Camp, clients, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building

TEAM BUILDING BERSAMA ASIA CAMP

TEAM BUILDING – ASAS DAN PENGENALAN

Team Building dan Kem Kendiri sangat sinonim antara satu sama lain sehingga boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku, malah boleh juga boleh diibaratkan seperti aur dengan tebing. Justeru, dalam artikel kali ini, kami di pihak Asia Camp ingin membawa para pembaca untuk lebih mengenali apa itu maksud Team Building. Di samping itu, kami juga turut berbesar hati untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai cara-cara terbaik dalam usaha mengukuhkan Team Building. Selain mengenali faktor-faktor yang mendorong kepada kepentingan pengukuhan team building ini, kami juga akan mengupas kelebihan-kelebihan dan manfaat yang boleh diperolehi dalam usaha bagi tujuan pengukuhan Team Building.

Seperti biasa, sinonim dengan sang raja buah yang sedang tular sekarang, ibarat kita mahu memakan isi durian, tentu sahaja kulitnya perlu dikopek terlebih dahulu. Justeru, sebelum kita mengenali dengan lebih lanjut dan mendalam apa itu Team Building dan huraian-huraiannya, adalah penting untuk kita memahami maksud dan definisi team building ini terlebih dahulu. Team Building membawa maksud dalam Bahasa Melayu adalah pengukuhan pasukan. Justeru, takrifan pengukuhan pula mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah perihal menguatkan sesuatu, manakala definisi pasukan pula mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah kumpulan orang yang mengerjakan sesuatu.

Justeru, apa yang boleh disimpulkan adalah pengukuhan pasukan ini merupakan suatu program di mana seseorang individu akan menyertai suatu program khas dan kemudiannya mereka akan dibahagi-bahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan tersebut pula akan diberikan suatu misi, tugas atau objektif yang perlu dicapai dan dilaksanakan dalam tempoh masa yang tertentu yang diberikan sepanjang tempoh program atau kem tersebut berlansung. Kejayaan objektif pula akan dijadikan sebagai kayu pengukur untuk menggambarkan kepentingan Team Building dalam mencapai matlamat dan objektif program. Jika ada di antara mana-mana kumpulan yang tidak berjaya mencapai objektif program, maka di sinilah pentingnya semangat Team Building diterapkan dan ditekankan kepada para peserta dalam usaha untuk memastikan supaya masalah yang sama tidak lagi berulang.

SITUASI YANG MEMERLUKAN PENGUKUHAN TEAM BUILDING

Ketua pasukan perlu memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengekalkan semangat Team Building. Sebagai seorang ketua yang bertanggungjawab, beliau harus tahu apabila saat-saat genting dan konflik dalam pasukan telah menerjah masuk sehingga menyebabkan tiada lagi keharmonian dan kesepakatan dalam pasukan atau sesebuah organisasi jabatan. Konflik yang mengganggu semangat Team Buiding dalam sesebuah pasukan boleh digambarkan apabila tercetusnya perselisihan faham atau pergaduhan malah ahli pasukan dan kakitangan juga sudah mula berkata-kata dan menyampaikan khabar yang kurang enak antara satu sama lain. Sekiranya tanda-tanda konflik tersebut mula wujud dalam sesebuah pasukan, maka nyata menunjukkan bahawa semangat Team Building telah mula pudar dan dkhuatiri akan terus hilang jika tidak dicegah dengan lebih awal. Natijahnya, tidak wujud lagi kerjasama dalam pasukan tersebut dan objektif pasukan tidak akan tercapai.

 Justeru, sebagai seorang ketua pasukan, beliau perlu mengambil langkah segera untuk mengembalikan kembali semangat Team Building ini. Pengukuhan semangat Team Building adalah antara salah satu aktiviti utama di Asia Camp. Malah, tidak keterlaluan jika kami katakan tujuan utama pembinaan Asia Camp adalah untuk memberi peluang kepada individu atau pasukan di luar sana untuk mengembalikan semula semangat Team Building. Selain mempunyai ruang yang luas dan selesa sehingga boleh memuatkan 1000 orang peserta dalam masa yang sama, Asia Camp juga turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti 72 unit asrama, 40 buah dewan dan 50 orang jurulatih yang bertauliah. Ruang kapasiti dewan di Asia Camp juga cukup luas sehingga boleh memuatkan 1000 orang dalam satu masa. Kelebihan ini dapat memberikan pilihan kepada para peserta sekiranya sebarang aktiviti outdoor tidak dapat dijalankan lantaran kekangan cuaca atau faktor keselamatan, maka para peserta boleh memilih untuk menjalankan aktiviti indoor yang mampu memupuk semangat Team Building antara mereka.

CARA- CARA MENGURUSKAN KEM TEAM BUILDING

Adalah penting bagi setiap ketua pasukan atau majikan untuk memahami cara-cara bagi menguruskan Team Building ini. Secara ringkasnya, seseorang ketua pasukan hendaklah, yang pertama sekali mengadakan sebuah mesyuarat atau perbincangan antara ahli pasukannya. Perkara-perkara yang perlu dibincangkan pula adalah tentang tarikh yang sesuai untuk Kem Team Building dijalankan dan juga tempat yang terbaik untuk keselesaan semua ahli pasukan atau kakitangan yang terlibat. Setelah pemilihan tempat dan tarikh telah dipersetujui oleh ahli pasukan, maka seterusnya ketua pasukan hendaklah merangka aktiviti yang sesuai sepanjang kem pengukuhan Team Building ini berlansung. Juga diingatkan, sekiranya majoriti daripada kakitangan atau ahli pasukan telah berumah tangga, maka tempoh berapa hari kem pengukuhan Team Building dijalankan harus diberi perhatian. Ini kerana, pasti terdapat ahli pasukan atau kakitangan yang tidak mampu untuk meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama kerana terdapat pelbagai kekangan terutama dari segi isu pengurusan anak-anak. Justeru, melalui pengalaman kami yang telah mengendalikan lebih daripada 100 penyertaan, tempoh yang paling sesuai untuk menjalankan aktiviti pengukuhan Team Building adalah 3 hari 2 malam.

Sebagai ketua pasukan, adalah menjadi tanggungjawab anda juga untuk memastikan tempat yang dipilih adalah sahih dan benar. Bagi kami di Asia Camp, anda boleh  memilih mana-mana platform perhubungan yang mudah bagi anda untuk menghubungi kami. Anda bukan sahaja boleh melayari laman sesawang kami iaitu www.asiacamp.my  malah anda juga boleh melihat info-info terkini kami melalui platform media sosial yang lain seperti Facebook dan juga Instagram. Anda juga dialu-alukan untuk memuatnaik  Booklet AsiaCamp  

Sekiranya perkara-perkara di atas telah dikenalpasti dan anda menjadikan kami sebagai pilihan untuk menjalankan kem Team Building, maka jangan teragak-agak untuk menghubungi para pegawai kami di talian 017-246 4456 untuk membuat tempahan atau mendapatkan pengesahan lanjut.

AKTIVITI TEAM BUILDING DI ASIA CAMP

Dalam usaha untuk membina semula semangat pengukuhan Team Building ini, pelbagai aktiviti outdoor dan indoor yang menarik bakal disajikan kepada para peserta yang menyertai kem di bawah anjuran Asia Camp. Antara aktiviti indoor yang menjadi pilihan WAJIB para peserta adalah sesi Ice Breaking. Istilah Ice Breaking ini menunjukkan maksud “memecahkan ais” adalah sesuatu aktiviti pembelajaran yang dijalankan bertujuan bagi memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali antara satu sama lain dengan melalui kaedah pendekatan psikologi.

Pada 12 Julai 2019 yang lalu, adik-adik cilik dari SK Jalan Air Panas, Kuala Lumpur telah menyertai Program Ice Breaking di Asia Camp. Aktiviti dimulakan dengan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Ahli pasukan pula dipilih secara rawak oleh para jurulatih bagi memastikan mereka tidak berada dalam kelompok yang sama apabila di sekolah. Ini penting bagi tujuan menambah kenalan baru di samping dapat bertukar-tukar pendapat dan ilmu pengetahuan. Selepas itu, para jurulatih kami kemudiannya akan meminta mereka untuk membentuk logo dan nama pasukan dengan cara yang paling kreatif dan menarik. Malah, untuk menarik semangat kerjasama dan semangat pengukuhan Team Building di antara mereka juga, para jurulatih menyediakan markah bonus bagi kumpulan yang berjaya. Melalui aktiviti Ice Breaking ini, pelbagai ragam dan idea hebat yang bakal tercetus malah dapat mencungkil bakat terpendam juga. Apa yang jelas kelihatan dari riak wajah murid-murid dari SK Jalan Air panas ini, adalah di mana mereka sangat teruja dan merasa seronok melalui pengalaman yang berharga juga menambah pengetahuan baharu dalam diri mereka.

Kita beralih pula kepada aktiviti riadah Outdoor yang menjadi pilihan utama para peserta Asia Camp iaitu aktiviti Water Floating. Melalui aktiviti riadah sihat ini, para peserta akan diminta terlebih dahulu untuk membina rakit bersama-sama  sebelum mereka semua mendayung sampan untuk mara ke tengah tasik dan menikmati pemandangan alam semulajadi yang indah dan mendamaikan jiwa. Untuk membina rakit sahaja adalah bukan suatu kerja yang mudah untuk dilaksanakan. Tambahan lagi jika tiada semangat berpasukan dan aura Team Building yang kukuh dan kerjasama yang baik daripada setiap ahli pasukan yang terlibat.

Justeru, para jurulatih kami akan sedia membantu dan memantau sekaligus memberikan serba sedikit penerangan tentang betapa pentingnya kerjasama dan semangat Team Building yang kukuh. Antara detik yang menarik yang selalu dikongsi oleh para peserta kem Team Builing di Asia Camp adalah tercetus suatu perasaan tenang dan mendamaikan akan menerpa diri dan jiwa apabila berada di tengah tasik. Tambahan pula, para peserta diberi peluang untuk terapung di tengah tasik dengan jaket keselamatan sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan menghirup udara nyaman dan segar. Nyata, aktiviti riadah seperti Water Floating ini bukan sahaja dapat memupuk semangat Team Building antara ahli pasukan tetapi juga dapat mengurangkan tekanan yang melanda para peserta sebelum menghadiri kem Team Building ini dan turut berfungsi sebagai terapi diri dan jiwa kepada para peserta.


Sejuk mata meninjau panorama,
Rembulan indah mengimbau kenangan,
Tunjang kejayaan adalah kerjasama,
Nilai yang murni menjadi pegangan.

Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang untuk memilih aktiviti riadah Outdoor Night Walk atau Jungle Walk di dalam hutan. Sepanjang aktiviti ini dijalankan, para peserta akan ditemani oleh jurulatih kami bagi memastikan keselamatan para peserta terjamin. Melalui aktiviti malam yang mencabar ini bukan sahaja dapat menguji ketabahan dan keberanian para peserta, malah juga dapat memupuk semangat kerjasama dan saling mempercayai antara satu sama lain juga. Ini kerana, kerjasama dan saling mempercayai adalah antara tunjang utama dalam pengukuhan semangat Team Building. Aktiviti-aktiviti lain yang turut boleh dipilih oleh para peserta adalah seperti Abseiling , Orienteering , Flying Fox , Obstacle Course , Survival Cooking, Explorace , Memanah, Asas Pertolongan Cemas, Berakit, Karaoke, Sukaneka, BBQ, Camp Fire, Jungle Tracking dan Treasure Hunt.

KEPENTINGAN KEM PENGUKUHAN TEAM BUILDING

Menyebut sahaja istilah Team Building, tiada yang mampu menafikan akan kebaikan dan kepentingannya dalam usaha bagi memastikan objektif sesebuah pasukan tercapai. Kem pengukuhan Team Building ini sangat penting  diadakan bagi tujuan untuk mengeratkan kembali silaturrahim dan hubungan kemesraan antara kakitangan. Pelbagai konflik yang tercetus dalam cabaran untuk melaksanakan tugasan seharian telah dihadapi oleh setiap kakitangan. Ia tentu sahaja menjadi faktor yang mengakibatkan terjadinya perselisihan faham dan pergaduhan. Maka, kem pengukuhan Team Building ini sangat penting dalam membina kembali tali silaturrahim antara sesama peserta atau kakitangan.

Selain itu, pengukuhan semangat Team Building ini juga penting untuk membina keserasian dan tahap persefahaman antara peserta atau kakitangan. Sebagai contoh, seseorang pekerja yang dibebani tugasan yang melampau batas kemampuannya tentu sahaja merasa tertekan malah juga merasakan ketua tidak berlaku adil terhadapnya. Melalui kem pengukuhan Team Building ini, seseorang ketua atau majikan mampu untuk lebih mengenali potensi dan batas kemampuan setiap ahli pasukannya. Selain daripada itu, melalui kem pengukuhan Team Building ini juga, akan dapat meningkatkan motivasi diri dan membantu para peserta untuk menyemai rasa kesyukuran kerana masih berpeluang untuk merasai tekanan alam pekerjaan berbanding golongan di luar sana yang merasa tertekan lantaran belum mendapat sebarang peluang pekerjaan.

Aura-aura positif sebeginilah yang akan diterapkan dan disebarkan melalui kem pengukuhan Team Building di Asia Camp. Harapan kami adalah semoga melalui kem pengukuhan Team Building ini dapat membantu sesebuah pasukan atau organisasi untuk menjadi lebih baik. Ini kerana, penerapan nilai-nilai murni yang akan menjadi asas utama dalam setiap modul kem pengukuhan Team Building selalunya akan mengingatkan kembali jati diri dan keharmonian hidup yang dirasai oleh para peserta.

APA KATA MEREKA TENTANG TEAM BUILDING DI ASIA CAMP

Their response to my enquiries are very fast & helpful. Anyone who wants to go here will surely be impressed with their assistance & service! – Jenna Edward Lojikim.

The best of activities that I had already attended. My SPBT Prefects had already attended the team building course here and they liked the activities very much. – Hussin Husnohafiza

Tempat yang menarik untuk team building – Ahmad Labib.

Awesome place for teambuilding. We really had a Great moment here with the great trainers. Congrats! – Maisarah Zakariah

Tonton video para peserta kami dan nikmati keseronokan mereka menyertai kem di Asia Camp : https://youtu.be/wYQUx2XI-mo

HUBUNGI KAMI

Justeru, kepada semua majikan atau ketua pasukan yang sedang mencari tempat yang sesuai untuk mengadakan kem pengukuhan Team Building pasukan anda, kami mengalu-alukan anda untuk memilih mana-mana salah satu cawangan Asia Camp.

Selain beroperasi Jalan Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor, Asia Camp juga mempunyai dua lagi tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat kem latihan Team Building iaitu di Taman Negara Pahang, National Park, Kuala Tahan, 27020 Jerantut, Pahang, dan Cabin Sg. Sireh, Lorong Ban 4, Parit 1 45400 Tanjung Karang, Selangor, Malaysia (Homestay Sg. Sireh Area).

Kepada bakal pengunjung kami sekali lagi mengalu-alukan sebarang pertanyaan tentang pakej harga dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk Kem Team Building. Hubungi kami di talian 017-2464456 atau layari laman web kami di http://www.asiacamp.my/ . Like page kami di facebook ASIA CAMP untuk melihat perkongsian koleksi foto-foto para peserta kami dan semoga ia akan menjadi penyuntik semangat kepada anda untuk menyertai kem pengukuhan Team Building di Asia Camp.

Akhir kata, kami juga berbesar hati dan senantiasa mengalu-alukan untuk menerima sebarang pandangan yang membina untuk kami sama-sama memperbaiki mutu dan kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *