Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

KEMAHIRAN SIFAT KEPIMPINAN

kem bina semangat, AsiaCamp

Kemahiran ketiga – Sifat Kepimpinan

Skill ketiga yang harus dihadamkan oleh para peserta ini merujuk kepada sifat kepimpinan dalam bertindak dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh ketua semasa perkhemahan berlangsung.

Teori kepimpinan yang dibincangkan oleh Mahmood Zuhdi (1999: 9) menegaskan bahawa, “sifat kepimpinan itu terjadi dalam bentuk yang berbagai-bagai hala dan merupakan fungsi dari semua orang. Tidak ada orang yang menjadi pemimpin dalam semua hal dan tidak ada orang yang terlepas dari fungsi kepimpinan”.

Noor, M.A., et al. (2015). Teori Gaya Kepimpinan Barat diadaptasi daripada Teori Gaya Kepimpinan Islam (Al-Quran).  ISSN: 1985-7012, Vol. 8, (1).

Dapatlah kita fahami di sini bahawa, sifat kepimpinan itu lahir hasil asuhan kumulatif secara berperingkat dan holistik. Maksud lain di sini ialah, pembinaan sifat kepimpinan itu terbentuk dari gemblengan tindakan, kesefahaman, dan toleransi setiap ahli kumpulan dan sesama peserta kem.

Berbalik semula kepada situasi di kem kepimpinan unit beruniform, sifat kepimpinan ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk;

  1. mendirikan khemah
  2. membersihkan tapak perkhemahan sebelum dan selepas digunakan
  3. memasak dan ‘survival cooking’
  4. menyelesaikan tugasan yang diberikan seperti membuat raft, ‘water confident’, ‘camp fire’ dan lain-lain
  5. ‘explore race’ mahupun ‘night walk’
Mendirikan khemah memerlukan tenaga berkumpulan untuk menghasilkan khemah yang kemas, utuh dan kuat

Dalam contoh yang lain, Admin masih ingat di suatu insiden semasa suatu program pelajar di Asia Camp. Para peserta diberikan seutas tali panjang dan kertas majong. Tugasannya ialah menggerakkan kertas majong berkenaan mengikut arah yang diberikan oleh ketua fasilitator menggunakan tali yang diberikan. Setiap ahli perlulah memegang hujung tali dan kertas majong tidak boleh terjatuh ke lantai.

Para pelajar sedang menunggu arahan seterusnya bagi aktiviti tugasan riben dan kertas majong

Tugasannya nampak mudah dan ‘doable’. Namun, ia memerlukan kesepakatan tindakan setiap ahli dan arahan seorang ketua untuk menggerakkan dan merancang strategi tindakan. Di sinilah pentingnya sifat kepimpinan bagi setiap ahli. Kepimpinan untuk mendengar arahan dan menggerakkan keseluruhan pasukan.

Dalam suatu insiden yang lain yang melibatkan pelajar-pelajar perempuan dari SK Kementah yang berhadapan dengan situasi kecemasan ketika menyiapkan tugasan ‘day-walking’. Arahan yang diterima ialah setiap ahli haruslah menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama dan melalui setiap ‘check-point’. Salah seorang ahli dalam kumpulan pelajar SK Kementah ini terluka kakinya selepas melalui beberapa check-point. Fasilitator telah dihubungi dan pelajar berkenaan akan dibawa keluar untuk dirawat. Namun begitu, ahli kumpulan yang lain menolak dan menawarkan diri untuk mengiringi sahabat mereka ini bagi menyiapkan tugasan dengan tagline, “setiap ahli harus melalui check-point”. Pelajar yang sakit itu juga sanggup  bersama-sama kawan-kawannya untuk mengharungi perjalanan di setiap check-point bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Suatu keputusan yang yakin dan jelas matlamat serta tindakan yang menyentuh jiwa. Nilai persahabatan dan kebersamaan dalam mengharungi ujian di dalam kem.

Salah satu ‘check-point’ yang harus dilalui peserta ialah ‘obstacle course’. Aktiviti ini memerlukan ketahanan dan kerjasama semua ahli untuk menjayakan tugasan.

Konklusinya, kemahiran sifat kepimpinan ini terbina secara berjemaah, bersama-sama, dan wujudnya kerjasama di antara dua pihak atau lebih. Makanya, ia haruslah disemai secara berterusan dan melalui modul yang berkualiti.

Inilah kualiti yang cuba dijaga oleh kami di Asia Camp. Kami sentiasa memastikan modul yang berkualiti itu adalah seiring dengan fasiliti atau kemudahan tempat yang ditawarkan dan dilengkapi dengan kekuatan fasilitator dan para pelatih modul yang berpengalaman. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini, kita mampu melahirkan generasi pemimpin negara yang berkualiti dari segi intelektual dan kekuatan modal insannya yang lain.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Hubungi wakil kami untuk tempahan dan quotation harga sekarang!

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *