Artical

Aktiviti “Flying Fox”

flying fox

Aktiviti “Flying Fox”

Aktiviti Flying Fox sangat popular dan menyeronokkan di kalangan dewasa, remaja mahupun kanak-kanak. Aktiviti Flying Fox ini memerlukan peralatan yang perlu digunakan semasa aktiviti dijalankan iaitu Carabinar, Tali Statik, Helmet, Full Harbest, Figure of Eight serta beberapa peralatan-peralatan yang lain.

Kesemua peralatan-peralatan ini perlu ditunjukkan kepada peserta supaya mereka dapat mengenali peralatan-peralatan aktiviti Flying Fox lebih dekat dan lebih terperinci. Seterusnya, sebelum aktiviti Flying Fox ini bermula, sesi taklimat harus diadakan untuk menerangkan tentang  peralatan aktiviti Flying Fox dan langkah keselamatan.

Langkah Keselamatan

Langkah keselamatan harus dititikberatkan oleh peserta dan mengambil serius supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas peserta diberi taklimat, mereka terus dibawa ke pelantar Flying Fox oleh jurulatih yang bertugas yang menjadi tempat untuk melepaskan para peserta.

Di pelantar Flying Fox ini perlu dikendalikan oleh para jurulatih yang berpengalaman sekurang-kurangnya 4-5 orang yang mana dua orang jurulatih menjadi pelepas dari pelantar Flying Fox dan tiga orang jurulatih menjaga di kawasan berhenti untuk mengawal peserta  supaya peserta selamat berhenti dan memeriksa kelengkapan yang digunakan oleh peserta sama ada dalam keadaan yang baik atau tidak.

 

Dihasilkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *