Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi

Night Walk Menguji Keberanian Jiwa Pelatih

Night walk merupakan salah satu dari puluhan modul menarik yang ditawarkan oleh pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Bharu. Secara definisinya, night walk ini adalah aktiviti atau kembara berjalan di waktu malam hari. Aktiviti ini kelihatannya agak mudah dan ringan. Namun demikian, ia menguji keberanian dan kekentalan jiwa para peserta.

Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh kedua-dua pihak fasilitator dan para peserta ketika melakukan aktiviti night walk ini. Antaranya ialah;

i) Faktor dingin malam yang sejuk yang mungkin menyebabkan asthma kepada peserta-peserta yang mempunyai alahan atau sakit kronik.

ii) Faktor keselamatan dari binatang buas seperti ular berbisa, babi hutan, serangga, lintah atau pacat. Oleh itu, ini memerlukan peserta mengenakan pakaian dan kasut yang sesuai bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini di mana-mana badan badan peserta.

iii) Faktor cahaya suram di malam hari. Hal ini memerlukan peserta mendengar arahan dengan baik dan menggunakan peralatan yang diberikan atau yang telah disediakan oleh jurulatih daripada sesat.

iv) Faktor gugup, cuak dan takut akan gelap di kalangan para peserta. Mengatasi masalah ini, peserta dikehendaki untuk berjalan secara beriringan atau berteman dengan peserta yang lain.

Para peserta diberikan briefing awal mengenai aktiviti dan modul yang akan dilakukan
Peserta menunggu giliran untuk memasuki pintu masuk ke laluan khas kembara night walk yang telah disediakan oleh para fasilitator
Laluan hutan yang dipilih kebiasaannya telah dikemaskan sedikit sebanyak oleh para jurulatih

Terdapat 3 kebaikan aktiviti night walk ini kepada para peserta:

  1. Meningkatkan daya self alarm kepada faktor alam dan sekeliling. Kebiasaannya manusia mengambil sikap sambil lewa dan tidak sensitif akan persekitaran, corak atau laluan jalan, dan hal-hal kehidupan yang lain. Berbekalkan modal malam yang gelap dan faktor perjalanan di hutan, ia mampu meningkatkan deria sedar peserta ke tahap maksima. Ini kerana peserta telah keluar dari zon selesa yang memaksa mereka untuk berwaspada, membuka mata dan berfikir untuk bertindak dengan lebih berhati-hati.
  2. Night walk mampu membantu badan mempercepatkan pencernaan, meningkatkan metabolisme badan dan salah satu usaha kepada weight loss. Kebanyakan kita berasa malas selepas makan malam kerana perut telah penuh dengan makanan di waktu malam. Malam bersifat kerehatan, namun dengan perut yang penuh berisi makanan, terus masuk tidur bukanlah amalan yang sihat. Kita tidak boleh terus berbaring di atas katil sebaik sahaja selesai makan kerana ia membawa kepada peningkatan berat badan dan menjadikan diri gemuk. Oleh itu, dengan aktiviti night walk seperti ini, ia menggalakkan badan bekerja mencernakan makanan malam yang baru sahaja dimakan, membakar kalori dan menjadi latihan fizikal untuk badan tampil lebih cergas.
  3. Night walk juga sebagai satu usaha untuk menikmati keindahan alam sekitar di malam hari. Para peserta akan berkemampuan melihat serangga-serangga unik dan haiwan yang keluar mencari makanan di malam hari. Ini merupakan satu nikmat untuk mensyukuri anugerah Tuhan seterusnya menjaga kecantikan dan pemeliharaan flora dan fauna di hutan.
Peserta diarahkan mengikut hujung tali yang diberikan bagi mengelakkan sesat di dalam hutan

Kesimpulannya, night walk merupakan aktiviti sihat yang mencabar keberanian dan kekentalan jiwa para peserta. Ini kerana ia melibatkan pergerakan dalam suasana malam gelap yang memerlukan kemahiran kawalan diri yang tinggi, setiakawan dan tidak penting diri di samping kemahiran mendengar arahan dan cepat bertindak.

Apa yang pasti, setelah selesai aktiviti night walk ini ia adalah dijamin bahawa setiap peserta akan mempunyai kualiti tidur yang baik. Ini pasti kerana badan telah turut bekerja mencernakan hampir kesemua makanan malam tadi! Ini merupakan satu bonus kepada para peserta.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply