri asas yang perlu ada pada seorang pemimpin di dalam mempimpin pasukan
Aktiviti Camp Fire pula lebih kepada memberikan waktu rehat dan santai kepada para peserta setelah penat dengan pelbagai aktiviti riadah lasak pada waktu siang. Kebiasannya, para peserta akan menyanyikan sebuah lagu sebagai pembukaan semasa aktiviti Camp Fire. Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi bercerita dalam aktiviti santai malam di kem ini.
Sekiranya para peserta ingin merasai pengalaman tidur dalam khemah pula, khemah yang telah siap dipasang pada waktu siang hari boleh menjadi pilihan mereka. Manakala sekiranya peserta mahu memilih tempat tidur yang lebih selesa, kemudahan bilik tidur tetap boleh menjadi salah satu alternatif bagi para pengujung.
Berjalan di tengah alam menyembuhkan banyak perkara. Menghirup udara segar dan melihat pemandangan indah di muka bumi sangat berkesan untuk membersihkan fikiran, menghilangkan kebosanan, dan membangkitkan suasana. Selain itu dapat juga belajar mengenai kehidupan dengan mengamati alam – Dawn Gluskin
Suasana sunyi pada waktu malam di dalam hutan boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencari bermuahasabah memperbaiki diri. Amat penting bagi seorang pemimpin bermuhasabah bagi memperbaiki diri.
Bonus, kami ingin kongsi kepada guru sekolah tentang bagaimana guru boleh malaksanakan kem kepimpinan dengan baik.Tips melaksanakan Kem Kepimpinan Pelajar
Umum kita mengetahui aktiviti ice breaking adalah satu aktiviti pemecahan ice dan membuang rasa malu di kalangan peserta. Kebiasaannya dibuat di awal program, di hari pertama kem atau aktiviti awal selepas sesi pendaftaran atau taklimat selesai. Tujuan utama activiti ice breaking ini adalah bagi mewujudkan rasa relax, santai dan lebih mesra di kalangan ahli kumpulan dan sesama peserta umumnya.
Berikut merupakan contoh aktiviti ice breaking yang telah dilakukan di pusat latihan Asia Camp. Aktiviti ini dikenali sebagai – kenalilah saya. Aktiviti ini mudah sekali kerana tidak memerlukan alatan khusus dan ruangan yang besar. Para peserta dihimpunkan di dalam satu bilik seminar dan dibiarkan duduk santai di dalam barisan mengikut kumpulan. Ini kerana bilangan peserta di dalam kumpulan ini tidak besar dan aktivitinya lebih bersifat tumpuan dan fokus kepada semangat setiakawan.
Para peserta diarahkan berdiri mengikut soalan yang diberikan
Setelah para peserta telah bersedia, jurulatih memberikan arahan untuk berdiri mengikut soalan yang diberikan. Berikut merupakan contoh soalan yang diberikan kepada peserta dalam aktiviti ice breaking pada kali ini.
Pangkal nama mengikut huruf A, E, I, O, U
Kategori umur mengikut bulan – bulan 4, 8 dan 12
Pecahan lokasi rumah mengikut pekan – 10 pekan telah disenaraikan
Pekerjaan ibu bapa
Pemakaian jam tangan – kanan, kiri dan tiada jam
Peserta paling tinggi di dalam kumpulan
Peserta paling rendah / comel di dalam kumpulan
Jenis pekerjaan impian di masa hadapan
Jenis kasut yang dipakai – bertali, tidak bertali tapi berpelekat, selipar
Warna kesukaan diri
Pada setiap soalan yang diberikan, jurulatih memberikan tugasan tambahan. Misalnya pada soalan pertama mengenai permulaan pangkah nama, peserta yang berdiri dikehendaki membuat salam kawan dan trademark diri sesama yang berdiri. Contoh lain pada soalan ketiga pula memerlukan peserta bersembang sesama sendiri dalam masa 2 minit mengenai pekan kecil mereka.
Awas! Jurulatih akan membuat semakan, menanyakan soalan tambahan dan memberikan penalti jika tidak mampu menjawabnya. Begitu juga pada soalan keenam mengenai ketinggian peserta. Setiap peserta dalam kumpulan soalan diberikan tugasan khas dan perlu membuat persembahan khusus mengenainya.
Tugasan tambahan dan penalti diberikan buat peserta untuk lebih bergiat aktif dan lincah
Aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan dan jauh dari formaliti seperti memberikan formal speech dan pembentangan. Ia lebih berbentuk santai dan relax. Hujungnya, mood peserta di dalam bilik kelas ini bertukar kepada lebih fun, relax dan lembut. Tiada lagi kekok dan kaku. Inilah yang kita sasarkan untuk aktiviti ice breaking yakni memecahkan kekekokan peserta, kebosanan dan ketidakfokusan diri peserta terhadap program.
Apa yang pasti, adik-adik peserta masih tersenyum mengingatkan dirinya dikenakan penalti menari bersama pasangan dari kumpulan sebelah. Terus pecah ketawa di seluruh bilik kelas bila adik Deswari mengenakan tarian klasik India. Sangat mengujakan sekali!
Asia Camp seringkali dipilih oleh sekolah-sekolah rendah mahupun menengah di sekitar Perak dan Selangor sebagai tempat perkhemahan badan unit berunifrom sekolah. Mungkin kerana lokasinya yang mesra alam, keluasan tapak kem dan fasiliti lengkap untuk menampung bilangan pelajar yang ramai sehingga lima ke enam buah biji bas. Bagi aktiviti perkhemahan badan beruniform ini, selain perkhemahan di hutan dan bilik-bilik dormitori pihak Asia Camp turut menyediakan tapak khas perkhemahan yang bersifat outdoor.
Pada sesi perkhemahan yang lepas, seramai 60 orang pelajar dari SMK St. John (M) Kuala Lumpur telah berpeluang mempelajari asas pemasangan khemah secara amali dan teknikal. Para pelajar ini terdiri dari unit beruniform pengakap, kadet bomba dan persatuan bulan sabit merah.
Sesi latihan pemasangan khemah ini dimulai dengan sesi taklimat dan demonstrasi dari jurulatih dan para fasilitator dari Asia Camp. Para pelajar dikenalkan dengan peralatan khemah seperti kain khemah, fly sheet, rod fibre, tali dan pancang.
Seterusnya, para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan masa selama 1 jam untuk menyiapkan khemah untuk kumpulan masing-masing. Prosedur pemasangan khemah ini mengikut langkah-langkah seperti berikut:
Memilih tapak khemah yang telah dibersihkan.
Buka dan hamparkan kain khemah ke tapak lantai.
Sambungkan ke semua batang rod fibre.
Masukkan batang rod fibre ke dalam lubang di hujung kain khemah.
Selesai dimasukkan, kedua-dua hujung rod fibre hendaklah ditolak dan bahagian tengah rod fibre bersama bumbung khemah hendaklah diangkat ke atas.
Apabila khemah telah terbentuk, kedua-dua hujung rod fibre hendaklah dimasukkan ke penyendal / lubang yang disediakan.
Langkah 5 dan 6 diulang kepada kesemua batang rod fibre yang disediakan.
Apabila khemah sudah terbentuk, angkat dan susunkan khemah mengikut lokasi yang telah ditetapkan dalam plan tapak perkhemahan.
Pasangkan fly sheet dan ikat semua tali rod fibre dan hujung fly sheet ke tanah.
Para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan ruang untuk memasangkan khemahPara pelajar memasukkan rod fibre ke dalam kain khemahRod fibre dikemaskan agar tidak tersekat atau terputus di dalam kain khemahPelajar tekun memasukkan rod fibreGambar akhir, para pelajar ditugaskan untuk mengemaskan semula khemah dan tapak perkhemahan
Secara keseluruhannya, aktiviti pemasangan khemah ini memberikan hands on experience kepada para pelajar. Aktiviti ini turut membuka peluang kepada pelajar bukan sahaja mempelajari asas dan teknik pemasangan khemah secara lebih dekat, tetapi juga asas kerjasama berkumpulan, tolong membantu dan fokus menyiapkan tugasan yang diberikan.
Berakhirlah sudah program kem kadet polis bagi para peserta yang mewakili negeri masing-masing pada 16-18hb Julai yang lepas. Kemuncak program kem kadet polis ini diikuti dengan raptai majlis pada 19hb dan majlis perasmian dan penutupan program pada 20hb Julai 2019 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu VVIP Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.
Perkhemahan badan beruniform kem kadet polis ini merupakan program tahunan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Untuk tahun 2019 ini, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diamanahkan dan diberikan kepercayaan untuk mengelolakan perkhemahan kem kadet polis ini bagi kali ke-21. Perkhemahan kem kadet polis ini turut dibantu dan dikawal selia oleh pihak pengurusan pihak Asia Camp Kuala Kubu Bharu. Adalah diharapkan kursus perkhemahan seperti kem kadet polis ini akan mampu meningkat kefahaman, ketahanan, kerjasama dan keberkesanan aplikasi kemahiran di kalangan para Ahli Kor Kadet Polis. Ini sejajar dengan kehadiran dan bantuan penyertaan dari wakil PDRM serta kontinjen-kontinjen mereka semasa program berlangsung.
Persembahan kawad kaki Mara Lasak (M/L) oleh para peserta dan kontinjen PDRM yang adaPara peserta dan kontinjen dari PDRM khusyuk mendengar taklimat dan ucapan dari tetamu terhormat, Ketua Polis Ngeara
Tentatif majlis ini adalah seperti berikut:
0700hrs : Kesemua para peserta kem kadet polis telah terlibat dengan acara senamrobik di padang perkhemahan.
0800hrs – 1200hrs : Para peserta daripada setiap wakil kontinjen telan menjalankan kawad kaki Mara Lasak (L/W) .
1130hrs : Satu taklimat telah disampaikan oleh YDH SAC Dato’ Azman Bin Ayob, Ketua bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur kepada semua pegawai penyelaras kontinjen mengenai keselamatan para peserta program.
1500hrs – 1800hrs: Suatu raptai penuh telah diadakan di padang kawad dan sesi ini telah dihadiri oleh YDH CP Datuk Seri Mazlan Bin Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH SAC Dato’ Azman Bin Ayo, Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur. Program diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama ketua Polis Negara.
VVIP dikelilingi para wakil media yang membuat liputan dan laporanSesi bergambar bersama Keetua Polis Negara dengan para pemenang pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan bagi 2019Perwakilan pelajar dari badan unit beruniform kadet polis dari negeri TerenggauSekitar suasana semasa raptai perbarisan pada 19hb yang laluKadet polis dari perwakilan sekolah menengah juga turut tidak ketinggalan dalam latihan raptai sehari sebelum majlis penutupanPara peserta dari badan unit beruniform sekolah juga cuba melaksanakan hukuman yang terbaikInilah wajah-wajah kakak-kakak polis yang turut sama berkampung di Asia Camp menyumbang tenaga, kemahiran dan pengalaman dengan para perwakilan negeri kadet polisCommittee program sedang menyiapkan tata rias bagi majlis pada tengah hari nantiRaptai demo persembahan unit pancaragam dari PDRM
Secara keseluruhannya, perkhemahan kem kadet polis selama 5hari 4malam ini telah berlangsung dengan jayanya di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Bharu ini. Program yang mendapat sokongan oleh pihak KPM, PDRM dan para guru ini tentunya merupakan suatu pengalaman berharga buat para peserta. Bagi pihak pengurusan pihak Asia Camp, program sebegini sememangnya memberikan pengalaman yang berguna bagi pihak kem dalam meningkatkan kualiti servis perkhidmatan dan misi serta visi kem di masa hadapan.
Kalau ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.
Terima kasih untuk anda semua dari kami di Asia Camp!!!
Pada 16hb sehingga 18hb Julai baru ini, baru sahaja berakhir pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Baru. Seramai hampir 500 orang telah berkumpul dan berkampung di Asia Camp pada hari kemuncak pertandingan kawad kaki ini yang terdiri daripada 200 orang peserta, puluhan guru pengiring, wakil kontinjen dari PDRM, pihak media, para penyokong dan masyarakat awam yang lain. Penyertaan kontinjen dari pelbagai negeri ini mewakili unit beruniform kadet polis yang telah menjalani pelbagai modul team building and ketahanan fizikal dan mental. Setiap dari mereka membawa nama dan mewakili kontinjen negeri masing-masing. Kehadiran tetamu-tetamu VVIP seperti Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim turut menggegarkan bumi Asia Camp. Sesungguhnya, acara kawad kaki peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan ini merupakan ‘event’ terbesar dan teramai yang pernah diuruskan oleh pihak Asia Camp setakat ini.
Unit beruniform dari badan pancaragam sedang mempersembahkan kawad kaki asas dan laporan
Kadet bomba membuat formasi pasukan
Kadet polis wanita memberikan kawad statik kepada juri
Terdapat 3 kriteria yang dilihat oleh para juri untuk skema pemarkahan pertandingan kawad kaki unit beruniform ini yaitu; (1) persediaan asas, (2) pergerakan kawad , dan (3) pemarkahan formasi. Di dalam kriteria pertama dan kedua, setiapnya dipecahkan lagi kepada 3 sub bahagian. Contohnya di dalam aspek persediaan, setiap ahli atau peserta kawad disemak secara detail dari asas pakaian, kekemasan diri dan pakaian serta keseragaman pasukan secara keseluruhan. Untuk aspek kedua, sub-kriteria yang dilihat melibatkan kawalan asas pergerakan peserta dan pasukan, kawalan menerima laporan dan kawalan statik pasukan. Kriteria kedua ini yakni pergerakan kawad membawa markah terkumpul yang tinggi sebanyak 50% dari keseluruhan markah untuk kumpulan penyertaan.
Contoh sampel pemarkahan bagi pertandingan kawad kaki nasional
Para jurinya pula terdiri daripada anggota khas unit beruniform negara dari cawangan tengah (central) yang telah berpengalaman berpuluh tahun di dalam bidang keselamatan negara. Penilaian dan pemarkahan mereka adalah muktamad hasil dari ketelitian, keseriusan disiplin dan pengalaman bersama unit keselamatan kebangsaan.
Pertandingan tahunan kawad kaki peringkat kebangsaan sebegini merupakan agenda penting bagi badan-badan unit beruniform dan ia menjadi fokus utama bagi para pelajar yang menyertainya. Mereka seboleh mungkin akan berusaha sekuat daya untuk melayakkan diri untuk sampai ke peringkat akhir. Pengalaman dan peluang menghadiri pertandingan seperti ini akan membuka minda para pelajar khususnya dari 3 aspek utama; (i) mempelajari arahan hukuman dan kreativiti formasi kawad yang baru, (ii) meluaskan kenalan dari pelbagai latar belakang sekolah dan budaya, serta (iii) pengalaman hidup dan perasaan mengenai sesuatu yang baru dan ruang untuk membuktikan diri setara dan mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Tentunya ia sesuatu yang mengujakan bagi para peserta dan adik-adik remaja kita.
Mari kita nikmati gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pertandingan unit beruniform ini berlangsung.
Kadet polis dari Terengganu Darul ImanWakil peserta dari Johor Darul TakzimWajah-wajah para kadet polis yang mewakili negeri Kelantan Cik Siti Wan KembangGelajat para pelajar yang lain yang turut serta datang menyokong sekolah, perwakilan negeri dan rakan-rakan mereka yang lainPara juri pertandingan yang didatangkan khas dari unit beruniform keselamatan negaraPara medik dan sukarelawan turut bersiap sedia bagi sebarang kecemasan
Kesimpulannya, pertandingan sebegini yang diadakan secara tahunan merupakan satu peluang bagi para peserta dan adik-adik remaja ahli unit beruniform sekolah untuk mempelajari aspek-aspek penting dalam hidup. Aspek-aspek ini merangkumi nilai-nilai murni kehidupan seperti mempunyai fokus, berdisiplin, bekerja kuat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
Bagi pihak pengurusan Asia Camp pula, pengalaman menguruskan ‘event’ besar sebegini merupakan satu peluang untuk lebih memajukan potensi perkhidmatan, meluaskan profil, dan memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Secara umumnya, Admin berpendapat menguruskan 500 orang ‘crowd’ yang terdiri daripada pelbagai kumpulan ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Ini melibatkan kebajikan setiap peserta, keselamatan, keselasaan dan akhirnya kepuasan para peserta, pelanggan dan masyarakat umum yang lain. Namun begitu, kami di Asia Camp bersyukur kerana program telah berlangsung dengan jayanya.
Bird-eye view secara keseluruhan bagi pertandingan kawad kaki nasional yang berlangsung di Asia Camp Kuala Kubu Bharu
Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dengan aksi yang lebih menarik dan modul yang lebih mencabar!
Terima kasih daun keladi dari pengurusan Asia Camp.
Pengalaman semasa di kem motivasi pelajar di Kelantan lain pula auranya. Topografi kawasan betul-betul di tepi pantai. Objektif dan durasi kem lebih lama, lasak dan tegar. Sasarannya adalah pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan. Kem pelajar tersebut beroperasi selama hampir 3 bulan, mempunyai hampir 20 modul dan melibatkan 300 peserta kem lelaki dan perempuan.
Admin ketika itu diarahkan datang memberikan bantuan buat kem pelajar bagi menggantikan fasilitator yang sudah hampir 2 bulan tidak berganti. Tugasannya terasa berat kerana perlu mengambil-alih tugas menjadi ketua fasilitator buat kem pelajar ini selama 10 hari (sementara fasilitator tetap direhatkan dan diberikan cuti). Tanpa pengenalan dan suaikenal lanjut tentang kem pelajar di Kelantan ini, tanpa bantuan dari fasilitator tetap yang terus menghilang diri untuk berehat, Admin dan team terpaksa mengambil alih 300 peserta yang sudah ‘kelesuan jiwanya’ dek angin panas pantai. Di kem pelajar ini, ia benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental Admin dan kumpulan dalam menghadapi anak-anak remaja yang boleh dikatakan kesemuanya sudah lesu, lelah, tepu benaknya dengan pelbagai info dan terbakar jiwanya. Ia sungguh menguji!
Ketika ini, Admin yang menjadi ketua harus cepat bertindak. Bertindak memotivasikan fasilitator yang ada dan bertindak mencari modul yang bertepatan untuk keadaan semasa di kem pelajar ketika itu. Nekad Admin ketika itu, “jiwa yang sakit ini perlu didekati dengan empati, kasih sayang dan belaian”. Itu sahaja ubatnya yang perlu diberikan dengan dos yang tepat dan suntikan yang kena pada tempatnya.
Seorang fasilitator harus peka, cepat bertindak dan kreatif dalam menyusun langkah dan strategi
Admin dan kumpulan menukar strategi modul. Untuk 2-3 hari pertama sesi suaikenal bersama team fasi yang baru, semua modul berat melibatkan Al-Quran, qiyam dan menjaga kawasan (khatibah) diberhentikan seketika. Kami bersembang santai di tepi pantai mengenai keluarga, rasa, cinta, cita-cita dan gossip senja. Ada adik-adik kem pelajar yang bertanyakan pengalaman cinta para fasi di universiti, alam universiti dan banyak lagi. Selama 3 hari itu, kami duduk ‘side-by-side’, tidur bersama di dorm peserta kem pelajar dan bersuap makanan. Adik-adik peserta kem pelajar ini nampaknya seperti terubat. Satu benda yang sungguh-sungguh Admin rasakan di sini yaitu, “empati ini penting kerana ia mengetuk jiwa dan membuka ruang untuk yang lain masuk dan mengubati penyakitnya dari dalam”.
Konklusi yang dapat disimpulkan di sini ialah perlunya elemen empati, rasa kebersamaan dan ‘care’ sesama fasilitator dan para peserta kem pelajar. Berhadapan dengan para peserta kem pelajar yang datang dari pelbagai latarbelakang, dengan jutaan masalah di kepalanya yang tidak kita ketahui, para peserta kem pelajar ini perlulah dirai dengan sebaik dan seadanya. Menjadi fasilitator bukanlah bermakna diri itu boleh mendabik dada, menjadi ketua yang perlu dituruti arahannya, menjadi tempat rujukan dan sebagainya. Melainkan menjadi fasilitator itu merupakan satu tugas yang berat. Berat di sini kerana fasilitator itu perlu bersama-sama memikul bebanan rasa dan fikiran puluhan bahkan ratusan peserta kem pelajar di bawah jagaan dan seliaannya.
Teringat kata-kata seorang pendeta silam, “ingin menyentuh jiwa, langkah-langkah dan kata-katanya perlulah terus datang dari jiwa. Perhatikan wajahnya, tembusi matanya, dan dalamilah jiwanya, pasti ketemu penyakit dan ubatnya”. Membuktikan kepada kita betapa pentingnya bahasa jiwa, empati dan kasih sayang sesama manusia dalam menaburkan bakti dan budi kepada manusia. Manusia itu ada seninya!
Dalam satu kem motivasi pelajar yang lain, Admin menjadi ketua fasi bagi kem motivasi pelajar untuk adik-adik Naqib (ketua kumpulan bimbingan pelajar lelaki) dan Naqibah (ketua kumpulan bimbingan pelajar perempuan) Kolej Professional MARA di Johor. Beratnya tugasan yang diberikan ketika itu, guru-guru di sana menyerahkan sahaja bulat-bulat bagi wakil universiti yang datang membantu. Tanpa modul dan tanpa fasilitator bantuan dari pihak Kolej, kem motivasi pelajar ini harus dijalankan untuk 3 hari dan 2 malam yang mendatang. Alkisahnya, sistem Naqib-Naqibah ini adalah modul baru dari pendidikan negeri yang berkolabrasi dengan pihak Majlis Agama Negeri Johor. Mereka di Kolej Mara ini belum ada modul kepimpinan untuk kem motivasi pelajar sebegini dan masih blur untuk membina modul yang bagaimana. Apa yang ada hanya bahan-bahan untuk kem motivasi pelajar dan peralatan perkhemahan. Guru bimbingan ketika itu dari pihak Kolej seingat Admin hanya 4 orang, seorang wakil HEP, seorang ustaz dan dua guru waden perempuan. Begitu Admin dengan 2 rakan yang lain mengerah otak untuk melaksanakan modul, mengambil-alih memberikan ucapan, memberikan tazkirah, merangka aktiviti luar dan membuat kupasan iktibar dari Al-Quran.
Perasaan Admin di ketika itu hanya 1; “ini adalah satu peluang untuk berbakti, menaburkan budi, dan menyebarkan sayap kasih dan rahmatnya Tuhan kepada alam”. Di ketika itu, konteksnya adalah adik-adik dari Kolej Mara yang inginkan input dan nilai tambah untuk bekalan dibawa balik ke Kolej mereka nanti, untuk dikongsikan dengan ratusan para pelajar kolej yang lain. Demi Allah, Admin merasakan ketika itu bebanan dakwah, pendidikan kesedaran dan jutaan rantai rasa yang berat wujud di dalam jiwa.
Mendidik masyarakat memerlukan empati dan rasa sensitif yang tinggi
Inilah dia hakikat pendidikan manusia, khususnya bagi diri yang mencarikan kebaikan. Mereka perlu dibentuk dan dicanaikan dengan acuan yang baik dan cukup dengan segala resipi dan bahannya. Hakikatnya setiap manusia adalah insan yang baik, yang mahu kembali menyucikan diri, mahu menjadi baik, mahu disayangi, mahu dihormati, dan mahu dipuji. Pengalaman 3hari 2malam di kem motivasi pelajar Johor ini membangkitkan 1001 rasa. Adik-adik peserta baik lelaki mahupun wanita tidak dibezakan. Admin layankan semua sama rata sahaja. Yang nakal ditegur, yang comel dipeluk, yang nampaknya ‘keras’ diberikan senyuman dan suapan makan, dan yang ‘liar’ dijinakkan dengan basuhan iman.
Hujungnya, semuanya menangis dan ingin bersama lagi untuk jangka masa yang lebih lama. Admin rasakan satu kemenangan di dalam jiwa.
Selain kem motivasi yang admin uruskan, kami juga ada uruskan kem motivasi berteraskan modul outdoor. Ianya boleh mengikut objektif yang pihak tuan/puan mahukan seperti motivasi pembelajaran, motivasi peperikasaan dan motivasi kerja berpasukan.
Hari ini, memulakan tugas di awal pagi Admin melihat kembali gambar-gambar siri kem motivasi pelajar yang pernah diuruskan oleh Asia Camp. Dokumen kerja yang menimbun yang harus diselesaikan tidak mampu mengalihkan pandangan dari jutaan mimik muka suci anak-anak kecil sekolah dan adik-adik remaja kita yang makin membesar. Timbul rasa sebak dan haru. Fikiran Admin melayang mengingat moment sedih, indah dan suka yang pernah Admin lalui sebelum ini.
Hari ini Admin mahu berkongsikan sedikit pengalaman dan rasa hati Admin semasa menjadi fasilitator di kem motivasi pelajar.
Pengalaman 1:
Di suatu ketika, Admin pernah menjadi fasilitator kem motivasi pelajar buat anak-anak sekolah Islam di Hulu Langat, dulu di zaman awal belajar di universiti. Sampai di modul qiyam dan muhasabah diri, adik-adik sekolah yang jauh lebih muda usianya menangis teresak-esak dan tersedu-sedan mendengar runtunan cerita dan insaf diri dari ustaz yang menjadi moderator. Admin yang fasilitator ini, terkebil-kebil seketika. Ustaz yang menjadi moderator terus ‘keras’ menyampaikan peringatan dan makin hanyut dengan lebatnya hujan air mata yang turun. Dikisahkannya dengan perjalanan kematian yang mendekat dan apa yang akan berlaku di saat pengakhiran kehidupan dunia. Melihat orang menangis, mampu menjentik diri yang asalnya keras dan gagah ini untuk turut juga merasa sebak, menangis dan tak keruan. Sesungguhnya menangis itu satu rahmat dan ketenangan.
Muka-muka bersih yang memerlukan bantuan untuk dicorakkan laluan rasa dan fikirannya
Biasa kita bercerita tentang kem motivasi pelajar yang memotivasikan peserta. Bagi admin, kem motivasi pelajar seperti ini tidak hanya untuk peserta atau pelajar, tetapi juga mampu memotivasikan para fasilitator dan diri sendiri khususnya. Kem motivasi pelajar ini menjadi satu platform buat para fasi untuk sama-sama belajar meningkatkan potensi diri dan deria sensitiviti diri umumnya.
Contoh indoor aktiviti yang merupakan modul refleksi diri dan hubungan rakan sebaya
Pengalaman menguruskan modul kem motivasi pelajar sekolah islam yang walaupun bagi admin hanya berskala kecil ketika itu, tetapi ia membawa kepada satu pengajaran besar yang menghidupkan jiwa, paling kurang bagi admin khususnya. Beginilah kita manusia, setiap apa yang kita lihat, rasai dan dengari adalah satu bonus untuk meningkatkan diri dan menjadikan diri ke arah yang lebih baik.
Kefahaman asas simpulan dan ikatan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti sangat efektif. Pendidikan mengenai asas simpulan dan ikatan ini tidak saja tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi asas ini juga banyak digunakan ikatan dalam pelbagai aktiviti rekreasi seperti dalam aktiviti perkhemahan, jungle tracking, survivor camp, dam lain-lain.
Secara umumnya, terdapat tujuh asas ikatan dan simpulan yang biasa digunapakai di dalam kem-kem perkhemahan, rekreasi dan proses menyelamat antaranya ialah seperti berikut:
i) Ikatan Buku Sila / Reef Knotb
ii) Ikatan Bunga Geti (Commom Bend)
iii) Simpulan Angka 8 / Himpit (Fishermen’s Knot)
iv) Lilitan Taut (Taut-Line)
v) Simpulan Tindih Kasih (Bowline)
Umumnya, seramai hampir 60 orang pelajar dari SK Air Panas ini telah meluangkan masa dengan menyertai perkhemahan Kem Unit Beruniform selama 3hari 2malam di Asia Camp. Mereka telah mempelajari 4 asas membuat simpulan seperti berikut:
A) Simpulan Himpit (Fisheman’s Knot)
Fungsi simpulan seperti ini lebih kepada menyambungkan dua tali yang besar yang kebiasaany kita menggunakan tali pancing. Ia juga turut digunakan untuk menyambung tali licin.Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)
B) Simpul Bunga (Double Sheet Band)
Ikatan ini lebih kepada skill memendekkan tali tanpa memotongnya. Ikatan ini juga digunakan untuk menguatkan tali pada tempat yang reput atau hendak putus. Ia juga digunakan bagi menegangkan tali yang kendur yang diikat pada keduadua hujungnya.
C) Simpul Bunga (Double Sheet Baa)
Bagi jenis simpulan ini pula, ia berperanan untuk menyambung dua utas tali yang tidak besar. Lilitan hanyalah sebanyak 2 keping tali yang tidak sama besar tetapi lilitannya adalah sangat kemas.
D) Lilitan Taut (Taut LIne)
Bagi jenis lilitan sebegini pula, ia lebih kepada keperluan mengikat tali khemah ke pancang atau tali tiang supaya di dapatkan dikendurkan atau ditegang.
Secara keseluruhannya, para peserta dari SK Air Panas ini kelihatannya gembira dan pulang dengan membawa sesuatu yang bermanfaat pada sesi hujung minggu pada kali ini. Syukur Alhamdulillah .
Skill ketiga yang harus dihadamkan oleh para peserta ini merujuk kepada sifat kepimpinan dalam bertindak dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh ketua semasa perkhemahan berlangsung.
Teori kepimpinan yang dibincangkan oleh Mahmood Zuhdi (1999: 9) menegaskan bahawa, “sifat kepimpinan itu terjadi dalam bentuk yang berbagai-bagai hala dan merupakan fungsi dari semua orang. Tidak ada orang yang menjadi pemimpin dalam semua hal dan tidak ada orang yang terlepas dari fungsi kepimpinan”.
Noor, M.A., et al. (2015). Teori Gaya Kepimpinan Barat diadaptasi daripada Teori Gaya Kepimpinan Islam (Al-Quran). ISSN: 1985-7012, Vol. 8, (1).
Dapatlah kita fahami di sini bahawa, sifat kepimpinan itu lahir hasil asuhan kumulatif secara berperingkat dan holistik. Maksud lain di sini ialah, pembinaan sifat kepimpinan itu terbentuk dari gemblengan tindakan, kesefahaman, dan toleransi setiap ahli kumpulan dan sesama peserta kem.
Berbalik semula kepada situasi di kem kepimpinan unit beruniform, sifat kepimpinan ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk;
mendirikan khemah
membersihkan tapak perkhemahan sebelum dan selepas digunakan
memasak dan ‘survival cooking’
menyelesaikan tugasan yang diberikan seperti membuat raft, ‘water confident’, ‘camp fire’ dan lain-lain
‘explore race’ mahupun ‘night walk’
Mendirikan khemah memerlukan tenaga berkumpulan untuk menghasilkan khemah yang kemas, utuh dan kuat
Dalam contoh yang lain, Admin masih ingat di suatu insiden semasa suatu program pelajar di Asia Camp. Para peserta diberikan seutas tali panjang dan kertas majong. Tugasannya ialah menggerakkan kertas majong berkenaan mengikut arah yang diberikan oleh ketua fasilitator menggunakan tali yang diberikan. Setiap ahli perlulah memegang hujung tali dan kertas majong tidak boleh terjatuh ke lantai.
Para pelajar sedang menunggu arahan seterusnya bagi aktiviti tugasan riben dan kertas majong
Tugasannya nampak mudah dan ‘doable’. Namun, ia memerlukan kesepakatan tindakan setiap ahli dan arahan seorang ketua untuk menggerakkan dan merancang strategi tindakan. Di sinilah pentingnya sifat kepimpinan bagi setiap ahli. Kepimpinan untuk mendengar arahan dan menggerakkan keseluruhan pasukan.
Dalam suatu insiden yang lain yang melibatkan pelajar-pelajar perempuan dari SK Kementah yang berhadapan dengan situasi kecemasan ketika menyiapkan tugasan ‘day-walking’. Arahan yang diterima ialah setiap ahli haruslah menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama dan melalui setiap ‘check-point’. Salah seorang ahli dalam kumpulan pelajar SK Kementah ini terluka kakinya selepas melalui beberapa check-point. Fasilitator telah dihubungi dan pelajar berkenaan akan dibawa keluar untuk dirawat. Namun begitu, ahli kumpulan yang lain menolak dan menawarkan diri untuk mengiringi sahabat mereka ini bagi menyiapkan tugasan dengan tagline, “setiap ahli harus melalui check-point”. Pelajar yang sakit itu juga sanggup bersama-sama kawan-kawannya untuk mengharungi perjalanan di setiap check-point bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Suatu keputusan yang yakin dan jelas matlamat serta tindakan yang menyentuh jiwa. Nilai persahabatan dan kebersamaan dalam mengharungi ujian di dalam kem.
Salah satu ‘check-point’ yang harus dilalui peserta ialah ‘obstacle course’. Aktiviti ini memerlukan ketahanan dan kerjasama semua ahli untuk menjayakan tugasan.
Konklusinya, kemahiran sifat kepimpinan ini terbina secara berjemaah, bersama-sama, dan wujudnya kerjasama di antara dua pihak atau lebih. Makanya, ia haruslah disemai secara berterusan dan melalui modul yang berkualiti.
Inilah kualiti yang cuba dijaga oleh kami di Asia Camp. Kami sentiasa memastikan modul yang berkualiti itu adalah seiring dengan fasiliti atau kemudahan tempat yang ditawarkan dan dilengkapi dengan kekuatan fasilitator dan para pelatih modul yang berpengalaman. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini, kita mampu melahirkan generasi pemimpin negara yang berkualiti dari segi intelektual dan kekuatan modal insannya yang lain.