Artical, Camp, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building

MEMANAH ADALAH SENI

Memanah adalah seni adalah salah satu ungkapan yang sering kali didengari oleh para penggemar sukan memanah. Untuk memanah, seseorang itu perlu memandang tepat kepada sasaran yang ditetapkan dengan memberikan seratus peratus tumpuan tanpa sebarang gangguan. Selain daripada perlu menetapkan gerak hati, teknik-teknik yang betul untuk memanah juga perlu dikuasai sepenuhnya oleh pemanah untuk ketepatan maksimum.

Akitiviti sukan hebat ini menjadi salah satu aktiviti yang boleh dipilih oleh para pengunjung semasa menyertai mana-mana program di Asia Camp. Menguasai ilmu dan teknik memanah, bukan sahaja menyeronokkan malah ia juga adalah aktiviti yang dapat menguatkan daya mental dan fizikal.

Memanah adalah seni yang halus dan memerlukan usaha berterusan untuk menguasainya. Semasa anak panah dilepaskan, seiring dengan itu juga, satu bentuk emosi dan kepuasan akan dilepaskan bersama seiring dengan arah anak panah sehingga ia menembusi sasaran yang ditetapkan.

Teknik seni ini adalah satu cabang di mana pemanah perlu menyelarikan antara emosi, ketajaman daya penglihatan dan ingatan untuk memastikan sasaran tidak tersasar. Seni yang ditakrifkan sebagai sesebuah karya atau kebolehan mencipta sesuatu yang memberi kepuasan kepada pengamalnya menjadikan aktiviti memanah ini adalah salah satu cabang daripadanya. Kepuasan yang diperolehi oleh pemanah apabila anak panah mengenai sasaran sama seperti kepuasan kepada pengkarya.

Memanah adalah seni yang memerlukan para pemanah menghayati keunikan asal sejarahnya. Prinsip-prinsip sains seperti momentum, daya tujahan dan tindakan refleks juga berhubung kait dalam aktiviti memanah ini. Teknik memanah juga semakin hari semakin bertambah maju seiring dengan perubahan zaman.

Sukan memanah dulu dan kini, Bukan semata hilangkan bosan, Memanah itu suatu seni, Karya hebat ciptaan insan.

Seseorang pemanah juga kebiasaannya perlu mengambil masa yang panjang untuk benar-benar mahir dalam bidang ini seperti juga bidang-bidang yang lain. Melalui percubaan yang kerap , latihan yang kental dan juga ilmu yang cukup tentang asas memanah, maka seseorang pemanah itu akan membiasakan diri dan akhirnya akan merasai kemanisan yang ditakrifkan sebagai memanah itu adalah seni. Untuk artikel penuh mengenai asas memanah sila ke link https://asiacamp.my/aktiviti-memanah-di-asia-camp/

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *