5 Steps to Boost Team Building Skill

Team building skill needs the practices of professionalism, trustworthy and efficiency.

These are amongst the popular criteria seeking by most employers in their employees and talents in order to aid the organization to boost their production and services. The criteria are as crucial as the era of Internet of Things (IoT) and the Industrial Revolution, communication, collaboration, and creativity are the ingredients to move way forward in business and marketing as well as services.

 

Team building is formed from sacrifices, understanding, and tolerance

Here’s how to improve your team building skill:

1. Set a goal

In order to create a new environment and have the changes, the first rule of thumb is to highlight your grounds, make up the goals and make it crystal clear on the objectives you or your organization aimed to achieve. A wise man said, if you aim for nothing, then you will hit it on everything and every time. Therefore, it is important to set the goals and work hard to achieve them. The simplest goals, you may set for yourself or to be a benefit of others and continuous learning about every single day.

2. Openness and have accessibility to people

Human comes with a complete and blended skill of talents. Regardless of background, gender and races, there are always new challenges to be learnt every single day when you encounter people, tasks, workplace, and environment or even on new approaches. Therefore, it is important to not make the restrictions to yourself in learning and giving to and forth others. The qualities of human being are constructed from the gist of other’s talents, skills, and concerns. Dealing with challenges and people open up yourself tested your skills to the fullest and only through that you are progressing forward.

3. Get active participation

World nowadays are not designed for people who are waiting and being silenced. Everything is fast changing and things keep being improvising. Getting active participated in the change with people and environment allows you to update yourself with the current resources and skills.

4. Be accountable and tolerate

As mentioned before, the qualities of human beings are accumulated from the experience of others. Therefore, all parties needed to be tolerated and considered by others while completing tasks or working together. Bridging qualities comes with a high cost of scarifies, patience and tolerance.   

5. Give back to the community

The phrase is simple, what you earned you give back. To produce excellent team-building skill, each of the individual need to have and develop the capability to not only able for continuous learning but also in nurturing and engaging with others. Life is like a wheel. Sooner or later it always comes around to where you started again. To generate a new cycle of team building skill, it needs to be monitored, cored and be separated from the ones who know the process.

 

Team Building SSM

Strategi Menjadi Ketua yang Efektif

 

 

Strategi Menjadi Ketua yang Efektif

Pengenalan Modul

   

Modul ini akan menunjukkan secara jelas tentang strategi dan teknik pengajaran menjadi ketua yang efektif apabila membimbing staf  menjadi cemerlang.

 

Latihan yang bakal diberikan kepada peserta adalah:

 

1.   Mengetahui peranan dan kualiti sebagai ketua pendorong.

2.   mempelajari strategi dan teknik dorongan yang berkesan.

3.   Mengaplikasi Teknik untuk mewujudkan iklim positif pembelajaran.

 

 

Objektif Umum

 

Memperkenalkan strategi dan teknik bagaimana memindahkan ilmu sehingga mendorong kemahuan, daya usaha dan komitmen yang tinggi oleh staf.

 

 

Objektif Teknikal

 

1.     Mengetahui teknik-teknik mendorong tingkah laku positif staf dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

2.     Mempelajarii langkah demi langkah kaedah mendekatkan staf dengan ketua dan subjek yang diajar oleh ketua itu.

3.     Mengaplikasikan teknik-teknik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan mudah dan efektif.

 

 

Jangka Masa

1 hari

 

Lokasi Kursus

Lokasi kursus diuruskan oleh pihak penganjur.

 

Peserta

Kumpulan supervisor, eksekutif, pengurus dan pengurusan syarikat.

Modul Kursus

Kursus ini mengandungi 10 topik yang berkaitan dengan strategi dan teknik andragogi.

 

Kandungan Utama

1.     Prinsip dan strategi dorongan

2.     Teknik-teknik pengajaran

3.     Fokus komunikasi

4.     Ciri-ciri bahasa

5.     Skrip-skrip yang efektif

6.      Pelan tindakan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengisian Kursus

 

 

Topik 1: Ketua Sebagai Pendorong

Bagaimana mendorong staf supaya minat belajar.

Topik 2: Ketua Sebagai Pembimbing

Bagaimana membimbing staf supaya mereka pandai mendorong diri sendiri.

Topik 3: Ketua Sebagai Pengawal

Bagaimana mengawasi dan mengawal tingkah laku dan komunikasi staf

Topik 4: Ketua Sebagai Penilai

Bagaimana memberi refleksi terhadap hasil kerja, kualiti dan prestasi staf.

MODUL: STRATEGI KOMUNIKATIF BERPUSATKAN KETUA


Topik 5: Strategi & Teknik Memulakan Pengajaran Dan Pembelajaran

Bagaimana menaikkan estim diri staf sebelum memulakan sesi

Topik 6: Strategi & Teknik Menyampaikan Maklumat Secara Verbal

Bagaimana menyampaikan informasi menggunakan bahasa lisan.

Topik 7: Strategi & Teknik Menyampaikan Maklumat Secara Non-Verbal

Bagaimana berinteraksi dengan staf menggunakan bahasa tubuh.

Topik 8: Strategi & Teknik Bertanya Soalan

Bagaimana mendorong keinginan staf untuk mendalami sesuatu ilmu menggunakan ayat tanya.

Topik 9: Strategi & Teknik Menjawab Soalan

Bagaimana memberi respon terhadap soalan staf untuk mendorong mereka bertanya soalan-soalan yang bagus.

Topik 10: Strategi & Teknik Demonstrasi Atau Tunjuk Cara

Bagaimana menyampaikan ilmu baru khususnya ilmu teknikal.

 

 

 

Kaedah-kaedah

1.     Lembaran kerja digunakan supaya skil-skil dapat dipindahkan kepada peserta secara efektif.

2.     Aktiviti seperti latihan pengukuhan berkumpulan serta individu akan digunakan untuk meningkatkan kefahaman dan aplikasi teknik-teknik yang distafi.

 

 

Faedah-faedah

 

1.     Melahirkan kumpulan ketua yang mampu mendorong perubahan sikap dan tingkah laku staf.

2.     Mengurangkan beban emosi ketua seperti tekanan, mudah marah dan tindakan luar kawal.

3.     Meningkatkan suasana harmoni dalam persekitaran pembelajaran melalui hubungan baik pendidik – staf.

 

 

Penyampai Modul

  Modul ini dikendalikan oleh para jurulatih yang berdaftar sahaja dengan syarikat.

 

Tentatif Kursus 1 Hari

TAJUK MASA TEMPOH
Pengenalan

Overview dan penepatan harapan

9.00 am – 9.15 am 15 minit
Topik 1

Ketua Sebagai Pendorong

 

9.15 am – 9.30 am

 

15 minit

Topik 2
Ketua Sebagai Pembimbing
 

9.30 am – 9.45 am

 

15 minit

Topik 3
Ketua Sebagai Pengawal
9.45 am – 10.00 am 15 minit
Topik 4
Ketua Sebagai Penilai
10.00 am – 10.15 am 15 minit
Topik 5
Strategi & Teknik Memulakan Pengajaran Dan Pembelajaran
10.15 am – 11.00 am 45 minit
Rehat 11.00 am – 11.15 am 15 minit
Topik 6
Strategi & Teknik Menyampaikan Maklumat Secara Verbal
11.15 am – 12.00 pm 45 minit
Topik 7
Strategi & Teknik Menyampaikan Maklumat Secara Non-Verbal
12.00 pm – 12.45 pm 45 minit
Rehat/makan/solat 12.45 pm – 2.15 pm 1 jam 30 minit
Topik 8
Strategi & Teknik Bertanya Soalan
2.15 pm – 3.00 pm 45 minit
Topik 9
Strategi & Teknik Menjawab Soalan
3.00 pm – 3.45 pm 45 minit
Rehat 3.45 pm – 4.00 pm 15 minit
Topik 10
Strategi & Teknik Demonstrasi Atau Tunjuk Cara
4.00 pm – 4.30 pm 30 minit
  Durasi latihan 6 jam
Topik mungkin berubah semasa hari kursus

 

Biodata Jurulatih Team Building LLM

Biodata Jurulatih Team Building LLM

Senarai jurulatih team building terdiri dari lead trainer dan trainer.

 

LEAD TRAINER:

ABDUL HALIM ISMAIL

Tuan Abdul Halim Ismail berpengalaman luas dalam bidang korporat dan kepimpinan berdasarkan penglibatan beliau di dalam GLC dan bidang politik.

Beliau merupakan mantan CEO Zakat Melaka sebuah GLC milik syarikat kerajaan Negeri Melaka pada Jun 2018 sehingga April 2020.

Beliau pernah juga menjawat jawatan Chief Operating Officer di Akademi Al Quran ABS pada 2014 dan menjadi jurulatih kepada tenaga pengajar semua cawangan Akademi Al-Quran ABS di seluruh negara.

Beliau kini merupakan “Business Leadership Consultant’ dan Ketua Jurulatih bagi Modul Kepimpinan Lead Like Muhammad di bawah pimpinan Puan  Ainon Mohd di Sekolah Strategi Janda Baik.

 

TRAINER:

ARMIATI BINTI MOHD ISMAIL

Ketua Pegawai Operasi (Chief Operating Officer)
ABS BUSINESS SERVICES PLT (LLP0001059-LGN)

PENGALAMAN

  • 1980 – 1985      Setiausaha, Jabatan Kewangan, Petronas Nasional Berhad
  • 1987 – 1998     Pemasaran Simen Negara Sdn Bhd, Executive Secretary, Cement Industries of Malaysia Berhad
  • 1997 – 2002     Executive Secretary, Crystal Accord Sdn Bhd
  • 2003 – 2007    Islamic Financial Planner (Takaful & Penulisan Wasiat)
  • 2008 – 2014   Business Dev. Manager, AAA Urus Kira (M) Sdn Bhd
  • 2015 – current Chief Operating Officer, ABS Business Services PLT

PENDIDIKAN/MEMBERSHIP

  • 1980     Diploma in Stenographer, Universiti Teknologi Mara Malaysia, Kota Kinabalu
  • 2014     Associate Member, ICIA, Institute of Commercial & Industrial Accountant
  • 2016     Associate Member, MAICSA, Malaysian Institute of Chartered Secretary Association

Mempunyai 6 tahun pengalaman dalam mengurus penubuhan syarikat Sdn Bhd dan PLT, menyediakan perkhidmatan simpankira dan penyata untung-rugi syarikat dan enterprise.

Menyediakan perkhidmatan pengurusan syarikat seperti pendaftaran lesen eperolehan, pendaftaran caruman majikan KWSP, pendaftaran harta intelek (IP), aplikasi sistem IT seperti OfficeCentral untuk mengurus operasi dan maklumat bisnes syarikat.

Memberi khidmat “personal” dan “group coaching” kepada syarikat SME yang memerlukan kemaskini maklumat kewangan operasi dan “Standard Operating Procedure” pengurusan syarikat.

 

TRAINER:

SYAMSUL AMRI BIN A RAZAK

Hj Syamsul Amri A Razak merupakan seorang Coach Bertauliah dengan Institut Pengurusan Malaysia dan Jurulatih berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Bhd, dan pengamal bertauliah Asas dan Meta Reflection NLP.

Berkelulusan Undang-undang UIA dan MBA dari UKM, beliau telah terlibat dengan dunia Jualan dan Pemasaran lebih 24 tahun dan pernah memegang jawatan kanan pengurusan sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan di UKM Pakarunding dan Pengurus Besar Pemasaran di Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd, syarikat milik tersenarai di Bursa Malaysia, Progressive Impact Corporation Berhad.

Kini menerajui SABAR Training and Resources dengan tumpuan aktiviti latihan dan pembangunan melibatkan modul-modul Kepimpinan Strategik, Pembangunan Perniagaan, Jualan & Pemasaran, Komunikasi Perniagaan dan Hubungan Perorangan.

 

TRAINER:

SUHAILI IKHSAN 

Suhaili Ikhsan telah berkecimpung dalam industri pendidikan sejak 2000, iaitu sejurus selepas beliau menamatkan pengajian Ijazah Ekonomi Industri di UKM.

Beliau memulakan pusat asuhan kanak-kanak, tadika dan pusat tuisyen sendiri. Tanpa mentor atau jurulatih untuk melatih kemahiran perniagaan, 8 tahun pertama adalah tahun yang sukar baginya untuk mengembangkan perniagaannya.

Pada tahun 2013, dengan 3 rakan niaga, mereka membina 4 tadika, 4 pusat asuhan kanak-kanak dan 1 pusat tuisyen yang beroperasi di Bandar Baru Bangi, Kajang, Putrajaya dan Serdang dan memberi nilai kepada hampir 7000 anak dan keluarga sepanjang 2000-2013 melalu jenama NASYRAH.

Beliau dilantik sebagai EXCO PERTIM, sebuah Persatuan Tadika Islam di Malaysia bagi tahun 2012-2014.

Lebih 14 tahun dalam bidang pendidikan dan awal kanak-kanak, beliau telah melatih ribuan pendidik awal kanak-kanak di seluruh negara.

Pada tahun 2010, beliau memberi tumpuan untuk membantu usahawan sedia ada atau bakal usahawan melalui latihan-latihan bisnes, program keusahawanan, seminar, dan personal coaching. Beliau fokus melatih usahawan untuk memulakan perniagaan mereka tanpa pinjaman dan pada kos yang minimum.

Beliau mula mengembangkan jangkauannya pada Jun 2013, di mana pasukannya melancarkan rangkaian tadika dengan konsep pengurusan berpusat dan model perniagaan inovasi; perkongsian terbuka iaitu Tadika ABS atau Tadika Aktif Bijak Santun. Ia juga merupakan platform di mana usahawan tadika dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan mengambil kita model bisnes lestari yang memenuhi malamat keusahawanan sosial iaitu SDG 3, 4 dan 8.

Pada hari ini, beliau dan pasukannya sedang membangunkan sebuah ekosistem pendidikan yang lengkap, iaitu:

  • prasekolah
  •  sekolah alam dan keusahawanan
  • pembangun modul
  • pembangun alatan perniagaan

Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif ABS Education Sdn Bhd dan juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah beberapa anak syarikat.

Beliau juga telah menulis buku Kod Kepimpinan Perempuan serta melatih kepimpinan kepada orang perempuan mahupun lelaki.

Trainer:

Nurhidayah Jaafar

Merupakan konsultan dan jurulatih bertauliah dalam bidang komunikasi dan kepimpinan berasaskan kajian hadith psikologi. Aktif berkongsi di media sosial, mengendalikan bengkel latihan dan menulis buku. Sepanjang 10 tahun dalam bidang ini, beliau sudah melatih lebih 4000 orang dalam sektor korporat, badan kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, badan sosial dan pasukan bisnes kecil.

PENDIDIKAN

  • Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    2001 – 2004
    Diploma Teknologi Kejuruteraan Awam
  • Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    2005 – 2008
    Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian

PENGALAMAN KERJAYA

  • Kumpulan ABS Education Sdn. Bhd. HR Konsultan 2017 – sekarang
  • Mengendalikan bengkel latihan dan membekalkan Standard Operating Procedure (SOP) untuk pengurusan dan operasi bisnes.
  • ABS Edu Consult PLT. Ketua Pegawai Operasi 2017 – sekarang
  • Memimpin pasukan syarikat untuk aktiviti bisnes berkaitan khidmat latihan, perundingan dan penerbitan produk pengurusan bisnes dan pendidikan.
  • Trainer Profesional
    2011 – sekarang
  • Memberikan khidmat latihan kepada kakitangan dalam sektor pendidikan, kerajaan, badan korporat dan organisasi sosial.
  • InnoLearn. Pengasas platform pembelajaran digital, InnoLearn 2019 – 2021
  • Mengasas dan menjadi sebahagian dari content creator website Innolearn sebagai platform pembelajaran atas talian.
  • SMK Sri Garing, Rawang. Guru 2009 – 2010
  • Menjadi guru sandaran tidak terlatih yang menjalankan tugas pengajaran dan pentadbiran.

PENERBITAN

  • Buku Mendorong Pelajar Kelas Corot dengan Menggunakan Teknik Nabi (2013)
  • Ebook Mendorong Tingkah Laku Positif Kanak-kanak (2015)
  • Buku 100 Skrip Mendorong Anak Positif (2016)
  • Buku Mendorong Tingkah Laku Positif Kanak-kanak: 25 Pengalaman Autentik Aplikasi Teknik Nabi di Tadika ABS (2016)
  • Dudel Mendorong Kanak-kanak Positif (2018)
  • Pembelajaran Digital Strategi Pengajaran & Pembelajaran Menggunakan Teknik Nabi (2019)
    Buku Kod Kepimpinan Perempuan (2021)

ANTARA KLIEN YANG PERNAH MENDAPATKAN KHIDMAT

  • Jabatan Hal Ehwal Syari’ah, Kementerian Hal Ehwal Ugama,
    Brunei Darussalam
  • Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Malaysia o Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Negeri Sembilan, Malaysia o Yayasan As Saadah, Malaysia
  • Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP), Terengganu, Malaysia
  • Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Malaysia o Little Chalips, Malaysia
  • Institut Kemas, Malaysia
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia o Pusat Islam dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Fakulti Sains Dan Matematik, UiTM Segamat, Johor, Malaysia o Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia
  • Majlis Ugama Islam Negeri Sembilan, Malaysia o Majlis Ugama Islam Pahang, Malaysia
  • Sekolah kerajaan dan swasta seluruh Malaysia

 

TRAINER:

PUTERA MUHAMMAD KHALIL AZWAN SHAH BIN MOHAMAD

Merupakan konsultan dan jurulatih dalam bidang pengurusan keusahawanan, fokus kepada skop SOP. Sudah lebih 10 tahun giat berkecimpung dalam dunia perniagaan kecil dan sederhana, kini aktif membantu usahawan kedai makan dalam pengurusan dan penyediaan SOP. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman di media sosial.

Mempunyai Sijil jurulatih bertauliah (TTT) dibawah syarikat Thames Oxford Academy pada Oktober 2021.

Sering melibatkan diri dalam program keusahawanan sejak tahun 2010.

Mula menceburkan diri dalam dunia perniagaan  kecil dan sederhana sejak di bangku sekolah lagi..

Berpengalaman berniaga di negara Brunei selama tiga tahun.

Aktif berniaga secara ‘mobile’ dan bergerak, samada di jalanan atau menggunakan ‘foodtruck’ sejak tahun 2013.

Mula melakukan kajian dan dapatan berkaitan SOP dari tahun 2014 dan sehingga kini aktif dalam pengurusan SOP, fokus pada kedai makan.

Memberi khidmat nasihat dan konsultasi kepada lebih 1000 pemilik kedai makan dan Restoran sejak 2018.

 

TRAINER:

Ahmad Mohamad Afandi

Beliau banyak terlibat dengan pembangunan strategi pemasaran perniagaan IKS, dan mempunyai cita-cita tinggi melihat IKS berkembang menjadi sebuah syarikat yang terurus.

Di antara pengalaman beliau, pernah menjadi Operation Manager bagi dua (2) syarikat kontraktor telekomunikasi, Senior Executive untuk syarikat pembekalan kepada industri Oil & Gas, dan Pengurus Pemasaran bagi syarikat pemasaran berbilang tingkat.

Beliau kini diberikan tanggungjawab oleh Puan Ainon Mohd, Penguerusi PTS Group dan Ainon Business School menjadi ketua jurulatih untuk Modul Kepimpinan Muhammad iaitu “Business Like Muhammad”.

 

 

Mengaplikasi Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Memimpin Organisasi Awam

Mengaplikasi Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Memimpin Organisasi Awam

Dikemukakan oleh: ABS Digital Media Sdn. Bhd.

 

  1. Tajuk Modul: MENGAPLIKASI NILAI-NILAI KEUSAHAWANAN DALAM MEMIMPIN ORGANISASI AWAM

 

  1. Tempoh Kursus: 2 hari 1 malam

 

  1. Struktur Kursus: 30% penerangan. 70% latihan

 

  1. Lead Consultants: Ustaz Ahmad Shukri Yusoff & Pn. Ainon Mohd.

 

  1. Lead Trainer: Tn. Syamsul Amri Abdul Razak

 

  1. Pasukan Jurulatih: Tn. Abdul Halim Ismail, Pn. Nurhidayah Jaafar, Tn. Mohd Alif Haikal, Pn. Suhaili Ikhsan.

 

  1. Buku Rujukan: LEAD LIKE MUHAMMAD, Ainon Mohd., PTS Publications 2021

 

  1. LATAR BELAKANG MODUL

 

Modul ini dibuat berdasarkan sebuah hadith sahih yang dilaporkan oleh Imam Bukhari iaitu hadith ‘Enam Ciri Personaliti Nabi’

 

Aisyah melaporkan pada suatu hari Nabi Muhammad pulang ke rumah dalam keadaan takut dan bimbang dengan membawa ayat wahyu. Beliau menemui Khadijah lalu berkata, “Selimuti daku, selimuti daku!” Beliau pun diselimuti sehingga hilang ketakutannya. Kemudian beliau menceritakan peristiwa itu kepada Khadijah, “Saya benar-benar bimbangkan diri saya.” Khadijah berkata, “Janganlah begitu, bergembiralah! Demi Allah, Allah tidak akan mengkhianatimu, selama-lamanya. Demi Allah! Sesungguhnya, dikau memelihara hubungan baik, bercakap benar, memikul beban orang lain, suka mengusahakan sesuatu yang belum ada, meraikan tetamu dan sentiasa membela pihak yang benar.”

 

Dalam hadith itu Khadijah menyebut enam ciri personaliti Nabi. Khadijah kenal Nabi sebagai seorang usahawan bidang perdagangan semenjak Nabi berusia 18 tahun sehingga peristiwa Gua Hira’ itu, yakni usia Nabi 40 tahun. Sebelum menjadi Rasul, Nabi adalah seorang usahawan sepenuh masa.

 

Enam ciri personaliti Nabi yang disebut oleh Khadijah adalah:

 

Ciri 1: Memelihara hubungan baik

Ciri 2: Bercakap benar

Ciri 3: Memikul beban orang lain

Ciri 4: Mengusahakan sesuatu yang belum ada

Ciri 5: Meraikan tetamu

Ciri 6: Membela pihak yang benar

 

  1. APLIKASI 6 CIRI PERSONALITI NABI DALAM ORGANISASI

 

  1. Mencipta soalan dan pertanyaan dalam temuduga.

 

Soalan temuduga perlu dibuat supaya dari jawapan yang diberikan oleh calon, maka akan diketahui apakah dia mempunyai sikap-sikap positif sebagaimana yang ada pada personaliti Nabi. Tanyakan soalan yang dapat mengorek apakah calon mempunyai enam sikap positif itu.

 

  1. Memilih dan mengambil pekerja.

 

Dalam kes di mana calon-calon yang ditemuduga mempunyai kelulusan akademik yang sama, bakat yang sama, dan skill yang sama, maka pilih calon yang mempunyai enam ciri personaliti Nabi.

 

  1. Memilih kakitangan yang layak dinaikkan pangkat.

 

Kenaikan pangkat bermakna dia akan mempunyai orang bawahan, yakni dia menjadi ketua. Pilih calon yang mempunyai ciri-ciri personaliti Nabi.

 

  1. JADUAL KURSUS

 

MODUL 1: MEMELIHARA HUBUNGAN BAIK

Usahawan yang berjaya sangat mementingkan hubungan baik. Mereka melabur dalam aktiviti networking dan kolaborasi. Mereka takkan bergaduh dan bermusuh dengan mana-mana pihak. Mereka sanggup mengalah demi memelihara hubungan baik.

 

Hadith rujukan: ‘Si Himar’ dan Hadith ‘Konflik Dua VIP’

 

MODUL 2: BERCAKAP BENAR

Usahawan yang berjaya sangat menjaga kepercayaan pelanggan servis dan pengguna produk mereka. Mereka mematuhi Akta Periklanan di mana mereka tidak akan membuat iklan yang memberi gambaran palsu tentang produk mereka. Mereka juga mematuhi dan mengotakan perjanjian dalam kontrak bisnes mereka.

 

Hadith rujukan: ‘Abu Dzar Tidak Suka’.

 

MODUL 3: MEMIKUL BEBAN ORANG LAIN

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang menyelesaikan masalah dan kepayahan orang-orang lain dengan mencipta servis dan produk sebagai solusi. Mereka juga menyediakan bajet bagi membantu projek-projek kebajikan demi kebaikan masyarakat.

 

Hadith rujukan: ‘Pahala Untuk Orang Yang Tidak Berpuasa’.

 

MODUL 4: MENGUSAHAKAN YANG BELUM ADA

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang kreatif dan inovatif. Mereka mencipta servis-servis dan produk-produk yang lebih bagus, lebih praktikal, lebih bermanfaat, yang sebelumnbya tidak wujud dalam pasaran.

 

Hadith rujukan: ‘Bilal Baca Azan’

 

MODUL 5: MERAIKAN TETAMU

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang mempunyai skill diplomatik yang tinggi dan halus. Mereka mampu menjalin hubungan baik dan kerjasama dengan sesiapa sahaja, tanpa mengira perbezaan status sosial, ekonomi, bangsa, budaya dan agama.

 

Hadith rujukan: ‘Arak Untuk Nabi’.

 

MODUL 6: MEMBELA PIHAK YANG BENAR

Usahawan yang berjaya sangat menghormati hak-hak dan maruah semua pihak. Apabila mereka sendiri silap, mereka akan terima kesilapan itu dan bayar gantirugi.

 

Hadith rujukan: ‘Orang Baik Menolong Syaitan’

 

  1. HASIL KURSUS

 

Kakitangan kerajaan yang mengikuti kursus ini faham bahawa:

 

  1. Sebenarnya, tidaklah susah hendak memiliki ciri-ciri personaliti macam Nabi.

 

  1. Tiap-tiap hari mereka dapat mengaplikasi nilai-nilai keusahawan di tempat mereka bertugas meskipun mereka bukan orang bisnes.

 

TAMAT

Program Mengasah Bakat Dan Skill Menjalankan Tugas Sebagai Pekerja Politik Yang Berimpak Tinggi

PROGRAM MENGASAH BAKAT DAN SKILL MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PEKERJA POLITIK YANG BERIMPAK TINGGI

  1. ISU-ISU & CABARAN

 

Apabila dilantik sebagai menteri ataupun timbalan menteri, tidak mempunyai pengalaman, pengetahuan, dan skill-skill yang diperlukan, lalu apabila bercakap kepada wakil media mereka melakukan kesilapan-kesilapan di bawah ini:

 

  1. Mereka masih bercakap dengan mindset pembangkang lalu membuat kenyataan yang salah dari sudut logik politiknya. Akibatnya, imej dan personal brand mereka rosak.

 

  1. Mereka tidak mempunyai skrip-skrip untuk engage dengan rakyat, supaya dipandang sebagai menteri yang faham sentimen rakyat, dan mahir mengurus harapan rakyat.

 

  1. Mereka tidak mempunyai strategi dan skill bagaimana mendapatkan sokongan dan kerjasama dari pegawai-pegawai tinggi di kementerian.

 

  1. Mereka tidak mempunyai skill mengurus kenyataan-kenyataan yang bagaimana yang patut keluar dalam media, yang tidak patut keluar dalam media.

 

  1. Mereka tidak mempunyai skrip-skrip bagi mengurus soalan-soalan dari wakil media. Semua soalan wartawan dijawab lalu keluarlah dalam media berita yang merosakkan personal brand.

 

  1. Kakitangan di pejabat menteri tidak mempunyai skill-skill dan skrip-skrip bagi mengurus imej menteri baik online ataupun offline.

 

 

  1. OBJEKTIF KURSUS

 

Pada akhir kursus peserta sudah disediakan sebagai calon bagi mengisi jawatan-jawatan politik.

 

Pada bila-bila masa apabila dilantik mengisi jawatan politik, mereka sudah tahu pantang larang di bawah ini:

 

  1. Sudah tahu kenyataan media macam mana yang wartawan suka dengar, dan suka laporkan.

 

  1. Sudah tahu cara berkesan mengurus sentimen dan harapan rakyat.

 

  1. Tidak bercakap kepada media macam masih menjadi pembangkang. Sebaliknya, bercakap kepada media dengan tujuan mahu engage dengan rakyat dulu.

 

  1. Sudah tahu bagaimana mendapatkan rasa hormat, sokongan dan kerjasama dari pegawai-pegawai tinggi di kementerian.

 

 

  1. KANDUNGAN KURSUS

 

MODUL 1

 

TEKNIK BERCAKAP DALAM MESYUARAT DENGAN KAKITANGAN AWAM

 

OBJEKTIF: Supaya dipandang sebagai seorang menteri yang karismatik oleh anggota mesyuarat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kementerian. Dengan itu mereka tidak mempersoal dan membantah cakap menteri.

 

STRATEGI: Aplikasi ‘language of power’.  Bercakap sebagai seorang yang mempunyai kuasa membuat keputusan dan melaksanakan keputusan.

 

TEKNIK 1: Gunakan suara yang keluar dari dada.

 

TEKNIK 2: Gunakan ton rendah dan kadar ujaran perlahan.

 

TEKNIK 3: Apabila membuat keputusan, tidak menyebut ayat-ayat alasan, rasionalisasi, ataupun justifikasi di sebalik keputusan itu.

 

TEKNIK 4: Gunakan ayat-ayat manfaat, ganjaran atau rewards. Ciri-ciri ayat manfaat dan ganjaran yang berdaya pengaruh tinggi.

 

TEKNIK 5: Apabila memberi arahan, tidak menggunakan perkataan dan frasa pelembut arahan.

 

TEKNIK 6: Tidak senyum. Tiada humour. Tidak berseloroh.

 

TEKNIK 7: Tidak meminta maaf.

 

 

MODUL 2

 

TEKNIK BERUCAP DI HADAPAN HADIRIN YANG TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN KEMENTERIAN

 

OBJEKTIF: Supaya kakitangan kementerian memandang menteri sebagai pemimpin yang karismatik, energetik, positif, optimistik, futuristik, memotivasi dan mencetuskan inspirasi. Dengan itu mereka mudah menerima idea-idea dan padangan menteri serta bersemangat dalam melaksanakan arahan menteri.

 

STRATEGI: Berucap menggunakan fonetiks Bahasa Melayu Tinggi dan ayat-ayat yang mencipta kesan uplifting dan inspiring, yang membuat hadirin berasa diri mereka diangkat.

 

TEKNIK 1: Fonetiks yang mencipta kesan dramatik. Kesan ini membuat mata hadirin fokus tengok muka menteri, tak berkelip, seolah-olah dia sedang menonton drama.

 

TEKNIK 2: Fonetiks yang mencipta kesan energetik. Kesan ini membuat hadirin nampak menteri sebagai seorang yang mempunyai tenaga dalaman yang tinggi, tidak kenal penat, sentiasa aktif, sentiasa bertenaga.

 

TEKNIK 3: Fonetiks yang mencipta kesan aestetik. Kesan ini membuat hadirin suka, puas hati, gembira, terhibur oleh suara menteri yang merdu, sehingga apabila menteri habis bercakap mereka macam belum puas mendengar, mahu menteri sambung bercakap.

 

TEKNIK 4: Bahasa Melayu adalah bahasa silabik. Berucap dengan menyebut tiap-tiap suku kata dan tekanan pada suku kata yang betul.

 

 

MODUL 3

 

TEKNIK MEMPENGARUHI PEGAWAI TERTINGGI DALAM KEMENTERIAN SUPAYA MEREKA MUDAH BERSETUJU DAN MELAKSANAKAN IDEA MENTERI

 

OBJEKTIF: Supaya ketua setiausaha, ketua pengarah, dan pengarah-pengarah jabatan dalam kementerian memberikan sokongan dan kerjasama kepada menteri.

 

STRATEGI: Bercakap menggunakan konten yang menaikkan likeability dan acceptability menteri di mata pegawai-pegawai tertinggi dan atasan dalam kementerian.

 

TEKNIK 1: Teknik betul dan teknik salah apabila memuji pegawai tinggi. Perkara yang boleh dipuji dan perkara yang tidak boleh dipuji di hadapan orang lain.

 

TEKNIK 2: Teknik betul dan teknik salah apabila menerima aduan dan rungutan dari pegawai tinggi berkenaan isu-isu yang ditimbulkan oleh jabatan lain.

 

TEKNIK 3: Ayat-ayat untuk bercakap kepada pegawai-pegawai senior yang sudah perform dalam menjalankan tugas mereka, supaya mereka berasa makin terangkat, makin uplifted.

 

TEKNIK 4: Teknik menerima dan menolak idea, pendapat, dan nasihat dari pegawai tinggi kementerian dalam mesyuarat tanpa menjatuhkan air muka mana-mana pegawai lain yang berada di situ.

Program Membina Kerjaya Dalam Dunia Politik

PROGRAM MEMBINA KERJAYA DALAM DUNIA POLITIK

 

Anjuran: SEKOLAH STRATEGI JANDA BAIK

 

 

  1. PESERTA PROGRAM

 

  1. Individu yang sudah melibatkan diri dalam organisasi politik tetapi berasa dirinya tersangkut, tidak naik-naik, tidak bergerak, masih berada di takuk lama dalam hirarki organisasi.

 

  1. Individu yang mahu bekerja di bawah tokoh politik, contohnya mahu bertugas di pejabat menteri sebagai setiausaha politik kepada menteri.

 

  1. Individu yang mempunyai minat dan angan-angan mahu menceburi kerjaya dalam bidang politik, contohnya mahu menjadi calon dalam pilihanraya.

 

  1. Usahawan dan pegawai awam yang perlu bekerjasama dengan orang politik.

 

 

 

  1. KELEBIHAN PROGRAM

 

  1. Program ini adalah program ILMU KERJAYA DALAM BIDANG POLITIK.

 

  1. Program ini bukan program KEPARTIAN.

 

  1. Program ini mengajarkan ilmu-ilmu dan skill-skill yang diperlukan oleh sesiapa sahaja yang bercita-cita mahu memajukan diri dalam kerjaya sebagai ahli politik, ataupun sebagai pekerja dalam pejabat tokoh politik.

 

  1. Fokus konten program ini adalah mengasah SOCIAL SKILLS yang menjadi alat kerja utama bagi orang politik dan bagi pekerja politik.

 

  1. Ilmu-ilmu dan skill yang diajarkan dalam program ini dapat digunakan dalam kerjaya profesional dan dalam dunia bisnes.

 

 

 

  1. KONTEN PROGRAM

 

Ilmu, skill, strategi, dan taktikal yang menjadi asas menaikkan diri dalam organisasi politik:

 

 

MODUL PERMULAAN

 

  1. Belajar apa itu karisma dan daya pengaruh.

 

  1. Belajar teknik mengaplikasi teori social beauty, likeability, acceptability, dan electability.

 

  1. Belajar teknik mengaplikasi teori modal budaya bagi menaikkan daya pengaruh.

 

  1. Belajar teknik mengaplikasi teori homophily dan mirroring

 

  1. Belajar teknik mengaplikasi teori personal branding bagi mencipta imej sebagai mempunyai bakat pemimpin.

 

  1. Belajar teknik membangunkan modal budaya tinggi bagi menaikkan nilai diri di mata golongan atasan.

 

 

 

MODUL PERTENGAHAN

 

  1. Belajar teknik bercakap dan berbual-bual dengan menggunakan gaya bahasa yang berdaya pengaruh.

 

  1. Belajar strategi menjual idea dan pendapat dalam mesyuarat supaya pengerusi terpengaruh.

 

  1. Belajar teknik menyampaikan ucapan yang audiens suka dan puas hati mendengarnya.

 

  1. Belajar menggunakan pelbagai ganjaran sosial bagi mengekalkan sokongan pengikut.

 

  1. Belajar strategi membela diri dengan cara yang efektif, supaya dapat mengekalkan karisma, yakni dengan tidak dipandang sebagai kasar dan offensive.

 

 

 

MODUL LANJUTAN

 

  1. Belajar menjual bakat dan potensi diri kepada orang atasan yang mempunyai kuasa melantik ke jawatan politik.

 

  1. Belajar mengumpulkan tribe dan penyokong dengan menggunakan platform kelab dan persatuan.

 

  1. Belajar memotivasi dan menaikkan semangat penyokong, pengikut, pekerja, orang bawahan, dan sukarelawan dalam kelab dan persatuan.

 

  1. Belajar strategi leverage dan kolaborasi.

 

  1. Belajar strategi berunding.

 

  1. Belajar mengurus kekalahan dan kerugian supaya dapat bangun semula dengan berkesan.

 

 

TAMAT

 

.

Kursus Membina Imej Kepimpinan Dalam Media Sosial

KURSUS MEMBINA IMEJ KEPIMPINAN DALAM MEDIA SOSIAL

 

Dikemukakan kepada: ………………….

 

Dikemukakan oleh: ABS Digital Sdn. Bhd.

 

 

 

———-

 

  1. ISU DAN CABARAN

 

  1. Media sosial adalah alat kerja yang penting bagi ketua-ketua dan pemimpin. Kemahiran menggunakan media sosial sudah menjadi keperluan dalam kerjaya sebagai ketua dan pemimpin.

 

  1. Media sosial boleh menjadi pedang dua mata kepada ketua-ketua dan pemimpin. Ia boleh menaikkan imej dan kerjaya ketua-ketua, ia juga boleh merosakkan imej dan kerjaya mereka.

 

  1. Banyak ketua tidak mempunyai skill menggunakan media sosial sehinggakan mereka menjadi mangsa kepada media sosial. Akibatnya, banyak ketua-ketua yang ‘block’ akaun orang bawahan mereka sendiri.

 

 

  1. OBJEKTIF KURSUS

 

  1. Memberi ilmu dan skill tentang strategi dan taktikal bagaimana menggunakan media sosial sebagai alat kerja yang efektif.

 

  1. Menerangkan cara-cara mengurus risiko tersalah membuat konten dalam media sosial sehingga boleh merosakkan imej ketua.

 

 

PESERTA YANG SESUAI:

 

  1. Individu yang sekarang sudah menjadi ketua dan mempunyai orang-orang bawahan dan anak-anak buah, dan mahu meningkatkan skill menjadi ketua.

