TEAM BUILDING PROGRAM
FOREST ADVENTURE AT ASIACAMP.
We bring out the experience in you by taking you back to the nature. At Asia Camp, we designed a unique outdoor experience, combining experiential learning with theory & exciting team assignments, all carried out in the spectacular outdoor setting of the lush tropical forest.
ORGANIZING EVENT(2018)

STRATEGIC LOCATION
AsiaCamp is a Training and Recreation camp (eco-resort & team building activity concept) that operates in a centre of peninsular Malaysia named Ampang Pechah, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. We are located next to the Sungai Selangor and Titiwangsa Range foothills Strip.

UNIQUE & GREATEST
AsiaCamp ready to receive 1,000 participants at one time, with the power unit of 36 dorms and 20 chalets. Our seminar hall capacity also can accommodate up to 1,000 people. You can continues activity despite the rain!

CERTIFIED FACILITATOR
Our trainers are qualified from Human Resources Development Fund, an agency under Ministry of Human Resources Malaysia. We also practice Risk Assessment Management System and Standard Operation Procedure in order to make sure program run safely.

SAFETY PRACTICE
We are member of International Camping Fellowship. We deliver all activity by implement the standard operation procedure. Explore our website to get the details on our certification.

OUTDOOR RECREATION
Adventurous activity, flying fox, abseiling, river floating, team building, family day, orienteering and “kem rekreasi” experience.
TEAM BUILDING
Building builds trust, mitigates conflict, encourages communication, and increases collaboration with us.

WATER RAFTING
River rafting, river floating experience. Come to Malaysia “kem latihan & rekreasi”
Our Testimonials
“A fun way to relieve all stress from working. Accommodation and meal 5 star!”
AFNAN ASMADI
“Prepare yourselves to get sweat and wet as well as mentally challenged. Most of all, enjoy the experience and the new things that learnt. Plus, the instructors did very good job as well.”
DEBBRA MARCEL
“An excellent place to stay especially for a Leadership Camp.”
MUHAMMAD NASRUL
GET QUOTATION NOW !
Get quotation from our expert team by clicking this button.
THEIR ADVENTURE JOURNEY @ OUR RECREATIONAL CAMP
BOOKING NOW !
Kindly call us at 016 526 4456 or click link below. Go team building program with us
KNOWLEDGE CORNER
KENALI FAKTOR MENJADI INDIVIDU HEBAT DAN CEMERLANG : ASAS MODUL KEM JATIDIRI
-
Posted by
admin
Menurut penulis buku Managing Creativity yang diterbitkan pada tahun 1991, faktor menjadi individu hebat telah dikategorikan olehnya kepada lima faktor utama. Ianya merangkumi perkara-perkara berikut iaitu :-
Motif : bagi menguruskan diri menjadi cemerlang dan mampu menjana idea baru yang kreatif, matlamat dan motif seseorang itu perlu jelas. Motif dan keinginan yang kukuh akan membantu seseorang supaya tidak tersasar daripada perjalanannya menuju ke arah kejayaan. Motif juga menjadi alat yang dapat melonjakkan paradigm lama kepada yang baru. Malah teori Hieraki Keperluan Asas oleh Carl Rogers turut menyatakan, faktor menjadi individu hebat juga adalah di mana individu tersebut sentiasa berusaha untuk mengenal pasti motif dan tujuan hidupnya di samping meningkatkan konsep kendiri bagi memperolehi tahap keperluan yang dicapai.

fokus pada sasaran dan motif anda
Personaliti : personaliti individu yang cemerlang kebiasaannya adalah mereka dikategorikan dalam golongan yang mudah bergaul dengan sesiapan jua dan mempunyai perwatakan yang menarik dan menyenangkan orang lain. Malah, menjadi satu bonus pula bagi golongan sebegini sekiranya mereka sentiasa mempunyai idea dan pandangan yang menarik minat individu lain untuk sentiasa berurusan dengannya. Malah mereka juga dikategorikan sebagai seseorang yang mempunyai sense of humor. Kelebihan sebegini menjadikan mereka sangat disenangi oleh semua pihak.

individu cemerlang adalah yang senang bergaul
Kemahiran : juga adalah faktor menjadi individu hebat dan cemerlang. Sama sahaja dengan pentingnya pengetahuan. Setiap manusia juga dianugerahkan dengan kemahiran yang berbeza. Kemahiran yang ada dalam setiap diri individu yang cemerlang adalah kemahiran mempersiapkan diri untuk menghadapai dugaan dan cabaran pada keesokan harinya. Tiada orang cemerlang yang membuang masa. Kerana itu jugalah, masa dianggap sebagai emas oleh golongan mereka yang telah berjaya dan cemerlang.
Pengalaman : pengalaman juga tidak kurang pentingnya dalam menentukan sesuatu keputusan yang diambil. Kata pujangga, pengalaman adalah guru terbaik sama ada individu hebat tersebut belajar daripada pengalamannya sendiri atau menjadikan pengalaman orang lain sebagai panduan dan iktibar kehidupan.
Kesimpulannya, faktor-faktor yang dinyatakan di atas adalah perlu untuk dipupuk dalam diri setiap individu yang inginkan kejayaan.
RAIKAN CINTA DENGAN KEUNIKAN DAN KEINDAHAN DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA JERANTUT PAHANG
-
Posted by
admin
Meraikan cinta anda dengan memilih Asia Camp Taman Negara sebagai lokasi terbaik untuk andai dan pasangan mengabadikan kenangan cinta. Buat julung-julung kalinya, Asia Camp Taman Negara yang dahulunya lebih sinonim dengan pelaksanaan program dan kem motivasi oleh pelbagai jabatan, namun kini seiring dengan tambahan kelengkapan dan peralatan, pihak kami turut menawarkan pakej melansungkan perkahwinan di sini.
Dengan suasana hutan yang mendamaikan dan pemandangan alam semulajadi yang sangat menenangkan, lokasi kami bukan sahaja sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan, malah sangat sesuai bagi pasangan yang ingin terus berbulan madu dan meraikan cinta bersama pasangan.
Saban hari, semua lapisan golongan masyarakat semakin sibuk dengan tugasan harian dan beban kerja. Jika dibandingkan dengan keadaan semasa majlis kenduri kendara yang diadakan 20 tahun yang lalu, konsep gotong royong atau merewang cukup sinonim semasa majlis perkahwinan. Dapat dilihat sebuah kampung pada masa itu berganding bahu dan cukup bekerjasama bermula dari persiapan mendirikan khemah perkahwinan hinggalah ke acara masak-memasak.
Namun demikian, seiring dengan kemajuan dan peredaran zaman, masyarakat lebih memilih untuk membiarkan majlis perkahwinan mereka diuruskan oleh wedding planner lantaran kesibukan kerja. Begitu juga dengan ahli keluarga. Untuk pulang ke kampung bagi menghadiri majlis meraikan cinta sebegini selama berhari-hari dianggap tidak relevan lagi.

pemandangan yang menenangkan
Selain kesukaran untuk mendapatkan kelulusan bagi tempoh cuti yang lama, jadual anak-anak juga pasti akan terganggung sekiranya ibu bapa bercuti terlalu lama. Maka, amatlah mudah bagi pasangan yang berhasrat untuk mengadakan majlis hari kebesaran mereka sebagai raja sehari di premis kami kerana selain ahli keluarga dapat berehat dan bersantai tanpa perlu renyah masak-memasak, di Asia Camp Taman Negara juga sangat sesuai untuk dijadikan tempat bagi seisi keluarga mengadakan program family day.
Ibarat kata pepatah sambil menyelam minum air, maka itulah pepatah yang paling sesuai bagi menerangkan bahawa premis ini bukan sahaja sesuai untuk meraikan raja sehari malah turut sesuai untuk memberikan masa berkualiti kepada seluruh isi keluarga dan saudara mara.
MENGENALI KONSEP KREATIF KENDIRI ASAS KECEMERLANGAN INDIVIDU : MODUL KEM JATIDIRI
-
Posted by
admin
Kreatif kendiri adalah satu konsep di mana setiap individu itu lahirnya dengan nilai kreativiti yang tersendiri. Namun demikian, perlu diingatkan juga aspek kreatif itu hanya mampu menjadi aktif apabila diransang dengan betul. Malah ia bukan sahaj cukup apabila diransang, aspek kreatif tesebut juga perlu diamalkan serta dipupuk saban waktu.
Walaupun terdapat sesetengah pengkaji ilmuwan yang berpendapat bahawa tahap dan nilai kreativiti ini berkorelasi dengan darjah kecerdasan. Namun demikian, sebahagian besar pengkaji bidang psikologi kognitif pula mendapati kecerdasan hanyalah sebahagian kecil daripada keperluan untuk melahirkan daya kreativiti.
Dalam erti kata lain, kecerdasan fikiran bukan faktor terpenting dalam aspek kreatif kendiri ini. Sejak kebelakangan ini, pakar-pakar psikologi kognitif telah menemuin elemen terpenting dalam memupuk kecerdasan dan kemahiran berfikir secara seimbang. Jika istilah IQ adalah label bagi kecerdasan logik, maka EQ pula ditakrifkan sebagai kepintaran menguasai emosi dan menjadi ukuran dalam memupuk pemikiran cemerlang.
Jika diperhatikan juga dalam silibus-silibus mata pelajaran di sekolah turut menerapkan konsep yang dipanggil KBAT iaitu konsep berfikir di luar kotak yang ternyata berjaya menjana sisi kecerdasan minda para pelajar. Sebuah kajian yang dijalankan oleh Howard Gardner pada tahun 1988 menyatakan bahawa manusia mempunyai tujuh tahap kecerdasan dalam diri masing-masing dalam konsep kreatif kendiri ini.

SEMUA INDIVIDU MEMPUNYAI KEMAHIRAN TERSENDIRI
Tujuh ciri kecerdasan itu adalah ;-
- Kemahiran liguistik : iaitu kemahiran menguasi bahasa. Apabila seseorang mampu menguasai bahasa maka dia mampu menjadi sasterawan, penulis, penyajak, atau juruhebah.
- Kemahiran kinestatik : sejenis kemahiran individu yang mahir menggerakkan bahagian-bahagian fizikal anggota badan seperti golongan penari, ahli sukan dan akrobatik.
- Kemahiran muzik : kemahiran menguasi irama, rentak dan alunan bunyi-bunyian. Golongan seperti ini mampu memainkan alatan muzik dengan baik seperti piano dan trompet.4
- Kemahiran spatial : sejenis kemahiran yang mampu menguasi ruang sama ada ruang udara, daratan dan lautan.
- Kemahiran interpersonal : kemahiran berunding dan berkomunikasi. Sebagai contoh ahli politik dan agen insurans.
- Kemahiran logic matematik : sejenis kemahiran bagi mereka yang mahir menggunakan otak kiri.
- Kemahiran intrapersonal : sejenis kemahiran dalam mengawal emosi diri supaya tidak bersikap terburu-buru dan sentiasa tenang dalam membuat keputusan.
-
kemahiran muzik di ASIA CAMP
Kesimpulannya, setiap individu harus mengetahu kemahiran mana yang dikuasai oleh dirinya kemudian barulah dia mampu mengorak langkah dalam mencapai kejayaan.
KENALI FAKTOR-FAKTOR YANG MENGEKANG KREATIVITI DALAM ORGANISASI
-
Posted by
admin
Sesebuah organisasi yang mampu mengenali dan menghidari faktor yang mengekang kreativiti dalam organisasi di peringkat awal mampu membawa pasukannya bergerak lebih maju berbanding pasukan yang atau organisasi yang memandang enteng terhadap kepentingan kreativiti. Malah, pada masa ini, masih terdapat organisasi yang seolah-olah tidak mengambil berat tentang kepentingan kreativiti dan impaknya kepada sesebuah pasukan tersebut.
Dalam konteks lain, terdapat juga organisasi yang tidak tahu bahawa amalan dan budaya kreativiti ini mampu menjadikan organisasi dan pasukannyan lebih cemerlang dan gemilang. Implikasi daripada mengabaikan kreativiti ini maka pasukannya nyata ketinggalan lebih jauh berbanding pasukan lain.

menjana kreativiti bersama
Pelbagai faktor yang mengekang kreativiti dalam sesebuah pasukan dan perlu dibendung segera. Antaranya adalah ;-
- Komunikasi yang lemah antara superior dan subordinat
- Kurangnya kerjasama dalam pasukan
- Menekankan status quo
- Menekankan motivasi intrinsik.
- Prosedur yang terlalu ketat dan mengongkong
- Persaingan menang-kalah dalam organisasi sendiri
- Sumber yang tidak mencukupi
- Penilaian dan tekanan kerja yang berat
Jika kesemua faktor ini wujud dalam sesebuah pasukan maka ketua pasukan perlu mengambil langkah segera bagi mewujudkan ruang untuk ahli pasukan mereka. Ini kerana sifat semulajadi manusia adalah di mana dia mampu lebih berimaginasi dalam keadaan yang tenang dan tiada tekanan.

tiada tekanan pasti lebih ceria dan gembira
Kesemua faktor yang mengekang kreativiti ini dilihat bukan sahaja tidak mampu membangunkan sesebuah organisasi atau pasukan itu ke tahap yang lebih tinggi, tetapi juga akan mewujudkan suasana kerja yang tidak selesa.

wujudkan suasana yang selesa sesama ahli dengan aktiviti outdoor
Perlu diingatkan antara faktor kejayaan sesebuah organisasi pula adalah di mana ia berjaya memperkasa pembangunan sumber manusia terlebih dahulu melalui kaedah :
- Mewujudkan kepercayaan dan komitmen menyeluruh dalam proses pembelajaran dan pembangunan
- Komunikasi yang jujur, terbuka dan gaya kepimpinan yang berwawasan.
- Budaya organisasi yang kreatif, terbuka, inovatif serta struktur organisasi yang kondusif
- Amalan proses menyelesaikan masalah secara kreatif dengan menggunakan teknik yang betul
- Proses kemahiran projek yang fleksibel serta sumber dan kemahiran yang berkualiti.
Kesimpulannya, semua faktor kecemerlangan di atas perlu diterapkan manakala situasi yang mengekang kreativiti ahli pasukan perlu dielakkan.
PROSES MENERBITKAN IDEA DALAM INDIVIDU DAN KUMPULAN
-
Posted by
admin
Proses menerbitkan idea tidak kira sama ada dalam individu atau pun dalam sesebuah kumpulan adalah satu proses permulaan dalam menjana kejayaan dalam sesebuah pasukan. Kebanyakan organisasi mengamalkan kerja secara berkumpulan dan tidak mengalakkan ahli pasukannya untuk bergerak seorang diri. Ini kebiasaanya dilihat daripada mereka yang berkerja dalam bidang pemasaran.
Terdapat sembilan faktor yang mampu menjadikan sesebuah kumpulan itu berkesan dalam kerjasama bagi membuat keputusan bersama iaitu matlamat yang jelas, kemahiran yang relevan, komitmen bersatu, komunikasi kumpulan yang baik, kepimpinan yang sesuai, kepercayaan dua pihak, sokongan dalaman dan akhir sekali adalah sokongan luaran.

perbincangan perlu dalam proses menerbitkan idea
Kesemua faktor di atas membantu dalam proses menerbitkan idea yang baik dan berkesan dalam menentukan hala tuju sesebuah pasukan dan organisasi. Antara aspek-aspek penting dalam konsep ini adalah ;-
- Masa depan yang tidak dijangka dan amaran yang lemah ; membawa pengertian di mana masa depan adalah sesuatu yang tidak dapat diramal secara tepat. Namun demikian, dengan jangkaan masa depan yang tidak jauh tersasar akan menjadikan unjuran kecemerlangan organisasi mampu tercapai jika tidak secara menyeluruh tetapi hampir kepada target dan sasaran maka ia sudah boleh dianggap sebagai sebuah kejayaan.
- Motivasi dalaman merujuk kepada semangat individu iaitu ahli pasukan dan seluruh organisasi dalam proses menerbitkan idea Organisasi yang tidak mempunyai ahli pasukan yang sentiasa termotivasi tidak akan mampu menjana idea yang hebat dan hanya akan berada di takuk yang sama.
- Kebergantungan kumpulan pula adalah salah satu aspek dalam konsep ini di mana ia merujuk kepada beberapa kumpulan kecil yang dibina untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Sebagai contoh dengan mewujudkan satu jawatan kuasa kecil bagi mengendalikan sebarang program sementara.
- Persediaan sumber : dalam mana-mana organisasi sumber memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan lebih-lebih lagi sumber kewangan. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi tentu sahaja sesebuah program tidak mampu dijalankan dengan baik dan pasti akan ada kekurangan besar yang berlaku. Justeru, ketua organisasi atau pasukan perlu memandang serius tentang perkara ini.

kejayaan dalam pasukan adalah apabila semua ahli mampu menjana idea bersama
Kesimpulannya, kesemua aspek-aspek di atas perlu dititik beratkan dalam proses menerbitkan idea untuk membantu ahli pasukan lebih mudah menjana idea yang segar dan berinovatif.
KONSEP PERANAN SEBAGAI PENGEMBARA : ILMU SURVIVAL KEPADA INDIVIDU
-
Posted by
admin
Peranan sebagai pengembara adalah satu konsep dan kepercayaan dalam mendorong seseorang individu itu untuk melahirkan idea-idea baru yang sentiasa segar dan kreatif juga seiring dengan kehendak dan peredaran zaman.
Sebagai seorang pengembara, lazimnya golongan ini mempunyai sifat yang dipanggil sifat kembara yang tinggi. Golongan seperti ini adalah golongan yang memilih untuk berhijrah ke tempat yang dikatakan lebih membuka pelbagai ruang dan peluang dalam memacu kejayaan. Lihat sahaja sebagaimana yang terkandung dalam karya agung Buya HAMKA iaitu Tenggelamnya Kapal Van Der Wick di mana Zainuddin sendiri berjaya memperoleh kejayaan setelah berhijrah ke Batavia.

BABAK DI MANA ZAINUDIN TELAH BERJAYA DI PERANTAUAN
Konsep peranan sebagai pengembara ini dipercayai mampu mengarahkan minda dan jiwa individu untuk belajar daripada kesilapan individu yang lain. Pengembara yang kreatif akan melihat dan merenung segenap kejadian dan kegiatan semua makhluk di muka ini sama ada manusia mahupun kelompok haiwan. Oleh sebab itu juga, daya tumpuan dan pemerhatian kreatif dan kritis seseorang pengembara ini sangat tinggi lantaran dia mampu untuk menjiwai apa sahaja yang dilihat, didengar, dihidu, dirasai dan disentuh olehnya.

SETIAP HAIWAN PUNYAI CARA HIDUP TERSENDIRI
Bak kata pujangga, jauh pemandangan maka luaslah pandangan. Pepatah ini jelas menegaskan tentang konsep pengembara dalam memutuskan sesuatu hal. Hal ini berbeza dengan golongan pelancong yang matlamatnya berhibur atau bersenang-senang.
Konsep peranan sebagai pengembara ini lebih menekankan situasi di mana seseorang itu akan berusaha untuk survive dalam kehidupan sehariannya. Jika sebelum ini situasi yang sama sahaja dilalui olehnya setiap hari, namun ia tidak akan terjadi kepada seseorang itu apabila dia mula mengembara dan berhijrah.
Malah, di ASIA CAMP sendiri para peserta akan berpeluang merasai pengalaman survival cooking yang nyata mencabar minda dan kemampuan fizikal mereka. jika sebelum ini ada di antara mereka yang apabila pulang dari sekolah dan makanan telah siap terhidang di atas meja makan, namun berbeza pula dalam aktiviti survival cooking.

MENYALAKAN API SEMASA SURVIVAL COOKING
Mereka perlu melakukan semuanya sendiri bermula daripada langkah-langkah menyediakan hidangan sehinggalah hidangan tersebut siap dimasak dan sedia dimakan. Kesimpulannya, konsep peranan sebagai pengembara ini perlu diajar kepada setiap murid dan pelajar supaya mereka tahu ilmu kemahiran hidup apabila dewasa kelak.
MENGENALI CIRI-CIRI ANGIN SEBELUM MEMULAKAN PERKHEMAHAN – TIPS PERKHEMAHAN DI ASIA CAMP
-
Posted by
admin
Mengenali ciri-ciri angin adalah ilmu yang sama pentingnya dengan ilmu mengenali asap dan awan yang perlu dikuasai oleh setiap para pencinta alam yang gemarkan aktiviti perkhemahan di dalam hutan. Mengenali sifat-sifat angina ini bukan sahaja akan membantu para pengembara untuk berkhemah dengan lebih baik dan memudahkan perjalanan, malah juga tidak salah dikatakan boleh membantu mereka untuk mengelakkan kemalangan yang tidak dingini.
Sesetengah angin kadang kala bertiup sekejap sahaja dan terasa lembut atau lebih dikenali dengan nama panggilan angin sepoi-sepoi bahasa. Angin tersebut tidak berbahaya malah terasa sangat mendamaikan jiwa. Dalam konsep mengenali ciri-ciri angin ini juga para pengembara harus berwaspada dengan angin yang bertiup kencang.

angin sepoi sepoi bahasa
Walaupun hanya bertiup beberapa minit sahaja, namun dengan kekuatan angin tersebut atau lebih dikenali dengan rebut taufan mampu merosakkan harta benda dan mengorbankan nyawa dengan sekelip mata. Istilah puting beliung juga adalah satu jenis bencana alam yang sangat digeruni oleh semua individu.
Ribut dan hujan yang lebat mampu membawa tiupan angin yang sejuk dan kuat selama tempoh satu hingga dua minit sahaja. Kebiasannya, fenomena ini akan turut diiringi dengan awan hitam yang tebal dan besar menyelubungi langit.
Selain daripada itu, arus jet juga antara perkara penting dalam ilmu mengenali ciri-ciri angin ini. Arus jet adalah satu fenomena di mana angin laju yang bermula kira-kira jarak sejauh empat batu ke atas atmosfera bumi. Ia terhasil akibat perbezaan suhu yang mendadak antara udara di lapisan troposfera dengan udara di lapisan stratosfera.
Arus udara jet ini juga dikatakan mungkin mampu bertiup sehingga berjuta-juta kilometer panjang jaraknya. Malah apa yang lebih membimbangkan adalah kadang kala ia naik lebih tinggi dalam atmosfera dan kadang kala ia turun mendekati bumi dan membentuk ribut.

berbincang dahulu sebelum memulakan perjalanan
Kesimpulannya, bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kemalangan jiwa terjadi semasa perkhemahan atau pengembaraan di dalam hutan, para pengembara perlu memastikan cuaca dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalananan dan perkhemahan.
PERSEMBAHAN MUZIK TRADISIONAL DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA JERANTUT CIPTA PENGALAMAN BERBEZA
-
Posted by
admin
Persembahan muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara tertentu. Pelbagai jenis muzik tradisi ini yang terdapat di Negara kita tidak kira sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sawarak.
Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni akan bergabung menjadi satu melodi yang indah dan sangat istimewa didengari oleh para pencinta seni muzik. Tentu sahaja melodi yang indah tersebut digabungkan pula dengan persembahan tarian ditambah pula berlatar belakangkan pemandangan yang indah pasti akan mencipta kenangan manis.
Persembahan muzik tradisional yang penuh dengan nilai kesenian dan kebudayaan ini kini mampu dirasai oleh para pengunjung di Asia Camp Taman Negara Jerantut Pahang. Malah, satu program yang telah dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diberi nama KITA KAN KELUARGA telah berjaya diadakan di sini pada 28 sehingga 29 September 2019 yang lalu.
Para peserta yang menyertai program ini telah disajikan dengan persembahan paluan kompang dari jemputan khas dan nyata mereka sangat terhibur pada malam persembahan tersebut. Persembahan budaya sebegini sangat baik bagi mengubati jiwa yang sedang lara dan mengalami pelbagai tekanan di tempat kerja mahupun di sekolah.
Persembahan muzik tradisional juga kebiasannya juga boleh dipersembahkan dengan pelbagai jenis tarian tradisional lain seperti Tarian Zapin, Tarian Mak Yong atau Tarian Sumazau. Malah masyarakat kaum Cina juga tidak kurang hebatnya pembangunan kesenian dan kebudayaan mereka. Lihat sahaja di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina pasti akan ada persatuan di sekolah yang berfungsi untuk menerapkan Tarian Naga kepada golongan anak-anak muda.
Ia adalah salah satu contoh usaha yang baik dan harus dicontohi oleh semua kaum dalam usaha memastikan generasi moden tidak lupa akan asal usul nenek moyang mereka dan mencintai keindahan budaya masing-masing. Tarian Naga juga pada dipercayai boleh membawa keuntungan dan nasib baik kepada mereka jika dipersembahkan pada perayaan Tahun Baru Cina.
Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab semua lapisan masyarakat untuk sentisa cuba memelihara keunikan kesenian dan kebudayaan ini supaya sentiasa utuh dan teguh ibarat kata pepatah “tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.”
CARA MENGGUNAKAN PERMAINAN KERJASAMA DALAM KEM MOTIVASI DI ASIA CAMP
-
Posted by
admin
Permainan kerjasama adalah satu jenis dan gaya permainan yang dapat meningkatkan tingkah laku kerjasama apabila dipratikkan secara teratur selama beberapa tempoh masa seperti yang dinyatakan oleh Hill & Reed pada tahun 1989. Gaya permainan ini juga turut boleh digunakan apabila timbulnya sebarang isu dan konflik akibat perbezaan jantina, kelas atau kebolehan para peserta.
Dalam kebanyakkan permainan dan aktiviti ini, setiap anggota yang terlibat dianggap sama penting dan mempunyai tugasan masing-masing yang tidak boleh diganti sewenang-wenangnya dengan orang lain. Justeru, ia bukan sahaja menyedarkan para peserta bahawa semua individu adalah sama penting, tetapi melalui permainan kerjasama ini juga akan membantu memupuk kesefahaman dalam sesebuah pasukan.
Antara contoh aktiviti yang dijalankan di Asia Camp yang mendukung konsep ini adalah membuat rakit. Setiap peserta yang berpeluang merasai pengalaman membuat sendiri rakit mereka pasti tidak menyangkal bahawa ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar minda serta fizikal.
Bermula daripada memotong dan mengikat buluh untuk dijadikan tapak rakit, kemudian para peserta pula akan mula menyusun dan mengikat beberapa tong untuk dijadikan tempat duduk mereka. Tidak cukup dengan menyiapkan rakit sendiri, mereka juga perlu bersama-sama berganding bahu dan berkerjasama untuk mengangkat rakit masing-masing ke tebing sungai.
Permainan kerjasama sebegini mengingatkan kita bahawa tiada individu yang mampu berjaya hanya dengan dirinya sendiri. Tiada pasukan yang mampu mencapai matlamat pasukan jika hanya seorang ahli pasukan yang melibatkan diri. Kejayaan dalam pasukan hanya mampu dicapai sekiranya semua ahli berganding bahu dan melibatkan diri dalam setiap tugasan.
Mungkin ada pihak yang berpendapat bahawa konsep kebergantungan kepada individu lain adalah satu perkara yang tidak bagus dari segi penghasilan produktiviti yang hebat. Tetapi perlu diingatkan juga terdapat juga konsep kesalingbergantungan yang positif seperti yang diterapkan dalam permainan kerjasama ini.
Dengan konsep permainan ini bukan sahaja membantu pasukan tersebut untuk mencapai matlamat, malah dapat membantu individu untuk mengurangkan tekanan. Apa yang penting adalah sejauh mana dan sekerap mana konsep permainan ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan dan masyarakat kita seharian.
PENERAPAN KAEDAH CORT DALAM KEM MOTIVASI MENERBITKAN IDEA KREATIF DAN SEMANGAT BERPASUKAN
-
Posted by
admin
Kaedah CoRT adalah satu jenis kaedah berfikir yang paling mudah dan menarik serta sesuai digunakan bagi setiap peringkat usia. Perkataan CoRT bermaksud Cognitive Research Trust diperkenalkan oleh Profesor Dr. Edward de Bono pada sekitar awal tahun 1970-an.
Kaedah ini diperkenalkan bagi tujuan menjana idea kreatif dalam diri setiap individu dengan menggunakan peralatan-peralatan yang sesuai. Selain berupaya menerbitkan sisi kreatif dalam diri individu atau kumpulan, kaedah ini juga terbukti memberi kesan positif kepada emosi setiap individu. Justeru tidak dipertikaikan lagi mengapa kaedah ini sering menjadi pilihan dalam setiap kem motivasi untuk menguji kecerdasan minda.
Melalui kaedah CoRT ini juga ada kalanya, kita dapat lihat bahawa para peserta dapat melahirkan idea secara spontan dan bertindak mengikut reaksi orang lain. Mereka tidak menggunakan daya persepsi secara konsisten dan dipengaruhi oleh situasi semasa. Justeru, TUJUH alat berfikir dalam kaedah ini diwujudkan bagi membantu individu atau kumpulan untuk membuat keputusan dengan lebih rasional dan memperluaskan persepsi individu.
Tujuh alat tersebut adalah ; –
- PMI (Plus, Minus, Interesting) – bermaksud menentukan baik, buruk dan menariknya sesuatu idea tersebut.
- CAF ( Consider All Factors) – bermaksud mempertimbangkan semua faktor dan penyebab yang ada.
- C&S ( Consequence and Sequal) – dalam kaedah CoRT ini ia membawa maksud meneliti kesan da akibat daripada idea tersebut dalam jangka masa panjang dan pendek.
- AGO (Aims, Goals, Objectives) – bermaksud menetapkan tujuan, matlamat dan objektif secara sasar dan tepat.
- FIP (First Important Priorities) – bermaksud memberikan keutamaan kepada perkara yang penting terlebih dahulu.
- APC ( Alternatives, Possibilities, Choices ) – membawa maksud menyenaraikan segala alternatif, kemungkinan dan pilihan yang boleh dibuat dan dapat diramalkan dalam sesuatu keputusan.
- OPV (Other Point Of View) – membawa maksud menilai pandangan individu lain atau mendengar pandangan daripada semua persepsi masyarakat yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam setiap permasalahan yang timbul.
Ketujuh-tujuh elemen yang dirungkai di atas bukan sahaja salah satu kaedah terbaik untuk menjana idea dan menerbitkan sisi kreatif seseorang tetapi juga berfungsi sebagai modul membentuk kerjasama dan semangat berpasukan dalam sesebuah kumpulan dan organisasi.
EMPAT JENIS KONSEP DIRI DALAM MENENTUKAN KECEMERLANGAN PASUKAN
-
Posted by
admin
Konsep diri penentu kecemerlangan merupakan satu teori di mana seseorang individu itu berupaya mengenal dirinya sendiri dan menentukan konsep yang dipilih adalah positif atau negatif. Semakin individu itu memahami sejauh mana kebolehan dirinya sendiri, semakin mudah baginya untuk menjalankan tanggungjawab dan menangani permasalahan.
Terdapat empat jenis konsep diri ; –
Konsep diri jasmaniah : sekiranya seseorang itu mempunyai konsep diri jasmaniah yang positif, maka dia akan cuba untuk memandang fizikal dirinya dari sudut positif seperti “aku tetap cantik seperti dulu” dan bukannya merendah-rendahkan dirinya sendiri dengan berkata “aku sudah buruk dan aku benci melihat tubuhku”.

