ASAS PERKHEMAHAN

TULAR SI NOPAL

Perkhemahan?, “Berkhemah. Berkhemah. Berkhemah sama si Nopal. Si Nopal Si Nopal anaknya Bahenol”. Jika masih para netizen ingat, rangkap perkhemahan ini pernah tular pada awal tahun 2019. Hampir seluruh Negara malah seluruh dunia terjebak dengan parodi yang menyanyikan semula lagu dan bait-bait rangkap perkhemahan bersama Si Nopal ini. Malah sesiapa sahaja yang mendengar rangkap ini pasti akan terikut sama untuk menyanyikannya. Pelbagai maklumbalas dan kritikan yang diterima dari semua pihak semasa lagu ini tular di media sosial. Ada yang memuji dan tak kira juga ada yang mengeji. Namun, apa yang ingin kami sampaikan dalam artikel kali ini bukanlah fenomena yang tular tersebut, tetapi apa yang menarik perhatian kami di AsiaCamp adalah untuk berkongsi pendapat dan pandangan mengenai asas perkhemahan.

PENGALAMAN MENYERTAI PERKHEMAHAN

Semakin kita meningkat usia dewasa, aktiviti perkhemahan ini pula akan semakin jauh terpanggang. Tentu sekali aktiviti riadah seperti perkhemahan tidak lagi menjadi priroriti dalam kehidupan seseorang lantaran seiring dengan perubahan individu itu meningkat dewasa maka ia bermaksud seiring itu jugalah beban dan tanggungjawab akan bertambah. Jika kita imbas kembali semasa latar masa kehidupan kita di alam persekolahan tidak kira sama ada alam persekolahan rendah, menengah mahupun pendidikan tinggi, kita sering didedahkan dan diundang untuk menyertai aktiviti perkhemahan. Apatah lagi bagi mereka yang berpeluang menyertai pasukan badan beruniform seperti Pengakap dan Pandu / Tunas Puteri, aktiviti perkhemahan adalah salah satu aktiviti yang diberi keutamaan oleh mereka. Pengalaman mengutip ranting-ranting kayu untuk dijadikan unggun api pada sebelah malam, aktiviti bercerita dan meluahkan kisah masing-masing di malam hari, pengalaman mandi dan membersihkan barang-barang keperluan dengan menggunakan sumber air semulajadi. Semua pengalaman itu pasti menjadi sesuatu pengalaman berharga yang akan diceritakan kepada anak cucu kelak.

PENGASAS PENGAKAP

Di mana-mana sekolah sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah, aktiviti perkhemahan dan Pasukan Pengakap boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku. Malahan ada juga sesetengah pihak yang berpendapat seolah-olah tidak layak seseorang itu bergelar ahli pengakap sekiranya tidak pernah menyertai aktiviti perkhemahan. Sedikit perkongisan maklumat mengenai sejarah penubuhan Persatuan Pengakap Dunia di mana pengasasnya iaitu Lord Baden Powell of Gilwell atau nama singkatannya BP telah mengumpulkan sekumpulan kanak-kanak untuk membantu beliau menyusun strategi perperangan. Beliau merupakan seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral sekitar tahun 1907. Pergerakan pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu di mana satu perkhemahan pengakap yang pertama di dunia telah diadakan. Selepas daripada itu, belia telah mengeluatkan satu rancangan latihan bagi pengakap pada tahun 1907. Sumber dipetik daripada laman blog Persatuan Pengakap wordpress.com

PENGASAS PENGAKAP DUNIA – LORD BADEN POWELL

DEFINISI PERKHEMAHAN

Sebelum mengolah dengan lebih panjang, adalah lebih baik kita memahami maksud dan definisi sebenar tentang berkhemah ini. Merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka, berkhemah adalah bermaksud mendirikan atau memasang khemah yang digunakan untuk berteduh atau bermalam. Justeru apabila kita menyebut tentang aktiviti perkhemahan tentu sahaja yang terlintas di fikiran kita adalah memasang khemah dan peralatan-peralatan yang perlu digunakan untuk memasang khemah. Khemah yang digunakan pula tentu sahaja berbentuk segi tiga dan bukanlah seperti khemah yang digunakan individu untuk acara perkhawinan atau majlis kenduri kendara.

DEFINISI KHEMAH

Khemah pula membawa takrifan pondok yang berasas daripada kain tebal atau kain layar merujuk kepada kamus dewan bahasa dan pustaka. Apa yang menariknya pula seiring dengan peredaran kemajuan zaman teknologi, asas kain khemah ini turut diinovasi dengan menggunakan kain nilon yang nyata lebih ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja malah kalis air. Jadi kepada pencinta alam yang sering berkhemah di dalam hutan pasti memilih khemah yang berasaskan kain nilon ini setiap kali mereka meneroka ke dalam isi hutan.

CIRI-CIRI TEMPAT PERKHEMAHAN

Para pembaca pasti sudah memahami apa itu berkhemah atau perkhemahan. Seterusnya penulis ingin membawa para pembaca untuk mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada semasa anda memilih tempat perkhemahan. Jika kita memilih untuk menggunakan portal aplikasi Trivago sebelum memilih hotel untuk percutian, maka kaedah yang sama perlu kita gunakan bagi memilih tempat perkhemahan. Antara perkara-perkara yang perlu ada dalam senarai semak semasa kita memilih tempat perkhemahan adalah tempat perkhemahan yang selamat dan dekat dengan keperluan asas iaitu air, cahaya matahari, makanan, dan akses talian telefon bagi sebarang kecemasan. Kawasan perkhemahan juga perlulah landai dan selesa untuk dijadikan tempat perbaringan, selain selamat daripada risiko bencana alam seperti tanah runtuh atau banjir kilat. Kawasan perkhemahan yang baik juga harus mempunyai sumber bahan bakar yang mudah dicari bagi tujuan para peserta untuk memudahkan mereka memasang unggun api.

CIRI UTAMA- KESELAMATAN SEMASA BERKHEMAH

Selain itu ciri-ciri lain yang perlu dititikberatkan oleh para pengembara adalah faktor keselamatan seperti ancaman daripada binatang buas.  Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengambil kira kesesuaian aktiviti yang akan dijalankan sepanjang perkhemahan. Bagi kami di Asia Camp pula itu adalah salah satu perkara yang amat dititiberatkan oleh pihak pengurusan. Maka, atas dasar itu juga kami di Asia Camp, kami telah menyediakan satu tempat perkhemahan yang boleh memuatkan 1000 orang peserta dalam satu masa yang sama. Selain dilengkap dengan tempat meletak kereta yang banyak iaitu berjumlah 400 unit, kamu turut menyediakan 150 unit tandas bagi menjamin keselesaan para pengunjung yang menitik beratkan aspek kebersihan.

Pohon jati tegak meninggi, Terbenam suria indah panorama, Aktiviti berkhemah membentuk peribadi, Peribadi mulia aspirasi Negara.

KELEBIHAN MENYERTAI AKTIVITI PERKHEMAHAN

Pantun di atas diselitkan bagi bertujuan untuk mengajak para pembaca dan bakal pengunjung Asia Camp untuk mendalami kelebihan dan kebaikan sekiranya kita menyertai aktiviti perkhemahan. Antara kebaikan dan kelebihan tersebut adalah aktiviti perkhemahan akan membantu para peserta supaya lebih berdikari. Jika sebelum ini di rumah para peserta tidak perlu bersusah payah untuk membina tempat berteduh kerana tentu sahaja para peserta telah mempunyai kediaman sendiri, namun melalui aktiviti perkhemahan, perkara utama yang perlu dilakukan oleh para peserta adalah membina tempat berteduh. Di sinilah kita akan belajar menghargai bahawa sekecil-kecil ilmu asas kemahiran diri dapat membantu para peserta untuk meneruskan kehidupan. Selain daripada itu, tidak dinafikan lagi aktiviti perkhemahan adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan diri. Dewasa ini, kebanyakan daripada kita kurang terdedah kepada aktiviti riadah lantaran kekangan masa, wang dan tempat. Maka rutin harian kita yang berada dalam pejabat berhawa dingin setiap hari memang tidak bagus untuk kesihatan. Justeru, kita perlu mencari masa yang sesuai untuk memastikan sistem tubuh badan kita mengeluarkan peluh. Maka dengan itu, salah satu cara untuk mengeluarkan peluh adalah dengan menyertai aktiviti perkhemahan.

Selain daripada kelebihan di atas, aktiviti perkhemahan juga dapat memupuk kesedaran untuk lebih menghargai keindahan alam semulajadi dan tidak sewenang-wenangnya merosakkan keindahan alam semulajadi tersebut. Apa yang membimbangkan semakin hari, perasaan cinta dan menghargai alam semulajadi semakin terhakis daripada diri anak-anak muda. Justeru, kepada golongan pendidik yang tercari-cari tempat perkhemahan yang sesuai untuk mendedahkan para pelajar kepada hutan dan keindahan alam, boleh memilih kami di Asia Camp sebagai platform yang sesuai.

KESAHIHAN INFO PUSAT PERKHEMAHAN

Sering kali kita lihat, pelbagai aktiviti sampingan seperti berkayak, memanah, bermain sukaneka akan diadakan sebagai aktiviti sampingan selain daripada sesi bercerita semasa memasang unggun api di waktu malam. Faktor lain yang penting juga adalah mendapatkan kesahihan maklumat tentang pusat perkhemahan tersebut. Jika dibandingkan seiring dengan peredaran zaman, 20 tahun yang lalu mengakses maklumat adalah satu perkara yang sukar. Namun ia bukan lagi satu perkara yang dianggap mustahil pada era moden kini. Dengan hanya satu klik sama ada di telefon pintar mahupun di komputer, mudah sahaja kita untuk mendapatkan kesahihan maklumat tentang sesuatu perkara mahupun tempat percutian dan kem-kem perkhemahan. Kami di Asia Camp juga telah menembusi semua jenis medan platform perhubungan di media sosial pada masa kini. Kami di Asia Camp bukan sahaja mempunyai laman web sendiri, malah medan sosial lain seperti Youtube, Facebook malah Instgram juga turut digunakan sebagai platform kami dalam memastikan anda para pengguna di luar sana bukan sahaja mudah mendapatkan info tetapi info-info kami adalah yang terkini setiap masa.

PANORAMA INDAH PUSAT PERKHEMAHAN

Selain daripada itu, faktor pemilihan tempat untuk dijadikan tempat perkhemahan adalah panorama yang indah dan terdedah kepada keunikan alam semulajadi yang tidak mampu dilihat di kota-kota besar. Jika di bandar raya, tempat yang menjadi pilihan utama para pengunjung adalah seperti gedung-gedung pasaraya terkemuka. Bersiar-siar di gedung-gedung pasar raya juga adalah salah satu aktiviti terapi yang bagus bagi menghilangkan tekanan, tetapi jika anda inginkan kelainan dan mahukan sedikit cabaran, tidak salah untuk anda memilih sebuah tempat perkhemahan yang selamat, dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, selamat dan yang paling penting menepati citarasa para pencinta alam semulajadi. Di Asia Camp kami boleh dikatakan memenuhi semua ciri-ciri yang dititiberatkan oleh pencinta alam semulajadi. Dikelilingi oleh persekitaran yang nyaman dan jauh dari kesibukan kota raya, pemandangan matahari terbenam di Asia Camp pasti menjadi salah satu kenangan indah bagi pengujung yang pernah melewati kem kami. Kami di Asia Camp juga begitu menitik beratkan soal keselamatan para peserta dan pengunjung. Maka, oleh yang demikian, hanya ada 1 pintu sahaja dibuka di hadapan sebagai laluan utama bagi mengelakkan terjadinya insiden-insiden yang tidak diingini.

Perkhemahan di AsiaCamp

KEMUDAHAN PARA PESERTA PERKHEMAHAN DI ASIA CAMP

Tambahan lagi, Asia Camp turut menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti penginapan yang selesa iaitu katil single dilengkap dengan almari setiap seorang. Sajian makanan juga disajikan sebanyak 8 kali sehari. Tidak lupa juga kami mempunyai dewan yang selesa dan cukup luas untuk memuatkan 1000 orang peserta dalam satu masa yang sama jika para pengunjung mempunyai aktiviti yang memerlukan kegunaan dewan seperti ceramah motivasi dan sebagainya. Jadi kepada bakal pengunjung, anda tidak perlu risau jika kelaparan sekiranya anda memilih Asia camp sebagai destinasi perkhemahan anda. Sudah cukup dengan keselesaan kelengkapan yang disediakan, asia camp juga menyediakan pelbagai aktiviti riadah yang menarik dan membuka minda para pengujung. Antara aktiviti yang boleh dipilih oleh anda semasa berada di sini bersama kami adalah ice breaking, mind setting, management games, water confidence, water floating, night walking, jungle trekking, slot kepimpinan, pembinaan pasukan dan komunikasi dalam pasukan dan juga SWOT Analisa.

PENGALAMAN PARA PESERTA PERKHEMAHAN

“Well spent of 11 days at Asia Camp. A lot of fun challenging water activities.” Dipetik daripada Puan The Amirah Mustafa yang berkongsi pengalaman beliau sepanjang 11 hari di Asia Camp. Cik Aminah Syuhadah yang bertugas sebagai seorang Guru di SK Sungai Kapar Indah pula turut berkongsi pandangan dalam laman muka buku beliau yang menulis “Best! Best! Best! I am extremely sports lover, so tempat ini memang terbaik untuk menguji ketahanan fizikal dan mental.

Tiada apa yang lebih menggembirakan pihak pengurusan Asia Camp selain daripada para peserta kami berpuas hati dan melalui suatu pengalaman yang berharga sepanjang menyertai aktiviti-aktiviti perkhemahan dan riadah di kem kami. Kami di Asia Camp tidak mampu menjanjikan bulan dan bintang, tetapi kami pasti cuba untuk memperbaiki segala kelemahan kami dari masa ke semasa dalam usaha untuk memberikan khidmat yang terbaik kepada semua para pelanggan.

HUBUNGI KAMI

Kepada anda bakal pengunjung yang masih tercari-cari tempat untuk menjalankan aktiviti perkhemahan, tidak kira sama ada anda datang bersama-sama rakan sepejabat mahupun ahli keluarga jangan teragak-agak untuk memasukkan nama Asia Camp dalam salah satu pilihan utama anda. Jika ada yang berpendapat aktiviti perkhemahan adalah suatu aktiviti yang membuang masa lantaran peserta perlu bersusah payah untuk meneruskan aktiviti kehidupan, maka inilah masanya untuk anda mengubah persepsi mereka, kerana kami perkhemahan bersama Asia Camp anda boleh memilih untuk merasai pengalaman perkhemahan yang terbaik tanpa perlu bergelut untuk menjalankan aktiviti. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah, anda masih boleh merasai pengalaman hidup di dalam hutan sambil menikmati pemandangan indah alam semulajadi tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan kemudahan asas seperti bekalan makanan, penginapan bermalam, akses talian telefon dan tandas yang bersih dan selesa dengan menjalankan aktiviti perkhemahan anda di mana-mana salah satu cawangan Asia Camp.

Selain beroperasi di alamat AsiaCamp, Jalan Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, Asia Camp juga mempunyai dua lagi tempat perkhemahan yang boleh dijadikan pilihan kepada bakal pengunjung iaitu bertempat di Taman Negara Pahang, National Park, Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang, dan Cabin Sg. Sireh, Lorong Ban 4, Parit 1 45400 Tanjung Karang, Selangor, Malaysia (Homestay Sg. Sireh Area).

PENGALAMAN BERHARGA

Kepada bakal pengunjung kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang pakej harga dan aktiviti dan sila hubungi kami di Asia Camp di talian 017-2464456 atau layari laman web kami di http://www.asiacamp.my/ . Kami juga mengalu-alukan sebarang pandangan membina untuk kami sama-sama memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.

About Author

admin