clients, Kem Latihan & Rekreasi, News, sembang santai rekreasi

Perkhemahan Unit Beruniform 2019 – SK Putrajaya Presint 8(1)

Assalamualaykum semua!

Salam sejahtera. Kebetulannya semalam, Admin lalu-lalang melawat status whatsap di phone. Admin terjumpa status kenalan guru dari sekolah yang pernah menyertai kem perkhemahan unit beruniform di Asia Camp Kuala Kubu Bharu pada April 2019 yang lepas. Guru tersebut dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) yang telah membawa seramai 118 orang murid  sekolah untuk program Perkhemahan Unit Beruniform 2019 pada 12 hingga 14 April lepas.

Beliau bertanya secara rawak tentang kekosongan kem untuk cuti sekolah bagi penggal yang seterusnya. Walaupun beritanya sudah agak basi, namun beliau dan rakan guru yang lain katanya sangat berpuas hati dengan servis dan modul yang kita laksanakan di Asia Camp untuk kem perkhemahan unit beruniform yang lepas. Anak-anak muridnya rata-rata sangat seronok, dan para guru juga sangat teruja untuk datang lagi di lain kali. Apa yang paling menggembirakan ialah, keselamatan para pelajar SK-nya sangat terjamin dan penuh dengan ‘safety procedure’ ketika aktiviti-aktiviti water confident. Hal ini dizahirkan dengan kecukupan jaket keselamatan yang disediakan oleh pihak kem buat setiap pelajar dan para guru. Aktiviti water confident ini menyebabkan anak-anak murid lebih ‘enjoy’ yang terisi dengan ilmu baru ketika di dalam air, bukan setakat bermain air semata-mata!

Panorama keluasan kawasan di Asia Camp ~ sesi briefing bersama komandan pelatih sebelum memulakan aktiviti

Keluasan tanah dan kepelbagaian sumber aktiviti menyebabkan aktiviti yang dilaksanakan di Asia Camp penuh dengan warna dan kenangan indah. Alhamdulillah, seronok sangat Admin mendengar testimoni yang super-duper awesome dari wakil guru ini. Walaupun maklum balasnya sedikit lambat, maklumlah selepas perkhemahan beruniform tersebut, kebanyakan sekolah sibuk dengan ujian pentaksiran dan bersiap-sedia untuk menempuh bulan Ramadan. Tak mengapa cikgu, kami faham 🙂

Hujungnya, cikgu tadi berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar dari lensa galeri sekolah mereka. Katanya beliau dan rakan-rakan kini sedang survey program dan modul untuk kem kepimpinan dan motivasi pendidikan buat para guru sekolah pula. Alhamdulillah.

Para pelajar belajar mengapungkan diri secara santai dan lebih yakin diri
Antara aktiviti ‘water confident’ melibatkan rintangan air
Pertandingan tata hias dan kebudayaan yang berasaskan suratkhabar

Moga dimudahkan urusannya dan berjumpa lagi kita di Asia Camp nanti ya cikgu!

Keseluruhannya, pihak cikgu tadi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik. Syukur Alhamdulillah!

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan cikgu!

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *