Umum kita mengetahui aktiviti ice breaking adalah satu aktiviti pemecahan ice dan membuang rasa malu di kalangan peserta. Kebiasaannya dibuat di awal program, di hari pertama kem atau aktiviti awal selepas sesi pendaftaran atau taklimat selesai. Tujuan utama activiti ice breaking ini adalah bagi mewujudkan rasa relax, santai dan lebih mesra di kalangan ahli kumpulan dan sesama peserta umumnya.
Berikut merupakan contoh aktiviti ice breaking yang telah dilakukan di pusat latihan Asia Camp. Aktiviti ini dikenali sebagai – kenalilah saya. Aktiviti ini mudah sekali kerana tidak memerlukan alatan khusus dan ruangan yang besar. Para peserta dihimpunkan di dalam satu bilik seminar dan dibiarkan duduk santai di dalam barisan mengikut kumpulan. Ini kerana bilangan peserta di dalam kumpulan ini tidak besar dan aktivitinya lebih bersifat tumpuan dan fokus kepada semangat setiakawan.
Setelah para peserta telah bersedia, jurulatih memberikan arahan untuk berdiri mengikut soalan yang diberikan. Berikut merupakan contoh soalan yang diberikan kepada peserta dalam aktiviti ice breaking pada kali ini.
- Pangkal nama mengikut huruf A, E, I, O, U
- Kategori umur mengikut bulan – bulan 4, 8 dan 12
- Pecahan lokasi rumah mengikut pekan – 10 pekan telah disenaraikan
- Pekerjaan ibu bapa
- Pemakaian jam tangan – kanan, kiri dan tiada jam
- Peserta paling tinggi di dalam kumpulan
- Peserta paling rendah / comel di dalam kumpulan
- Jenis pekerjaan impian di masa hadapan
- Jenis kasut yang dipakai – bertali, tidak bertali tapi berpelekat, selipar
- Warna kesukaan diri
Pada setiap soalan yang diberikan, jurulatih memberikan tugasan tambahan. Misalnya pada soalan pertama mengenai permulaan pangkah nama, peserta yang berdiri dikehendaki membuat salam kawan dan trademark diri sesama yang berdiri. Contoh lain pada soalan ketiga pula memerlukan peserta bersembang sesama sendiri dalam masa 2 minit mengenai pekan kecil mereka.
Awas! Jurulatih akan membuat semakan, menanyakan soalan tambahan dan memberikan penalti jika tidak mampu menjawabnya. Begitu juga pada soalan keenam mengenai ketinggian peserta. Setiap peserta dalam kumpulan soalan diberikan tugasan khas dan perlu membuat persembahan khusus mengenainya.
Aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan dan jauh dari formaliti seperti memberikan formal speech dan pembentangan. Ia lebih berbentuk santai dan relax. Hujungnya, mood peserta di dalam bilik kelas ini bertukar kepada lebih fun, relax dan lembut. Tiada lagi kekok dan kaku. Inilah yang kita sasarkan untuk aktiviti ice breaking yakni memecahkan kekekokan peserta, kebosanan dan ketidakfokusan diri peserta terhadap program.
Apa yang pasti, adik-adik peserta masih tersenyum mengingatkan dirinya dikenakan penalti menari bersama pasangan dari kumpulan sebelah. Terus pecah ketawa di seluruh bilik kelas bila adik Deswari mengenakan tarian klasik India. Sangat mengujakan sekali!