Pukutu Pukudu

Pukutu Pukudu

Pukutu pukudu adalah satu permainan bersifat santai dan menyeronokkan. Di dalam permainan ini jurulatih anda akan melontarkan dua perkataan iaitu “pukutu” ataupun “pukudu”. Untuk pukutu adalah satu arahan bagi peserta untuk melakukan pergerakkan yang telah ditetapkan oleh jurulatih anda manakal pukudu pula adalah arahan untuk tidak mekakukan sebarang pergerakkan serta merta iaitu anda perlu statik. Permainan ini memerlukan kepekaan yang tinggi didalam penerimaan arahan daripada jurulatih anda.

Dihasilkan Oleh

Muhammad Kamil Fahmi

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Jungle Trekking

Jungle Trekking

Jika anda menyertai suatu kem perkhemahan “ jungle trekking ” adalah salah satu aktiviti yang wajib dilakukan dalam program tersebut. Ianya adalah satu aktiviti meredah hutan yang sering dilakukan secara berkumpulan ada juga dilakukan secara solo. Aktiviti ini memerlukan individu yang mempunyai kecergasan ataupun kesihatan fizikal. Peralatan yang bersesuaian juga diperlukan untuk tidak membebankan individu sepanjang aktiviti berjalan. Individu juga perlu mempunyai ilmu-ilmu yang asas untuk melakukan aktiviti ini seperti memilih ciri-ciri kawasan untuk mendirikan khemah yang selamat. Ilmu ikhtiar hidup juga perlu ada bagi bersiap sedia untuk kejadian yang tidak diingini. Kebanyakkan ilmu-ilmu ” survival ” ini diperolehi daripada kaum orang asli dan daripada anggota tentera yang sedikit sebanyak boleh membantu ketika berada di dalam hutan.

Dihasilkan Oleh

Muhammad Kamil Fahmi

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Flying Fox Stopper

Flying Fox Stopper

Di dalam aktiviti “ flying fox ” terdapat satu tugasan untuk memperlahan serta memberhentikan pergerakan peserta yang menuruni ” flying fox ” dengan cara mengawal pergerakan tali yang telah disambungkan pada kabel ” flying fox “, individu tersebut bergelar ” stopper ” . Kedudukan ” stopper ” adalah berada dibahagian hadapan ” receiver ” yang berhampiran kawasan ” landing “. Untuk melakukan perkerjaan ” stopper ” individu tersebut perlu memakai ” helmet ” bagi mengutamakan keselamatan dan ” glove ” untuk menggenggam tali ” stopper “. ” Glove ” yang digunakan pula haruslah tebal kerana ianya akan menerima geseran tali yang  kuat untuk memberhentikan peserta.

Dihasilkan Oleh

Muhammad Kamil Fahmi

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Tips melaksanakan aktiviti Night Walk

Tips melaksanakan aktiviti Night Walk

 

 

Image result for night walk

 

 

Aktiviti night walk adalah sebahagian daripada aktiviti yang dijalankan di Asia Camp Kuala Kubu Bharu, Selangor. Aktiviti ini dilakukan di waktu malam. Hutan adalah lokasi di mana aktiviti Night Walk ini dilakukan. Antara cara pelaksanaan melakukan aktiviti Night Walk ialah :

 

  1. Sebelum Night Walk :

Memastikan peralatan untuk Night Walk lengkap seperti :

– First Aid kit

Pakaian yang sesuai seperti : Baju berlengan panjang dan track suit serta berkasut.

– Lampu suluh

Memeriksa jumlah kumpulan yang melakukan Night Walk. Pastikan jumlah ketika pergi

dan balik adalah sama.

 

 

  1. Semasa Night Walk :

– Berjalan dalam kumpulan ataupun berpasangan. Jangan berjalan berseorangan.

– Elakkan daripada bercakap besar dan bersikap angkuh ketika berada di dalam hutan.

– Didedahkan dengan bunyi haiwan-haiwan serta serangga di wktu malam kerana di waktu

malam. Hidupan- hidupan ini berjaga dan berkomunikasi semasa sendiri.

– Berhenti di mana-mana checkpoint untuk menikmati suasana malam di dalam hutan serta.

 

 

  1. Selepas Night Walk :

– Pastikan jumlah kumpulan mencukupi sebelum bergerak pulang.

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Permainan Slow King Kong

 

 

Slow King Kong

 

 

Slow King Kong adalah permainan yang menguji kestabilan dan kecerdikan pemain dalam percubaan untuk memenangi permainan tersebut. Permainan ini memerlukan bola ping pong, sudu, dan bola sepak yang bersaiz 5. Permainannya boleh dimainkan di mana mana sahaja asalkan boleh berjalan. Cara-cara permainannya mudah sahaja seperti berikut :-

 

  1. Memberi bola pingpong di atas sudu dan diletakkan di mulut dan bola bersaiz 5 diletakkan di antara lutut kaki

 

  1. Peserta perlu membawa bola pingpong dan bola sepak tersebut sejauh 50m tanpa jatuh. Sekiranya jatuh ia perlu mengulanginya atau menukar pemain.

 

  1. Membawa bola bola tersebut melalui garisan penamat dikira sebagai pemenang.

 

 

Dihasilkan Oleh

Mohd Faez Aiman

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Aktiviti Menaikkan Semangat Peserta

Aktiviti menaikkan semangat peserta

 

 

Mengapa sangat penting untuk mengekalkan semangat peserta ketika aktiviti sedang berlangsung. Komunikasi antara jurulatih dan peserta sangat penting untuk memastikan peserta masih mampu untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Salah satu cara untuk mengekalkan semangat peserta ialah “Boost Up“. Aktiviti ini sangat sesuai di lakukan di mana sahaja dan tidak mengira peringkat umur. Nama aktiviti ini ialah “Hammer Time“. Cara melakukan aktiviti ini peserta perlu melakukan beberapa pergerakan berperingkat yang berterusan sambil menyanyi.

 

Dihasilkan Oleh

Farhan

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Game Ringkas Untuk Aktiviti ( Dodgeball )

GAME RINGKAS UNTUK AKTIVITI

 

DODGEBALL

Dodgeball adalah suatu permainan di mana para pemain berusaha untuk mematikan pemain-pemain pihak lawan dengan menggunakan bola yang ada pada mereka dan pada masa yang sama mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan. Permainan ini adalah secara berkumpulan dan objektif utama setiap kumpulan adalah untuk mematikan semua ahli pasukan pihak lawan dengan membaling bola agar terkena mereka, menangkap bola yang dibaling pihak lawan, atau memaksa mereka untuk bergerak ke luar sempadan gelanggang apabila bola dibaling ke arah mereka.

Dihasilkan Oleh

Mohd Nill Hakim

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Nametag Ripping Games

Nametag Ripping Games

Permainan “Nametag Ripping Games”  ini perlu dimainkan secara berkumpulan dan boleh dimainkan secara individu. Permainan  “Nametag Ripping Games” ini  sangat popular di Korea dan China kerana telah diperkenalkan dalam rancangan realiti dan santai iaitu “Running Man”. Untuk memulakan permainan “Nametag Ripping Games” ini semua orang perlu melekatkan tag nama mereka di belakang badan mereka masing masing. Seterusnya, mereka membentuk dua kumpulan berlainan sebagai contohnya kumpulan A dan kumpulan B dan terus membuat strategi untuk mencabut tag nama pihak musuh dan perlu mengelak tag nama sendiri dicabut oleh pihak musuh. Kumpulan yang habis dicabut tag nama dibelakang badan mereka dikira kalah.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Survival Cooking ( Rimba Masak )

Survival Cooking ( Rimba Masak )

Survival cooking ( Rimba masak ) kebiasaan dilakukan di dalam hutan dan situasi ini anda perlu menggunakan adalah seperti tersesat atau kawasan tinggal anda diimpa bencana alam. Ia adalah ilmu yang sangat berguna ketika kita berada dalam situasi tanpa makanan. Ia memerlukan hati yang kental, mental yang kuat dan kreativiti yang tinggi untuk meneruskan kehidupan di dalam hutan dan keluar dari kesesatan. Ia menggunakan sumber – sumber hutan yang tersedia dan perlu pandai mencari apa yang boleh dimakan dan diminum. Kebanyakannya kem- kem bina jati diri ada menawarkan ilmu ini dan ia amat berguna pada maasa akan datang.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Tips Melaksanakan Aktiviti Memanah

Tips melaksanakan aktiviti memanah

 Related image

Tips melaksanakan aktiviti memanah ialah pemain perlu mencari tempat yang luas, selamat dan sesuai untuk dijadikan tempat memanah supaya perkara yang tidak diinginkan tidak berlaku dan mudah untuk para jurulatih mengajarkan teknik  memanah dengan betul. Hal ini penting kerana dengan adanya teknik yang betul dan sempurna  mudah pelajar konsisten dan fokus untuk mendapatkan panahan yang tepat.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>