Menjalankan aktiviti permainan semasa dalam perkhemahan adalah salah satu aktitiviti yang dianggap penting dan menyeronokkan. Justeru, dalam mana-mana program kem motivasi dan perkhemahan, pelbagai jenis permainan akan diselitkan sebagai program bebas. Mengikut pakar psikologi, aktiviti bermain ini dapat memberi kepuasan dan keseronokan kepada individu tidak mengira peringkat usia.
walaupun istilah bermain ini sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak dan remaja, namun tidak dinafikan bahawa golongan dewasa juga sekali sekali untuk bermain bagi merehatkan minda, mengurangkan tekanan dan menyihatkan tubuh badan. Ini kerana melalui pengisian aktiviti ini seseorang itu akan dapat mengeluarkan idea bagi mengembangkan naluri dan daya kreativitinya.Klik disini untuk keterangan yang lebih lanjut.
Menjalankan aktiviti permainan juga perlu disertai dengan nilai-nail moral. Ini penting bagi memastikan peserta kem menyedari bahawa ilmu dan pengalaman bukan hanya boleh dipelajari di dalam kelas, malah melalui permainan juga dapat mengajar pelbagai jenis ilmu dan konsep kemahiran hidup seperti tidak berputus asa dan mengajar erti ketabahan.
Tidak dinafikan melalui bermain juga dapat membentuk nilai-nilai rohani yang murni seperti meransang kecergasan otak untuk berfikir secara kumulatif dan kreatif supaya pasukan mereka dapat memenangi permainan tersebut malah, dapat membantu para peserta melatih displin dan mengajar mereka untuk lebih mematuhi peraturan.
Klik sini untuk mengetahui modul team building AsiaCamp : https://teambuildingmalaysia.com/en/home/
Selain daripada dapat menyihatkan tubuh badan, menjalankan aktiviti bermain ini tentu sekali dapat memupuk semangat teambuilding antara semasa ahli pasukan. Antara jenis-jenis permainan yang sesuai dan sering dijalankan dalam kem motivasi adalah Lembu Kena Kepung di mana ahli pasukan perlu memegang tangang dan membuat satu bulatan.
Kemudian, seorang ahli lain pula akan menjadi “Lembu” dengan berdiri di tengah bulatan. “Lembu” ini pula akan cuba untuk berlari keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara manakalan ahli yang sedang mengepung pula akan berusaha untuk menahannya daripada keluar. Sekiranya “Lembu” tersebut berjaya keluar maka permainan tamat.
Apa yang penting adalah semasa menjalankan aktiviti ini, panduan dan prosedur keselamatan haruslah tetap dipatuhi setiap masa bagi mengelakkan sebarang kemalangan dan kejadian yang tidak diingini berlaku.