Perkhemahan Unit Beruniform 2019 – SK Putrajaya Presint 8(1)
Posted by
02
Jul
Assalamualaykum semua!
Salam sejahtera. Kebetulannya semalam, Admin lalu-lalang melawat status whatsap di phone. Admin terjumpa status kenalan guru dari sekolah yang pernah menyertai kem perkhemahan unit beruniform di Asia Camp Kuala Kubu Bharu pada April 2019 yang lepas. Guru tersebut dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) yang telah membawa seramai 118 orang murid sekolah untuk program Perkhemahan Unit Beruniform 2019 pada 12 hingga 14 April lepas.
Beliau bertanya secara rawak tentang kekosongan kem untuk cuti sekolah bagi penggal yang seterusnya. Walaupun beritanya sudah agak basi, namun beliau dan rakan guru yang lain katanya sangat berpuas hati dengan servis dan modul yang kita laksanakan di Asia Camp untuk kem perkhemahan unit beruniform yang lepas. Anak-anak muridnya rata-rata sangat seronok, dan para guru juga sangat teruja untuk datang lagi di lain kali. Apa yang paling menggembirakan ialah, keselamatan para pelajar SK-nya sangat terjamin dan penuh dengan ‘safety procedure’ ketika aktiviti-aktiviti water confident. Hal ini dizahirkan dengan kecukupan jaket keselamatan yang disediakan oleh pihak kem buat setiap pelajar dan para guru. Aktiviti water confident ini menyebabkan anak-anak murid lebih ‘enjoy’ yang terisi dengan ilmu baru ketika di dalam air, bukan setakat bermain air semata-mata!
Keluasan tanah dan kepelbagaian sumber aktiviti menyebabkan aktiviti yang dilaksanakan di Asia Camp penuh dengan warna dan kenangan indah. Alhamdulillah, seronok sangat Admin mendengar testimoni yang super-duper awesome dari wakil guru ini. Walaupun maklum balasnya sedikit lambat, maklumlah selepas perkhemahan beruniform tersebut, kebanyakan sekolah sibuk dengan ujian pentaksiran dan bersiap-sedia untuk menempuh bulan Ramadan. Tak mengapa cikgu, kami faham 🙂
Hujungnya, cikgu tadi berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar dari lensa galeri sekolah mereka. Katanya beliau dan rakan-rakan kini sedang survey program dan modul untuk kem kepimpinan dan motivasi pendidikan buat para guru sekolah pula. Alhamdulillah.
Moga dimudahkan urusannya dan berjumpa lagi kita di Asia Camp nanti ya cikgu!
Keseluruhannya, pihak cikgu tadi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik. Syukur Alhamdulillah!
Pada minggu lepas bertarikh 23-25hb Ogos 2019, telah berlangsung kem badan beruniform dari Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Seramai 70 orang pelajar dari badan unit beruniform sekolah ini telah berkampung di Asia Camp. Para pelajar ini tiba dengan bas di pagi hari 23hb Ogos dan terus dibawa ke bilik-bilik dormitori.
Seterusnya, taklimat dimulakan oleh wakil fasilitator Asia Camp. Taklimatnya berkisar mengenai perihal keselamatan, keberadaan program-program lain di pusat latihan, waktu makan dan sebagainya serta jenis-jenis aktiviti dan modul yang dilakukan sepanjang keberadaan mereka di pusat latihan Asia Camp di sini.
Secara asasnya, para peserta kem badan beruniform dari SK Antara Gapi ini merupakan kumpulan peserta kem yang termuda sekali yang berada di kem Asia Camp pada ketika itu. Kumpulan pelajar dari kem badan beruniform ini terbahagi dari persatuan Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Objektif dan fokus utama kem badan beruniform ini adalah memberikan pendedahan dan ‘first hands experience’ kepada para pelajar mengenai;
peranan seorang ahli badan unit beruniform;
pengalaman survival di hutan;
menguatkan ciri-ciri kepimpinan bagi para pelajar;
di samping mewujudkan rasa kekitaan dan setiakawan sesama mereka.
Oleh itu, modul-modul yang telah dijalankan melibatkan modul kem badan beruniform pelajar sekolah, modul survival cooking, modul pertolongan cemas, aktiviti explorace, pembentangan berkumpulan dan senamrobik beramai-ramai bersama para peserta dari program-program yang lain pada pagi Ahad, 25hb Ogos.
Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat
Secara keseluruhannya, nilai yang dapat dipelajari dari kem badan beruniform para pelajar SK Antara Gapi ini adalah;
Para pelajar SK Antara Gapi ini dilihat lincah dan tangkas beraktiviti menggunakan eleman alam.
Secara kritisnya, lokasi dan topografi sekolah mereka memang berada dalam kawasan yang sama seperti di Asia Camp. Lokasi Antara Gapi yang menghubungkan Ulu Yam-Serendah-Rawang sememangnya kaya dan terkenal dengan keindahan alam oleh penduduk setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak terkejut bila didapati para pelajar dari sekolah ini lebih tangkas dan sepertinya sudah terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Apapun, well done kepada adik-adik pelajar dari SK Antara Gapi. Sungguh comel semuanya dan kami di pihak Asia Camp cukup berbangga dengan pencapaian mereka.
Menguruskan kem dan menyampaikan modul-modul latihan dan rekreasi secara berkesan merupakan satu cabaran yang besar bagi pihak pengurusan kem. Namun begitu, feedback yang positif dan sambutan yang memberangsangkan dari para peserta, pihak AJK dan pengajur kem merupakan saguhati yang sangat berharga buat pihak pengurusan kem. Hal ini akan lebih mengujakan jika kem tersebut berjaya mengubah persepsi, sikap dan cara bertindak setiap individu yang menyertainya. Ikuti himpunan testimoni menarik dari para peserta kami sepanjang menertai program di Asia Camp ini.
“Kem yang terbaik pernah sertai, tempatnya bersih, selamat dan selesa. Asia Camp sangat besar dan mampu memuatkan 3 hingga 4 atau lebih program, dan tidak terasa terganggu langsung dengan program-program yang lainnya walaupun programnya berjalan serentak”. – Wakil AJK, PPRT Seri Pantai, Program Eksplorasi Minda Remaja.
“Permainan outdoor sangat terbaik! Permainan indoor pula sangat selesa!”
“Pendapat saya mengenai Asia Camp ini ialah aktiviti-aktivitinya banyak yang menarik, harganya pun berpatutan dan pelajar pun banyak dapat belajar dan BEST lah!” – Puan Julia, Pensyarah Kolej Komuniti Kuala Langat
“Sepanjang program Survival Cooking ini, saya dapati kita sebagai manusia perlu menggunakan alam sekitar untuk teruskan hidup, walaupun barang tiada… kerana ia dapat tingkatkan lagi survival skill kita”. – Nurul Afiqah Hanafi, UPSI
“Ia merupakan pengalaman yang sangat berharga, kerana kita dapat belajar banyak benda di sini dan berjumpa dengan ramai kenalan baru. Saya dapat banyak pengalaman baru di sini dan saya suka untuk datang lagi ke sini semula” – Krishna, Ipoh
“…dapat memupuk sikap bekerjasama dan melahirkan seorang pemimpin yang bukan sahaja pandai mengarah tetapi juga turut melakukan aktiviti tersebut.” – Freddy Silagan, Institut Pertanian Malaysia Negeri Sabah
“tempat ini mempunyai tempat yang strategik, tempat ini mempunyai sungai yang begitu cantik dan banyak aktiviti lasak yang boleh dilakukan di sini.”
“dan fasilitator di sini semuanya terlatih dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam masa yang sama berkomitmen dalam membina pemimpin yang lebih baik.”
Secara keseluruhannya, para peserta sangat berpuas hati dengan aktiviti dan modul yang disediakan di Asia Camp di samping turut berasa selesa dan selamat sepanjang berada di sini. Inilah yang kami harapkan dari pihak pengurusan Asia Camp dengan memberikan 100% komitmen dalam memberikan nilai tambah kepada masyarakat dan negara.
Terima kasih kerana terus menyokong dan memilih kami di Asia Camp!!! Untuk yang berminat mendapatkan tempahan dan sebut harga, sila hubungi pegawai kami seperti berikut:
Kem Kepimpinan di Asia Camp boleh dikategorikan sebagai aktiviti yang sangat menyeronokkan kepada para peserta kem disini dan juga para pengunjung. Antara aktiviti rekreasi yang menjadi pilihan mereka adalah Night Walk dan Camp Fire.
Aktiviti rekreasi disini bukanlah aktiviti yang seronok semata-mata. Di sini pelajar akan didedahkan bagaimana menjadi pemimpin yang berkualiti melalui aktiviti ini. Aktiviti ini adalah sebagai meduim sahaja untuk memudahkan sesi pembelajaran pelajar untuk menjadi pemimpin yang cemerlang.
Sebagai contoh, night walking biasanya diselitkan dengan modul komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan bukan sahaja melibatkan arahan yang jelas. Ia melibatkan kepatuhan seoarang pemimpin kepada pemimpin yang lain. Ia juga melibatkan semangat berpasukan di dalam menghadapi kesukaran.
Apabila peserta diberikan suatu tugasan yang mencabar, ini akan menyebabkan peserta lebih bersemangat di dalam melaksanakan tugasan. Dengan cara inilah, pembelajaran menjadi seorang pemimpin akan lebih berkesan.
Untuk aktiviti camp fire pula, peserta perlu mencari bahan bakar pada waktu petang. Ia bukan semata-mata aktiviti membakar kayu dan menjadikan ia besar. Itu keseronokan semata-mata. Ia adalah bagaimana peserta merancang sesuatu tugasan dengan baik. Kemahiran merancang adalah kemahiran yang sangat penting sebagai seorang pemimpin.
Apabila kita memberikan suatu aktiviti yang seronok kepada peserta, pembelajaran dapat disampaikan dengan mudah. Ia, hanya dengan melalui aktiviti camp fire.
Jika pada waktu siang para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti lasak yang mengeluarkan peluh, berbeza pula di waktu malam di mana para peserta akan lebih bersantai sambil menikmati pemandangan hutan di waktu malam.
Kesemua aktiviti ini akan disulam dengan modul ini seperti asas kepimpinan, kemahiran komunikasi, sikap seorang pemimpin dan pembangunan karakter seorang pelajar untuk menjadi seorang pemimpin
Asas kepimpinan adalah melibatkan modul sikap kepimpinan, kemahiran kerjasama dan disiplin di dalam melakukan suatu tugasan.
Kemahiran komunikasi pula membolehkan peserta sebagai seorang pemimpin menyampaikan mesej dengan tepat dan terang. Mesej itu pula mestilah dapat diiukut dengan baik oleh pengikut. Semua kemahiran ini akan didedahkan sepanjang kem kepimpinan ini berlangsung.
Pembangunan karakter pula membolehkan peserta mengenalpasti apakah ciri-ciri di dalam diri yang perlu ada sebagai seorang pemimpin. Sifat bertolak ansur, sifat berdiam diri pada waktunya dan boleh mendengar pendapat orang lain adalah sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin.
Pada waktu malam yang kedengaran bunyi cengkerik saling sahut-bersahutan, pemandangan indah langit dengan cahaya bulan dan bintang sungguh mendamaikan dan mengasyikkan. Ini sekaligus menyeronokkan peserta. Apabila peserta seronok, konten pembelajaran akan lebih mudah disampaikan dan difahami oleh peserta.
Night Walk pula memberi pengalaman baru dalam aktiviti kepimpinan kepada para peserta kem kepimpinan. Selain pengalaman sebegini bukanlah sesuatu yang boleh dirasai setiap hari, aktiviti ini akan dapat meningkatkan keberanian dan saling mempercayai antara satu sama lain kepada para peserta. Ini kerana semasa menjalankan aktiviti Night Walk ini para peserta diminta mengingati siapa yang berada dihadapan dan belakang mereka sebelum menerjah masuk ke dalam hutan. Inilah ciri asas yang perlu ada pada seorang pemimpin di dalam mempimpin pasukan
Aktiviti Camp Fire pula lebih kepada memberikan waktu rehat dan santai kepada para peserta setelah penat dengan pelbagai aktiviti riadah lasak pada waktu siang. Kebiasannya, para peserta akan menyanyikan sebuah lagu sebagai pembukaan semasa aktiviti Camp Fire. Ia kemudiannya diteruskan dengan sesi bercerita dalam aktiviti santai malam di kem ini.
Sekiranya para peserta ingin merasai pengalaman tidur dalam khemah pula, khemah yang telah siap dipasang pada waktu siang hari boleh menjadi pilihan mereka. Manakala sekiranya peserta mahu memilih tempat tidur yang lebih selesa, kemudahan bilik tidur tetap boleh menjadi salah satu alternatif bagi para pengujung.
Berjalan di tengah alam menyembuhkan banyak perkara. Menghirup udara segar dan melihat pemandangan indah di muka bumi sangat berkesan untuk membersihkan fikiran, menghilangkan kebosanan, dan membangkitkan suasana. Selain itu dapat juga belajar mengenai kehidupan dengan mengamati alam – Dawn Gluskin
Suasana sunyi pada waktu malam di dalam hutan boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin mencari bermuahasabah memperbaiki diri. Amat penting bagi seorang pemimpin bermuhasabah bagi memperbaiki diri.
Bonus, kami ingin kongsi kepada guru sekolah tentang bagaimana guru boleh malaksanakan kem kepimpinan dengan baik.Tips melaksanakan Kem Kepimpinan Pelajar
Umum kita mengetahui aktiviti ice breaking adalah satu aktiviti pemecahan ice dan membuang rasa malu di kalangan peserta. Kebiasaannya dibuat di awal program, di hari pertama kem atau aktiviti awal selepas sesi pendaftaran atau taklimat selesai. Tujuan utama activiti ice breaking ini adalah bagi mewujudkan rasa relax, santai dan lebih mesra di kalangan ahli kumpulan dan sesama peserta umumnya.
Berikut merupakan contoh aktiviti ice breaking yang telah dilakukan di pusat latihan Asia Camp. Aktiviti ini dikenali sebagai – kenalilah saya. Aktiviti ini mudah sekali kerana tidak memerlukan alatan khusus dan ruangan yang besar. Para peserta dihimpunkan di dalam satu bilik seminar dan dibiarkan duduk santai di dalam barisan mengikut kumpulan. Ini kerana bilangan peserta di dalam kumpulan ini tidak besar dan aktivitinya lebih bersifat tumpuan dan fokus kepada semangat setiakawan.
Setelah para peserta telah bersedia, jurulatih memberikan arahan untuk berdiri mengikut soalan yang diberikan. Berikut merupakan contoh soalan yang diberikan kepada peserta dalam aktiviti ice breaking pada kali ini.
Pangkal nama mengikut huruf A, E, I, O, U
Kategori umur mengikut bulan – bulan 4, 8 dan 12
Pecahan lokasi rumah mengikut pekan – 10 pekan telah disenaraikan
Pekerjaan ibu bapa
Pemakaian jam tangan – kanan, kiri dan tiada jam
Peserta paling tinggi di dalam kumpulan
Peserta paling rendah / comel di dalam kumpulan
Jenis pekerjaan impian di masa hadapan
Jenis kasut yang dipakai – bertali, tidak bertali tapi berpelekat, selipar
Warna kesukaan diri
Pada setiap soalan yang diberikan, jurulatih memberikan tugasan tambahan. Misalnya pada soalan pertama mengenai permulaan pangkah nama, peserta yang berdiri dikehendaki membuat salam kawan dan trademark diri sesama yang berdiri. Contoh lain pada soalan ketiga pula memerlukan peserta bersembang sesama sendiri dalam masa 2 minit mengenai pekan kecil mereka.
Awas! Jurulatih akan membuat semakan, menanyakan soalan tambahan dan memberikan penalti jika tidak mampu menjawabnya. Begitu juga pada soalan keenam mengenai ketinggian peserta. Setiap peserta dalam kumpulan soalan diberikan tugasan khas dan perlu membuat persembahan khusus mengenainya.
Aktiviti seperti ini sangat menyeronokkan dan jauh dari formaliti seperti memberikan formal speech dan pembentangan. Ia lebih berbentuk santai dan relax. Hujungnya, mood peserta di dalam bilik kelas ini bertukar kepada lebih fun, relax dan lembut. Tiada lagi kekok dan kaku. Inilah yang kita sasarkan untuk aktiviti ice breaking yakni memecahkan kekekokan peserta, kebosanan dan ketidakfokusan diri peserta terhadap program.
Apa yang pasti, adik-adik peserta masih tersenyum mengingatkan dirinya dikenakan penalti menari bersama pasangan dari kumpulan sebelah. Terus pecah ketawa di seluruh bilik kelas bila adik Deswari mengenakan tarian klasik India. Sangat mengujakan sekali!
Asia Camp seringkali dipilih oleh sekolah-sekolah rendah mahupun menengah di sekitar Perak dan Selangor sebagai tempat perkhemahan badan unit berunifrom sekolah. Mungkin kerana lokasinya yang mesra alam, keluasan tapak kem dan fasiliti lengkap untuk menampung bilangan pelajar yang ramai sehingga lima ke enam buah biji bas. Bagi aktiviti perkhemahan badan beruniform ini, selain perkhemahan di hutan dan bilik-bilik dormitori pihak Asia Camp turut menyediakan tapak khas perkhemahan yang bersifat outdoor.
Pada sesi perkhemahan yang lepas, seramai 60 orang pelajar dari SMK St. John (M) Kuala Lumpur telah berpeluang mempelajari asas pemasangan khemah secara amali dan teknikal. Para pelajar ini terdiri dari unit beruniform pengakap, kadet bomba dan persatuan bulan sabit merah.
Sesi latihan pemasangan khemah ini dimulai dengan sesi taklimat dan demonstrasi dari jurulatih dan para fasilitator dari Asia Camp. Para pelajar dikenalkan dengan peralatan khemah seperti kain khemah, fly sheet, rod fibre, tali dan pancang.
Seterusnya, para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan masa selama 1 jam untuk menyiapkan khemah untuk kumpulan masing-masing. Prosedur pemasangan khemah ini mengikut langkah-langkah seperti berikut:
Memilih tapak khemah yang telah dibersihkan.
Buka dan hamparkan kain khemah ke tapak lantai.
Sambungkan ke semua batang rod fibre.
Masukkan batang rod fibre ke dalam lubang di hujung kain khemah.
Selesai dimasukkan, kedua-dua hujung rod fibre hendaklah ditolak dan bahagian tengah rod fibre bersama bumbung khemah hendaklah diangkat ke atas.
Apabila khemah telah terbentuk, kedua-dua hujung rod fibre hendaklah dimasukkan ke penyendal / lubang yang disediakan.
Langkah 5 dan 6 diulang kepada kesemua batang rod fibre yang disediakan.
Apabila khemah sudah terbentuk, angkat dan susunkan khemah mengikut lokasi yang telah ditetapkan dalam plan tapak perkhemahan.
Pasangkan fly sheet dan ikat semua tali rod fibre dan hujung fly sheet ke tanah.
Secara keseluruhannya, aktiviti pemasangan khemah ini memberikan hands on experience kepada para pelajar. Aktiviti ini turut membuka peluang kepada pelajar bukan sahaja mempelajari asas dan teknik pemasangan khemah secara lebih dekat, tetapi juga asas kerjasama berkumpulan, tolong membantu dan fokus menyiapkan tugasan yang diberikan.
Berakhirlah sudah program kem kadet polis bagi para peserta yang mewakili negeri masing-masing pada 16-18hb Julai yang lepas. Kemuncak program kem kadet polis ini diikuti dengan raptai majlis pada 19hb dan majlis perasmian dan penutupan program pada 20hb Julai 2019 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu VVIP Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.
Perkhemahan badan beruniform kem kadet polis ini merupakan program tahunan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Untuk tahun 2019 ini, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diamanahkan dan diberikan kepercayaan untuk mengelolakan perkhemahan kem kadet polis ini bagi kali ke-21. Perkhemahan kem kadet polis ini turut dibantu dan dikawal selia oleh pihak pengurusan pihak Asia Camp Kuala Kubu Bharu. Adalah diharapkan kursus perkhemahan seperti kem kadet polis ini akan mampu meningkat kefahaman, ketahanan, kerjasama dan keberkesanan aplikasi kemahiran di kalangan para Ahli Kor Kadet Polis. Ini sejajar dengan kehadiran dan bantuan penyertaan dari wakil PDRM serta kontinjen-kontinjen mereka semasa program berlangsung.
Tentatif majlis ini adalah seperti berikut:
0700hrs : Kesemua para peserta kem kadet polis telah terlibat dengan acara senamrobik di padang perkhemahan.
0800hrs – 1200hrs : Para peserta daripada setiap wakil kontinjen telan menjalankan kawad kaki Mara Lasak (L/W) .
1130hrs : Satu taklimat telah disampaikan oleh YDH SAC Dato’ Azman Bin Ayob, Ketua bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur kepada semua pegawai penyelaras kontinjen mengenai keselamatan para peserta program.
1500hrs – 1800hrs: Suatu raptai penuh telah diadakan di padang kawad dan sesi ini telah dihadiri oleh YDH CP Datuk Seri Mazlan Bin Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH SAC Dato’ Azman Bin Ayo, Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur. Program diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama ketua Polis Negara.
Secara keseluruhannya, perkhemahan kem kadet polis selama 5hari 4malam ini telah berlangsung dengan jayanya di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Bharu ini. Program yang mendapat sokongan oleh pihak KPM, PDRM dan para guru ini tentunya merupakan suatu pengalaman berharga buat para peserta. Bagi pihak pengurusan pihak Asia Camp, program sebegini sememangnya memberikan pengalaman yang berguna bagi pihak kem dalam meningkatkan kualiti servis perkhidmatan dan misi serta visi kem di masa hadapan.
Kalau ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.
Terima kasih untuk anda semua dari kami di Asia Camp!!!
Pada 16hb sehingga 18hb Julai baru ini, baru sahaja berakhir pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Baru. Seramai hampir 500 orang telah berkumpul dan berkampung di Asia Camp pada hari kemuncak pertandingan kawad kaki ini yang terdiri daripada 200 orang peserta, puluhan guru pengiring, wakil kontinjen dari PDRM, pihak media, para penyokong dan masyarakat awam yang lain. Penyertaan kontinjen dari pelbagai negeri ini mewakili unit beruniform kadet polis yang telah menjalani pelbagai modul team building and ketahanan fizikal dan mental. Setiap dari mereka membawa nama dan mewakili kontinjen negeri masing-masing. Kehadiran tetamu-tetamu VVIP seperti Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim turut menggegarkan bumi Asia Camp. Sesungguhnya, acara kawad kaki peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan ini merupakan ‘event’ terbesar dan teramai yang pernah diuruskan oleh pihak Asia Camp setakat ini.
Terdapat 3 kriteria yang dilihat oleh para juri untuk skema pemarkahan pertandingan kawad kaki unit beruniform ini yaitu; (1) persediaan asas, (2) pergerakan kawad , dan (3) pemarkahan formasi. Di dalam kriteria pertama dan kedua, setiapnya dipecahkan lagi kepada 3 sub bahagian. Contohnya di dalam aspek persediaan, setiap ahli atau peserta kawad disemak secara detail dari asas pakaian, kekemasan diri dan pakaian serta keseragaman pasukan secara keseluruhan. Untuk aspek kedua, sub-kriteria yang dilihat melibatkan kawalan asas pergerakan peserta dan pasukan, kawalan menerima laporan dan kawalan statik pasukan. Kriteria kedua ini yakni pergerakan kawad membawa markah terkumpul yang tinggi sebanyak 50% dari keseluruhan markah untuk kumpulan penyertaan.
Contoh sampel pemarkahan bagi pertandingan kawad kaki nasional
Para jurinya pula terdiri daripada anggota khas unit beruniform negara dari cawangan tengah (central) yang telah berpengalaman berpuluh tahun di dalam bidang keselamatan negara. Penilaian dan pemarkahan mereka adalah muktamad hasil dari ketelitian, keseriusan disiplin dan pengalaman bersama unit keselamatan kebangsaan.
Pertandingan tahunan kawad kaki peringkat kebangsaan sebegini merupakan agenda penting bagi badan-badan unit beruniform dan ia menjadi fokus utama bagi para pelajar yang menyertainya. Mereka seboleh mungkin akan berusaha sekuat daya untuk melayakkan diri untuk sampai ke peringkat akhir. Pengalaman dan peluang menghadiri pertandingan seperti ini akan membuka minda para pelajar khususnya dari 3 aspek utama; (i) mempelajari arahan hukuman dan kreativiti formasi kawad yang baru, (ii) meluaskan kenalan dari pelbagai latar belakang sekolah dan budaya, serta (iii) pengalaman hidup dan perasaan mengenai sesuatu yang baru dan ruang untuk membuktikan diri setara dan mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Tentunya ia sesuatu yang mengujakan bagi para peserta dan adik-adik remaja kita.
Mari kita nikmati gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pertandingan unit beruniform ini berlangsung.
Kadet polis dari Terengganu Darul ImanWakil peserta dari Johor Darul TakzimWajah-wajah para kadet polis yang mewakili negeri Kelantan Cik Siti Wan KembangGelajat para pelajar yang lain yang turut serta datang menyokong sekolah, perwakilan negeri dan rakan-rakan mereka yang lainPara juri pertandingan yang didatangkan khas dari unit beruniform keselamatan negaraPara medik dan sukarelawan turut bersiap sedia bagi sebarang kecemasan
Kesimpulannya, pertandingan sebegini yang diadakan secara tahunan merupakan satu peluang bagi para peserta dan adik-adik remaja ahli unit beruniform sekolah untuk mempelajari aspek-aspek penting dalam hidup. Aspek-aspek ini merangkumi nilai-nilai murni kehidupan seperti mempunyai fokus, berdisiplin, bekerja kuat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.
Bagi pihak pengurusan Asia Camp pula, pengalaman menguruskan ‘event’ besar sebegini merupakan satu peluang untuk lebih memajukan potensi perkhidmatan, meluaskan profil, dan memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Secara umumnya, Admin berpendapat menguruskan 500 orang ‘crowd’ yang terdiri daripada pelbagai kumpulan ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Ini melibatkan kebajikan setiap peserta, keselamatan, keselasaan dan akhirnya kepuasan para peserta, pelanggan dan masyarakat umum yang lain. Namun begitu, kami di Asia Camp bersyukur kerana program telah berlangsung dengan jayanya.
Bird-eye view secara keseluruhan bagi pertandingan kawad kaki nasional yang berlangsung di Asia Camp Kuala Kubu Bharu
Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dengan aksi yang lebih menarik dan modul yang lebih mencabar!
Terima kasih daun keladi dari pengurusan Asia Camp.
Skill ketiga yang harus dihadamkan oleh para peserta ini merujuk kepada sifat kepimpinan dalam bertindak dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh ketua semasa perkhemahan berlangsung.
Teori kepimpinan yang dibincangkan oleh Mahmood Zuhdi (1999: 9) menegaskan bahawa, “sifat kepimpinan itu terjadi dalam bentuk yang berbagai-bagai hala dan merupakan fungsi dari semua orang. Tidak ada orang yang menjadi pemimpin dalam semua hal dan tidak ada orang yang terlepas dari fungsi kepimpinan”.
Noor, M.A., et al. (2015). Teori Gaya Kepimpinan Barat diadaptasi daripada Teori Gaya Kepimpinan Islam (Al-Quran). ISSN: 1985-7012, Vol. 8, (1).
Dapatlah kita fahami di sini bahawa, sifat kepimpinan itu lahir hasil asuhan kumulatif secara berperingkat dan holistik. Maksud lain di sini ialah, pembinaan sifat kepimpinan itu terbentuk dari gemblengan tindakan, kesefahaman, dan toleransi setiap ahli kumpulan dan sesama peserta kem.
Berbalik semula kepada situasi di kem kepimpinan unit beruniform, sifat kepimpinan ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk;
mendirikan khemah
membersihkan tapak perkhemahan sebelum dan selepas digunakan
memasak dan ‘survival cooking’
menyelesaikan tugasan yang diberikan seperti membuat raft, ‘water confident’, ‘camp fire’ dan lain-lain
‘explore race’ mahupun ‘night walk’
Mendirikan khemah memerlukan tenaga berkumpulan untuk menghasilkan khemah yang kemas, utuh dan kuat
Dalam contoh yang lain, Admin masih ingat di suatu insiden semasa suatu program pelajar di Asia Camp. Para peserta diberikan seutas tali panjang dan kertas majong. Tugasannya ialah menggerakkan kertas majong berkenaan mengikut arah yang diberikan oleh ketua fasilitator menggunakan tali yang diberikan. Setiap ahli perlulah memegang hujung tali dan kertas majong tidak boleh terjatuh ke lantai.
Para pelajar sedang menunggu arahan seterusnya bagi aktiviti tugasan riben dan kertas majong
Tugasannya nampak mudah dan ‘doable’. Namun, ia memerlukan kesepakatan tindakan setiap ahli dan arahan seorang ketua untuk menggerakkan dan merancang strategi tindakan. Di sinilah pentingnya sifat kepimpinan bagi setiap ahli. Kepimpinan untuk mendengar arahan dan menggerakkan keseluruhan pasukan.
Dalam suatu insiden yang lain yang melibatkan pelajar-pelajar perempuan dari SK Kementah yang berhadapan dengan situasi kecemasan ketika menyiapkan tugasan ‘day-walking’. Arahan yang diterima ialah setiap ahli haruslah menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama dan melalui setiap ‘check-point’. Salah seorang ahli dalam kumpulan pelajar SK Kementah ini terluka kakinya selepas melalui beberapa check-point. Fasilitator telah dihubungi dan pelajar berkenaan akan dibawa keluar untuk dirawat. Namun begitu, ahli kumpulan yang lain menolak dan menawarkan diri untuk mengiringi sahabat mereka ini bagi menyiapkan tugasan dengan tagline, “setiap ahli harus melalui check-point”. Pelajar yang sakit itu juga sanggup bersama-sama kawan-kawannya untuk mengharungi perjalanan di setiap check-point bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Suatu keputusan yang yakin dan jelas matlamat serta tindakan yang menyentuh jiwa. Nilai persahabatan dan kebersamaan dalam mengharungi ujian di dalam kem.
Salah satu ‘check-point’ yang harus dilalui peserta ialah ‘obstacle course’. Aktiviti ini memerlukan ketahanan dan kerjasama semua ahli untuk menjayakan tugasan.
Konklusinya, kemahiran sifat kepimpinan ini terbina secara berjemaah, bersama-sama, dan wujudnya kerjasama di antara dua pihak atau lebih. Makanya, ia haruslah disemai secara berterusan dan melalui modul yang berkualiti.
Inilah kualiti yang cuba dijaga oleh kami di Asia Camp. Kami sentiasa memastikan modul yang berkualiti itu adalah seiring dengan fasiliti atau kemudahan tempat yang ditawarkan dan dilengkapi dengan kekuatan fasilitator dan para pelatih modul yang berpengalaman. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini, kita mampu melahirkan generasi pemimpin negara yang berkualiti dari segi intelektual dan kekuatan modal insannya yang lain.
Skill kedua yang penting dan perlu ada adalah survival cooking. Pentingnya survival cooking ini kerana ketika perkhemahan di hutan, makanan yang dimasak itu mampu dimakan dan memberikan tenaga kepada para peserta untuk menjalankan tugasan perkhemahan yang lain.
Terdapat dua asas penting yang perlu dikuasai pelajar dalam menguasai survival cooking skill di hutan.
1) Survival cooking dalam menggunakan segala bahan atau peralatan yang ada untuk menyiapkan ‘task’ memasak
Contoh yang boleh kita lihat dalam gambar di bawah, para peserta menggunakan cooking pot (yang berbentuk segi empat) sebagai besen basuh, isian bahan masakan, sebagai pot memasak, papan memotong, menggoreng dan menumis, selain turut menjadikan pot berkenaan dan daun-daun hutan sebagai ‘pinggan’ dan ‘cawan’ untuk keperluan hidangan dan sajian. Para peserta juga menggunakan buluh sebagai bekas menanak nasi dan simpanan stok bekalan air. Survival cooking para peserta di sini merupakan adaptasi dan transformasi bahan kepada sesuatu yang kreatif dan berguna untuk perkhemahan di hutan.
Alhamdulillah, dengan kemahiran survival cooking sebegini para peserta kita mampu menikmati hidangan dan kenyang di hutan. Cuba kita bayangkan, jika ketiadaan survival cooking untuk bertransformasi, para peserta akan membawa segala keperluan dan alatan memasak seperti memasak di dapur rumah. Segala besen-besen khas untuk sayur, ikan, bahan penumis dan lain-lain adalah berasingan. Periuk kuali untuk masakan sayur dan lauk-pauk juga berasingan. Bukankah akan menyebabkan pemberatan beg muatan dan melambatkan proses memasak di hutan? Itu pentingnya untuk keluar dari ‘comfort zone’, perlahan-lahan membina kemahiran survival cooking dan belajar untuk lebih berdikari, mampu tiruvasi dan fleksibel.
2) Survival cooking dalam kemampuan teknikal memasak
Kemahiran survival cooking di sini lebih kepada aspek teknikal yang merangkumi kebolehan para peserta untuk menghidupkan api dan mengawal api dari padam. Kemampuan dan kreatif menggunakan bahan yang ada sebagai ganti, tidak berguna jika bahan tidak boleh dimasak. Masakan dapat dimakan nasinya jika berasnya tidak dimasak? Jadinya, pengetahuan asas bagaimana untuk menghidupkan api itu penting bagi membolehkan bahan-bahan makanan dimasak sebaiknya, mampu mengenyangkan dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan para peserta. Langkah asas untuk menghidupkan dan mengawal api ini adalah tips dari http://01serembantimur.blogspot.com/p/persediaan-1.html :
i) Menggunakan ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran.
ii) Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak.
iii) Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.
iv) Tindihkan kayu yang bersaiz besar apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.
v) Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.
Nah, inilah 2 pengetahuan asas dan kemahiran yang perlu ada dalam survival cooking skill di hutan. Apapun, jom kita tengok menu-menu masakan di hutan yang dihasilkan oleh para peserta kita di Asia Camp. Sangat melelehkan air liur dan pastinya yummy sekali dengan pakej perut yang sudah berkeroncong lapar!
Menu 1: Nasi ayam kuning special de banana leafMenu 2: Cokodok kawah daun hijauMenu 3: Opor ubi dan nasi rebungMenu 4: Appetizer buah berangan bersama kuih bakar istimewaMenu 5: Jemput-jemput ubi bersama kelapa dara KKBMenu 6: Sandwich telur special de’ palas bersama ikan bakar daun kunyit
Wah, menarik sangat aneka masakan lauk-pauk hutan adik-adik peserta kita di Asia Camp ini. Terbaik buat adik-adik peserta sekalian! Kalian adalah chef sebenar buat diri! Moga skill ini bermanfat dan berguna untuk survival di masa hadapan.
Kemahiran menerima dan mendengar arahan ini nampak mudah, simple dan seringkali dianggap remeh oleh kebanyakan anggota masyarakat hatta diri kita sekalipun. Namun demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa gagalnya sesebuah organisasi mahupun pasukan atau gerakan adalah berasas dari kegagalan menerima dan mendengar arahan pemimpin atau orang atasan.
Bercerita mengenai kemahiran menerima dan mendengar arahan ini, saya suka kongsikan satu video mengenai aktiviti LDK pelatih-pelatih suatu organisasi yang tak diketahui yang viral di media sosial baru-baru ini. Di dalam video tersebut, para pelatih atau peserta LDK berada di dalam suatu situasi di mana mereka perlu menerima dan mendengar arahan oleh wakil fasilitator. Ikuti durasi penuh video sehingga habis, kita boleh melihat transformasi mesej yang diberikan oleh wakil fasilitator adalah seperti berikut:
Fasa kelima mesejnya memberitahu, “adanya orang di belakang”
Fasa terakhir apabila mesej disampaikan semula kepada fasilitator: mengatakan, “you are the best!”
Ini merupakan satu contoh aktiviti LDK yang bagus dalam memahami betapa pentingnya kemahiran menerima dan mendengar arahan. Kesudahannya kedengarannya lucu dan mudah, bukan?
Tetapi, apabila kita refleksi semula dalam kehidupan seharian, kegagalan menerima dan mendengar arahan ini akhirnya membawa kepada kemusnahan hidup, hubungan dan prestasi kerja. Ia adalah suatu mesej yang menggerunkan. Mesej menerima dan mendengar arahan yang kelihatannya ‘simple’ mampu mengungkai kepada satu transformasi yang complex dan merapu.
Berbalik kepada konteks kem atau latihan perkhemahan unit beruniform sekolah misalnya, kegagalan peserta atau pelajar menerima dan mendengar arahan ketua akan membawa kepada perjalanan aktiviti yang suram. Ia mampu merosakkan mood di antara fasilitator dan peserta, memecahkan kerjasama rakan sepasukan dan membawa kepada perspektif ‘sakit’ akan teruknya wakil pelajar dari sekolah berkenaan, atau organisasi yang terbabit dan sebagainya.
Sesi perkhemahan unit beruniform bersama para pelajar dari SK Kementah, mereka tekun mendengar arahan bagi aktiviti seterusnya
Untuk mengatasi masalah ini, solusinya hanya satu. FOKUS, FOKUS dan FOKUS! Para peserta perlu meningkatkan fokus deria menerima dan mendengar arahan, kemampuan menaakul maklumat yang diberikan dan bergerak kerja dalam pemikiran kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah. Ini merupakan survival skill yang akan digunakan seumur hidup dan perlulah ditingkatkan dan di-upgrade dari masa ke semasa.
Skill menerima dan mendengar arahan ini sangat berguna dalam seluruh ruang lingkup kehidupan, dan di kem kami di Asia Camp, skill ini adalah ‘first bucketlist’ yang perlu dihadam dan dipraktikkan. Para peserta khususnya para pelajar tidak seharusnya malas dan lesu. Segala deria dan kemampuan diri dikuatkan untuk terus eningkatkan prestasi diri.
Apapun, tahniah kepada abang-abang dan kakak-kakak pelatih di video tadi, anda sangat menghiburkan kami! Kami belajar sesuatu dari anda semua hari ini.
Aktiviti kokurikulum unit beruniform merupakan satu elemen penting yang seiring dengan pembinaan kurikulum pelajar di sekolah-sekolah. Gandingan kurikulum dan kokurikulum merupakan paduan pembinaan intektual dan sahsiah diri bagi seseorang pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum oleh unit beruniform sekolah ini boleh dikatakan kebanyakannya melatih para pelajarnya akan semangat berdisiplin, kerjasama, amanah dan berdedikasi, berkeyakinan, bertanggungjawab, kemahiran berinteraksi di samping ‘skill’ survival kehidupan serta keprihatinan dalam mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Badan beruniform ini menjadi medan utama untuk mencorakkan barisan pemimpin-pemimpin muda negara yang berwibawa untuk bekalan di masa hadapan.
Jens-jenis badan beruniform yang terdapat di sekolah-sekolah di Malaysia
Kebiasaanya, anggota pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kem dan aktiviti di luar sekolah misalnya aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi bagi memenuhi tuntutan latihan dan objektif badan uniform berkenaan. Jelasnya, kegiatan yang dijalankan oleh badan beruniform ini mampu menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan fokus belajar di kalangan para pelajar. Selain ilmu akademik, para pelajar di sini turut diasuh dengan ilmu kehidupan dan sosial untuk pembangunan insani di masa hadapan.
Admin masih ingat semasa di sekolah dahulu, Kadet Remaja Sekolah khususnya pelajar-pelajar lelaki sibuk dengan latihan formasi kawad dan melatih tubi membina kekuatan diri bagi menyertai pertandingan kawad di antara sekolah-sekolah, mewakili daerah dan negeri. Pada masa yang sama, Persatuan Bulan Sabit Merah pula diberikan latihan dan pengetahuan tentang pertolongan kecemasan dan mendapat ‘first-hand experience’ bersama pihak-pihak keselamatan seperti Paramedik hospital, bomba dan anggota penyelamat. Manakala bagi unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan Pandu Puteri, para pelajarnya diajarkan pengetahuan asas memasak, menyelamat dan keselamatan, perkhemahan, kerjasama dan berpasukan serta sikap tolong-menolong dan bertoleransi.
Himpunan badan beruniform mampu meluaskan jaringan kenalan dan meningkatkan kemahiran kehidupan dan sosial pelajar secara umumnya
Admin juga masih ingat akan jamboree kebangsaan yang menghimpunkan anggota-anggota badan beruniform sama ada sesama jenis atau bukan yang menggabungkan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Di kala ini, anggota badan beruniform berpeluang berinteraksi bersama para pelajar dari sekolah lain, menjalinkan kenalan baru dan hubungan mesra di antara generasi tua dan muda serta membina jaringan kemahiran yang lebih meluas dengan perbezaan latar belakang dan budaya.
Menuju ke tahap ini, segalanya bermula dengan aktiviti-aktiviti badan beruniform di sekolah-sekolah terlebih dahulu. Bagi melatih para pelajar mendapatkan kemahiran asas ini, selain di sekolah, di sinilah lahirnya keperluan pusat-pusat latihan dan rekreasi seperti Asia Camp ini bagi menyahut keperluan semasa badan-badan beruniform sekolah. Sebagai contoh, apabila pelajar menyertai aktiviti kokurikulum unit beruniform, mereka memerlukan tempat latihan, bahan atau modul latihan serta kelengkapan-kelengkapan yang lain seperti asrama, dewan makan, tandas, padang, tempat terbuka, gelanggang dan sebagainya. Bagi aktiviti perkhemahan unit beruniform pula, mereka memerlukan modul perkhemahan dan kelengkapan perkhemahan seperti khemah dan alatan memasak serta kemahiran membina gajet perkhemahan yang lain sebagai kit survival di hutan.
Modul latihan yang seimbang dan berkualiti membantu pembentukan karakter diri pelajar sejajar objektif aktiviti badan-badan unit beruniform berkenaan
https://www.youtube.com/watch?v=Zk5cWh_d00Y
Kem Unit Beruniform di AsiaCamp
Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform ini berkemampuan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh yang demikian, kesediaan tempat latihan dan rekreasi yang baik, pembinaan modul yang berkualiti, para fasilitator yang berkemampuan dan fasiliti lain yang menyokong dilihat wajar diketengahkan dan amat penting dalam memastikan kelestarian aktiviti kokurikulum bagi badan unit beruniform ini.
Kem unit beruniform?
Kem kepimpinan?
Kem motivasi?
Ramai tidak dapat hadir Sertai kem unit beruniform atau kem motivasi kerana kos mahal?
Kami sedia bantu.
Di akhir kem unit beruniform disini, peserta akan dapat:
Memahami kepentingan semangat kerjasama diantara satu sama lain.
Membentuk disiplin kendiri setelah 3 hari 2 malam terasing dengan keluarga.
Pakej lengkap kami meliputi:
Penginapan katil single
Siap almari(bukan double decker)
Makan 12 kali
Hari 1:makan Malam,minum Malam
Hari 2:sarapan pagi, makan tengahari, makan Malam, minum Malam
Hari 3: sarapan pagi, makan tengahari
Aktiviti penuh
Hari pertama : Ice breaking, mind setting, taklimat keselamatan dan kesihatan, kraf perkhemahan ,etika perkhemahan dan night walking.
Hari kedua : Senamrobik/kawad kaki, asas ikatan tali-menali, masakan rimba, exolorace, asas pertolongan cemas, asas menyelamat, berakit dan persembahan kebudayaan.
Hari ketiga : Senamrobik/kawad kaki, jungle trekking/flying fix dan majlis penutup.
Boleh juga diisi dengan slot kepimpinan@motivasi@sahsiah.
Kami gandakan keseronokan dengan pengisian objektif program, pegawai kami amat menitikberatkan penyampaian yang membolehkan peserta belajar sesuatu disini.
Setiap aktiviti kami akan isikan mengikut prinsip “from experience to learning”. Oleh itu, peserta tidak semata-mata seronok menghadiri kem kami. Bahkan, mereka pasti akan mempelajari elemen kem unit beruniform dengan lebih baik dan mendalam.
Elemen Latihan
Elemen ini termasuklah:
Kerjasama ketika berada di dalam kumpulan : Ini boleh dilihat ketika aktiviti mencabar dilakukan seperti asas masakan rimba, asas pertolongan cemas dan asas ikatan.
Kesemua aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan sekaligus memudahkan jurulatih memindahkan pengalaman yang diterima peserta kepada pembelajaran yang seronok.
Disiplin diri walaupun di di luar zon selesa : Peserta yang duduk di dalam dorm dengan kemudahan minimum membolehkan sesi pembelajaran melibatkan penampilan diri disusun dengan lebih mudah.
Semua aktiviti harian pelajar tanpa melibatkan keluarga akan membolehkan pelajar memahami kepentingan disiplin diri dengan lebih baik.
Kelebihan lain
Apa yang tuan/puan akan dapat disini:
Parking luas. 400 kereta boleh masuk
Dewan tertutup yang selesa
Tandas yang banyak(150 unit)
Panorama indah(di kaki bukit)
Kem bersebelahan Sungai, bebas dari aktiviti awam.
Keselamatan terjamin sebab di pagar rapi seluruh kem. Hanya ada 1 pintu dihadapan untuk laluan utama.
Padang kawad sebesar padang bola sepak untuk aktiviti