Kenali Saya – Satu Aktiviti Ice Breaking

Umum kita mengetahui aktiviti ice breaking adalah satu aktiviti pemecahan ice dan membuang rasa malu di kalangan peserta. Kebiasaannya dibuat di awal program, di hari pertama kem atau aktiviti awal selepas sesi pendaftaran atau taklimat selesai. Tujuan utama activiti ice breaking ini adalah bagi mewujudkan rasa relax, santai dan lebih mesra di kalangan ahli kumpulan dan sesama peserta umumnya.

Berikut merupakan contoh aktiviti ice breaking yang telah dilakukan di pusat latihan Asia Camp. Aktiviti ini dikenali sebagai  – kenalilah saya. Aktiviti ini mudah sekali kerana tidak memerlukan alatan khusus dan ruangan yang besar. Para peserta dihimpunkan di dalam satu bilik seminar dan dibiarkan duduk santai di dalam barisan mengikut kumpulan. Ini kerana bilangan peserta di dalam kumpulan ini tidak besar dan aktivitinya lebih bersifat tumpuan dan fokus kepada semangat setiakawan.

Para peserta diarahkan berdiri mengikut soalan yang diberikan

Setelah para peserta telah bersedia, jurulatih memberikan arahan untuk berdiri mengikut soalan yang diberikan. Berikut merupakan contoh soalan yang diberikan kepada peserta dalam aktiviti ice breaking pada kali ini.

  1. Pangkal nama mengikut huruf A, E, I, O, U
  2. Kategori umur mengikut bulan – bulan 4, 8 dan 12
  3. Pecahan lokasi rumah mengikut pekan – 10 pekan telah disenaraikan
  4. Pekerjaan ibu bapa
  5. Pemakaian jam tangan – kanan, kiri dan tiada jam
  6. Peserta paling tinggi di dalam kumpulan
  7. Peserta paling rendah / comel di dalam kumpulan
  8. Jenis pekerjaan impian di masa hadapan
  9. Jenis kasut yang dipakai – bertali, tidak bertali tapi berpelekat, selipar
  10. Warna kesukaan diri

Pada setiap soalan yang diberikan, jurulatih memberikan tugasan tambahan. Misalnya pada soalan pertama mengenai permulaan pangkah nama, peserta yang berdiri dikehendaki membuat salam kawan dan trademark diri sesama yang berdiri. Contoh lain pada soalan ketiga pula memerlukan peserta bersembang sesama sendiri dalam masa 2 minit mengenai pekan kecil mereka.

Awas! Jurulatih akan membuat semakan, menanyakan soalan tambahan dan memberikan penalti jika tidak mampu menjawabnya. Begitu juga pada soalan keenam mengenai ketinggian peserta. Setiap peserta dalam kumpulan soalan diberikan tugasan khas dan perlu membuat persembahan khusus mengenainya.

Tugasan tambahan dan penalti diberikan buat peserta untuk lebih bergiat aktif dan lincah

Aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan dan jauh dari formaliti seperti memberikan formal speech dan pembentangan. Ia lebih berbentuk santai dan relax. Hujungnya, mood peserta di dalam bilik kelas ini bertukar kepada lebih fun, relax dan lembut. Tiada lagi kekok dan kaku. Inilah yang kita sasarkan untuk aktiviti ice breaking yakni memecahkan kekekokan peserta, kebosanan dan ketidakfokusan diri peserta terhadap program.

Apa yang pasti, adik-adik peserta masih tersenyum mengingatkan dirinya dikenakan penalti menari bersama pasangan dari kumpulan sebelah. Terus pecah ketawa di seluruh bilik kelas bila adik Deswari mengenakan tarian klasik India. Sangat mengujakan sekali!

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Ice Breaking Melatih Konsentrasi

Ice breaking seringkali digunakan sebagai langkah pertama dalam memulakan sesi latihan di dalam program-program rekreasi, workshop,  ceramah atau seminar. Fokus utama ice breaking ini adalah bertujuan bagi mewujudkan suasana yang aktif, meriah dan tidak kekok. Istilah ice breaking ini dari sudut bahasa adalah padanan dua patah kata dalam bahasa Inggeris yaitu ‘ice’ dan ‘breaking’ atau ‘breaker’ yang membawa maksud kepada memecahkan ais. Umum mengetahui bahawa sifat ais adalah beku dan keras. Makanya, ice breaking adalah satu kegiatan atau aktiviti untuk memecahkan kebekuan ais dan mencairkan suasana agar lebih gembira, tidak mengantuk atau membosankan.

Perbezaan latar belakang, status, usia, pekerjaan, kebiasaan harian, jabatan dan skop kerja menyebabkan wujudnya ruang pemisah di antara satu individual dengan individual yang lain. Oleh itu, proses meleburkan dinding-dinding ais atau ice breaking di antara individual itu penting dalam memastikan kelancaran dan kelestarian perjalanan program. Hasil dari ice breaking ini membolehkan para peserta lebih mengenal antara satu sama lain dan mewujudkan ruang interaksi yang lebih akrab. Di samping itu, ice breaking membantu ke arah team building dan bekerjasama, mencipta suasana yang lebih aktif penyertaannya dan membina rasa selesa di dalam lingkungan rakan-rakan dan suasana yang baru.

Terdapat pelbagai modul yang boleh digunapakai bagi tujuan ice breaking ini, sama ada berbentuk indoor atau outdoor, menggunakan peralatan ataupun tidak. Namun yang pasti, sesi ice breaking ini memerlukan seorang MC atau moderator untuk menjalankan sesi ice breaking dan memerlukan konsentrasi tinggi dari seluruh peserta.

Berikut merupakan 3 contoh permainan yang dilakukan dalam modul ice breaking dalam meningkatkan konsentrasi para peserta program di pusat latihan dan rekreasi di Asia Camp.

1) Pengenalan diri bersama kod khas tembakan gaya

Setiap pelajar mengenalkan diri beserta kod khas dan tembak gaya yang unik

Permainan ini merupakan indoor games yang bersifat santai. Setiap peserta diwajibkan mengenalkan diri secara ringkas dan membuat gaya mimik muka atau gerakan badan yang unik. Arahan yang diterima adalah setiap gerakan hanya sekali sahaja dan tidak boleh ditiru oleh peserta yang lain.

Di akhirnya, moderator memilih peserta secara rawak dengan menghimpunkan gerakan yang menggunakan anggota badan yang sama, bilangan gerakan yang sama, dan bertanyakan kepada peserta lain secara rawak akan gerakan peserta yang lain yang unik.

2) Sorakan bersegi kumpulan besar

Para peserta menyusun kerusi dan duduk dalam corak bulatan besar
Moderator dan peserta dengan kod khas berada di tengah kumpulan besar

Permainan ini lebih berskala besar kerana bilangan pesertanya lebih ramai. Ia merupakan indoor game yang memerlukan para peserta duduk mengelilingi moderator di dalam dewan besar dan mendengar arahan semasa moderator. Arahan pertama adalah sorakan mengikut segi dan gerakan tangan moderator.

Antara permainan lain yang dijalankan adalah persamaan bulan lahir, awalan nama, bilangan patah nama, menyambung hujung kata dalam nyanyian.

3) Bulatan pusar manusia

Aktiviti ini menguji ketahanan fizikal para peserta

Permainan ketiga melibatkan outdoor game. Para peserta dikehendaki membuat bulatan pusar dalam keadaan meniarap dan bertampi. Peserta diberikan arahan untuk menahan diri selama masa yang diberikan oleh moderator dari bangun dalam keadaan sedemikian. Permainan ini menguji ketahanan fizikal peserta dan team building kumpulan dalam sokongan moral kepada ahli yang lain.

Kesimpulannya, terdapat 1001 ragam permainan yang boleh dilakukan bagi tujuan ice breaking sesama peserta. Apa yang pasti ia memerlukan kerjasama para peserta dalam melibatkan diri, kemahiran menerima dan mendengar arahan dan berfikir secara kreatif dan kritis. Secara tidak langsung, permainan-permainan ini membuka ruang sesama peserta di dalam kumpulan untuk membantu menyelesaikan masalah, belajar tentang objektif permainan tersebut, melibatkan diri dengan lebih aktif dan mengenali antara satu sama yang lain.

Akhirnya, ia mampu mengekalkan konsentrasi dan minat para peserta untuk terus mengikuti modul yang diberikan dan diajarkan oleh para fasilitator. 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>