Motivasi untuk pemimpin adalah jarang didengar ketika kita berada dalam mana-mana sektor pekerjaan. Sering kali kita disogokkan dengan info dan kewajipan sebagai seorang pekerja bawahan untuk sentiasa termotivasi setiap hari dan memberikan sepenuh hati dalam pekerjaan yang sedang kita jalankan. Salah satu program yang pernah diadakan di Asia Camp adalah kem kepimpinan.
Menerusi kem ini, setiap ketua atau pemimpin didedahkan dengan asas dan beberapa perkara untuk membimbing mereka supaya menjadi ketua yang baik dan disukai oleh anak buah. Ini kerana, ketua yang baik sangat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah syarikat dan organisasi dalam semua bidang.
Motivasi untuk pemimpin adalah salah satunya seorang pemimpin perlu sentiasa positif dan optimis. Sekiranya seorang ketua bersikap pesimif dan negatif, malah lebih teruk memburuk-burukkan anak buah, maka ia bukan sahaja melemahkan semangat kerjayanya sendiri, malah turut mempengaruhi semangat anak buahnya dan orang lain juga.
Sebagai seorang ketua beliau haruslah belajar untuk mengungkapkan kata-kata positif dan memberi semangat setiap hari kepada anak-anak buahnya supaya mereka dapat merasa selamat dan mempunyai daya positif untuk terus berkhidmat cemerlang setiap hari. Menerusi semangat dan khidmat cemerlang yang diberikan oleh semua pihak, maka tentu sahaja organisasi tersebut akan bangkit menjadi sebuah organisasi yang hebat keseluruhannya.
Motivasi untuk pemimpin juga merangkumi sikap untuk menjadikan dirinya sebagai seorang yang dihormati dan disukai oleh anak buah dan juga orang lain. Seorang ketua yang tegas dan berani menghadapi krisis sekaligus mempertahankan anak buahnya pasti akan disenangi dan dihormati. Seorang ketua yang baik perlu tahu mencari jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak tanpa ada pihak yang merasa terbeban.
Terbang indah si rama-rama, Mencari bunga di dalam hutan, Motivasi perlu untuk semua, Pemimpin bermotivasi menjana kejayaan.
Sebagai contoh, sekiranya seorang ketua unit mendapat arahan baru daripada pihak atasan untuk melaksanakan satu arahan baru, maka beliau perlu merangka satu jalan penyelesaian yang terbaik yang melibatkan semua individu dalam organisasi dan tidak berat sebelah. Menerusi kem kepimpinan yang dijalankan di Asia Camp, semua perkara ini akan didedahkan dan diterangkan dengan lebih terperinci dan mendalam bagi memastikan para peserta mendapat ilmu yang secukupnya untuk menjadi pemimpin yang terbaik.