Artical, Camp, clients, sembang santai rekreasi, Team Building

RAIKAN AHLI PASUKAN DENGAN FAMILY DAY DI ASIA CAMP

Meraikan ahli pasukan atau kakitangan bawahan dengan mengadakan family day adalah salah satu inisiatif yang bagus dan patut diadakan oleh setiap ketua. Melalui aktiviti family day ini ahli pasukan akan mendapat pelbagai kebaikan dan manfaat yang seterusnya menaikkan semangat mereka untuk lebih berdaya maju dan bersikap positif.

Antara aktiviti-aktiviti yang sering diadakan semasa family day adalah seperti cabutan bertuah, sukaneka, BBQ dan karaoke. Cabutan bertuah itu pula kebiasaannya akan memastikan semua ahli pasukan akan membawa pulang hadiah cuma yang membezakan barangan tersebut adalah nilai dan kualiti barangan. Namun adalah penting bagi seorang ketua untuk meraikan ahli pasukan dengan memastikan semua ahli yang terlibat tidak pulang dengan tangan kosong.

Ini kerana jika ada ahli pasukan yang pulang dengan tangan kosong maka besar kemungkinan keseluruhan program atau family day tersebut dianggap sia-sia dan membuang masa olehnya. Hadiah yang diperolehi olehnya akan menjadi buah tangan dan akan dikenang-kenang.

Selain daripada aktiviti cabutan bertuah, masakan secara BBQ juga adalah salah satu aktiviti yang menjadi pilihan utama para pengujung semasa mengadakan family day. Merasai keenakan makanan yang dimasak dengan cara grill dan panggang yang berbeza dengan menu makanan harian justeru akan menjadikan family day tersebut lebih istimewa.

Usaha untuk meraikan ahli pasukan melalui cara mengadakan family day ini boleh diadakan setahun sekali. Ini kerana jika terlalu kerap mengadakan sambutan juga tidak begitu baik dari segi produksi syarikat. Justeru, kekerapan yang terbaik yang sering dibuat oleh semua jabatan adalah setahun sekali.

Semasa sambutan ini dibuat, bukan sahaja jabatan berpeluang menunjukkan penghargaan kepada ahli pasukan, malah ahli keluarga pasukan tersebut juga turut diraikan bersama. Sebagai contoh memberi sagu hati bagi anak-anak kakitangan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Semua inisiatif di atas akan membangkitkan aura positif dalam diri pekerja atau pasukan dan seterusnya mendorong mereka untuk bekerja dan berusaha lebih gigih. Ketua pasukan yang berjaya adalah mereka yang mampu membuatkan anak-anak buahnya menjadi cinta kepada pasukan dan bukannya merasa terpaksa berada dalam kelompok tersebut.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *