Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, Team Building

KEM BERUNIFORM LANGKAH PERTAMA KERJAYA

Kem beruniform seringkali dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai salah satu usaha bagi membolehkan para pelajar merasai pengalaman sebenar sebelum menjadikan uniform pilihan mereka sebagai satu kerjaya. Antara badan beruniform yang paling popular di kalangan para pelajar adalah kadet polis, kadet bomba, kadet pertahanan awam dan persatuan bulan sabit merah.

Ketiga-tiga badan beruniform ini mendedahkan pengetahuan asas kepada alam sebenar pekerjaan sebagai anggota polis, ahli bomba, ahli jabatan pertahanan awam dan juga petugas perubatan.

Semasa menjalani kem, mereka akan diajar dan dilatih untuk bangun pada awal pagi dan memulakan hari dengan senaman dan latihan kawad kaki.

Kem beruniform ini juga akan mendedahkan para peserta untuk mendalami serba sedikit ilmu pertolongan cemas seperti membuat anduh. Selain daripada itu, sesi motivasi juga akan diselitkan dengan menjemput ahli sebenar badan beruniform tersebut untuk berkongsi pengalaman dalam dunia pekerjaan.

Ini kerana apabila mereka di sekolah, mereka hanya didedahkan dengan teori sahaja. Namun ia berbeza apabila memasuki alam pekerjaan yang sebenar kerana mereka bukan sahaja perlu mempertaruhkan nyawa sendiri malah terikat dengan tanggungjawab dan ikrar janji untuk menjaga keselamatan dan nyawa orang lain juga.

Justeru, melalui perkongsian pengalaman daripada ahli sebenar akan menyedarkan para pelajar betapa pentingnya ilmu yang diperolehi dalam kem beruniform ini.

Selain daripada dapat mendedahkan para pelajar tentang dunia sebenar alam pekerjaan bagi golongan badan beruniform, para pelajar juga akan melatih ketahanan diri secara mental dan fizikal melalui aktiviti lasak yang lain.

Ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu juga halnya dengan kaedah pendedahan yang diterapkan dalam pelaksanaan kem berunifrom ini. Minat yang mendalam sejak dari kecil dibantu pula dengan pendedahan yang betul akan memudahkan para pelajar dalam menentukan hala tuju kerjaya mereka sejak di bangku sekolah lagi.  

Pengalaman bukan sahaja perkara yang telah terjadi pada diri kamu, tetapi apa yang kamu lakukan dengan kejadian yang kamu alami. – Aldous Huxley

Justeru, kem sebegini harus dijalankan dengan lebih kerap lagi kerana ia nyata memberi pelbagai manfaat dan kebaikan kepada semua pihak terutama kepada para pelajar.

Klik di sini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *