Kem Latihan & Rekreasi, Team Building, Technology

Membina Formula Cs di dalam Team Building

Berada di zaman 4.0 yang segalanya sangat pantas bergerak dan dunia digital, manusia perlu membuat transformasi ilmu dan diri untuk mencapai perkembangan yang lebih progresif. Jack Ma dalam ucapan beliau acap kali menyebut mengenai kepentingan formula Cs untuk berdaya saing di dalam dunia 4.0 ini.

 

Apakah itu formula Cs?

  1. Communication – Komunikasi
  2. Collaboration, cooperation & coordination – Kerjasama atau team building
  3. Creativity – Daya kerja yang kreatif.
  4. Content – Isi yang ingin disampaikan
  5. Connection – Kemudahsampaian dan sambungan
  6. Context – Ruangan atau fokus yang disasarkan
  7. Construction – Pembinaan (sesuatu)
  8. Control – Kawalan dan seliaan
  9. Cost – Kos yang terlibat

 

Secara holistiknya, dapatlah kita fahami bahawa setiap satu elemen yang terdapat di dalam formula Cs in adalah saling berkait dan berhubung di antara satu sama lain. Misalnya elemen komunikasi yang memerlukan semua pihak berinteraksi di antara satu sama lain. Kita boleh melihat peranan sosial media seperti FB, IG, Whatsapp, Twitter dan lain-lain yang telah mengambil tugas telefon lekap kepada alat yang mudah alih dan lebih jauh kemudahsampaiannya. Namun begitu, di dalam budaya kerja dan etika korporat, komunikasi ini adalah elemen utama yang diperlukan dan dikuasai bagi membuat closing sales, mendapatakan projek dan sebagainya. Ini menunjukkan kebolehan berkomunikasi secara fizikal dan maya keduanya diperlukan dan amat penting.

 

Seterusnya kerjasama atau team building yang menjurus kepada inovatif dan pencapaian baru yang lebih pesat. Kepesatan dunia IT dan teknologi yang cepat berkembang dan berubah memerlukan tahap kreativiti yang tinggi yang sentiasa ditambahbaikkan dari masa ke semasa. Ini merujuk kepada keseluruhan kesatuan formula Cs yang perlu digemblengkan secara bersama-sama dan tidak boleh ditinggalkan secara berasingan.

 

Aplikasi formula Cs ini di dalam industri yang lain misalnya seperti industri pusat latihan dan rekreasi seperti di Asia Camp, 9 elemen Cs ini digunapakai di dalam keseluruhan modul latihan. Elemen-elemen ini diadaptasi dan diacu di dalam modul bagi melatih peserta memahami fungsi formula Cs secara lebih praktikal. Contoh-contoh aktiviti dan permainan yang terlibat memerlukan para peserta berdaya saing, berfikir secara lebih kritis dan kreatif, bersama-sama bertindak di dalam kumpulan atau mempunyai kemahiran team building yang baik di samping mampu merungkaikan kehendak content dan context yang diperlukan.

Kreativiti dan kepantasan memahami objektif (content) dan konteks permainan merupakan kemahiran yang sangat bernilai di era kini

 

Kerjasama atau team building yang baik diperlukan untuk memberikan solusi yang terbaik

Secara dasarya, manusia tidak akan mampu menguruskan alam dan seluruh kehidupannya dengan kapasiti sendiri atau seorang diri. Manusia memerlukan alam dan komuniti sekeliling untuk bergerak dan berkembang. Begitu juga dengan ruang lingkup 4.0 tersebut. Ia adalah satu ruangan atau void yang telah disediakan untuk digunapakai tetapi memerlukan kapasiti manusia yang memenuhi formula Cs ini untuk memajukannya. Enggan untuk melakukan transformasi menyebabkan kita akan ketinggalan dan mundur ke belakang.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *