Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

Ciri-ciri Jurulatih Kem Yang Baik

Survival dan lestarinya sesebuah pusat latihan dan rekreasi seperti di Asia Camp tidak sahaja terletak kepada penyertaan ahli atau tempahan kem yang penuh di setiap bulan. Namun, ia turut terletak di bahu jurulatih kem serta seluruh staf yang bersama-sama menggemblengkan tenaga dalam menjayakan pusat latihan berkenaan.

Peranan jurulatih kem ini pastinya tidak mudah. Jurulatih kem merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menguruskan perjalanan program, mengatur dan mengkoordinasikan strategi, mereka yang merangka modul-modul kem, mendidik dan melatih peserta dan juga para pelatih fasilitator di bawah jagaannya.  Jurulatih kem turut menggalas peranan merangsang dan memotivasikan pelatih dan peserta apabila menghadapi situasi ‘breakdown’ atau detik-detik kecemasan. Secara keseluruhannya, jurulatih kem merupakan ‘key main player’ dalam memastikan perjalanan program, kem, atau kursus yang diadakan di pusat latihan berkenaan berjalan lancar dan tidak bermasalah.

Jurulatih berperanan menjaga dan memastikan keseluruhan program berjalan dengan lancar

Berikut merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai sebagai jurulatih yang baik:

1)      Berdaya Aktif Secara Fizikal dan Mental

Ciri utama jurulatih ini bersifat ketua yang berkemampuan memimpin satu kumpulan yang besar. Jurulatih perlu mempunyai ketahanan fizikal yang kuat, kemampuan berfikir dan bertindak secara cepat selain cerdas dan aktif. Jurulatih yang berkesan ialah mereka yang telah melalui pelbagai pengalaman dan ini digunakan bagi membantu anak didik dan peserta di bawah jagaannya.

2)      Berpengetahuan Luas

Jurulatih yang baik juga adalah mereka yang mengetahui banyak hal berkaitan pelatihan dan peraturan-peraturan di kem. Ini meliputi peraturan keselamatan, prosedur permainan, tatacara dan teknik menguruskan setiap modul yang berbeza, dan berpengalaman dalam menguruskan crowd peserta dan kumpulan-kumpulan besar.  

3)      Mempunyai Dorongan dan Motivasi yang Tinggi

Ciri lain juga memfokuskan jurulatih yang mempunyai sasaran berorientasikan objektif pencapaian. Sebagai contoh, kemampuan dalam menilai dan bertindak dalam situasi kecemasan memerlukan jurulatih bersifat kreatif, berfikiran terbuka, mampu membuat keputusan yang cepat dan jitu. Jurulatih berpandangan jauh dan segera bertindak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan dan praktikal dengan situasi semasa.

4)      Penyabar dan Komitmen Emosi yang Kuat

Ciri terakhir yang perlu ada ialah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Mendidik, melatih dan menjaga crowd peserta yang ramai dalam fokus bidang yang berbeza bukanlah suatu kerja yang mudah. Kerenah dan ragam setiap individu/peserta dalam keadaan apa sekalipun merupakan satu cabaran yang besar kepada jurulatih. Ini kerana jurulatih berhadapan dengan potensi diri individu yang berbeza. Oleh yang demikian, tatacara dan tindak balas jurulatih juga mampu menjadi push atau pull factor kepada peningkatan diri yang lebih baik mahupun sebaliknya.

Jurulatih yang baik mampu mengawal crowd dan memotivasikan ahlinya

Benarlah kata-kata orang bijak pandai, semua orang boleh menjadi ketua, namun untuk memimpin dan menjadi ketua yang baik, ditambah pula untuk dihormati oleh ahlinya merupakan suatu perkara yang susah. Namun, ia bukanlah mustahil.

Inilah kualiti pemimpin yang dilihat dan diutamakan oleh kami di Asia Camp. Kemampuan dan kualiti kepimpinan itu turut dititikberatkan berdasarkan pemilihan jurulatih kem yang terbaik untuk para peserta.

Ikuti inside story pengalaman para jurulatih kami di sini:

https://asiacamp.my/kem-pelajar-menaburkan-budi-menyebarkan-bakti/
https://asiacamp.my/kem-motivasi-pelajar-siri-2/
https://asiacamp.my/kem-pelajar-kelantan-siri-3/

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *