DEFINISI BAHAGIA KEHIDUPAN BERSAMA ALAM SEMULAJADI

Mendapatkan keseronokan dalam hidup boleh diperolehi dengan banyak cara dan melalui pelbagai saluran. Antara yang paling ketara adalah melalui ‘engagement’ atau penglibatan manusia dengan alam semulajadi. Kita sedia maklum bahawa alam semulajadi dan elemennya merupakan terapi terbaik yang diciptakan Tuhan buat manusia. Seluruh peringkat umur, bangsa mahupun budaya yang berbeza menjadikan alam semulajadi sebagai sumber inspirasi kehidupan.

Penglibatan dengan alam sekitar turut mendatangkan keseronokan sebenar dan peluang untuk mengeratkan hubungan bersama orang yang disayangi

 

Di negara Bhutan yang terkenal sebagai negara paling bahagia di dunia, GDP perkembangan domestik negara dinilai melalui GNH. Grow National Happiness ini melihat kepada keseluruhan kebahagiaan rakyat melalui elemen gembira dan bahagia. Berdasarkan kajian-kajian para penyelidik dunia terhadap GNH di negara Bhutan, mereka menyimpulkan bahawa secara keseluruhannya untuk menentukan bahagianya seseorang individu atau rakyat itu dengan kehidupan mereka adalah dinilai dari 9 aspek utama seperti berikut. Aspek yang merangkumi, (1) psikologi terhadap kehidupan, (2) kesihatan, (3) penggunaan masa, (4) pendidikan, (5) perkembangan budaya dan kemampuan untuk membangunkan semula, (6) tadbir urus yang baik, (7) daya hidup bermasyarakat, (8) kepelbagaian ekologi (yaitu alam sekitar), dan (9) taraf hidup.

 

Apa yang dapat dipelajari di sini ialah, di antara 9 aspek itu, 1 aspek adalah berkait rapat dengan unsur alam semulajadi. Makanya, ia menguatkan lagi teori bahawa happiness dan bahagianya rakyat di negara Bhutan ini adalah berkait rapat dengan kelangsungan hidup bersama elemen alam semulajadi di dalam kehidupan mereka.

9 aspek yang digunapakai di Bhutan untuk menilai ‘happiness’ rakyat terhadap kehidupan mereka

Memahami keperluan inilah, pihak Asia Camp mengambil inisiatif untuk memajukan industri kepimpinan dan motivasi kehidupan dengan menjadikan alam sebagai guru utama dalam modul pendidikan rekreasi berteraskan sumber alam semulajadi. Di Asia Camp, ketenangan, gembira dan bahagia itu didapati dan disalurkan kepada alam sekitar. Ia lebih kepada konsep ‘what you give, that you will get back’.

Berselfie bersama rakan dan komuniti adalah satu faktor dalaman yang mendamaikan jiwa

Berselfie bersama rakan dan komuniti adalah satu faktor dalaman yang mendamaikan jiwa

 

Secara keseluruhannya hasil penglibatan diri dengan alam semulajadi, ia membantu perkembangan diri kepada pengaliran caj-caj positif yang akan mempengaruhi pemikiran dan tindak-balas seseorang individual kepada alam sekellingnya. Pengurusan tekanan emosi dan mental menjadi lebih terurus di samping mendapat kesejahteraan badan dan fizikal yang lebih baik.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

ABSEILING DI ASIA CAMP

Abseiling adalah salah satu teknik sukan riadah yang boleh dirasai oleh para peserta yang menyertai mana-mana kem di Asia Camp. Istilah aktiviti riadah lasak ini berasal daripada perkataan Jerman yang merujuk kepada maksud naik dan turun dengan menggunakan tali. Pengetahuan asas fizik seperti takal dan tuas digunakan dalam aktiviti riadah lasak ini.

Kebiasaannya, para peserta kem akan memerlukan aktiviti untuk menuruni curam dan tebing yang tinggi dan tiada jalan darat yang membolehkan para peserta melaluinya. Justeru, peralatan dan perkakas seperti tali yang diikat di badan dan alat belay akan digunakan semasa menuruni curam atau tebing batu dengan selamat.

Abseiling memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Bagi mereka yang mengalami acrophobia atau takut pada ketinggian, aktiviti sukan lasak ini tidak sesuai untuk dijalankan. Namun, bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan suka meneroka keunikan alam semulajadi aktiviti sukan lasak ini pasti menjadi salah satu pilihan utama untuk dirasai.

Para peserta yang mendaki akan menggunakan teknik ini apabila berlaku perubahan lokasi daripada landai ke curam atau tebing tinggi. Selain daripada dapat melindungi tali penambat yang telah sedia ada daripada kerosakkan atau terputus, teknik ini berkesan untuk menyelamatkan para pengembara yang terkandas atau tercedera dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Aktiviti Abseiling ini boleh anda rasai sekiranya anda memilih Asia Camp untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti kem motivasi, kem jati diri, kem kepimpinan dan kem team building malah hari riadah bersama keluarga dan jabatan. Para jurulatih kami akan mengawasi para peserta semasa aktiviti ini dijalankan bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Gunung menghijau di hujung sana, Semakin hilang mentari terbenam, Teknik Abseiling ilmu berguna, Memudahkan pendaki meneroka alam.

Teknik ini juga merupakan salah satu ilmu yang sangat berguna untuk dipelajari sekiranya para pengembara atau pendaki terperangkap di dalam hutan. Ini kerana dengan menggunakan teknik Abseiling ini akan memudahkan para pendaki dan pengembara untuk menuruni puncak air terjun dan mendapatkan bekalan air. Justeru, kepada para pengembara dan pendaki yang baru berjinak-jinak untuk menyertai pengalaman mendaki gunung, adalah penting untuk anda menimba ilmu dan teknik ini sendiri untuk kegunaan di masa hadapan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Kursus Motivasi Diri & Aktif Rekreasi Luar

Bagi yang berjiwa kental, ingin mencabar diri dengan sesuatu yang baru dan mengasah ketahanan diri, mari sertai kami di Pusat Latihan dan Rekreasi Asia Camp. Pusat ini terletak di Kuala Kubu Bharu dan turut mempunyai cawangan di Tanjong Karang dan Taman Negara Pahang. Kami menawarkan anda pakej kursus motivasi diri yang super awesome dan guarantee anda akan pulang dengan senyuman melebar dan kepuasan berganda.

Pakej Kursus Motivasi Diri Mampu Milik 3hari 2malam yang ditawarkan meliputi :

  • Penginapan dorm/bilik yang selesa
  • Kekuatan 30 buah asrama, 20 chalet untuk kapasiti 1000 peserta
  • Makan & Minum 6x/day
  • Modul team building dan pengisian yang padu
  • Jurulatih dan fasilitator yang bertauliah dan berlesen
  • Aktiviti rekreasi luaran yang super awesome
  • Sijil Penyertaan
  • T-Shirt penyertaan program dari pihak kem

Keistimewaaa penyertaan kursus motivasi diri bersama Asia Camp :

  • Pendedahan aktiviti luar dengan lebih meluas
  • Lebih dari 20 aktiviti-aktiviti rekreasi yang menarik – Water Floating, Water Rafting, Water Confidence, River Crossing, Survival Cooking, Jungle Trecking, Archery, Camp Fire, Amazing Race, Orienteering, Obstacle Race,  Craft Camping, Abseling, Flying Fox dan lain-lain
  • Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan berkomunikasi di khalayak ramai
  • Pengalaman baru di luar kotak dan hands-on
  • Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berilmu

Kenapa perlu berkursus bersama kami di Asia Camp?

  • Kami berpengalaman menganjurkan kursus motivasi diri sejak 2015
  • Kami telah melatih lebih 1000 peserta seluruh negara dan bergiat aktif dengan badan berunform sehingga ke peringkat negeri
  • Mempunyai keahlian dan diiktiraf oleh International Camping Fellowship, sah laku January 2018-January 2021
  • Agensi berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan sejak Mac 2016 untuk Kursus Rekreasi Tahap 1
  • Merupakan partnership bagi usahasama Latihan Perindustrian dalam kesukanan bersama Politeknik Sultan Idris Shah sejak 2016
  • Pusat berdaftar di bawah International Orientation Federation (IOF) bagi kursus-kursus latihan Orientering
  • Mempunyai penguasaan modul Team Building dan lebih 20 Modul Khas Rekreasi Luar  

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Sekiranya anda berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung pegawai kami seperti berikut:

Untuk melihat aktiviti dan modul-modul kami dengan lebih lanjut, kunjungi laman sosial kami seperti di bawah:

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCC3N1d8M6gAm9_XjsPBwvLA
Facebook : https://www.facebook.com/pg/asiacamp.ap/posts/?ref=page_internal

#AsiaCamp #kemmotivasidiri #kemrekreasiluar #salamrekreasi

 

 

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Keindahan alam semulajadi pasti memukau pandangan dan jiwa setiap yang bergelar insan di muka bumi ini. Pemandangan kehijauan gunung-ganang, pohon-pohon redup, keindahan matahari terbit dan terbenam, kicauan burung dan unggas yang merdu mengulit deria pendengaran ditambah pula kesegaran air daripada anak sungai dan tasik yang terbentang luas. Semua ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah satu anugerah Tuhan kepada manusia dan seharusnya kita menghargai setiap pemberianNya yang tiada terhitung nilai.

Apa yang menarik bagi golongan pencinta alam semulajadi, semua kriteria yang dinyatakan tersebut ada di Asia Camp. Justeru, Asia Camp diwujudkan bukan sahaja untuk mengadakan kem, tetapi untuk menikmati keindahan alam semulajadi kepada para pengunjung khususnya mereka yang datang dari kotaraya.

Jika dibandingkan dengan pemandangan dan suasana di kota raya ia nyata jauh berbeza dengan pusat riadah Asia Camp. Lokasi kami yang terletak di Kuala Kubu Baru memberikan kelebihan sebagai satu pusat riadah santai yang memenuhi semua citarasa pencinta alam natural. Bagi golongan pencinta alam ini, berada dalam hutan belukar dan rimbunan pohon adalah satu terapi diri untuk menghilangkan tekanan dan melupakan sejenak pelbagai masalah yang melanda.

Salah satu aktiviti lasak seperti Flying Fox pula memberi peluang kepada mereka melepaskan tekanan dengan menjerit sekuat hati sambil memerhatikan keindahan alam semulajadi.

Tidak perlu ragu-ragu lagi sekiranya anda bercadang untuk mencari tempat riadah dan percutian dalam masa yang sama. Para peserta yang pernah menjalani pelbagai aktiviti Kem Motivasi di Asia Camp hampir semua merasai pengalaman yang menyeronokkan yang tidak boleh diperolehi apabila mereka berada di bandar.

Gunung ganang hutan belantara, Tasik luas indah terbentang, Asia Camp untuk mengembara, Menerokai keindahan hijau memandang.

Tambahan lagi, tidak salah untuk anda meluangkan sedikit masa untuk reward diri sendiri dengan bercuti di pusat riadah Asia Camp dan menikmati keindahan panoramanya. Perkara yang baik tentu lebih manis jika dikongsi bersama. Jadi bawalah ahli keluarga anda bersama atau teman-teman sepejabat, satu kolej atau satu pasukan anda untuk merasai dan melihat sendiri panorama yang disajikan. Hubungi pihak pentadbiran Asia Camp untuk menempah tarikh anda. Semoga percutian anda menjadi satu kenangan manis yang akan dikenang sehingga bila-bila.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEM KEPIMPINAN ASIA CAMP

Kem Kepimpinanan diadakan bagi bertujuan mewujudkan ciri-ciri dan kriteria-kriteria para pemimpin yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mampu memimpin sesebuah pasukan mahupun organisasi. Melalui kaedah pendekatan jasmani dan rohani, bakat semulajadi seorang pemimpin akan dapat dikenalpasti dan dibentuk untuk menjadi ketua dan pemimpin yang baik. Seorang pemimpin yang baik perlu mempunyai sifat-sifat murni iaitu tegas, adil, bersemangat, mendengar pendapat, berfikiran luas dan mampu menyelesaikan konflik dalaman dalam sesebuah organisasi mahupun pasukan.

Justeru, setiap kem motivasi yang diadakan di Asia Camp, para jurulatih kami pasti akan menyelitkan tugasan aktiviti berkumpulan untuk melihat potensi para peserta untuk menjadi pemimpin.

Kem Kepimpinan juga dijalankan bukan sahaja untuk melahirkan para pepimpin yang berwibawa, malah turut menitik beratkan semangat kerjasama dalam pasukan dan kumpulan. Seseorang ketua yang baik harus tahu untuk menyelesaikan konflik yang ada tanpa menjejaskan matlamat organisasi atau pasukan tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya salah seorang ahli pasukan tidak dapat hadir lantaran kekangan keluarga, maka seorang ketua perlu dengan segera membahagikan tugas ahli tersebut kepada ahli-ahli yang lain secara adil supaya tidak timbul isu tidak puas hati dan berat sebelah. Malah, beliau juga perlu sama-sama turun padang dalam memastikan objektif dan matlamat pasukan atau organisasi tercapai tanpa sebarang penangguhan atau masalah.

Kem Kepimpinan di Asia Camp juga akan menitik beratkan cara-cara untuk mengatasi tekanan dan konflik berpasukan. Konflik berpasukan tidak hanya merujuk kepada sesebuah jabatan sahaja, tetapi juga merujuk kepada semua Kelab dan Persatuan yang berdaftar dengan Register Of Society (ROS).

Pada setiap tahun, mana-mana kelab atau pasukan ini akan perlu menghantar pelbagai jenis laporan seperti laporan minit mesyuarat dan laporan kewangan tahunan kepada pihak ROS di samping perlu menunjukkan bukti bahawa persatuan mereka bergerak aktif.

Asas Kepimpinan pula hendaklah dipupuk dari zaman kanak-kanak lagi. Bakat kepimpinan ini boleh dilihat melalui penyertaan para pelajar dalam Kadet Polis Sekolah misalnya dan juga Badan-Badan Beruniform yang lain. Justeru penyertaan para pelajar dalam Kem Kepimpinan sangat digalakkan dan pasti memberikan panduan berguna di masa hadapan.

Rembulan hilang di waktu siang, Di malam hari cahaya mencerah, Ketua pasukan ibarat tiang, Tiada tiang runtuhlah rumah.

Sebagai seorang ketua pasukan atau kumpulan, beliau perlu melantik Ahli Jawatan Kuasa (AJK) untuk memastikan tugas-tugas diagihkan dan dilaksanakan dengan baik. Kesimpulannya, melalui aktiviti yang diselitkan dalam kem di Asia Camp, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai ilmu kepimpinan dalam usaha untuk menjadi melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Gembira dan Bahagia Membantu Pengurusan Stress Individu

Gembira dan bahagia adalah suatu yang sangat subjektif. Pepatah Barat ada mengatakan, “happiness is a place between too much and too little”. Sangat susah untuk menceritakan bagaimana seseorang itu gembira dan bahagia bukan?

Namun begitu, gembira dan bahagia ini boleh diukur atau dinilai melalui 7 aspek utama di dalam kehidupan. Sesetengah ahli psikologi telah mencadangkan bahawa kebahagiaan terdiri daripada tiga elemen yang berbeza; (1) kehidupan yang menyenangkan, (2) kehidupan yang baik, dan (3) kehidupan yang bermakna (Seligman, 2002; Seligman & et., 2005). Secara dasarnya, 7 aspek ini saling berkait dan mempengaruhi di antara satu sama lain.

7 elemen bahagia yang saling berkait dalam kehidupan manusia

Inilah fungsi kami di Asia Camp, menyumbang bakti kepada masyarakat dengan membantu untuk membangunkan dua (2) aspek utama yang mempengaruhi gembira dan bahagia di dalam diri setiap ahli masyarakat. Di Asia Camp, kami membantu meningkatkan aspek fun/fufillment (keseronokan atau kehendak) dan aspek fitness (kesihatan).  

Ini boleh dilihat kepada kelebihan pusat latihan dan rekreasi Asia Camp dari aspek geografi atau lokasinya serta modul yang ditawarkan oleh Asia Camp. Lokasi kem adalah di pekan Kuala Kubu Bharu yang terkenal di kalangan masyarakat setempat dengan kawasan hijau yang masih dara. Unsur alam sekitar dan hijau adalah kekuatan utama kem ini yang digemblengkan bersama modul latihan yang seimbang bagi memenuhi 2 aspek utama ukuran gembira dan bahagia manusia. Faktor gembira dan bahagia ini amat penting kerana ia merupakan pull-factor kepada pengurusan stress dan mental seseorang individu.

Antara modul aktiviti yang terdapat di Asia Camp yang pastinya membawakan rasa fun dan memberikan kesan positif kepada pengurusan stress di kalangan peserta

Kami yakin, apabila seseorang itu bergiat aktif di dalam permainan dengan menggunakan alatan yang sesuai, ia akan mempengaruhi pemikiran positif dan mood yang lebih santai dan gembira.  Permainan dan aktiviti luar khususnya yang melibatkan alam hijau seperti berkayak, bermain air, abseiling, jungle trekking, dan sebagainya mempunyai daya tolakan kepada pemikiran yang lebih positif, berkeyakinan dan membantu mengawal stress di dalam diri peserta. Hasilnya akan membawa kepada individual yang lebih percaya diri, bersyukur, gembira, self-esteem yang tinggi, menghargai diri dan orang sekitar.

Oleh itu, keperluan kepada pusat latihan dan rekreasi seperti di Asia Camp ini amat penting bagi membantu anggota masyarakat menguruskan stress, dan membangunkan semula Happiness Quotient (HQ) – kuasa kebahagiaan diri untuk terus menjalani kehidupan yang baik di masa mendatang.

“ONCE YOU START LAUGHING YOU START HEALING.”

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Jangan berlengah lagi, izinkan kami membantu anda secepat mungkin. Hubungi staff untuk bantuan:

CAMP FIRE MENYERONOKKAN

Camp Fire atau dalam istilah Bahasa Melayu adalah dikenali sebagai aktiviti memasang unggun api di waktu malam. Aktiviti memasang unggun api ini juga boleh dikategorikan sebagai satu aktiviti yang menjadi pilihan utama para peserta kem di Asia Camp.

Bagi peminat filem-filem Hollywood, babak di mana pelakon memasang unggun api dan duduk bersama mengelilingi unggun api tersebut sambil membakar marshmallow sering ditayangkan. Babak ini anda boleh lihat dalam filem The Twilight Saga Breaking Dawn dan Pitch Perfect 2. Dalam kedua-dua filem ini jelas menunjukkan di mana semua ahli akan duduk bersama-sama sambil mula bercerita dan meluahkan perasaan.

Camp Fire adalah salah satu contoh aktiviti terapi yang baik untuk memberi ruang dan peluang kepada setiap individu meluahkan perasaan terpendam. Pada awal permulaan aktiviti, para peserta akan kebiasaannya akan diminta untuk menyanyikan sebuah lagu terlebih dahulu bagi mewujudkan perasaan harmoni dan menghilangkan rasa kekok sebelum memulakan sesi meluahkan perasaan.

Antara manfaat dan kelebihan daripada aktiviti ini adalah ia dapat memulihkan hubungan yang menghadapi konflik akibat daripada perselisihan faham. Ini kerana dalam sesi ini, setiap ahli akan menyuarakan kehendak mereka dan factor mengapa mereka merasa tertekan. Di samping itu juga, menjadi suatu kelegaan apabila masalah yang dihadapi dapat diluahkan.

Camp Fire di Asia Camp akan diadakan dalam pengawasan para jurulatih kami. Ini adalah bertujuan dalam memastikan keselamatan para peserta sentiasa terjamin lantaran aktiviti ini diadakan pada waktu malam dan di dalam hutan. Tentu sahaja keselamatan dan keselesaan para peserta dan pengunjung adalah menjadi keutamaan bagi pihak pentadbiran Asia Camp.

Sambil diiringi dengan kicauan cengkerik pada waktu malam, berbumbungkan langit luas dengan pemandangan bintang dan purnama yang indah, suasana yang begitu istimewa ini tentu sahaja tidak mampu diperolehi setiap masa. Justeru, kepada para peserta yang pernah menyertai kem di Asia Camp, aktiviti ini salah satu aktiviti yang paling ditunggu dan akan menjadi kenangan manis dalam ingatan mereka.  

Senja mengufuk semakin kelam, Burung pulang terbang berpasangan, Camp Fire di waktu malam, Pengalaman indah tiada tandingan.

Kepada anda yang mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti memasang unggun api ini, boleh menghubungi pihak pentadbiran Asia Camp untuk menempah tarikh anda. Semoga anda berpeluang merasai pengalaman berharga ini bersama-sama dengan ahli pasukan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

BONDING ACTIVITIES ASIA CAMP

Bonding Activities adalah satu istilah yang menerangkan sesebuah kumpulan atau keluarga melaksanakan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan kasih sayang dan mewujudkan persefahahaman antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga, pasukan mahupun organisasi.

Aktiviti ini perlu apabila sesebuah pasukan atau organisasi tidak lagi mencapai keharmonian dan suasana semakin tegang sehingga menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan. Di Asia Camp, antara aktiviti-aktiviti yang sering menjadi pilihan para pengunjung dalam usaha untuk mengeratkan hubungan sesama ahli adalah Jungle Tracking, Abseiling, Water Floating, Treasure Hunt dan Camp Fire. Aktiviti sebegini memerlukan kerjasama dan persekepakatan daripada semua pihak untuk mencapai matlamat dan objektif kumpulan.

Bonding Activities di Asia Camp kebiasaannya akan meminta para peserta untuk melakukan body contact bagi sama jantina, bertujuan untuk memulihkan persengketaan yang pernah terjadi. Sebagai contoh, dalam aktiviti Night Walk, para peserta akan diminta berpegangan tangan untuk melalui terusan jalan yang gelap, akan menyedarkan para peserta kepentingan untuk saling mempercayai di antara satu sama lain. Namun demkian, para jurulatih Asia Camp akan sentiasa mengawasi para peserta bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Selain menitikberatkan kepercayaan yang utuh, usaha untuk saling memahami masalah masing-masing adalah usaha untuk mengeratkan kasih sayang dan perpaduan dalam pasukan, keluarga mahupun organisasi.

Melalui program Bonding Activities ini juga, para peserta akan ditekankan dengan aspek kerohanian seperti menghargai setiap individu dan perkara yang berlaku dan meyakinkan para peserta bahawa setiap kejadian yang berlaku pasti disertai dengan hikmah. Sekiranya di tempat kerja anda atau dalam keluarga anda sedang berlaku pelbagai konflik dan menimbulkan ketegangan yang tidak mampu anda selesaikan sendirian, kami mencadangkan supaya anda merancang aktiviti bersama Asia Camp untuk mewujudkan semula perasaan harmoni dan kasih sayang.

Terasa sakit tercucuk duri, Pembalut luka terlupa dibawa, Waktu rehat perlu dicari, Menambah semula keazaman di jiwa.

Lumrah menjadi manusia tentu sahaja kita akan merasa lelah dengan pelbagai tuntutan dan tanggungjawab. Namun, jangan sesekali merasa putus asa dengan perasaan penat tersebut. Sedangkan mesin yang hebat perlu diselenggara secara berkala, apatah lagi kita sebagai manusia tentu sahaja memerlukan ruang dan masa untuk berehat seketika dan mengatur semula langkah dalam memperbaiki mutu kehidupan dan pekerjaaan kita pada hari mendatang.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

SURVIVAL COOK ILMU BERGUNA

Survival Cook adalah antara aktiviti-aktiviti yang sering diadakan di Asia Camp bertujuan untuk mendedahkan para peserta tentang pengalaman untuk berjuang di dalam hutan ketika bekalan makanan telah kehabisan. jika rutin harian memasak kita adalah dengan menggunakan peralatan lengkap seperti dapur gas, periuk, minyak masak sudip dan pinggan, satu situasi yang jauh berbeza dalam aktiviti ini di mana para peserta tidak dibekalkan dengan semua kemudahan tersebut.

Perkara utama yang diajar kepada para peserta adalah cara-cara menghidupkan api dengan menggunakan ranting-ranting kayu. Kaedah menggeserkan kayu dengan gerakan dari atas ke bawah berulang kali akan menghasilkan api.

Dalam Survival cook ini, para peserta akan diajar untuk melatih keazaman bahawa makanan tersebut bukan untuk memenuhi citarasa mewah, tetapi adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup supaya para peserta tidak kebuluran sekiranya mereka tersesat di dalam hutan. Ini kerana, bukan semua individu mampu menjamu makanan yang dimasak sempurna rencahnya. Justeru, aktiviti ini akan melatih para peserta berdepan dengan keadaan paling darurat dan ilmu pengetahuan untuk berjuang meneruskan kehidupan adalah paling penting dalam saat-saat sedemikian.

Sepanjang aktiviti ini juga para peserta akan didedahkan untuk menggunakan semua ciri-ciri tumbuhan sekeliling yang ada bagi menggantikan perkakas memasak di rumah. Sebagai contoh ranting kayu menggantikan sudip.

Marah hati kerana geram, Sabar dan redha menjadi pilihan, Tiada minyak tiada garam, Memasak untuk teruskan kelangsungan.

Survival Cook adalah salah satu aktiviti popular di Asia Camp yang seringkali dijalankan apabila aktiviti perkhemahan menjadi pilihan para pengunjung. Majoriti para peserta kami berpuas hati dan merasa teruja di atas perkongsian ilmu yang sukar diperolehi di tempat lain. Jika di sekolah, para pelajar diajar membaca, menulis dan mengira bagi panduan asas kehidupan, maka begitu juga halnya di Asia Camp, para peserta diajar untuk menguruskan saat-saat getir dalam tekanan yang paling tinggi supaya dapat meneruskan hidup dan mencari jalan keluar sekiranya peserta tersesat di dalam hutan.

Sumber air juga adalah yang paling utama bagi seseorang individu itu mendapatkan tenaga. Justeru, dalam aktiviti ini juga pihak Asia Camp akan mengajar para peserta untuk mecari sumber air terlebih dahulu. Semoga perkongsian ilmu daripada aktiviti ini menjadi penyelamat kepada para peserta sekiranya ditimpa kejadian tidak diingini kelak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

FAMILY DAY ASIA CAMP

Family Day dan kegembiraan adalah dua perkara yang boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku. Menyebut sahaja istilah tersebut tentu sahaja ingatan kita akan terus berpusar dengan wajah-wajah kegirangan di samping pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti Sukaneka, Karaoke dan BBQ diadakan.

Justeru, jika anda sedang merancang percutian besar-besaran bersama ahli keluarga atau seluruh kakitangan di jabatan anda, maka tidak salah jika dikatakan bahawa Asia Camp adalah salah satu tempat yang menarik untuk menjadi pilihan bagi merealisasikan percutian yang menarik di samping memenuhi kriteria-kriteria untuk anda menjalankan pelbagai aktiviti sukan Outdoor dan Indoor yang mencabar dan menyeronokkan.

Family Day di Asia Camp bakal menjadi satu kenangan manis kepada anda di luar sana yang mengimpikan satu percutian bagi komuniti yang besar dan sarat dengan pelbagai pilihan aktiviti. Lokasi Asia Camp yang luas dan selesa sehingga mampu menempatkan 1000 orang pengujung dalam masa yang sama membolehkan anda menjalankan pelbagai pilihan aktiviti dengan selesa. Antara aktiviti menarik yang sering menjadi pilihan pengunjung di Asia Camp adalah Memanah, Water Floating, Abseiling, Ice Breaking, Jungle Walk, Camp Fire, Flying Fox dan Treasure Hunt. Aktiviti Indoor seperti Rebut Kerusi dan Cabutan Bertuah boleh dijalankan di dalam dewan sekiranya cuaca tidak mengizinkan untuk aktiviti Outdoor.

Mentari terbenam indahnya panorama, Mentari terbit muncullah bayang, Ahli keluarga berkumpul bersama, Semakin hari semakin sayang.

 

Family Day di Asia Camp telah dijalankan oleh pelbagai organisasi seperti syarikat terkenal Bella Ammara. Melalui foto-foto dan video yang dapat dirakamkan oleh pihak pengurusan Asia Camp, jelas terpampar kegembiraan dan kegirangan di wajah mereka lantaran berpeluang menikmati keseronokan pelbagai aktiviti di Asia Camp. Menikmati pemandangan yang indah dan menenangkan dengan kehijauan alam semulajadi ditambah dengan bunyi kicauan burung juga seakan menjadi satu bonus kepada mereka yang ingin melarikan diri sebentar daripada tekanan dan kesibukan berkerja di bandar. Tentu sahaja dengan menyertai aktiviti sebegini dapat memberi 1001 manfaat kepada para peserta khususnya dalam usaha untuk mengeratkan kembali silaturahim antara ahli keluarga dan mengurangkan tekanan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>