Kursus Bronze Medallion/Kursus Menyelamat Akuatik
Kursus ini adalah kursus Kemahiran Penyelamat Kelemasan Pensijilan Pingat Gangsa adalah satu program latihan asas untuk mentauliahkan Penyelamat Kelemasan di bawah modul pensijilan Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia.
Merupakan program latihan kemahiran jangka pendek merangkumi 3 modul utama – kemahiran berenang, kemahiran menyelamat di air dan kemahiran pemulihan pernafasan.
Kursus ini diuruskan di bawah jenama AsiaCamp & Akademi Aquaputra Malaysia yang mengendalikan kursus-kursus dan program- program latihan menyelamat di air secara komprehensif.
Statistik kelemasan di air semakin meningkat dewasa ini dan kini telah menjadi salah satu isu yang perlu ditangani secara drastik.
Justeru, program ini menjadi salah satu inisiatif untuk membendung isu kelemasan di dalam negara.


JADUAL LATIHAN HARI PERTAMA 8.00 PAGI Lapor Diri 9.00 PAGI Taklimat Kursus 9.30 PAGI Teori Asas Renang & Menyelamat Di AIr 10.30 PAGI Teori&Praktikal Asas Bantu Mula, CPR & AED 1.00 PTG Rehat/Makan Tengah Hari/Solat 3.00 PTG Latihan Asas Renang 5.00 PTG Bersurai HARI KEDUA 8.00 PAGI Latihan Kecergasan Darat 9.00 PAGI Latihan Asas Renang 10.30 PAGI Latihan Menyelamat Di Air 1.00 PTG Rehat/Makan Tengah Hari/Solat 3.00 PTG Latihan Menyelamat Di Air 5.00 PTG Bersurai HARI KETIGA 8.00 PAGI Latihan Kecergasan Akuatik 9.00 PAGI Latihan Menyelamat Di Air 10.30 PAGI Pra-Ujian Menyelamat Di Air (1) 1.00 PTG Rehat/Makan Tengah Hari/Solat 3.00 PTG Latihan Asas Pengendalian Kayak 5.00 PTG Bersurai HARI KEEMPAT 8.30 PAGI Latihan Kecergasan Darat 9.00 PAGI Latihan Menyelamat Di Air 10.30 PAGI Pra-Ujian Menyelamat Di Air (2) 1.00 PTG Rehat/Makan Tengah Hari/Solat 3.00 PTG Sesi Ujian Penuh Menyelamat Di Air 5.00 PTG Bersurai HARI KELIMA 9.00 PAGI Sesi Ujian Teori 10.30 PAGI Profesional Lifeguarding Talk 11.30 PAGI Penyampaian Sijil Bronze Medallion 12.30 TGH Tamat Kursus
SKOP KURSUS Pembelajaran mengenai ilmu kemahiran dalam keselamatan dan menyelamat di air secara menyeluruh yang merangkumi teknik bantu mula, kemahiran berenang, survival diri, serta etika menyelamat di air mengikut modul pensijilan Persatuan Penyelamat Kelemasan Malaysia (LSSM). STRUKTUR LATIHAN 10% Teori 30% Praktikal Asas Renang 40% Praktikal Menyelamat Di Air 10% Praktikal Pemulihan Pernafasan 10% Ujian SIJIL ASAS CPR (PEMULIHAN PERNAFASAN) Wajib hadir penuh sepanjang tempoh kursus. SIJIL PENYERTAAN Wajib hadir semasa sesi teori dan praktikal. SYARAT LULUS & KELAYAKAN PENSIJILAN SIJIL MENYELAMAT DI AIR (1) SIJIL AWALAN (ELEMENTARY) | LEVEL 1 Wajib hadir semasa sesi teori dan praktikal. (2) SIJIL PERANTARAAN (INTERMEDIATE) | LEVEL 2 Kehadiran penuh dan lulus sebahagian silibus ujian. (3) SIJIL PINGAT GANGSA (BRONZE MEDALLION) | LEVEL 3 Kehadiran penuh dan lulus keseluruhan silibus ujian.