Sentiasa gembira sentiasa positif
Dalam konsep diri penentu kecemerlangan ini juga memperkenalkan konsep diri yang kedua iaitu konsep diri sosial ; bagi seseorang yang mempunyai konsep diri yang positif, dia akan sentiasa cuba untuk bergaul dengan baik dengan mana-mana kelompok masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan taraf ekonomi. Manakala, apabila seseorang itu mempunyai konsep diri social yang negatif dia tidak mampu untuk bergaul dengan masyarakat sekeliling dan menganggap pergaulan tersebut adalah suatu perkara yang membebankan.

Pergaulan yang baik asas kerjasama
Konsep diri yang ketiga adalah konsep diri emosi di mana seseorang itu mampu mengawal emosinya dengan baik dan tidak mudah melatah. Selain daripada itu, dalam teori konsep diri penentu kecemerlangan ini turut menegaskan bahawa konsep diri yang negatif menunjukkan seseorang yang hanya cenderung untuk bermasam muka dan mencetuskan perbalahan. Ia adalah salah satu contoh sikap yang menjadi racun dalam semangat teambuilding yang akhirnya akan memudaratkan seluruh pasukan atau organisasi tersebut.
Manakala teori konsep diri yang keempat pula adalah dikategorikan sebagai konsep diri intelektual di mana seseorang individu itu menganggap dirinya pintar dan hebat dari segi intelektual dan akademik berdasarkan sijil-sijil yang diperolehi. Semakin tinggi pencapaian sijil tersebut iaitu Ijazah atau PHD maka semakin hebat seseorang individu tersebut.
Kesimpulannya, setiap konsep diri ini tidak kira dari segi konsep diri jasmaniah, konsep diri sosial, konsep diri emosi atau konsep diri intelektual mempunyai ciri pemikiran dan perasaannya sendiri. Apa yang paling penting dalam sesebuah pasukan adalah untuk membawa semua konsep ini ke arah hala tuju positif dalam memastikan objektif pasukan tercapai.
MELATIH KESEIMBANGAN DIRI MELALUI AKTIVITI CLIMBING WALL DI ASIA CAMP
-
Posted by
admin
Climbing wall adalah salah satu aktiviti lasak bermanfaat yang sering dijalankan oleh para peserta kem jati diri di ASIA CAMP. Aktiviti sebegini bukan sahaja menyeronokkan malah membina semangat keyakinan kepada diri sendiri dan juga ahli pasukan. semasa aktiviti ini dijalankan pada awalnya para peserta akan diminta untuk berada dalam pasukan masing-masing sebelum mereka bersedia untuk membantu seorang demi seorang ahli pasukan mereka untuk memanjat dinding tersebut.
Ini adalah dengan cara menyediakan tempat ahli pasukan mereka untuk memijak sebelum dia dapat memanjat dinding tersebut. Ada ahli yang sanggup menadahkan lengan mereka dalam aktiviti climbing wall ini bagi memastikan kawan mereka melepasi halangan. Ada juga yang sama-sama menolak ahli pasukan mereka supaya dapat berpaut pada dinding tersebut.
Walaupun kedengaran agak sukar dan mencabar malah memerlukan kekuatan fizikal dan semangat berpasukan yang tinggi, namun melalui riak dan wajah para peserta nyata mereka sangat seronok dan teruja dapat merasai pengalaman dalam aktiviti riadah lasak sebegini.
Tentu sahaja aktiviti riadah lasak sebegini tidak dapat dirasai dalam kehidupan rutin mereka seharian, maka apabila diberi peluang beriadah dalam kem rekreasi sebegini, tentu sahaja para peserta tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk mencipta pengalaman baru yang berharga.
Melalui aktiviti climbing wall ini juga para peserta akan belajar melatih keseimbangan diri semasa meniti dinding. Bagi mereka yang mempunyai keseimbangan yang kukuh dan sering bersenam tentu sahaja ia bukanlah satu riadah yang sukar. Namun begitu tidak bagi mereka yang bertubuh besar atau mereka yang takut akan ketinggian. Maka, di sinilah para peserta melatih diri mereka supaya mempercayai kebolehan diri sendiri.
Dinyatakan juga bahawa aktiviti memanjat dinding yang diadakan di ASIA CAMP adalah berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang sering diadakan di pusat-pusat riadah atau lebih dikenali juga dengan nama Rock Climbing di mana peserta akan memanjat dan memijak batu-batu yang ada di dinding tersebut. Namun demikian, keseronokan dan manfaat yang akan diperolehi daripada aktiviti memanjat dinding di ASIA CAMP tetap akan menjadi satu kenangan yang sangat berharga kepada para peserta