 

  1. Individu yang bekerja dan mempunyai cita-cita mahu naik pangkat menjadi ketua.

 

  1. Usahawan yang mempunyai pekerja.

 

  1. Individu yang berminat mahu menceburi secara aktif kerjaya dalam bidang politik.

 

  1. Individu yang berminat mahu menjadi pemimpin dalam pertubuhan NGO.

 

  1. Individu yang sekarang bertugas sebagai pegawai media dan menjaga akaun media sosial rasmi jabatan dan ketua mereka.

 

JUMLAH PESERTA: 30 orang

 

TEMPOH KURSUS: 3 hari 2 malam

 

STRUKTUR KURSUS: 40% teori 60% praktikal

 

TEMPAT KURSUS: Bilik latihan

 

LEAD CONSULTANTS: Ustaz Ahmad Shukri Yusoff dan Tn. Syamsul Amri Abdul Razak

 

LEAD TRAINERS: Pn. Muna Izzah Fadhil dan Tn. Abdul Halim Ismail.

 

TRAINERS: Pn. Nurhidayah Jaafar, Pn. Suhaili Ikhsan, Tn. Zulfikri Zamir, Tn. Muhammad Azmi Jamaludin, Cik Puan Azzah Abd. Rahman

 

 

TEMA DAN TOPIK DALAM KURSUS:

 

  1. Strategi membina personal branding positif dalam media sosial. Apa itu personal branding. Objektif personal branding yang sesuai untuk ketua dan pemimpin. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Membina imej personaliti seorang individu yang pintar, berilmu, profesional, empati, bijaksana dan likeable. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Simbol-simbol yang menaikkan imej ketua yang memiliki bakat kepimpinan dan ketua yang kompeten. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Perbezaan antara strategi membina imej kepimpinan mazhab Barat dibandingkan mazhab Nabi. Kelebihan dan kekurangan imej kepimpinan gaya Barat. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Imej kepimpinan dan karisma dalam budaya Asia, khususnya budaya Melayu. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Modal ilmu dan skill berkenaan budaya halus dan budaya tinggi supaya dapat diterima sebagai pemimpin dalam konteks budaya-budaya rakyat Malaysia. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Aplikasi prinsip self-monitoring dalam personal branding di media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Memilih konten yang mampu mengumpulkan followers. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Ciri-ciri tingkah laku negatif yang dikaitkan dengan personaliti narsisistik dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Imej-imej publik untuk personal branding. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Skill bercakap menggunakan fonetiks yang berpengaruh bagi menaikkan imej ketua dan pemimpin yang karismatik. Skill ini penting bagi membuat sesi LIVE dan rakaman video.

 

  1. Bahasa Melayu tinggi. Sistem ejaan dan tanda bacaan yang betul. Kesilapan paling kerap. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Bahasa Melayu tinggi. Teknik bercakap bagi mencipta imej seorang yang pintar, berilmu, dan berkuasa. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Bercakap dan menulis menggunakan bahasa masa depan. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Ciri-ciri foto untuk membina imej positif dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Ciri-ciri aktiviti yang sesuai dilaporkan dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Strategi menjawab teguran dan kritikan dalam media sosial. Senarai do’s and don’ts.

 

  1. Strategi menjawab pertanyaan sensitif dari wakil media dan wartawan. Senarai do’s and don’ts.

 

 

TAMAT

Strategi Dan Teknik Bercakap Dengan Bahasa Yang Menaikkan Karisma Dan Daya Pengaruh Pegawai Tinggi

STRATEGI DAN TEKNIK BERCAKAP DENGAN BAHASA YANG MENAIKKAN KARISMA DAN DAYA PENGARUH PEGAWAI TINGGI

————————–

PENGENALAN: Modul ini adalah berdasarkan hasil kajian dalam tiga bidang ilmu iaitu:

Psychology of persuasion
Psychology of relationship
Hadith-hadith psikologi

SITUASI: Apabila pegawai yang masih muda usianya dilantik sebagai ketua dan pengurus kanan, salah satu isu yang dihadapi adalah bagaimana hendak segera mendapatkan sokongan dan kerjasama dari kakitangan yang lebih tua usianya.

MODUL 1

TEKNIK BERCAKAP DALAM MESYUARAT DENGAN KAKITANGAN BAWAHAN TETAPI LEBIH SENIOR USIANYA

OBJEKTIF: Supaya ketua dan pengurus kanan dipandang sebagai ketua yang karismatik oleh kakitangan yang lebih tua usianya. Dengan itu mereka tidak mempersoal dan membantah.

STRATEGI: Aplikasi ‘language of power’. Bercakap sebagai seorang ketua dan pengurus yang mempunyai kuasa membuat keputusan dan melaksanakan keputusan.

TEKNIK 1: Gunakan suara yang keluar dari dada.

TEKNIK 2: Gunakan ton rendah dan kadar ujaran perlahan.

TEKNIK 3: Apabila membuat keputusan, tidak menyebut ayat-ayat alasan, rasionalisasi, ataupun justifikasi di sebalik keputusan itu.

TEKNIK 4: Gunakan ayat-ayat manfaat, ganjaran atau rewards. Ciri-ciri ayat manfaat dan ganjaran yang berdaya pengaruh tinggi.

TEKNIK 5: Apabila memberi arahan, tidak menggunakan perkataan dan frasa pelembut arahan.

TEKNIK 6: Tidak senyum. Tiada humour. Tidak berseloroh.

TEKNIK 7: Tidak meminta maaf.

MODUL 2

TEKNIK BERUCAP DI HADAPAN HADIRIN YANG TERDIRI DARIPADA KAKITANGAN YANG LEBIH TUA USIANYA

OBJEKTIF: Supaya kakitangan yang lebih tua usianya memandang ketua dan pengurus kanan sebagai pemimpin yang karismatik, energetik, positif, optimistik, futuristik, memotivasi dan mencetuskan inspirasi. Dengan itu mereka mudah menerima idea-idea dan padangan serta bersemangat dalam melaksanakan arahan.

STRATEGI: Berucap menggunakan fonetiks Bahasa Melayu Tinggi dan ayat-ayat yang mencipta kesan uplifting dan inspiring, yang membuat hadirin berasa diri mereka diangkat.

TEKNIK 1: Fonetiks yang mencipta kesan dramatik. Kesan ini membuat mata hadirin fokus tengok muka menteri, tak berkelip, seolah-olah dia sedang menonton drama.

TEKNIK 2: Fonetiks yang mencipta kesan energetik. Kesan ini membuat hadirin nampak menteri sebagai seorang yang mempunyai tenaga dalaman yang tinggi, tidak kenal penat, sentiasa aktif, sentiasa bertenaga.

TEKNIK 3: Fonetiks yang mencipta kesan aestetik. Kesan ini membuat hadirin suka, puas hati, gembira, terhibur oleh suara menteri yang merdu, sehingga apabila menteri habis bercakap mereka macam belum puas mendengar, mahu menteri sambung bercakap.

TEKNIK 4: Bahasa Melayu adalah bahasa silabik. Berucap dengan menyebut tiap-tiap suku kata dan tekanan pada suku kata yang betul.

MODUL 3

TEKNIK MEMPENGARUHI KAKITANGAN YANG LEBIH TUA USIANYA SUPAYA MEREKA MUDAH BERSETUJU DAN MELAKSANAKAN ARAHAN

OBJEKTIF: Supaya kakitangan yang lebih tua usianya mahu memberikan sokongan dan kerjasama kepada ketua dan pengurus kanan yang lebih muda usianya.

STRATEGI: Bercakap menggunakan konten yang menaikkan likeability dan acceptability di mata kakitangan yang lebih tua usianya.

TEKNIK 1: Teknik betul dan teknik salah apabila memuji kakitangan yang lebih tua usianya. Perkara yang boleh dipuji dan perkara yang tidak boleh dipuji di hadapan orang lain.

TEKNIK 2: Teknik betul dan teknik salah apabila menerima aduan dan rungutan dari kakitangan berkenaan isu-isu yang ditimbulkan oleh kakitangan di jabatan lain.

TEKNIK 3: Ayat-ayat untuk bercakap kepada kakitangan yang sudah perform dalam menjalankan tugas mereka, supaya mereka berasa makin terangkat, makin uplifted.

TEKNIK 4: Teknik menerima dan menolak idea, pendapat, dan nasihat dari kakitangan yang lebih tua usianya dalam mesyuarat tanpa menjatuhkan air muka mana-mana kakitangan lain yang berada di situ.

.

Lead Like Muhammad

MODUL LEAD LIKE MUHAMMAD

Senarai Modul Lead Like Muhammad (LLM)

  1. Senarai 16 Tema Kursus Aplikasi Teknik Nabi Dalam Pengurusan
  2. Modul Team Building Staf Sokongan
  3. Modul Team Building Staf Atasan
  4. Strategi Dan Teknik Bercakap Dengan Bahasa Yang Menaikkan Karisma Dan Daya Pengaruh Pegawai Tinggi
  5. Kursus Membina Imej Kepimpinan Dalam Media Sosial
  6. Program Membina Kerjaya Dalam Dunia Politik
  7. Program Mengasah Bakat Dan Skill Menjalankan Tugas Sebagai Pekerja Politik Yang Berimpak Tinggi
  8. Mengaplikasi Nilai-nilai Keusahawanan Dalam Memimpin Organisasi Awam

 

CONTOH MODUL KURSUS LLM

Tempoh masa: 8 JAM

Tajuk Besar: MENAIKKAN DAYA PENGARUH

Tajuk Kecil: Teknik Menaikkan Karisma dan Likeability

Tujuan Kursus : Memperkenalkan 4 hadith psikologi yang mengandungi prinsip dan
teknik menaikkan karisma dan daya pengaruh.

Struktur Kursus :

  • 30% penerangan
  • 70% latihan

Jurulatih :

  • Tuan Abdul Halim Ismail
  • Puan Nurhidayah Jaafar

Buku Rujukan : LEAD LIKE MUHAMMAD oleh Puan Ainon Mohd.

TEKNIK DAN SKILLS YANG DIPERKENALKAN KEPADA PESERTA

1. Teknik menyuruh dan mengarah tanpa membuat orang yang diarah itu berasa dirinya berada di bawah telunjuk orang yang mengarah.

2. Teknik mengucapkan kata-kata pujian yang mudah dan dapat digunakan kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa, dan di mana-mana sahaja.

3. Teknik menegur kesilapan orang dengan cara yang tidak menjatuhkan air mukanya dan tidak merosakkan hubungan baik dengan orang yang ditegur.

4. Teknik mengamalkan double standard yang betul.

HASIL KURSUS

Peserta akan mempunyai tools tambahan yang lebih efektif dalam menjalankan peranan dan tugas mereka. Dengan menggunakan tools itu mereka mendapat manfaat di bawah ini :-

1. Karisma naik, hasilnya cakap lebih berpengaruh.

2. Arahan dan suruhan cepat dilaksanakan, sekali cakap sahaja tidak perlu diulang.

3. Orang-orang yang mendengar lebih bersemangat.

4. Prestasi dan produktiviti orang bawahan meningkat.

5. Orang bawahan lebih puas hati dan lebih hormat.

Disediakan oleh : Tim Jurulatih LLM

Team Building Free Online Course

Free Team Building Online Course

Mahukah kami pindahkan skil-skil merapatkan hubungan staff dan meningkatkan rasa hormat kepada ketua?

Mahukah tuan memperbaiki disiplin staff tanpa perlu menasihati dan menegur staff?

⏰ Tarikh : Febuari 2023, Jumaat
⏰ Masa : 10.30 pagi
🏫 Tempat : Aplikasi Zoom
👩‍🏫 Ketua Jurulatih : Tuan Abdul Halim bin Ismail
👫 Sasaran : Ketua syarikat, pemilik bisnes, Usahawan, Pengurus HR, Supervisor.

Leader Menginspirasi

Sekiranya ketua tidak membuat pengikut terinspirasi, ini kesan-kesannya :-

1. Masalah anak buah yang sukar menurut arahan dan melaksanakan tugas tidak seperti yang diharapkan.

2. Anak buah yang tidak bekerjasama dan hanya sekadar menyelesaikan tugasan sendiri tanpa melihat hubungan tugasnya dengan staf yang lain.

3. Mindset anak buah yang sekadar menunggu arahan kerja dari ketua. Bagaimana mahu pastikan anak buah fikir sendiri apa perlu dibuat untuk memastikan operasi dapat berjalan walaupun ketiadaan ketua?

Mendorong anak buah meringankan tugas

Sekiranya ketua tidak tahu cara mendorong anak buah, ini akibatnya :-

1. Anak buah bersifat pasif dan kurang bersemangat di dalam kerja. Bagaimana membangkitkan semangat anak buah supaya rajin bekerja dan meringankan tugas ketua?

2. Staf yang hanya melakukan sesuatu hanya apabila disuruh. Sekiranya tidak disuruh, tidak bergerak, dan hanya mengharapkan ketua membuat keputusan apabila ada masalah berlaku.

3. Anak buah yang sukar memberi idea baru dan hanya mengharapkan ketua yang berfikir menyelesaikan masalah syarikat. Bagaimana mendorong agar semua orang dalam pasukan sentiasa mahu memberi idea tanpa rasa tersinggung jika ideanya ditolak.
.
Semoga kehadiran tuan/puan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

📍Untuk pendaftaran , sila klik link di bawah :-

https://forms.gle/iYdzomyJnYncgvEX9