PENILAIAN KEBERKESANAN KEM MOTIVASI KAYU PENGUKUR KECEMERLANGAN

Penilaian keberkesanan kem motivasi adalah perlu bagi para penganjur yang menjalankan kem tersebut untuk merumuskan hasil dan tujuan sepanjang kem tersebut berlansung sama ada ia menepati objektif kem tersebut diadakan pada awalnya. Penilaian juga dianggap sangat penting kerana kejayaan dan kemajuan sesebuah kem motivasi akan menentukan sama ada program tersebut layak diadakan semula pada masa akan datang atau tidak boleh diteruskan lagi.

Selain menjadi alat pengukur kejayaan dan kegagalan sesebuah kem motivasi turut dinilai dari cara pengelolaan penganjur. Justeru, segala tingkah laku para peserta dan cara penerimaan mereka adalah sangat penting untuk diambil kira.

Contoh Borang Kajian Pelanggan

Penilaian keberkesanan kem motivasi juga biasanya dapat dibuktikan melalui data yang tepat dengan menggunakan borang kajian kepuasan pelanggan. Antara perkara yang diminta pihak pengajur untuk dinilai dalam borang penilaian tersebut adalah seperti perjalanan kem motivasi, makanan, masa, bahan-bahan program, masa rehat, aktiviti-aktiviti yang dirancang, peranan pemudah cara dan lain-lain. Justeru, maklum balas daripada para peserta adalah sangat penting dalam tujuan menentukan kejayaan kursus motivasi yang dirancang.

Jika terdapat komen-komen negatif yang diberi daripada para peserta pula, pihak penganjur harus memandang dari sudut positif dan cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut di masa akan datang sekiranya program tersebut masih perlu dijalankan.

Justeru, penilaian keberkesanan kem motivasi ini menjadi bukti bahawa sesebuah program itu dilaksanakan. Dalam soal penilaian ini pula, pihak penganjur juga perlu mematuhi beberapa garis panduan asas untuk mempamerkan imej dan perlakuan positif seperti etika pakaian misalnya supaya aura negatif tidak menjadi ikutan para peserta.

Sebagai contoh, penganjur hendaklah berpakaian formal dan tidak merokok di kawasan kem motivasi. Ini kerana, sekiranya didapati mana-mana penganjur atau pemudah cara yang berkelakuan sedemikian, maka para peserta akan secara automatik menyatakan bahawa mereka turut dibenarkan untuk berkelakuan sama.

Jika perkara di atas berlaku, maka sekaligus ia akan mempengaruhi kepada keputusan penilaian keberkesanan kem motivasi itu secara menyeluruh.

satisfied with the activities n the trainers.. they r friendly n knowledgeable..love them very much.. – Cg Tan

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

PENDEDAHAN PROGRAM BINA KERJAYA KEPADA PARA REMAJA

Program membina kerjaya di kalangan para remaja adalah salah satu contoh program yang sesuai dilaksanakan semasa kem motivasi dianjurkan. Menerusi kem motivasi, pengenalan kepada aktiviti-aktiviti yang dapat membina kerjaya di masa akan datang akan didedahkan kepada para remaja. Usia remaja iaitu 13-18 tahun adalah sangat perlu didedahkan dengan realiti kerjaya.

Jika dibandingkan dengan dua dekad yang lalu, pemikiran para ibu bapa hanya tertumpu kepada kemajuan akademik sahaja lantaran memaksa anak-anak mereka untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pelajaran. Jika ada anak-anak yang kurang cemerlang pula, maka anak tersebut seolah-olah dianggap seperti tidak mempunyai masa hadapan yang cerah.

Justeru, program membina kerjaya di kalangan para remaja ini adalah salah satu contoh platform terbaik pada masa kini untuk memperkenalkan dan memberitahu kepada para remaja bahawa kejayaan seseorang itu tidak lagi diukur melalui pencapaian akademik semata.

pupuk minat melalui badan berunifrom

Sebagai contoh melalui Program Usahawan Beliau Tani mendedahkan para remaja tentang pengeluaran tanaman makanan yang dilakukan bagi menyahut dasar pertanian Negara di samping untuk memenuhi keperluan pekerjaan di kalangan golongan remaja. Di bawah rancangan ini, tanah hak milik kerajaan yang berpotensi akan dimajukan bagi penanaman pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan bergantung kepada mutu dan jenis tanah. Pendedahan ini seharusnya membantu golongan remaja yang minat bercucuk tanam.

Program membina kerjaya di kalangan para remaja ini biasanya dilaksanakan menerusi beberapa program lain anjuran jabatan kerajaan seperti Program Rakan Muda dan Program Latihan Keusahawanan.

Program keusahawanan dilaksanakan bagi memupuk potensi keusahawanan dalam kalangan remaja serta memberi pendedahan kepada cara pemasaran produk. Latihan ini juga dilihat sebagai latihan yang sangat bermanfaat kerana ia memberikan pendedahan sebenar tentang dunia usahawan dan cabaran-cabarannya.

Bagi golongan remaja yang dilihat cemerlang dari segi akademik pula, melalui program membina kerjaya ini, mereka akan didedahkan kepada jenis-jenis kerjaya dan pekerjaan yang boleh dipilih. Antara bidang kerjaya yang disyorkan kepada mereka adalah kerjaya dalam sektor awam, bidang pendidikan, bidang perbankan dan bidang perubatan.

Kesimpulannya, program bina kerjaya bagi remaja adalah perlu diselitkan dalam setiap kem motivasi pelajar sekolah khususnya sekolah menengah.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>