Artical, Camp, Team Building

Kriteria Pusat Latihan dan Rekreasi yang Baik

kem bina semangat, AsiaCamp

Apakah kriteria pusat latihan yang dilihat oleh pelanggan dalam menentukan pemilihan sesebuah pusat latihan dan rekreaksi? Apakah yang membezakan keperluan di antara satu pelanggan dengan pelanggan yang lain? Mari kita selidik pantas 3 kes di bawah:

PELANGGAN 1: CIKGU ALI
* Guru sekolah
* Sasaran: program minda pelajar buat pengawas sekolah menengah
* Objektif: modul kepimpinan & motivasi diri
PELANGGAN 2: TUAN AHMAD
* Ketua unit HEP Universiti X
* Sasaran: perwakilan pelajar di Universiti X
* Objektif: modul kepimpinan dan pembangunan komuniti
PELANGGAN 3: PUAN AMINAH
* Pegawai HR di Institut Pertanian Malaysia Negeri Sabah
* Sasaran: staf unit bahagian pemasaran dan pembangunan insan
* Objektif: modul team building dan pengurusan konflik

Ternyata yang membezakan kehendak di antara Pelanggan 1, 2 dan 3 adalah (1) kumpulan sasaran, (2) modul yang diperlukan dan (3) objektif yang ingin dicapai di akhiran program yang akan dilaksanakan.

Oleh itu, kriteria pusat latihan yang baik ialah memahami kehendak pelanggan dengan sebaiknya dan memberikan 100% komitmen bagi memenuhi objektif dan sasaran program yang bakal diadakan. Namun begitu, kriteria pusat latihan ini boleh dibahagikan kepada 2 aspek utama yaitu (i) aspek ketara dan (ii) aspek tidak ketara. Kedua-dua aspek ini sangat penting bagi pelanggan dalam menilai kriteria pusat latihan dan seterusnya membuat pemilihan dan tempahan.

1) ASPEK KETARA

Merujuk kepada faktor yang terlibat secara langsung dan terus kepada kehendak pelanggan. Faktor-faktor ini seperti yang disebutkan di atas adalah modul latihan yang diperlukan, pakej harga keseluruhan program yang ditawarkan dan juga analisis objektif yang hendak dicapai oleh pihak penganjur kem di akhir program.

2) ASPEK TIDAK KETARA

Maksud lainnya di dalam English disebut ‘intangible factor’ yang merujuk kepada faktor-faktor luaran yang mungkin turut dititikberatkan oleh pelanggan. Ini termasuklah kelulusan pusat latihan, jurulatih dan fasilitator bertauliah, pakej makanan dan penempatan, kesediaan fasiliti sokongan seperti dewan, bilik-bilik seminar dan sebagainya, dan lokasi dan latar belakang pusat latihan yang turut dipandang berat oleh pelanggan.

Kepelbagaian modul latihan merupakan satu kekuatan bagi sesebuah pusat latihan

Di akhirnya, adalah diharapkan pelanggan mampu membuat pemilihan yang terbaik yang sesuai dengan bajet, kehendak dan sasaran crowd atau peserta dan objektif program yang hendak dicapai bersama.

Kami di Asia Camp sentiasa bersedia untuk membantu para pelanggan dan memberikan komitmen 100% bagi mendapatkan kepuasan maksima dan perkhidmatan cemerlang.

Jangan tunggu-tunggu lagi. Segera dapatkan sebut harga dan tempahan bagi program jabatan dan organisasi anda sekarang! Hubungi pegawai kami bagi info lebih lanjut.

Jumpa anda di Asia Camp! 🙂

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *