Artical, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

ILMU MENGAWAL PERASAAN GELABAH DAN KERISAUAN MELAMPAU SEMASA KEM MOTIVASI

Perasaan mengelabah atau kerisauan melampau adalah perasaan yang normal dialami oleh setiap individu di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan suatu tanggungjawab yang besar seperti perlu menyampaikan ucapan di khalayak ramai atau mengetuai sesebuah pasukan. Justeru, sebagai ahli pasukan yang sentiasa berdaya positif, perasaan kerisauan dan keraguan ini perlu diatasi dengan sebaiknya.

Antara perkara yang perlu dilakukan semasa perasaan serba tidak kena ini datang, adalah individu tersebut harus bertenang dan jangan mengatakan sesuatu dengan terburu-buru. Ini kerana, salah satu kajian ahli psikologi, semasa seseorang itu bertenang, maka dia akan menambah kekuatan-kekuatan saraf dan menjauhi ketegangan.

Perasaan mengelabah atau kerisauan melampau ini jelas sekali mempunyai banyak keburukan sekiranya tidak berjaya diatasi. Sebagai seorang ketua pasukan yang bijak pula, beliau hendaklah tahu cara untuk menenangkan ahli pasukannya lebih-lebih lagi dalam sesebuah tugasan yang melibatkan pengucapan awam.

Selain memberikan kata-kata positif seperti “saya boleh melakukannya” seorang ketua pasukan perlu sentiasa mengingatkan kepada ahli pasukan untuk act natural. Ini kerana perasaan mengelabah ini adalah berpunca daripada tekanan yang datang dalam fikiran seseorang untuk memaksa mereka melakukan tugasan dengan sempurna.

Sebagai seorang manusia adalah mustahil untuk mencapai kesempurnaan penuh. Apatah lagi dalam keadaan perasaan mengelabah atau kerisauan ini sentiasa silih berganti mengganggu emosi seseorang. Sebagai contoh ahli pasukan akan merasa sangat tertekan dan risau apabila mereka perlu memenangi kejohanan sesuatu pertandingan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan malah tidak kurang juga ada yang berkorban wang ringgit dan tenaga untuk merealisasikan impian pasukan mereka.

Justeru, sebagai seorang ketua pasukan yang baik, adalah penting untuk beliau mengingatkan ahli pasukannya bahawa kemenangan bukanlah segala-galanya. Apa yang penting adalah ahli pasukan telah berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam setiap tugasan dan semangat kerjasama dan teambuilding yang diberikan oleh setiap ahli adalah lebih berharga.

Ini kerana, perlu yakin bahawa dalam setiap pertandingan pasti ada yang menang dan pasti ada yang kalah. Yang paling penting adalah untuk tidak berputus asa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.