Artical, Camp, Desert Trip, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi

SURVIVAL COOKING DI HUTAN

Skill kedua yang penting dan perlu ada adalah survival cooking. Pentingnya survival cooking ini kerana ketika perkhemahan di hutan, makanan yang dimasak itu mampu dimakan dan memberikan tenaga kepada para peserta untuk menjalankan tugasan perkhemahan yang lain.

Terdapat dua asas penting yang perlu dikuasai pelajar dalam menguasai survival cooking skill di hutan.

1) Survival cooking dalam menggunakan segala bahan atau peralatan yang ada untuk menyiapkan ‘task’ memasak

Contoh yang boleh kita lihat dalam gambar di bawah, para peserta menggunakan cooking pot (yang berbentuk segi empat) sebagai besen basuh, isian bahan masakan, sebagai pot memasak, papan memotong, menggoreng dan menumis, selain turut menjadikan pot berkenaan dan daun-daun hutan sebagai ‘pinggan’ dan ‘cawan’ untuk keperluan hidangan dan sajian. Para peserta juga menggunakan buluh sebagai bekas menanak nasi dan simpanan stok bekalan air. Survival cooking para peserta di sini merupakan adaptasi dan transformasi bahan kepada sesuatu yang kreatif dan berguna untuk perkhemahan di hutan.

Alhamdulillah, dengan kemahiran survival cooking sebegini para peserta kita mampu menikmati hidangan dan kenyang di hutan. Cuba kita bayangkan, jika ketiadaan survival cooking untuk bertransformasi, para peserta akan membawa segala keperluan dan alatan memasak seperti memasak di dapur rumah. Segala besen-besen khas untuk sayur, ikan, bahan penumis dan lain-lain adalah berasingan. Periuk kuali untuk masakan sayur dan lauk-pauk juga berasingan. Bukankah akan menyebabkan pemberatan beg muatan dan melambatkan proses memasak di hutan? Itu pentingnya untuk keluar dari ‘comfort zone’, perlahan-lahan membina kemahiran survival cooking dan belajar untuk lebih berdikari, mampu tiruvasi dan fleksibel.

2) Survival cooking dalam kemampuan teknikal memasak

Kemahiran survival cooking di sini lebih kepada aspek teknikal yang merangkumi kebolehan para peserta untuk menghidupkan api dan mengawal api dari padam. Kemampuan dan kreatif menggunakan bahan yang ada sebagai ganti, tidak berguna jika bahan tidak boleh dimasak. Masakan dapat dimakan nasinya jika berasnya tidak dimasak? Jadinya, pengetahuan asas bagaimana untuk menghidupkan api itu penting bagi membolehkan bahan-bahan makanan dimasak sebaiknya, mampu mengenyangkan dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan para peserta. Langkah asas untuk menghidupkan dan mengawal api ini adalah tips dari http://01serembantimur.blogspot.com/p/persediaan-1.html :

i) Menggunakan ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran.

ii) Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak.

iii) Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.

iv) Tindihkan kayu yang bersaiz besar apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

v) Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

Nah, inilah 2 pengetahuan asas dan kemahiran yang perlu ada dalam survival cooking skill di hutan. Apapun, jom kita tengok menu-menu masakan di hutan yang dihasilkan oleh para peserta kita di Asia Camp. Sangat melelehkan air liur dan pastinya yummy sekali dengan pakej perut yang sudah berkeroncong lapar!

Menu 1: Nasi ayam kuning special de banana leaf
Menu 2: Cokodok kawah daun hijau
Menu 3: Opor ubi dan nasi rebung
Menu 4: Appetizer buah berangan bersama kuih bakar istimewa
Menu 5: Jemput-jemput ubi bersama kelapa dara KKB
Menu 6: Sandwich telur special de’ palas bersama ikan bakar daun kunyit

Wah, menarik sangat aneka masakan lauk-pauk hutan adik-adik peserta kita di Asia Camp ini. Terbaik buat adik-adik peserta sekalian! Kalian adalah chef sebenar buat diri! Moga skill ini bermanfat dan berguna untuk survival di masa hadapan.

“Give an applause to yourself”

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Related Posts