Artical, Camp, clients, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

AKTIVITI LASAK BINA KETAHANAN FIZIKAL DAN JATI DIRI

team building di hotel

Ketahanan fizikal bagi setiap peserta kem jati diri akan diuji melalui pelbagai bentuk aktiviti lasak seperti berjalan meniarap di atas tanah, Nighwalk dan Trustfall. Para peserta bukan sahaja perlu mematuhi jadual dan menepati masa seperti yang ditetapkan dalam setiap program, malah mereka turut perlu mencari keyakinan dan kecekalan dalam jiwa masing-masing untuk menyertai aktiviti-aktiviti lasak yang dinyatakan tadi.

Sebagai contoh, jika seorang gadis yang sebelum ini terikat dengan peraturan perlu berhias cantik dan kemas setiap masa, dalam kem jati diri ini mereka perlu cuba untuk mengenepikan semua pendirian tersebut.

Ini kerana aktiviti lasak yang menguji ketahanan fizikal ini turut memerlukan ketahanan mental apabila mereka berlumur dengan tanah dan wajah mereka pula dicelorengkan sebagai gaya seorang askar. Nyata sebenarnya untuk membiarkan diri dilumuri tanah dan kotoran bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi bagi mereka yang telah terbiasa dibesarkan dalam keadaan yang sentiasa kemas dan cantik.

Jika bagi golongan anak-anak kampung dan ceruk desa, tentu sahaja perkara itu dianggap enteng bagi mereka. Justeru, melalui penyertaan dalam kem seumpama ini aktiviti lasak yang dinyatakan bukan sahaja memberi pengalaman baru kepada gadis-gadis bandar, malah memberikan ilmu untuk mereka survive sekiranya tersesat di dalam hutan.

Ketahanan fizikal dan mental juga turut diuji semasa para peserta menyertai aktiviti Trustfall di mana mereka dikhendaki membaringkan badan mereka dalam air dengan cara terbalik. Namun begitu, aspek keselamatan tetap diberi keutamaan di Asia Camp di mana para peserta adalah diwajibkan untuk memakai jaket keselamatan bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa atau peserta lemas.

Kedua-dua aktiviti ini benar-benar memerlukan daya tekad dan percaya kepada diri sendiri untuk melakukannya. Adalah satu kejayaan besar bagi mereka yang berjaya menepis rasa takut dan rasa kurang yakin pada diri sendiri apabila mereka berjaya melaksanakannya.

Ini kerana, untuk membentuk sebuah pasukan yang cemerlang dan terbilang, apa yang penting adalah asas kecemerlangan daripada individu itu sendiri terlebih dahulu. Sekiranya mereka berjaya menemui ciri-ciri cemerlang dalam diri mereka, nescaya mereka mampu mengembangkan kecemerlangan itu kepada yang lain.

 

Ketika anda berkata sesuatu itu sukar, ia sebenarnya bermaksud saya tidak berjuang dengan kuat untuk mendapatkannya. Berhentilah berkata sukar dan berfikirlah secara positif – Sir Winston Churchill

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *