Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

MEMUPUK KERJASAMA DI ASIA CAMP

Memupuk kerjasama adalah salah satu objektif utama di Asia Camp melalui kem-kem yang dijalankan di sini. Antara kem yang menjadi pilihan utama para peserta adalah kem motivasi, kem jati diri dan kem kepimpinan.

Para peserta kem pula terdiri daripada pelbagai golongan seperti jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat swasta seperti Bella Ammara dan tentu sekali yang paling kerap menyertai kem di Asia Camp adalah golongan para pelajar dari pelbagai sekolah. Justeru, antara nilai-nilai murni yang paling utama akan diterapkan melalui kem-kem sebegini adalah nilai kerjasama yang baik antara semua peserta.

Melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti outdoor dan indoor, memupuk kerjasama menjadi satu perkara yang menyeronokkan kepada para peserta. Sebagai contoh, melalui aktiviti berakit, para peserta terlebih dahulu akan diminta untuk memasang rakit secara beramai-ramai. Menerusi pendekatan ini, para peserta bukan sahaja berpeluang mempelajari ilmu baru, malah belajar untuk memberikan kerjasama yang baik untuk memasang rakit.

Ini kerana tugasan seumpama ini adalah mustahil untuk dilakukan seorang diri. Justeru, semua peserta harus memainkan peranan dan menjalankan tugas masing-masing untuk memastikan mereka dapat berakit dengan selamat. Namun begitu, ciri-ciri keselamatan adalah yang paling utama di Asia Camp, maka para peserta adalah diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan sebelum membuat aktiviti berakit.

Selain itu, memupuk kerjasama melalui aktiviti riadah lasak seperti memanjat dinding juga adalah salah satu alternatif yang menghiburkan dan menyihatkan. Melalui aktiviti ini, jelas kelihatan para peserta perlu membantu peserta yang lain bagi melepasi halangan.

Selain daripada itu, aktiviti memasang khemah dan survival cook juga adalah antara aktiviti yang dijalankan di Asia Camp yang memerlukan semnagat kerjasama yang tinggi antara para peserta. Semasa memasang khemah, ada peserta yang akan diminta untuk membersihkan kawasan, sementara peserta lain pula akan diminta untuk mencari kayu atau mendirikan khemah.

Akar menjalar jauh memanjang, Enaknya roti disapu kaya, Semangat kerjasama ibarat tunjang, Semua tugasan pasti berjaya.

Asas kepada semangat untuk memupuk kerjasama ini adalah dengan mengingatkan para peserta bahawa sebarang tugasan yang besar adalah mustahil untuk dilaksanakan seorang diri. Justeru, tugasan tersebut hanya dapat dicapai dan diselesaikan melalui kerjasama yang baik antara semua pihak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *