Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building

ILMU DI HUTAN

Ilmu di hutan adalah sangat penting bagi para pengembara sebelum menerjah masuk ke dalam isinya. Pelbagai bahaya dan keadaan yang luar biasa yang sering dikongsi oleh golongan yang suka mengembara di dalam hutan belantara ini. Ada yang terjatuh di dalam gaung, ada juga yang tersesat sehingga berhari-hari malah yang paling menakutkan sekiranya bertemu dengan binatang buas seperti Pak Belang ataupun binatang buas yang lain.

Sedikit perkongsian ilmu yang ingin disampaikan dalam artikel kali ini diharap akan dapat memberikan  serba ringkas ilmu pengetahuan dan panduan kepada bakal pengembara, para pendaki gunung, penggemar perkhemahan atau kaki pancing.

Antara ilmu di hutan yang penting adalah untuk mengenalpasti kehadiran binatang buas seperti harimau. Sekiranya anda sedang berada di dalam hutan dan suasana bising dengan kicauan burung dan unggas itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu merasa bimbang. Namun demikian, sekiranya bunyi-bunyi unggas tadi tiba-tiba menjadi senyap dan sunyi sepi ia menandakan ada binatang buas seperti harimau ataupun beruang sedang menghendap mangsa. Sekiranya ia terjadi dan bau hamis pula menjengah, maka langkah terbaik adalah jangan sesekali menunggu lagi dan bertelagah sesama sendiri tetapi adalah lebih baik anda perlu segera beredar daripada tempat tersebut dan berlari ke tempat yang selamat.

Selain itu, ilmu di hutan seperti mengetahui tanda-tanda kepala air juga adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Sering kali kita membaca berita di media sosial yang melaporkan kemalangan jiwa menimpa keluarga yang sedang berkelah di kaki air terjun. Mereka tidak sedar bahawa kepala air sedang laju turun menghampiri mereka dan dengan sekelip mata sahaja semua telah hanyut dibawa arus deras.

Tanda-tanda yang boleh diperhatikan adalah ketinggian air ketika anda berendam naik mendadak. Selain itu, kehadiran buih-buih putih di permukaan air juga menandakan kepala air sedang berlaku. Jika terdapat tanda-tanda ini, segera naik ke darat dan mencari tempat tinggi.

Indah menghijau sawah dan padi, Angin bersepoi meniup lena, Ilmu di hutan ibarat nadi, Menjadi penyelamat ketika bencana.

Ilmu di hutan ini perlu diketahui oleh setiap para pengembara sebelum anda berkelah, mendaki gunung, berkhemah atau memancing. Justeru, sekiranya anda memilih Asia Camp sebagai tempat perkhemahan maka, para jurulatih kami akan sentiasa mengawasi anda untuk memastikan keselamatan para peserta terjamin.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>