The culture of interactive and constructive discussion should be implemented to encourage a competitive working environment

PEMIMPIN HEBAT SEBAGAI PENUNJUK JALAN MEMACU SEMANGAT TEAM BUILDING

Pemimpin sebagai penunjuk jalan merupakan salah satu ciri-ciri pemimpin yang hebat dan berkarisma. Teori ini mengatakan bahawa seseorang pemimpin itu akan dianggap berjaya apabila individu-individu yang dipimpinnya mahu menerima sang pemimpin dan berkerjasama dengannya. Justeru, tugas hakiki seorang pemimpin adalah untuk memberikan panduan dan hala tuju yang tepat kepada ahli pasukannya untuk mencapai matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya ada ahli pasukan yang berhasrat untuk meningkatkan kemahirannya dalam perkerjaan, maka tentu sekali dia mengharapkan bantuan dan tunjuk ajar daripada ketuanya. Dalam erti kata lain pemimpin atau ketua yang hebat adalah mereka yang mampu menjadi MENTOR kepada anak buah.

Image may contain: 7 people, tree, outdoor and nature

Teori pemimpin sebagai penunjuk jalan ini juga mengingatkan kepada para pemimpin bahawa ada empat gaya memimpin yang perlu ditunjukkan oleh mereka. Ia adalah gaya mengarah, gaya mendukung, gaya menyertai dan gaya oreintasi-pencapaian.

Keempat-empat teori ini boleh dijalankan serentak dalam erti kata lain melaksanakan satu gaya tidak akan menjejaskan gaya yang lain. Lebih hebat jika semua gaya memimpin tersebut dapat disatukan semasa memimpin.

Selain daripada itu, pemimpin juga perlu mengenalpasti ciri-ciri pengikut dan ciri-ciri persekitaran kerja sebelum menentukan kaedah dan gaya memimpin. Sebagai contoh, apabila pengikut itu telah pandai dan berkebolehan, maka tidak salah untuk memberikan sedikit kelonggaran kepada mereka dalam menyelesaikan tugasan.

Image may contain: 2 people, people sitting and shoes

 

Tugas pemimpin sebagai penunjuk jalan juga adalah di mana dia perlu menjelaskan secara terperincin mengapa sesuatu tugasan itu perlu dilaksanakan. Penerangan dan penjelasan yang baik juga perlu dibuat dari masa ke semasa semasa sesuatu program dijalankan. Adalah salah sama sekali sekiranya seseorang pemimpin itu hanya membiarkan sahaja anak buahnya terkontang-kanting menyudahkan tugasan terutama sekali bagi mereka yang masih baru.

Dalam memastikan semua aktiviti dilaksanakan dengan baik dan jayanya, turut menjadi tanggungjawab seorang pemimpin adalah untuk cuba mewujudkan suasana yang harmoni antara senior dan junior. Di mana-mana sahaja, suasana tegang antara jarak hubungan senior dan junior adalah sangat tidak baik dan memecahbelahkan semangat teambuilding.

Justeru, seorang pemimpin yang boleh menunjukkan jalan yang benar, maka jarak hubungan tersebut harus dirapatkan untuk memastikan objektif pasukan tercapai.

 

AsiaCamp merupakan salah satu kem dibawah senarai tempat kem kepimpinan. Jom ke AsiaCamp!

TEORI X & Y : TEKNIK PENGURUSAN TEAMBUILDING

Teori X & Y ini merupakan satu kaedah yang melakonan dua watak iaitu Watak Jahat dan Watak Baik dalam pengurusan sumber manusia atau pengurusan sesebuah pasukan. Idea dan teknik ini jika diaplikasikan sebaiknya akan berjaya menghasilkan sebuah pasukan yang hebat dan cemerlang keseluruhannya.

Menurut teori ini terdapat satu susunan hierarki menaik keperluan di mana setiap satu daripadanya harus dipenuhi sebelum seseorang memberi perhatian kepada puncak atau kedudukan yang lebih atas. Ia harus bermula dengan memenuhi keperluan fizikal sebelum berjaya mencapai puncak yang dikenali sebagai “penghargaan kendiri”.

Teori X & Y ini turut menerangkan keperluan asas seseorang itu seperti air, makanan, udara dan tempat tinggal yang selamat dan selesa. Terdapat lima ciri yang perlu disediakan oleh sesebuah jabatan dalam teori ini adalah FISIOLOGI, KESELAMATAN, SOSIAL, RASA HORMAT dan PENGHARGAAN KENDIRI itu tadi.

 

Image result for SELESA QUOTES

Melalui teori ini yang diasaskan oleh Douglas McGregor, Teori X mengatakan bahawa individu tidak suka bekerja dan berusaha untuk mengelakkan daripada melalukan pekerjaan tersebut. Jika ia berlaku dalam jabatan, maka adalah penting untuk ketua pasukan sentiasa mengawal dan memantau setiap ahli atau pekerja semasa melaksanakan tugasan. Justeru, McGregor menegaskan bahawa teori X adalah sesuai untuk digunakan kepada organisasi yang besar.

Melalui Teori X & Y ini turut dikenalkan adalah Teori Y di mana teori ini lebih menekankan kepada kebebasan dalam persekitaran pekerjaan. Golongan atasan akan membuat tanggapan bahawa pekerja-pekerja mereka adalah :-

  1. Benar-benar mahu bekerja dan akan termotivasi sendiri.
  2. Boleh mengarah diri sendiri sejajar dengan matlamat syarikat jika mereka beriltizam
  3. Akan bersunguh-sungguh melaksanakan tugas sekiranya diberi ganjaran yang memenuhi kehendak mereka.
  4. Boleh menerima tanggungjawab dan akan berusaha menggunakan kebijaksanaan dan daya kreatif untuk menyelesaikan masalah di tempat kerja.

Justeru, McGregor merumuskan bahawa Teori Y ini adalah sangat sesuai dijalankan bagi syarikat yang menjalankan perniagaan dan perlu mengejar rating atau target pasaran.

Tiga keperluan yang besar untuk mencapai perkara yang berbaloi adalah kerja keras, berpegang kepada kesetiaan dan akan fikiran – Thomas Edison –

PANDANGAN DAN TANGGAPAN MITOS DALAM KEM MOTIVASI

Mitos dalam kem motivasi adalah di mana individu dan masyarakat membuat andaian dan pandangan sendiri terhadap kem motivasi. Antara andaian-andaian dan pendapat yang sering didengar apabila ahli jawatankuasa menyatakan hasrat untuk menjalankan kem motivasi terutama di sesebuah jabatan atau organisasi adalah :-

  1. Mitos pandangan bahawa kem motivasi hanya untuk pelajar dan golongan remaja.
  2. Mitos pandangan bahawa kem motivasi membosankan dan mendengar ceramah sahaja.
  3. Mitos pandangan bahawa kem motivasi membuang masa dan tidak perlu diberi keutamaan.

Justeru, terbukti bahawa pandangan dan andaian-andaian tersebut hanya omongan kosong semata kerana di kem motivasi yang diadakan di Asia Camp meliputi semua peringkat usia dan menepis semua teori mitos dalam kem motivasi di atas. Begitu juga kem motivasi di kem di negeri sembilan, Selangor dan seluruh semenajung Malaysia. Banyak yang menawarkan kursus dengan objektif yang bagus.

Walaupun tidak dinafikan, apabila menyebut sahaja kem motivasi maka secara tidak lansung kita akan terus terfikir bahawa pelaksanaan kem ini sangat sesuai untuk golongan murid-murid dan pelajar sekolah. Hal ini adalah kerana seiring dengan semua jenis peperiksaan yang perlu ditempuhi oleh mereka, maka dengan pengisian ilmiah dalam kem motivasi akan membantu mereka mengharungi cabaran peperiksaan dengan lebih baik.

Namun begitu, golongan dewasa yang sudah menginjak ke alam pekerjaan juga sebenarnya akan mendapat pelbagai manfaat dengan menyertai kem motivasi. Ini kerana semangat dan aura positif adalah perlu disemai setiap masa dan sekaligus menepis pandangan mitos dalam kem motivasi yang menyatakan golongan yang sudah berkerja tidak lagi memerlukan nasihat tetapi hanya perlu fokus kepada pekerjaan semata-mata.

Seiring dengan peredaran zaman, pelaksaan dan pengisian kem motivasi pada hari ini tidak lagi hanya tertumpu kepada memberikan ceramah semata-mata. Buktinya kem motivasi yang diadakan di Asia Camp akan  diselitkan dengan  pelbagai aktiviti menarik yang mencabar fizikal dan sama sekali tidak membuang masa para peserta yang menyertainya.

Oleh yang demikian, para peserta yang menyertai kem motivasi di Asia Camp terdiri daripada pelbagai jabatan termasuk jabatan kerajaan yang sudah pasti dianggotai oleh golongan dewasa, namun mereka mengakui bahawa dengan meluangkan masa menyertai kem sebegini akan membantu mereka untuk lebih produktif dan bersemangat untuk menjalankan tugasan yang diberikan.

TEORI GANJARAN MEMUPUK SEMANGAT KECEMERLANGAN DIRI DAN TEAMBUILDING

Teori ganjaran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-

  1. Ganjaran sosial
  2. Ganjaran simbolik
  3. Ganjaran kerja

Ketiga-tiga teori ini sama ada disedari atau tidak oleh ketua jabatan atau ketua pasukan akan menentukan tindak balas para pekerja dan mutu kerja mereka dari masa ke semasa. Dalam teori ganjaran sosial adalah di mana seseorang ketua menuturkan kata-kata yang menunjukkan penghargaan kepada anak buahnya.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan, suatu kesan yang lebih baik dan sangat positif kepada ahli pasukan sekiranya penghargaan dan pujian datang daripada ketua yang berstatus paling tinggi dalam sesebuah organisasi menerusi teori ganjaran ini.

Contoh-contoh teori ganjaran sosial adalah seperti : –

  1. Pujian lisan yang spesifik.
  2. Surat pujian dan penghargaan.
  3. Pengiktirafan secara terbuka seperti di Perhimpunan Pagi.
  4. Jamuan keraian.
  5. Diminta menjadi penasihat atau mentor.
  6. Diminta menyampaikan ceramah berkaitan bidang tugas.
  7. Diberi anugerah “PEKERJA CONTOH”.

 

Jika dalam masyarakat umum, gelaran-gelaran yang diberikan seperti datuk, dato’, tan sri, datuk seri dan pelbagai gelaran atau pingat kebesaran adalah sebagai tanda simbolik ganjaran sosial kepada mereka yang telah banyak menabur jasa dan bakti dalam sesuatu bidang seperti bidang akademi, seni, sains, sosial mahupun dalam bidang seni.

Selain ganjaran sosial, teori ganjaran juga menyatakan bahawa dua jenis lagi ganjaran yang dikenali sebagai ganjaran simbolik dan ganjaran kerja turut memberikan semangat positif dalam membentuk semangat positif dalam melaksanakan tugasan. Ganjaran simbolik ini adalah lebih kepada penghargaan material apabila seseorang ahli itu telah berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam jabatan atau pasukan.

Contoh-contoh ganjaran simbolik pula adalah seperti :-

  1. Memberikan trofi atau plak penghargaan.
  2. Bilik pejabat sendiri.
  3. Hadiah peribadi seperti pen, tali leher atau jam tangan.

Contoh-contoh ganjaran kerja pula adalah sepertu berikut :-

  1. Kenaikan pangkat
  2. Diberikan kuasa mengawal pasukan lain
  3. Dilantik ke dalam jawatankuasa penting
  4. Diberi peluang untuk belajar atau kursus untuk memajukan diri

Kesimpulannya, teori ganjaran ini akan mewujudkan satu perasaan yang menunjukkan bahawa perkerja atau ahli pasukan dihargai dan mendorong mereka untuk lebih bersemangat pada masa akan datang.

 

ILMU MENGAWAL PERASAAN GELABAH DAN KERISAUAN MELAMPAU SEMASA KEM MOTIVASI

Perasaan mengelabah atau kerisauan melampau adalah perasaan yang normal dialami oleh setiap individu di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan suatu tanggungjawab yang besar seperti perlu menyampaikan ucapan di khalayak ramai atau mengetuai sesebuah pasukan. Justeru, sebagai ahli pasukan yang sentiasa berdaya positif, perasaan kerisauan dan keraguan ini perlu diatasi dengan sebaiknya.

Antara perkara yang perlu dilakukan semasa perasaan serba tidak kena ini datang, adalah individu tersebut harus bertenang dan jangan mengatakan sesuatu dengan terburu-buru. Ini kerana, salah satu kajian ahli psikologi, semasa seseorang itu bertenang, maka dia akan menambah kekuatan-kekuatan saraf dan menjauhi ketegangan.

Perasaan mengelabah atau kerisauan melampau ini jelas sekali mempunyai banyak keburukan sekiranya tidak berjaya diatasi. Sebagai seorang ketua pasukan yang bijak pula, beliau hendaklah tahu cara untuk menenangkan ahli pasukannya lebih-lebih lagi dalam sesebuah tugasan yang melibatkan pengucapan awam.

Selain memberikan kata-kata positif seperti “saya boleh melakukannya” seorang ketua pasukan perlu sentiasa mengingatkan kepada ahli pasukan untuk act natural. Ini kerana perasaan mengelabah ini adalah berpunca daripada tekanan yang datang dalam fikiran seseorang untuk memaksa mereka melakukan tugasan dengan sempurna.

Sebagai seorang manusia adalah mustahil untuk mencapai kesempurnaan penuh. Apatah lagi dalam keadaan perasaan mengelabah atau kerisauan ini sentiasa silih berganti mengganggu emosi seseorang. Sebagai contoh ahli pasukan akan merasa sangat tertekan dan risau apabila mereka perlu memenangi kejohanan sesuatu pertandingan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan malah tidak kurang juga ada yang berkorban wang ringgit dan tenaga untuk merealisasikan impian pasukan mereka.

Justeru, sebagai seorang ketua pasukan yang baik, adalah penting untuk beliau mengingatkan ahli pasukannya bahawa kemenangan bukanlah segala-galanya. Apa yang penting adalah ahli pasukan telah berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan dan semangat kerjasama dan teambuilding yang diberikan oleh setiap ahli adalah lebih berharga.

Ini kerana, perlu yakin bahawa dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Yang paling penting adalah untuk tidak berputus asa.

happiness is genuine gift in life

KEM MOTIVASI MERANSANG KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH DIRI PELAJAR

Kecemerlangan diri dan akademik adalah salah satu modul yang sentiasa dipilih dalam setiap kem motivasi yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah semasa di Asia Camp. Apabila menyebut kepada kecemerlangan akademik ia adalah berkisar kepada keputusan peperiksaan pelajar yang dijadikan sebagai kayu pengukur. Jika pelajar tersebut berjaya memperolehi semua A dalam setiap mata pelajaran maka dia dianggap sangat cemerlang dan mencapai target.

Namun begitu, apabila kemajuan semakin menjengah dunia, aspek kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya diukur melalui pencapaian akademik sahaja. Ini adalah kerana dikhuatiri golongan pelajar ini terlalu terbeban dengan tekanan dan terlupa bahawa kecemerlangan diri dan akademik adalah perlu seiring.

GAME 2: Line of shoes

Melihat kepada apa yang berlaku pada zaman sekarang, pelajar yang cemerlang akademiknya juga berpotensi terpengaruh dengan gejala buruk dan kes-kes jenayah. Ini adalah senario yang sangat buruk dan tidak seharusnya berlaku pada anak-anak muda. Mereka bukan sahaja adalah asset kepada Negara tetapi juga adalah penyambung kepada generasi seterusnya yang akan memacu dan menentukan kejayaan Negara pada masa akan datang.

Jika buruk peribadi mereka, maka buruk dan hancurlah juga Negara. Justeru, melalui kem motivasi dan program kecemerlangan yang dijalankan, para pelajar akan diberi pendedahan bahawa sahsiah diri peribadi perlu cemerlang seiring dengan kecemerlangan akademik.

Kecemerlangan diri dan akademik akan terbentuk melalui sahsiah diri yang terpuji. Sahsiah diri yang terpuji yang dimaksudkan adalah seperti berdisplin, menghormati orang tua, sentiasa menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan agama dan sentiasa cuba untuk mengisi masa dengan hobi yang berfaedah seperti bermain badminton atau menjahit.

Dalam kem motivasi juga mereka akan didedahkan bahawa sahsiah diri yang terpuji ini adalah tunggak kepada kejayaan mereka di dunia dan akhirat. Ini bermaksud sekiranya mereka berjaya memupuk sahsiah diri yang cemerlang maka potensi diri mereka untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi sangat tinggi. Berkat doa dan restu daripada semua pihak tentu sahaja perjalanan hidup mereka menjadi lebih mudah dan segala kecemerlangan akan menjadi milik mereka.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

ILMU MENGGUNAKAN KOMPAS BAGI AHLI PASUKAN YANG BERKHEMAH DAN MENGEMBARA

Ilmu menggunakan kompas adalah salah satu ilmu berguna yang perlu dipelajari dan diketahui sebelum para peserta kem perkhemahan menyertai sebarang aktiviti di dalam hutan. Kompas pada dasarnya digunakan untuk menentukan sesuatu arah. Jenis kompas yang sering digunakan oleh ahli Pengakap semasa membuat pengembaraan adalah jenis kompas Silva.

Beberapa perkara yang perlu diketahui dan dipelajari oleh setiap ahli perkhemahan mengenai kompas ini adalah seperti jarum magnet, panah orienting, movable house, panah arah, skala darjah dan garis indeks. Istilah-istilah ini adalah sangat membantu para ahli pasukan yang menyertai perkhemahan semasa menunjukkan arah.

Justeru, melalui penerapan ilmu menggunakan kompas ini adalah penting untuk ahli memahami maksud setiap istilah di atas. Sebagai contoh, jarum kompas yang elok seharusnya sering bergerak-gerak sambil menunjukkan kepada satu arah sahaja. Arah yang ditunjukkan oleh jarum kompas tersebut pula adalah arah Utara Magnet. Berpandukan arah ini, ahli pasukan akan dapat menentukan arah-arah lain seperti Timur, Barat dan Selatan.

Kompas juga hendaklah sentiasa diletakkan dalam keadaan rata semasa pembacaan arah bagi memastikan arah yang ditunjukkan adalah tepat. Kompas bearing sudut mempunyai 360 darjah dan semua darjah diukur mengikut pusingan jam.

Selain daripada itu, antara perkara-perkara lain yang perlu diperhatikan oleh ahli pasukan dalam ilmu menggunakan kompas ini juga adalah mereka hendaklah sentiasa memeriksa bearing kompas iaitu arah yang dituju semasa berjalan bagi mengelakkan arah mereka berubah. Jika boleh, bawalah bersama alat yang dipanggil altimeter untuk mengukur ketinggian aras laut.

Mereka juga perlu menentukan sesuatu bahan sebagai tanda atau lebih dikenali sebagai checkpoint supaya mereka boleh terus menuju ke arah yang dituju dengan mudah sebagai contoh pokok-pokok besar, batu besar atau tanda-tanda lain yang luar biasa dan mudah diingati.

Selain empat istilah arah yang dinyatakan di atas, ada empat lagi istilah arah yang perlu diketahui oleh ahli pasukan sebelum memulakan pengembaraan iaitu, Timur Laut, Tenggara, Barar Daya dan Barat Laut. Kesemua arah ini akan membantu para pengembara sekiranya dianalisis dengan tepat.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

PERMAINAN SEMASA KEM MOTIVASI DAN PERKHEMAHAN

Menjalankan aktiviti permainan semasa dalam perkhemahan adalah salah satu aktitiviti yang dianggap penting dan menyeronokkan. Justeru, dalam mana-mana program kem motivasi dan perkhemahan, pelbagai jenis permainan akan diselitkan sebagai program bebas. Mengikut pakar psikologi, aktiviti bermain ini dapat memberi kepuasan dan keseronokan kepada individu tidak mengira peringkat usia.

walaupun istilah bermain ini sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak dan remaja, namun tidak dinafikan bahawa golongan dewasa juga sekali sekali untuk bermain bagi merehatkan minda, mengurangkan tekanan dan menyihatkan tubuh badan. Ini kerana melalui pengisian aktiviti ini seseorang itu akan dapat mengeluarkan idea bagi mengembangkan naluri dan daya kreativitinya.Klik disini untuk keterangan yang lebih lanjut.

Menjalankan aktiviti permainan juga perlu disertai dengan nilai-nail moral. Ini penting bagi memastikan peserta kem menyedari bahawa ilmu dan pengalaman bukan hanya boleh dipelajari di dalam kelas, malah melalui permainan juga dapat mengajar pelbagai jenis ilmu dan konsep kemahiran hidup seperti tidak berputus asa dan mengajar erti ketabahan.

Tidak dinafikan melalui bermain juga dapat membentuk nilai-nilai rohani yang murni seperti meransang kecergasan otak untuk berfikir secara kumulatif dan kreatif supaya pasukan mereka dapat memenangi permainan tersebut malah, dapat membantu para peserta melatih displin dan mengajar mereka untuk lebih mematuhi peraturan.

Klik sini untuk mengetahui modul team building AsiaCamp : https://teambuildingmalaysia.com/en/home/ 

Selain daripada dapat menyihatkan tubuh badan, menjalankan aktiviti bermain ini tentu sekali dapat memupuk semangat teambuilding antara semasa ahli pasukan. Antara jenis-jenis permainan yang sesuai dan sering dijalankan dalam kem motivasi adalah Lembu Kena Kepung di mana ahli pasukan perlu memegang tangang dan membuat satu bulatan.

Kemudian, seorang ahli lain pula akan menjadi “Lembu” dengan berdiri di tengah bulatan. “Lembu” ini pula akan cuba untuk berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara manakalan ahli yang sedang mengepung pula akan berusaha untuk menahannya daripada keluar. Sekiranya “Lembu” tersebut berjaya keluar maka permainan tamat.

Apa yang penting adalah semasa menjalankan aktiviti ini, panduan dan prosedur keselamatan haruslah tetap dipatuhi setiap masa bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MELAWAT KEDIAMAN ORANG ASLI DI ASIA CAMP TAMAN NEGARA

Melawat kediaman orang asli di Taman Negara Jerantut memberikan satu pengalaman yang sangat berharga dan berbeza dengan aktiviti-aktiviti riadah yang sering dijalankan oleh mana-mana jabatan. Pada 20.09.2019 yang lalu, Jabatan Peguam Negara telah meluangkan masa mereka untuk dengan menjalankan aktiviti survival cook.

Yang lebih menarik dalam aktiviti ini adalah di mana mereka berpeluang berkunjung ke kampung orang asli yang berhampiran dan mempelajari budaya dan kehidupan mereka. Antara aktiviti yang paling menarik adalah belajar menyumpit.  Sedikit penerangan ringkas tentang orang asli adalah di mana mereka ditakrifkan sebagai satu kelompok masyarakat yang unik dan turur diiktiraf oleh kerajaan sebagai penduduk peribumi.

Dengan melawat kediaman orang asli bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat luar untuk mempelajari budaya mereka tetapi juga dapat berkongsi ilmu di hutan dan kemahiran memburu. Orang asli adalah sangat sinonim dengan cara hidup di dalam hutan. Mereka tidak gentar untuk berhadapan dengan binatang buas atau tinggal bersendirian di dalam hutan.

Pengetahuan mereka tentang selok belok hutan dan isi penghuninya jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan masyarakat yang hanya membaca tentang hutan. Ini kerana golongan orang asli bukan sahaja membesar dah dilahirkan di dalam hutan, malah keseluruhan hidup mereka adalah tentang hutan.

Aktiviti melawat kediaman orang asli juga memberikan contoh terbaik konsep semulajadi teambuilding dalam kehidupan mereka sehari-harian. Tinggal dalam satu kelompok yang kecil di mana kadar populasi sesebuah kampung lebih kurang didiami dari 50 hingga ke 100 orang membuatkan mereka benar-benar akrab dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Selain saling mengenali antara satu sama lain, salah satu sikap murni yang harus menjadi tauladan yang baik kepada masyarakat di luar adalah apabila ada di antara mereka yang berkerja di bandar, dan mendapat makanan percuma yang disedekahkan maka mereka akan mengagih-agihkan kepada seluruh penduduk kampung sehingga bekalan makanan tersebut habis.

Bukan sahaja tidak membazirkan makanan tersebut, malah dengan cara ini mereka benar-benar membina semangat berpasukan yang kukuh yang tidak perlu diajar oleh masyarakat luar.

Untuk berjaya terimalah dunia sebagaimana adanya dan bangkitlah di atasnya – Michael Korda

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

team building di hotel

AKTIVITI LASAK BINA KETAHANAN FIZIKAL DAN JATI DIRI

Ketahanan fizikal bagi setiap peserta kem jati diri akan diuji melalui pelbagai bentuk aktiviti lasak seperti berjalan meniarap di atas tanah, Nighwalk dan Trustfall. Para peserta bukan sahaja perlu mematuhi jadual dan menepati masa seperti yang ditetapkan dalam setiap program, malah mereka turut perlu mencari keyakinan dan kecekalan dalam jiwa masing-masing untuk menyertai aktiviti-aktiviti lasak yang dinyatakan tadi.

Sebagai contoh, jika seorang gadis yang sebelum ini terikat dengan peraturan perlu berhias cantik dan kemas setiap masa, dalam kem jati diri ini mereka perlu cuba untuk mengenepikan semua pendirian tersebut.

Ini kerana aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal ini turut memerlukan ketahanan mental apabila mereka berlumur dengan tanah dan wajah mereka pula dicelorengkan sebagai gaya seorang askar. Nyata sebenarnya untuk membiarkan diri dilumuri tanah dan kotoran bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah terbiasa dibesarkan dalam keadaan yang sentiasa kemas dan cantik.

Jika bagi golongan anak-anak kampung dan ceruk desa, tentu sahaja perkara itu dianggap enteng bagi mereka. Justeru, melalui penyertaan dalam kem seumpama ini aktiviti lasak yang dinyatakan bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada gadis-gadis bandar, malah memberikan ilmu untuk mereka survive sekiranya tersesat di dalam hutan.

Ketahanan fizikal dan mental juga turut diuji semasa para peserta menyertai aktiviti Trustfall di mana mereka dikhendaki membaringkan badan mereka dalam air dengan cara terbalik. Namun begitu, aspek keselamatan tetap diberi keutamaan di Asia Camp di mana para peserta adalah diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa atau peserta lemas.

Kedua-dua aktiviti ini benar-benar memerlukan daya tekad dan percaya kepada diri sendiri untuk melakukannya. Adalah satu kejayaan besar bagi mereka yang berjaya menepis rasa takut dan rasa kurang yakin pada diri sendiri apabila mereka berjaya melaksanakannya.

Ini kerana, untuk membentuk sebuah pasukan yang cemerlang dan terbilang, apa yang penting adalah asas kecemerlangan daripada individu itu sendiri terlebih dahulu. Sekiranya mereka berjaya menemui ciri-ciri cemerlang dalam diri mereka, nescaya mereka mampu mengembangkan kecemerlangan itu kepada yang lain.

 

Ketika anda berkata sesuatu itu sukar, ia sebenarnya bermaksud saya tidak berjuang dengan kuat untuk mendapatkannya. Berhentilah berkata sukar dan berfikirlah secara positif – Sir Winston Churchill

Klik disini untuk artikel seterusnya>>