Artical, Camp, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Mount Climb, sembang santai rekreasi, Team Building

ABSEILING DI ASIA CAMP

Abseiling adalah salah satu teknik sukan riadah yang boleh dirasai oleh para peserta yang menyertai mana-mana kem di Asia Camp. Istilah aktiviti riadah lasak ini berasal daripada perkataan Jerman yang merujuk kepada maksud naik dan turun dengan menggunakan tali. Pengetahuan asas fizik seperti takal dan tuas digunakan dalam aktiviti riadah lasak ini.

Kebiasaannya, para peserta kem akan memerlukan aktiviti untuk menuruni curam dan tebing yang tinggi dan tiada jalan darat yang membolehkan para peserta melaluinya. Justeru, peralatan dan perkakas seperti tali yang diikat di badan dan alat belay akan digunakan semasa menuruni curam atau tebing batu dengan selamat.

Abseiling memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Bagi mereka yang mengalami acrophobia atau takut pada ketinggian, aktiviti sukan lasak ini tidak sesuai untuk dijalankan. Namun, bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan suka meneroka keunikan alam semulajadi aktiviti sukan lasak ini pasti menjadi salah satu pilihan utama untuk dirasai.

Para peserta yang mendaki akan menggunakan teknik ini apabila berlaku perubahan lokasi daripada landai ke curam atau tebing tinggi. Selain daripada dapat melindungi tali penambat yang telah sedia ada daripada kerosakkan atau terputus, teknik ini berkesan untuk menyelamatkan para pengembara yang terkandas atau tercedera dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Aktiviti Abseiling ini boleh anda rasai sekiranya anda memilih Asia Camp untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti kem motivasi, kem jati diri, kem kepimpinan dan kem team building malah hari riadah bersama keluarga dan jabatan. Para jurulatih kami akan mengawasi para peserta semasa aktiviti ini dijalankan bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Gunung menghijau di hujung sana, Semakin hilang mentari terbenam, Teknik Abseiling ilmu berguna, Memudahkan pendaki meneroka alam.

Teknik ini juga merupakan salah satu ilmu yang sangat berguna untuk dipelajari sekiranya para pengembara atau pendaki terperangkap di dalam hutan. Ini kerana dengan menggunakan teknik Abseiling ini akan memudahkan para pendaki dan pengembara untuk menuruni puncak air terjun dan mendapatkan bekalan air. Justeru, kepada para pengembara dan pendaki yang baru berjinak-jinak untuk menyertai pengalaman mendaki gunung, adalah penting untuk anda menimba ilmu dan teknik ini sendiri untuk kegunaan di masa hadapan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *