MELATIH PRINSIP KETERBUKAAN DI ASIA CAMP

Prinsip keterbukaan adalah memberi peluang kepada orang lain atau sesiapa sahaja untuk menyatakan dan menyampaikan pendapatnya tanpa menutup idea mereka. Melalui pelaksanaan beberapa program-program di Asia Camp seperti kem motivasi, kem jati diri dan yang paling utama adalah kem kepimpinan mendedahkan para pemimpin tentang betapa pentingnya isu keterbukaan ini.

Dalam program seumpama ini, para peserta akan didedahkan tentang betapa ruginya sekiranya seseorang ketua atau pemimpin itu cuba untuk menutup pintu idea atau ilham orang lain. Ini kerana, setiap individu dikurniakan dengan pengalaman dan ilmu yang berbeza. Justeru, adalah penting bagi seseorang ketua untuk memahami kepentigan prinsip keterbukaan ini.

Seiring dengan peredaran zaman dan teknologi, maka idea baru akan bercambah hari demi hari. Lihat sahaja cara dan medium komunikasi masyarakat zaman kini jauh berbeza dengan masyarakat 3 dekad yang lalu. Jika dahulu nenek moyang kita hanya bergantung kepada posmen untuk mengutus surat demi memberikan dan mendengar khabar berita, berbeza pada hari ini dengan satu klik di hujung jari kita sudah mampu mengakses pelbagai maklumat dan info di dalam mahupun di luar Negara.

Justeru, jika tiada ketua yang mendengar idea dan ilham daripada generasi baru sebegini, tentu dunia hari ini tidak mampu merasai perubahan teknologi moden. Justeru, prinsip keterbukaan adalah perlu bukan sahaja untuk memajukan sesebuah organisasi, malah ia nyata perlu untuk memajukan sesebuah Negara.

Apabila seseorang ketua atau pemimpin ini tadi cuba untuk menutup pintu komunikasi, tidak dinafikan pada awalnya ia akan memberikan “ketenangan” kepada organisasi tersebut. Ini kerana, mereka sudah selesa berada di zon selesa tanpa perlu membuat sebarang perubahan untuk memajukan diri. Namun, apabila pihak lain atau organisasi lain sudah mula mengambil langkah untuk memajukan diri menerusi idea dan ilham baru ini tadi, barulah mereka tersedar bahawa mereka telah terlambat.

Orang kaya bermain saham, Saham menaik meningkat kekayaan, Prinsip keterbukaan menjana ilham, Idea baru meransang kemajuan.

Bagi syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan lebih-lebih lagi menerusi pemasaran ke tahap global, adalah penting bagi mereka untuk sentiasa mencari idea baru bagi kaedah pemasaran dan memperkenalkan produk baru seiring dengan peredaran zaman. Akhir kata, sebagai seorang ketua dan pemimpin, anda perlu ada prinsip keterbukaan ini dan tidak perlu takut dengan idea orang bawahan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEM MOTIVASI DI ASIA CAMP

Kem motivasi adalah antara salah satu kem yang paling kerap dijalankan di Asia Camp. Para peserta kem yang kebiasaannya terdiri daripada golongan pelajar dan pekerja daripada sektor swasta atau kerajaan turut menghadiri kem motivasi di sini. Bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan pasti amat biasa dengan istilah Kem Induksi. Ia merupakan satu program latihan yang wajib diikuti oleh setiap kakitangan kerajaan sebelum mereka disahkan jawatan.

Melalui program-program sebegini, para peserta akan lebih mengenali potensi diri yang seterusnya akan menjadi panduan untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik. Selain menerapkan unsur-unsur nilai murni seperti bersyukur, pelaksanaan program seperti kem motivasi ini juga dapat mengasah minda supaya lebih kreatif dan inovatif.

Ini kerana para peserta akan disajikan dengan aktiviti indoor yang memerlukan mereka supaya berfikir secara kreatif seperti aktiviti Ice Breaking. Istilah ice breaking yang membawa maksud memecahkan ais ini adalah satu program untuk mencetuskan idea-idea di samping mencungkil bakat terpendam dalam diri para peserta.

Sering kali kita mendengar pelbagai ceramah motivasi diadakan lebih-lebih bagi bagi golongan yang menjalankan perniagaan. Bagi mereka, adalah sangat penting kepada setiap individu untuk mendapatkan kembali motivasi diri dari masa ke semasa lantaran pelbagai masalah dan dugaan yang dihadapi untuk mencapai kejayaan.

Melalui program seperti kem motivasi ini, semangat yang hampir lemau dan hilang akibat tekanan,  pengaruh negatif daripada orang lain dan rasa gagal dalam diri dapat dihindarkan. Ia juga sangat penting dalam bertujuan membantu para peserta untuk kembali mengenal hala tuju dan langkah seterusnya  untuk mereka mencapai kejayaan.

Cahaya terang sang mentari, Tasik terbentang nun di sana, Motivasi diri setiap hari, Supaya hidup lebih bermakna.

Hakikat sebenarnya semua individu tidak kira anda berada dalam bidang perkerjaan apa sekalipun, tidak terkecuali juga dalam bidang pengajian, menghadapi masalah yang sama di mana akan ada satu masa kita merasa sangat tidak termotivasi dengan keadaan sekeliling. Perasaan ini harus dibendung dengan mengikuti kem-kem motivasi diri bagi mengelakkan situasi yang lebih buruk seperti tekanan perasaan atau depression. Asia Camp adalah salah satu lokasi yang boleh menjadi pilihan untuk anda menjalankan program seumpama ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

PERKHEMAHAN MODEN ASIA CAMP

Perkhemahan moden di Asia Camp adalah satu cara perkhemahan yang paling sesuai untuk masyarakat masa kini. Ini kerana, para peserta perkhemahan tetap berpeluang merasai pengalaman perkhemahan di dalam hutan sambil dikelililingi oleh bunyi-bunyi kicauan burung dan unggas, namun tidak perlu risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kerana para peserta masih berada dalam zon selamat.

Para jurulatih dan kakitangan kami sentiasa sedia membantu dan berwaspada bagi memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang perkhemahan. Sedikit tips bagi mereka yang masih lagi amatur dalam bidang ini iaitu hutan yang bising adalah lebih baik daripada hutan yang senyap sunyi pada waktu malam.

Perkhemahan moden di Asia Camp tetap mengutamakan aktiviti-aktiviti untuk merasai nikmat sebenar pekhemahan iaitu seperti survival cook dan jungle walk. Melalui aktiviti ini para peserta akan diajar untuk memasak menggunakan kaedah memanggang dan berjalan di dalam isi hutan untuk meneroka keunikan alam semulajadi di samping belajar mengenainya.

Sekiranya peserta menyalakan unggun api, maka adalah perlu untuk anda menyediakan lebihan beberapa batang kayu panjang. Ia penting untuk kegunaan kecemasan seperti menghalau binatang atau menghidupkan api. Di samping itu, jika anda menggunakan khemah jenis igloo atau berbentuk T, maka unggun api yang dibuat perlu menghadap atau berhadapan dengan pintu khemah.

Teknik perkhemahan moden di Asia Camp akan mengajar para peserta perkhemahan untuk cara-cara memasang khemah di dalam hutan. Para peserta akan diajar untuk membersihkan tanah daripada daun-daun dan pokok-pokok renek untuk dijadikan tapak dan lantai sebelum memasang khemah.

Indah sungguh burung bertamu, Sambil berdendang mengalunkan kicauan, Perkhemahan moden memberi ilmu, Merasai perkhemahan tanpa menyusahkan.

Selain itu, penggunaan karbaid iaitu sejenis serbuk kuning juga sangat penting untuk dibawa semasa berkhemah. Ini kerana, serbuk tersebut adalah sejenis bahan api dan memberikan kesan panas kepada tubuh manusia atau haiwan. Maka, ia sering digunakan oleh para peserta khemah untuk menjauhkan binatang berbisa yang merayap seperti ular atau kala jengking. Cara penggunaan karbaid pula adalah dengan menabur serbuk karbaid tersebut di sekeliling perimeter khemah. Apa yang penting sentiasalah berhati-hati semasa anda berkhemah.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MEMUPUK KERJASAMA DI ASIA CAMP

Memupuk kerjasama adalah salah satu objektif utama di Asia Camp melalui kem-kem yang dijalankan di sini. Antara kem yang menjadi pilihan utama para peserta adalah kem motivasi, kem jati diri dan kem kepimpinan.

Para peserta kem pula terdiri daripada pelbagai golongan seperti jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta seperti Bella Ammara dan tentu sekali yang paling kerap menyertai kem di Asia Camp adalah golongan para pelajar dari pelbagai sekolah. Justeru, antara nilai-nilai murni yang paling utama akan diterapkan melalui kem-kem sebegini adalah nilai kerjasama yang baik antara semua peserta.

Melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti outdoor dan indoor, memupuk kerjasama menjadi satu perkara yang menyeronokkan kepada para peserta. Sebagai contoh, melalui aktiviti berakit, para peserta terlebih dahulu akan diminta untuk memasang rakit secara beramai-ramai. Menerusi pendekatan ini, para peserta bukan sahaja berpeluang mempelajari ilmu baru, malah belajar untuk memberikan kerjasama yang baik untuk memasang rakit.

Ini kerana tugasan seumpama ini adalah mustahil untuk dilakukan seorang diri. Justeru, semua peserta harus memainkan peranan dan menjalankan tugas masing-masing untuk memastikan mereka dapat berakit dengan selamat. Namun begitu, ciri-ciri keselamatan adalah yang paling utama di Asia Camp, maka para peserta adalah diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan sebelum membuat aktiviti berakit.

Selain itu, memupuk kerjasama melalui aktiviti riadah lasak seperti memanjat dinding juga adalah salah satu alternatif yang menghiburkan dan menyihatkan. Melalui aktiviti ini, jelas kelihatan para peserta perlu membantu peserta yang lain bagi melepasi halangan.

Selain daripada itu, aktiviti memasang khemah dan survival cook juga adalah antara aktiviti yang dijalankan di Asia Camp yang memerlukan semnagat kerjasama yang tinggi antara para peserta. Semasa memasang khemah, ada peserta yang akan diminta untuk membersihkan kawasan, sementara peserta lain pula akan diminta untuk mencari kayu atau mendirikan khemah.

Akar menjalar jauh memanjang, Enaknya roti disapu kaya, Semangat kerjasama ibarat tunjang, Semua tugasan pasti berjaya.

Asas kepada semangat untuk memupuk kerjasama ini adalah dengan mengingatkan para peserta bahawa sebarang tugasan yang besar adalah mustahil untuk dilaksanakan seorang diri. Justeru, tugasan tersebut hanya dapat dicapai dan diselesaikan melalui kerjasama yang baik antara semua pihak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

CUTI-CUTI DI ASIA CAMP

Cuti-cuti di Asia Camp mungkin kedengaran agak pelik bagi penggemar percutian yang mengkhususkan aktiviti percutian di kawasan pantai atau kawasan peranginan tanah tinggi. Namun begitu, lain pula halnya dengan para peminat aktiviti riadah seperti jungle tracking, flying fox dan abseiling. Menjadikan pusat riadah santai dan reaksi di Asia Camp bukan sahaja dapat memenuhi semua keperluan aktiviti anda, malah bakal pengujung turut disajikan dengan pemandangan indah alam semulajadi.

Keindahan hutan belantara dan saujana mata memandang di sekitar tasik ditambah lagi dengan kemudahan penginapan yang selesa menjadikan para penggemar percutian mempunyai alternatif baru semasa bercuti bersama.

Cuti-cuti di Asia Camp akan bertambah menarik jika disertai oleh ramai ahli keluarga. Ini kerana lokasi yang luas memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti lain seperti sambutan hari lahir, permainan rebut kerusi dan masakan BBQ atau apa sahaja aktiviti yang sesuai untuk sambutan family day.

Selain bercuti, para pengunjung juga berpeluang menambah ilmu baru antaranya seperti survival cook dan mendengar ceramah motivasi. Meskipun Asia Camp menjadi pilihan utama para pengunjung untuk menjalani latihan seumpama kem, namun ia tetap dibuka kepada golongan yang ingin bercuti dan bersantai bersama keluarga. Anda hanya perlu memilih aktiviti yang sesuai di sini dan kami akan realisasikan impian cuti-cuti di Asia Camp anda.

Bercuti untuk hilangkan bosan, Semua orang patut merasa, Bercuti santai impian insan, Kumpullah duit dan rancanglah masa.

Sedikit tips untuk percutian yang menggembirakan untuk anda adalah yang pertama pastikan lokasi percutian yang dipilih adalah sahih. Semak data dan semua infonya melalui laman media sosial dan jangan lupa untuk membaca ulasan dari mereka yang pernah datang. Jika ada ulasan yang tidak bagus  jangan khuatir kerana sekurang-kurangnya anda tahu tempat tersebut benar-benar wujud dan pilihan di tangan anda pula untuk merasai pengalaman. Seterusnya, rancang tarikh anda sebaiknya. Cuba elakkan untuk pilih tarikh sesak seperti cuti sekolah atau cuti perayaan kerana pengalaman bercuti semasa hari berkerja adalah paling menenangkan dan mendamaikan kerana kurang kesesakan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

CABARAN HIDUP MASA KINI

Cabaran hidup individu pada masa kini nyata berbeza senarionya jika dibandingkan dengan cabaran hidup pada zaman dahulu. Namun begitu, tidak dinafikan bebanan cabaran yang dihadapi oleh mereka pula tidak jauh berbeza. Jika pada zaman dahulu, cabaran yang paling getir bagi masyarakat adalah untuk mengecapi kemerdekaan, manakala, pada zaman sekarang cabaran yang paling getir pula adalah untuk mencari rezeki.

Seiring dengan kepesatan kemajuan ekonomi dunia menjadikan nilai mata wang sebagai nadi utama kehidupan, ditambah pula dengan harga barang yang semakin meningkat, maka ramai individu yang semakin tidak mampu menguruskan cabaran kehidupan dan tekanan yang dihadapi.

Justeru, cabaran hidup perlu ditangani dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini menakluki minda dan fikiran seseorang. Salah satu cara terbaik untuk menghadapi cabaran dan tekanan adalah dengan mencari tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan mendapatkan semula motivasi diri.

Apa yang menarik di Asia Camp adalah ia bukan sahaja sesuai bagi para penggemar aktiviti lasak, malah ia juga sesuai untuk dijadikan tempat menghilang stress dan tekanan sekiranya anda telah menemui jalan buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalah sebagai contoh masalah di tempat kerja yang tidak menyeronokkan dan semakin membebankan.

Masalah ini sebenarnya dihadapi oleh semua golongan. Ini kerana, cabaran hidup dalam berkerja adalah menjadi satu asas dalam menjalani apa sahaja bidang perkerjaan dan pengajian. Orang berniaga dengan masalah jualan, orang makan gaji pula menghadapi masalah daripada rakan sekerja yang menjengkelkan, begitu juga golongan pelajar yang sentiasa tertekan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Bak kata pepatah, berundur bukan bererti menyerah kalah, tetapi berundur untuk menyusun langkah. Pepatah ini sesuai jika diterjemahkan dalam keadaan anda merasa sangat tertekan dengan masalah-masalah seumpama di atas, maka ada baik jika anda berundur seketika daripada tempat bekerja atau belajar anda dan datang ke Asia Camp untuk merasai pengalaman baru untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.

Mentari muncul memberi harapan, Harapan baru setiap hari, Cabaran hidup rempah kehidupan, Jalan penyelesaian perlu dicari.

Bukan sahaja anda dapat melihat keindahan alam semulajadi, malah pelbagai aktiviti menarik yang boleh dipilih oleh anda di Asia Camp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

ILMU DI HUTAN

Ilmu di hutan adalah sangat penting bagi para pengembara sebelum menerjah masuk ke dalam isinya. Pelbagai bahaya dan keadaan yang luar biasa yang sering dikongsi oleh golongan yang suka mengembara di dalam hutan belantara ini. Ada yang terjatuh di dalam gaung, ada juga yang tersesat sehingga berhari-hari malah yang paling menakutkan sekiranya bertemu dengan binatang buas seperti Pak Belang ataupun binatang buas yang lain.

Sedikit perkongsian ilmu yang ingin disampaikan dalam artikel kali ini diharap akan dapat memberikan  serba ringkas ilmu pengetahuan dan panduan kepada bakal pengembara, para pendaki gunung, penggemar perkhemahan atau kaki pancing.

Antara ilmu di hutan yang penting adalah untuk mengenalpasti kehadiran binatang buas seperti harimau. Sekiranya anda sedang berada di dalam hutan dan suasana bising dengan kicauan burung dan unggas itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu merasa bimbang. Namun demikian, sekiranya bunyi-bunyi unggas tadi tiba-tiba menjadi senyap dan sunyi sepi ia menandakan ada binatang buas seperti harimau ataupun beruang sedang menghendap mangsa. Sekiranya ia terjadi dan bau hamis pula menjengah, maka langkah terbaik adalah jangan sesekali menunggu lagi dan bertelagah sesama sendiri tetapi adalah lebih baik anda perlu segera beredar daripada tempat tersebut dan berlari ke tempat yang selamat.

Selain itu, ilmu di hutan seperti mengetahui tanda-tanda kepala air juga adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Sering kali kita membaca berita di media sosial yang melaporkan kemalangan jiwa menimpa keluarga yang sedang berkelah di kaki air terjun. Mereka tidak sedar bahawa kepala air sedang laju turun menghampiri mereka dan dengan sekelip mata sahaja semua telah hanyut dibawa arus deras.

Tanda-tanda yang boleh diperhatikan adalah ketinggian air ketika anda berendam naik mendadak. Selain itu, kehadiran buih-buih putih di permukaan air juga menandakan kepala air sedang berlaku. Jika terdapat tanda-tanda ini, segera naik ke darat dan mencari tempat tinggi.

Indah menghijau sawah dan padi, Angin bersepoi meniup lena, Ilmu di hutan ibarat nadi, Menjadi penyelamat ketika bencana.

Ilmu di hutan ini perlu diketahui oleh setiap para pengembara sebelum anda berkelah, mendaki gunung, berkhemah atau memancing. Justeru, sekiranya anda memilih Asia Camp sebagai tempat perkhemahan maka, para jurulatih kami akan sentiasa mengawasi anda untuk memastikan keselamatan para peserta terjamin.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

SEMANGAT SETIAKAWAN

Semangat setiakawan boleh diterjemahkan sebagai satu bentuk hubungan atau ikatan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain. Semangat jitu setiakawan ini juga seringkali sinonim dengan kaum lelaki yang kebiasaannya lebih mementingkan nilai persahabatan berbanding dengan kaum wanita.

Jika diperhatikan teori ini ada benarnya kerana jarang kita dengar keluhan-keluhan daripada kaum lelaki mengenai sahabat yang menikam belakang berbanding dengan keluhan daripada kaum wanita. Asas dan tunjang kepada semangat ini adalah persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain. Sekiranya dua nilai ini dipegang kukuh maka, kebiasaanya persahabatan yang terjalin akan berkekalan sehingga mereka meniti hari tua kelak.

Semangat setiakawan ini boleh disemai melalui aktiviti-aktiviti dan program-progam di Asia Camp seperti Kem Jati Diri, Kem Motivasi, Kem Latihan Unit Beruniform bahkan juga Kem Jati Diri. Melalui program-program penerapan nilai murni sebegini, asas kepada kepercayaan sesebuah hubungan akan dititikberatkan dalam usaha untuk mencapai suatu kesepakatan yang jitu.

Nilai-nilai murni yang lain juga turut diterapkan dalam menyemai asas semangat ini di antaranya adalah semangat berpasukan, kerjasama, keberanian, bertoleransi, dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Justeru dalam kem-kem yang dianjurkan oleh pihak Asia Camp akan membantu para peserta mengenal siapa diri mereka terlebih dahulu seterusnya membantu sahabat mereka pula.

Semangat setiakawan yang benar akan dapat membantu seseorang individu yang mengalami masalah untuk menyedarkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian di dunia ini. Pelbagai idea dan pengalaman yang boleh dikongsikan oleh teman-teman yang pernah mengalami situasi atau masalah yang hampir sama.

Pendekatan daripada teman-teman seperti memberikan nasihat, berkongsi kisah kepahitan hidup mereka juga terbukti dapat membantu golongan yang sedang mengalami masalah untuk menenangkan emosi dan kembali mengatur langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Gunung ganang belantara dan hutan, Terbang indah si rama-rama, Semangat setiakawan asas persahabatan, Mengenang kembali memori bersama.

Justeru, Asia Camp bukan sahaja sesuai dikunjungi oleh mereka yang ingin menjalankan kem latihan atau kem motivasi bagi sesebuah organisasi dan jabatan, malah sangat sesuai untuk dijadikan tempat riadah santai bagi sahabat-sahabat lama yang ingin mengadakan aktiviti reunion bersama. Antara aktiviti santai yang sesuai diadakan adalah BBQ dan Sukaneka. Save the date dan hubungi Asia Camp untuk tempahan dan merasai pengalaman reunion santai bersama sahabat anda untuk mengeratkan Semangat setiakawan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MEMANAH ADALAH SENI

Memanah adalah seni adalah salah satu ungkapan yang sering kali didengari oleh para penggemar sukan memanah. Untuk memanah, seseorang itu perlu memandang tepat kepada sasaran yang ditetapkan dengan memberikan seratus peratus tumpuan tanpa sebarang gangguan. Selain daripada perlu menetapkan gerak hati, teknik-teknik yang betul untuk memanah juga perlu dikuasai sepenuhnya oleh pemanah untuk ketepatan maksimum.

Akitiviti sukan hebat ini menjadi salah satu aktiviti yang boleh dipilih oleh para pengunjung semasa menyertai mana-mana program di Asia Camp. Menguasai ilmu dan teknik memanah, bukan sahaja menyeronokkan malah ia juga adalah aktiviti yang dapat menguatkan daya mental dan fizikal.

Memanah adalah seni yang halus dan memerlukan usaha berterusan untuk menguasainya. Semasa anak panah dilepaskan, seiring dengan itu juga, satu bentuk emosi dan kepuasan akan dilepaskan bersama seiring dengan arah anak panah sehingga ia menembusi sasaran yang ditetapkan.

Teknik seni ini adalah satu cabang di mana pemanah perlu menyelarikan antara emosi, ketajaman daya penglihatan dan ingatan untuk memastikan sasaran tidak tersasar. Seni yang ditakrifkan sebagai sesebuah karya atau kebolehan mencipta sesuatu yang memberi kepuasan kepada pengamalnya menjadikan aktiviti memanah ini adalah salah satu cabang daripadanya. Kepuasan yang diperolehi oleh pemanah apabila anak panah mengenai sasaran sama seperti kepuasan kepada pengkarya.

Memanah adalah seni yang memerlukan para pemanah menghayati keunikan asal sejarahnya. Prinsip-prinsip sains seperti momentum, daya tujahan dan tindakan refleks juga berhubung kait dalam aktiviti memanah ini. Teknik memanah juga semakin hari semakin bertambah maju seiring dengan perubahan zaman.

Sukan memanah dulu dan kini, Bukan semata hilangkan bosan, Memanah itu suatu seni, Karya hebat ciptaan insan.

Seseorang pemanah juga kebiasaannya perlu mengambil masa yang panjang untuk benar-benar mahir dalam bidang ini seperti juga bidang-bidang yang lain. Melalui percubaan yang kerap , latihan yang kental dan juga ilmu yang cukup tentang asas memanah, maka seseorang pemanah itu akan membiasakan diri dan akhirnya akan merasai kemanisan yang ditakrifkan sebagai memanah itu adalah seni. Untuk artikel penuh mengenai asas memanah sila ke link https://asiacamp.my/aktiviti-memanah-di-asia-camp/

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

kem bina semangat, AsiaCamp

KEM BINA SEMANGAT

[vc_row][vc_column][vc_column_text text_larger=”no”]

Kem Bina Semangat merupakan satu program yang dijalankan bagi bertujuan untuk menjana semula kekuatan jiwa dalam diri individu atau pasukan. Konsep dan pelaksanaan kem ini adalah sinonim dengan kem jati diri atau kem motivasi, namun ia lebih menekankan konsep membina spiritual dari dalam rohani seterusnya menyebarkan energi positif kepada jasmani seseorang.

 

 

Mengharungi pelbagai cabaran dan masalah dalam kehidupan seharian, pastinya membuatkan semangat positif dan emosi tenang seseorang itu akan ada turun naiknya. Tatkala ditimpa masalah, semangat dan emosi positif akan merundum manakala apabila dikurniakan nikmat dan kesenangan maka semangat dan emosi positif akan bercambah.

 

Justeru, melalui Kem Bina Semangat ini akan membantu semula seseorang untuk mengecas kembali emosi-emosi positif yang telah hilang akibat tekanan daripada masalah dan dugaan yang dihadapi itu tadi. Asia Camp boleh dijadikan salah satu daripada pilihan untuk para pengunjung yang ingin menjalankan program ini.

 

 

Dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk menghilangkan stress dan tekanan, keindahan alam semulajadi yang menjadi tarikan utama para pengunjung juga akan membantu para peserta kem untuk mengecas kembali energi positif mereka.

Adalah perlu untuk anda mengenalpasti situasi dan keadaan yang menunjukkan di mana energi-energi negatif sedang menguasai kehidupan anda dan seterusnya mengambil langkah segera untuk membendung sebelum ia melarat.

 

Kem Bina Semangat ini akan membantu para peserta bukan sahaja untuk mengecas kembali semangat dan energi positif namun turut juga memberikan panduan dan ilmu kepada para peserta untuk bersedia menangani masalah sekiranya masalah yang sama berlaku.

 

 

Ibarat sesebuah kereta yang perlu diservis apabila sudah mencecah kilometer yang ditetapkan, begitulah perumpamaan dengan seseorang individu yang perlu mengecas semangat dan energi positif apabila diasak dengan pelbagai kerenah, masalah dan dugaan sama ada di tempat kerja, sekolah, kolej mahupun di rumah.

 

Semangat keras ibarat besi, Sebagai benteng melawan dugaan, Bina semangat stabilkan emosi, Jiwa positif tunggak kejayaan.

Selain itu, tidak salah jika dikatakan menjadi satu keajaiban dan rahmat kepada setiap individu yang diberi peluang untuk merasai pengalaman menjalani Kem Bina Semangat ini. Justeru, sekiranya anda merasakan semangat positif dalam diri anda semakin berkurang, salah satu cara terbaik untuk mendapatkan semula semangat positif adalah dengan menyertai program seumpama ini.

Ini adalah lokasi kem bina semangat kami, sertai kami hari ini!

 

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]