Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

Water Rafting (Part 1)

Water rafting merupakan salah satu aktiviti luar yang makin diminati oleh masyarakat. Di sesetengah tempat di negara kita, water rafting ini menjadi sukan rekreasi air yang kian digilai oleh para belia. Apa itu water rafting sebenarnya? Secara kasarnya, ia dikenali sebagai aktiviti atau sukan air yang melibatkan rakit atau bot dan dipandu dengan dayungan oleh para pemainnya. Kebiasaannya, sukan water rafting ini dijalankan di air putih atau ‘white water’ yang melibatkan jeram terjunan, di sungai, tasik atau empangan. Water rafting tidak digunakan di lautan ya!

Terdapat 4 alatan utama yang diperlukan untuk aktiviti ini; (1) rakit, (2) pendayung atau ‘paddles’, (3) ‘life-jacket’, dan (4) alatan apungan untuk masa-masa kecemasan.

Di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp, aktiviti water rafting ini merupakan modul yang paling ditunggu-tungu oleh para peserta. Kami menyasarkan 2 objektif utama untuk modul ini yaitu; (i) semangat kerjasama sepasukan, dan (ii) persediaan stamina, kelasakan, kekuatan tangan dan keseimbangan tubuh badan ketika di atas bot.

Nampaknya seperti mudah, bukan? Mari kita perhalusi lagi.

Dalam modul ini, objektif pertama yang harus dilalui oleh para peserta di Asia Camp melibatkan kerjasama untuk memasangkan dan menyiapkan rakit.

Ikatan pada kayu yang digunakan untuk membuat rakit biasanya menggunakan kaedah ‘Shear Lashing’,

Shear dan Tripod Lashing merujuk kepada ikatan asas bagi aktiviti water rafting
Kaedah ikatan Diagonal Lashing pula biasanya digunakan untuk mengikat objek yang lebih besar seperti tong udara, pokok, gerbang atau pondok

Gambar-gambar di bawah merupakan aktiviti pemasangan peralatan bagi tujuan water rafting. Para peserta menggunakan aplikasi teknik ikatan dan simpulan dari ‘Shear dan Tripod Lashing’ untuk memasang tapak atau ‘base’ bagi rakit. Dalam modul ini, pelatih di Asia Camp menggunakan tong-tong biru kosong sebagai bahan apungan. Galah yang disediakan haruslah diikatkan oleh para peserta sebagai kekangan ruang bagi memasukkan tong-tong biru sebagai apungan. Tong biru besar ini sesuai digunakan sebagai bahan apungan kerana ia menyokong lebih banyak ruangan udara dan bebanan berat muatan rakit peserta nanti.

Gelajat para peserta program memasangkan base sebagai tapak menggunakan galah yang diikatkan dengan ikatan shear lashing dan tripod lashing
Setelah ‘base’ rakit disiapkan, para peserta kemudiannya memasang tong-tong besar biru sebagai bahan apungan bagi rakit

Semasa aktiviti pemasangan rakit dan bahan apungan ini, semangat kerjasama pasukan merupakan suatu elemen yang penting. Ini kerana kepantasan ahli kumpulan menyiapkan pemasangan, komunikasi kedudukan ahli dan penyelarasan kerja akan memastikan kerja disiapkan dengan cepat dan rakit selamat untuk dinaiki. Oleh itu, ‘sequence’ arahan oleh ketua kumpulan dan kerja dari setiap ahli amat penting bagi mengelakkan kegagalan rakit untuk terapung di kemudian hari.

Bersambung di Part 2…

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

 

Related Posts

Leave a Reply