Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, Team Building

CAMP FIRE MENYERONOKKAN

Camp Fire atau dalam istilah Bahasa Melayu adalah dikenali sebagai aktiviti memasang unggun api di waktu malam. Aktiviti memasang unggun api ini juga boleh dikategorikan sebagai satu aktiviti yang menjadi pilihan utama para peserta kem di Asia Camp.

Bagi peminat filem-filem Hollywood, babak di mana pelakon memasang unggun api dan duduk bersama mengelilingi unggun api tersebut sambil membakar marshmallow sering ditayangkan. Babak ini anda boleh lihat dalam filem The Twilight Saga Breaking Dawn dan Pitch Perfect 2. Dalam kedua-dua filem ini jelas menunjukkan di mana semua ahli akan duduk bersama-sama sambil mula bercerita dan meluahkan perasaan.

Camp Fire adalah salah satu contoh aktiviti terapi yang baik untuk memberi ruang dan peluang kepada setiap individu meluahkan perasaan terpendam. Pada awal permulaan aktiviti, para peserta akan kebiasaannya akan diminta untuk menyanyikan sebuah lagu terlebih dahulu bagi mewujudkan perasaan harmoni dan menghilangkan rasa kekok sebelum memulakan sesi meluahkan perasaan.

Antara manfaat dan kelebihan daripada aktiviti ini adalah ia dapat memulihkan hubungan yang menghadapi konflik akibat daripada perselisihan faham. Ini kerana dalam sesi ini, setiap ahli akan menyuarakan kehendak mereka dan factor mengapa mereka merasa tertekan. Di samping itu juga, menjadi suatu kelegaan apabila masalah yang dihadapi dapat diluahkan.

Camp Fire di Asia Camp akan diadakan dalam pengawasan para jurulatih kami. Ini adalah bertujuan dalam memastikan keselamatan para peserta sentiasa terjamin lantaran aktiviti ini diadakan pada waktu malam dan di dalam hutan. Tentu sahaja keselamatan dan keselesaan para peserta dan pengunjung adalah menjadi keutamaan bagi pihak pentadbiran Asia Camp.

Sambil diiringi dengan kicauan cengkerik pada waktu malam, berbumbungkan langit luas dengan pemandangan bintang dan purnama yang indah, suasana yang begitu istimewa ini tentu sahaja tidak mampu diperolehi setiap masa. Justeru, kepada para peserta yang pernah menyertai kem di Asia Camp, aktiviti ini salah satu aktiviti yang paling ditunggu dan akan menjadi kenangan manis dalam ingatan mereka.  

Senja mengufuk semakin kelam, Burung pulang terbang berpasangan, Camp Fire di waktu malam, Pengalaman indah tiada tandingan.

Kepada anda yang mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti memasang unggun api ini, boleh menghubungi pihak pentadbiran Asia Camp untuk menempah tarikh anda. Semoga anda berpeluang merasai pengalaman berharga ini bersama-sama dengan ahli pasukan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *