CUTI-CUTI DI ASIA CAMP

Cuti-cuti di Asia Camp mungkin kedengaran agak pelik bagi penggemar percutian yang mengkhususkan aktiviti percutian di kawasan pantai atau kawasan peranginan tanah tinggi. Namun begitu, lain pula halnya dengan para peminat aktiviti riadah seperti jungle tracking, flying fox dan abseiling. Menjadikan pusat riadah santai dan reaksi di Asia Camp bukan sahaja dapat memenuhi semua keperluan aktiviti anda, malah bakal pengujung turut disajikan dengan pemandangan indah alam semulajadi.

Keindahan hutan belantara dan saujana mata memandang di sekitar tasik ditambah lagi dengan kemudahan penginapan yang selesa menjadikan para penggemar percutian mempunyai alternatif baru semasa bercuti bersama.

Cuti-cuti di Asia Camp akan bertambah menarik jika disertai oleh ramai ahli keluarga. Ini kerana lokasi yang luas memudahkan anda untuk menjalankan aktiviti lain seperti sambutan hari lahir, permainan rebut kerusi dan masakan BBQ atau apa sahaja aktiviti yang sesuai untuk sambutan family day.

Selain bercuti, para pengunjung juga berpeluang menambah ilmu baru antaranya seperti survival cook dan mendengar ceramah motivasi. Meskipun Asia Camp menjadi pilihan utama para pengunjung untuk menjalani latihan seumpama kem, namun ia tetap dibuka kepada golongan yang ingin bercuti dan bersantai bersama keluarga. Anda hanya perlu memilih aktiviti yang sesuai di sini dan kami akan realisasikan impian cuti-cuti di Asia Camp anda.

Bercuti untuk hilangkan bosan, Semua orang patut merasa, Bercuti santai impian insan, Kumpullah duit dan rancanglah masa.

Sedikit tips untuk percutian yang menggembirakan untuk anda adalah yang pertama pastikan lokasi percutian yang dipilih adalah sahih. Semak data dan semua infonya melalui laman media sosial dan jangan lupa untuk membaca ulasan dari mereka yang pernah datang. Jika ada ulasan yang tidak bagus  jangan khuatir kerana sekurang-kurangnya anda tahu tempat tersebut benar-benar wujud dan pilihan di tangan anda pula untuk merasai pengalaman. Seterusnya, rancang tarikh anda sebaiknya. Cuba elakkan untuk pilih tarikh sesak seperti cuti sekolah atau cuti perayaan kerana pengalaman bercuti semasa hari berkerja adalah paling menenangkan dan mendamaikan kerana kurang kesesakan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

CABARAN HIDUP MASA KINI

Cabaran hidup individu pada masa kini nyata berbeza senarionya jika dibandingkan dengan cabaran hidup pada zaman dahulu. Namun begitu, tidak dinafikan bebanan cabaran yang dihadapi oleh mereka pula tidak jauh berbeza. Jika pada zaman dahulu, cabaran yang paling getir bagi masyarakat adalah untuk mengecapi kemerdekaan, manakala, pada zaman sekarang cabaran yang paling getir pula adalah untuk mencari rezeki.

Seiring dengan kepesatan kemajuan ekonomi dunia menjadikan nilai mata wang sebagai nadi utama kehidupan, ditambah pula dengan harga barang yang semakin meningkat, maka ramai individu yang semakin tidak mampu menguruskan cabaran kehidupan dan tekanan yang dihadapi.

Justeru, cabaran hidup perlu ditangani dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini menakluki minda dan fikiran seseorang. Salah satu cara terbaik untuk menghadapi cabaran dan tekanan adalah dengan mencari tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran dan mendapatkan semula motivasi diri.

Apa yang menarik di Asia Camp adalah ia bukan sahaja sesuai bagi para penggemar aktiviti lasak, malah ia juga sesuai untuk dijadikan tempat menghilang stress dan tekanan sekiranya anda telah menemui jalan buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalah sebagai contoh masalah di tempat kerja yang tidak menyeronokkan dan semakin membebankan.

Masalah ini sebenarnya dihadapi oleh semua golongan. Ini kerana, cabaran hidup dalam berkerja adalah menjadi satu asas dalam menjalani apa sahaja bidang perkerjaan dan pengajian. Orang berniaga dengan masalah jualan, orang makan gaji pula menghadapi masalah daripada rakan sekerja yang menjengkelkan, begitu juga golongan pelajar yang sentiasa tertekan untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Bak kata pepatah, berundur bukan bererti menyerah kalah, tetapi berundur untuk menyusun langkah. Pepatah ini sesuai jika diterjemahkan dalam keadaan anda merasa sangat tertekan dengan masalah-masalah seumpama di atas, maka ada baik jika anda berundur seketika daripada tempat bekerja atau belajar anda dan datang ke Asia Camp untuk merasai pengalaman baru untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.

Mentari muncul memberi harapan, Harapan baru setiap hari, Cabaran hidup rempah kehidupan, Jalan penyelesaian perlu dicari.

Bukan sahaja anda dapat melihat keindahan alam semulajadi, malah pelbagai aktiviti menarik yang boleh dipilih oleh anda di Asia Camp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

ILMU DI HUTAN

Ilmu di hutan adalah sangat penting bagi para pengembara sebelum menerjah masuk ke dalam isinya. Pelbagai bahaya dan keadaan yang luar biasa yang sering dikongsi oleh golongan yang suka mengembara di dalam hutan belantara ini. Ada yang terjatuh di dalam gaung, ada juga yang tersesat sehingga berhari-hari malah yang paling menakutkan sekiranya bertemu dengan binatang buas seperti Pak Belang ataupun binatang buas yang lain.

Sedikit perkongsian ilmu yang ingin disampaikan dalam artikel kali ini diharap akan dapat memberikan  serba ringkas ilmu pengetahuan dan panduan kepada bakal pengembara, para pendaki gunung, penggemar perkhemahan atau kaki pancing.

Antara ilmu di hutan yang penting adalah untuk mengenalpasti kehadiran binatang buas seperti harimau. Sekiranya anda sedang berada di dalam hutan dan suasana bising dengan kicauan burung dan unggas itu adalah satu perkara yang normal dan tidak perlu merasa bimbang. Namun demikian, sekiranya bunyi-bunyi unggas tadi tiba-tiba menjadi senyap dan sunyi sepi ia menandakan ada binatang buas seperti harimau ataupun beruang sedang menghendap mangsa. Sekiranya ia terjadi dan bau hamis pula menjengah, maka langkah terbaik adalah jangan sesekali menunggu lagi dan bertelagah sesama sendiri tetapi adalah lebih baik anda perlu segera beredar daripada tempat tersebut dan berlari ke tempat yang selamat.

Selain itu, ilmu di hutan seperti mengetahui tanda-tanda kepala air juga adalah sangat penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan yang tidak diingini. Sering kali kita membaca berita di media sosial yang melaporkan kemalangan jiwa menimpa keluarga yang sedang berkelah di kaki air terjun. Mereka tidak sedar bahawa kepala air sedang laju turun menghampiri mereka dan dengan sekelip mata sahaja semua telah hanyut dibawa arus deras.

Tanda-tanda yang boleh diperhatikan adalah ketinggian air ketika anda berendam naik mendadak. Selain itu, kehadiran buih-buih putih di permukaan air juga menandakan kepala air sedang berlaku. Jika terdapat tanda-tanda ini, segera naik ke darat dan mencari tempat tinggi.

Indah menghijau sawah dan padi, Angin bersepoi meniup lena, Ilmu di hutan ibarat nadi, Menjadi penyelamat ketika bencana.

Ilmu di hutan ini perlu diketahui oleh setiap para pengembara sebelum anda berkelah, mendaki gunung, berkhemah atau memancing. Justeru, sekiranya anda memilih Asia Camp sebagai tempat perkhemahan maka, para jurulatih kami akan sentiasa mengawasi anda untuk memastikan keselamatan para peserta terjamin.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

SEMANGAT SETIAKAWAN

Semangat setiakawan boleh diterjemahkan sebagai satu bentuk hubungan atau ikatan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain. Semangat jitu setiakawan ini juga seringkali sinonim dengan kaum lelaki yang kebiasaannya lebih mementingkan nilai persahabatan berbanding dengan kaum wanita.

Jika diperhatikan teori ini ada benarnya kerana jarang kita dengar keluhan-keluhan daripada kaum lelaki mengenai sahabat yang menikam belakang berbanding dengan keluhan daripada kaum wanita. Asas dan tunjang kepada semangat ini adalah persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain. Sekiranya dua nilai ini dipegang kukuh maka, kebiasaanya persahabatan yang terjalin akan berkekalan sehingga mereka meniti hari tua kelak.

Semangat setiakawan ini boleh disemai melalui aktiviti-aktiviti dan program-progam di Asia Camp seperti Kem Jati Diri, Kem Motivasi, Kem Latihan Unit Beruniform bahkan juga Kem Jati Diri. Melalui program-program penerapan nilai murni sebegini, asas kepada kepercayaan sesebuah hubungan akan dititikberatkan dalam usaha untuk mencapai suatu kesepakatan yang jitu.

Nilai-nilai murni yang lain juga turut diterapkan dalam menyemai asas semangat ini di antaranya adalah semangat berpasukan, kerjasama, keberanian, bertoleransi, dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Justeru dalam kem-kem yang dianjurkan oleh pihak Asia Camp akan membantu para peserta mengenal siapa diri mereka terlebih dahulu seterusnya membantu sahabat mereka pula.

Semangat setiakawan yang benar akan dapat membantu seseorang individu yang mengalami masalah untuk menyedarkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian di dunia ini. Pelbagai idea dan pengalaman yang boleh dikongsikan oleh teman-teman yang pernah mengalami situasi atau masalah yang hampir sama.

Pendekatan daripada teman-teman seperti memberikan nasihat, berkongsi kisah kepahitan hidup mereka juga terbukti dapat membantu golongan yang sedang mengalami masalah untuk menenangkan emosi dan kembali mengatur langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Gunung ganang belantara dan hutan, Terbang indah si rama-rama, Semangat setiakawan asas persahabatan, Mengenang kembali memori bersama.

Justeru, Asia Camp bukan sahaja sesuai dikunjungi oleh mereka yang ingin menjalankan kem latihan atau kem motivasi bagi sesebuah organisasi dan jabatan, malah sangat sesuai untuk dijadikan tempat riadah santai bagi sahabat-sahabat lama yang ingin mengadakan aktiviti reunion bersama. Antara aktiviti santai yang sesuai diadakan adalah BBQ dan Sukaneka. Save the date dan hubungi Asia Camp untuk tempahan dan merasai pengalaman reunion santai bersama sahabat anda untuk mengeratkan Semangat setiakawan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

kem bina semangat, AsiaCamp

KEM BINA SEMANGAT

Kem Bina Semangat merupakan satu program yang dijalankan bagi bertujuan untuk menjana semula kekuatan jiwa dalam diri individu atau pasukan. Konsep dan pelaksanaan kem ini adalah sinonim dengan kem jati diri atau kem motivasi, namun ia lebih menekankan konsep membina spiritual dari dalam rohani seterusnya menyebarkan energi positif kepada jasmani seseorang.

 

 

Mengharungi pelbagai cabaran dan masalah dalam kehidupan seharian, pastinya membuatkan semangat positif dan emosi tenang seseorang itu akan ada turun naiknya. Tatkala ditimpa masalah, semangat dan emosi positif akan merundum manakala apabila dikurniakan nikmat dan kesenangan maka semangat dan emosi positif akan bercambah.

 

Justeru, melalui Kem Bina Semangat ini akan membantu semula seseorang untuk mengecas kembali emosi-emosi positif yang telah hilang akibat tekanan daripada masalah dan dugaan yang dihadapi itu tadi. Asia Camp boleh dijadikan salah satu daripada pilihan untuk para pengunjung yang ingin menjalankan program ini.

 

 

Dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk menghilangkan stress dan tekanan, keindahan alam semulajadi yang menjadi tarikan utama para pengunjung juga akan membantu para peserta kem untuk mengecas kembali energi positif mereka.

Adalah perlu untuk anda mengenalpasti situasi dan keadaan yang menunjukkan di mana energi-energi negatif sedang menguasai kehidupan anda dan seterusnya mengambil langkah segera untuk membendung sebelum ia melarat.

 

Kem Bina Semangat ini akan membantu para peserta bukan sahaja untuk mengecas kembali semangat dan energi positif namun turut juga memberikan panduan dan ilmu kepada para peserta untuk bersedia menangani masalah sekiranya masalah yang sama berlaku.

 

 

Ibarat sesebuah kereta yang perlu diservis apabila sudah mencecah kilometer yang ditetapkan, begitulah perumpamaan dengan seseorang individu yang perlu mengecas semangat dan energi positif apabila diasak dengan pelbagai kerenah, masalah dan dugaan sama ada di tempat kerja, sekolah, kolej mahupun di rumah.

 

Semangat keras ibarat besi, Sebagai benteng melawan dugaan, Bina semangat stabilkan emosi, Jiwa positif tunggak kejayaan.

Selain itu, tidak salah jika dikatakan menjadi satu keajaiban dan rahmat kepada setiap individu yang diberi peluang untuk merasai pengalaman menjalani Kem Bina Semangat ini. Justeru, sekiranya anda merasakan semangat positif dalam diri anda semakin berkurang, salah satu cara terbaik untuk mendapatkan semula semangat positif adalah dengan menyertai program seumpama ini.

Ini adalah lokasi kem bina semangat kami, sertai kami hari ini!

 

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Pengurusan Tekanan Mental

Kita berada di era dunia teknologi Internet of Things (IoT) dan segalanya pantas dengan hanya di hujung jari. Meskipun pencapaian kemahiran berfikir manusia telah mencangkumi dunia tanpa sempadan, namun perkembangan ini turut mendedahkan pengaruh negatif kepada penurunan perkembangan mental dan fizikal manusia secara aktif dan sihat.  Hal ini turut membawa kepada perkembangan tekanan mental dan kemurungan kepada penduduk dunia masa kini.

Menurut saintis dari WHO, hasil dari dunia IT, radiasi telefon mudah alih telah menyebabkan peningkatan karsinogenik terhadap gelombang otak manusia. Karsinogenik ini adalah hal-hal penggalak kepada sel-sel kanser bertumbuh biak di dalam badan manusia. Peningkatan penggunaan smart phone yang non stop membantu meningkatkan karsinogenik di dalam otak manusia yang mampu mengubah aktiviti otak dan meningkatkan angka pesakit tumor otak.

Statistik kesihatan sedunia dan Malaysia dari WHO

WHO turut merekodkan statistik di Malaysia pada tahun 2018, terhadap 29.2% atau 4.2 juta dari 32 juta rakyat Malaysia mengalami kemurungan dan mempunyai masalah tekanan mental.

Oleh yang demikian, bagi mendapatkan kesihatan mental dan fizikal yang baik kita harus kembali kepada ritual konventional yaitu mengaktifkan diri dengan persekitaran hijau dan bergerak aktif.

Kami di Asia Camp menawarkan pakej latihan dan modul-modul menarik yang mampu menaikkan semula rasa gembira, aktif dan mengubah persepsi terhadap diri, masyarakat dan persekitaran kehidupan secara menyeluruh. Modul rekreasi luar sahaja adalah lebih dari 20 modul yang penuh dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti – Water Floating, Water Rafting, Water Confidence, River Crossing, Survival Cooking, Jungle Trecking, Archery, Camp Fire, Amazing Race, Orienteering, Obstacle Race,  Craft Camping, Abseling, Flying Fox dan lain-lain.

kem rekreasi

Kami yakin dengan bergiat aktif, berkomunikasi dengan berkesan bersama individu yang lain dan bergembira akan mampu merawat sekaligus membendung pengurusan tekanan mental dan kemurungan di dalam masyarakat. Dapatkan dos dan rawatan anda bersama kami di Asia Camp segera!

Sekiranya anda berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung atau whatsaap dengan:

Untuk melihat modul dan aktiviti-aktiviti kami denga lebih dekat, sila kunjungi kami di laman sosial seperti berikut:

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCC3N1d8M6gAm9_XjsPBwvLA
Facebook : https://www.facebook.com/pg/asiacamp.ap/posts/?ref=page_internal

#AsiaCamp #kemmotivasidiri

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Keindahan alam semulajadi pasti memukau pandangan dan jiwa setiap yang bergelar insan di muka bumi ini. Pemandangan kehijauan gunung-ganang, pohon-pohon redup, keindahan matahari terbit dan terbenam, kicauan burung dan unggas yang merdu mengulit deria pendengaran ditambah pula kesegaran air daripada anak sungai dan tasik yang terbentang luas. Semua ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah satu anugerah Tuhan kepada manusia dan seharusnya kita menghargai setiap pemberianNya yang tiada terhitung nilai.

Apa yang menarik bagi golongan pencinta alam semulajadi, semua kriteria yang dinyatakan tersebut ada di Asia Camp. Justeru, Asia Camp diwujudkan bukan sahaja untuk mengadakan kem, tetapi untuk menikmati keindahan alam semulajadi kepada para pengunjung khususnya mereka yang datang dari kotaraya.

Jika dibandingkan dengan pemandangan dan suasana di kota raya ia nyata jauh berbeza dengan pusat riadah Asia Camp. Lokasi kami yang terletak di Kuala Kubu Baru memberikan kelebihan sebagai satu pusat riadah santai yang memenuhi semua citarasa pencinta alam natural. Bagi golongan pencinta alam ini, berada dalam hutan belukar dan rimbunan pohon adalah satu terapi diri untuk menghilangkan tekanan dan melupakan sejenak pelbagai masalah yang melanda.

Salah satu aktiviti lasak seperti Flying Fox pula memberi peluang kepada mereka melepaskan tekanan dengan menjerit sekuat hati sambil memerhatikan keindahan alam semulajadi.

Tidak perlu ragu-ragu lagi sekiranya anda bercadang untuk mencari tempat riadah dan percutian dalam masa yang sama. Para peserta yang pernah menjalani pelbagai aktiviti Kem Motivasi di Asia Camp hampir semua merasai pengalaman yang menyeronokkan yang tidak boleh diperolehi apabila mereka berada di bandar.

Gunung ganang hutan belantara, Tasik luas indah terbentang, Asia Camp untuk mengembara, Menerokai keindahan hijau memandang.

Tambahan lagi, tidak salah untuk anda meluangkan sedikit masa untuk reward diri sendiri dengan bercuti di pusat riadah Asia Camp dan menikmati keindahan panoramanya. Perkara yang baik tentu lebih manis jika dikongsi bersama. Jadi bawalah ahli keluarga anda bersama atau teman-teman sepejabat, satu kolej atau satu pasukan anda untuk merasai dan melihat sendiri panorama yang disajikan. Hubungi pihak pentadbiran Asia Camp untuk menempah tarikh anda. Semoga percutian anda menjadi satu kenangan manis yang akan dikenang sehingga bila-bila.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEM KEPIMPINAN ASIA CAMP

Kem Kepimpinanan diadakan bagi bertujuan mewujudkan ciri-ciri dan kriteria-kriteria para pemimpin yang berdedikasi, bertanggungjawab dan mampu memimpin sesebuah pasukan mahupun organisasi. Melalui kaedah pendekatan jasmani dan rohani, bakat semulajadi seorang pemimpin akan dapat dikenalpasti dan dibentuk untuk menjadi ketua dan pemimpin yang baik. Seorang pemimpin yang baik perlu mempunyai sifat-sifat murni iaitu tegas, adil, bersemangat, mendengar pendapat, berfikiran luas dan mampu menyelesaikan konflik dalaman dalam sesebuah organisasi mahupun pasukan.

Justeru, setiap kem motivasi yang diadakan di Asia Camp, para jurulatih kami pasti akan menyelitkan tugasan aktiviti berkumpulan untuk melihat potensi para peserta untuk menjadi pemimpin.

Kem Kepimpinan juga dijalankan bukan sahaja untuk melahirkan para pepimpin yang berwibawa, malah turut menitik beratkan semangat kerjasama dalam pasukan dan kumpulan. Seseorang ketua yang baik harus tahu untuk menyelesaikan konflik yang ada tanpa menjejaskan matlamat organisasi atau pasukan tersebut.

Sebagai contoh, sekiranya salah seorang ahli pasukan tidak dapat hadir lantaran kekangan keluarga, maka seorang ketua perlu dengan segera membahagikan tugas ahli tersebut kepada ahli-ahli yang lain secara adil supaya tidak timbul isu tidak puas hati dan berat sebelah. Malah, beliau juga perlu sama-sama turun padang dalam memastikan objektif dan matlamat pasukan atau organisasi tercapai tanpa sebarang penangguhan atau masalah.

Kem Kepimpinan di Asia Camp juga akan menitik beratkan cara-cara untuk mengatasi tekanan dan konflik berpasukan. Konflik berpasukan tidak hanya merujuk kepada sesebuah jabatan sahaja, tetapi juga merujuk kepada semua Kelab dan Persatuan yang berdaftar dengan Register Of Society (ROS).

Pada setiap tahun, mana-mana kelab atau pasukan ini akan perlu menghantar pelbagai jenis laporan seperti laporan minit mesyuarat dan laporan kewangan tahunan kepada pihak ROS di samping perlu menunjukkan bukti bahawa persatuan mereka bergerak aktif.

Asas Kepimpinan pula hendaklah dipupuk dari zaman kanak-kanak lagi. Bakat kepimpinan ini boleh dilihat melalui penyertaan para pelajar dalam Kadet Polis Sekolah misalnya dan juga Badan-Badan Beruniform yang lain. Justeru penyertaan para pelajar dalam Kem Kepimpinan sangat digalakkan dan pasti memberikan panduan berguna di masa hadapan.

Rembulan hilang di waktu siang, Di malam hari cahaya mencerah, Ketua pasukan ibarat tiang, Tiada tiang runtuhlah rumah.

Sebagai seorang ketua pasukan atau kumpulan, beliau perlu melantik Ahli Jawatan Kuasa (AJK) untuk memastikan tugas-tugas diagihkan dan dilaksanakan dengan baik. Kesimpulannya, melalui aktiviti yang diselitkan dalam kem di Asia Camp, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai ilmu kepimpinan dalam usaha untuk menjadi melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

CAMP FIRE MENYERONOKKAN

Camp Fire atau dalam istilah Bahasa Melayu adalah dikenali sebagai aktiviti memasang unggun api di waktu malam. Aktiviti memasang unggun api ini juga boleh dikategorikan sebagai satu aktiviti yang menjadi pilihan utama para peserta kem di Asia Camp.

Bagi peminat filem-filem Hollywood, babak di mana pelakon memasang unggun api dan duduk bersama mengelilingi unggun api tersebut sambil membakar marshmallow sering ditayangkan. Babak ini anda boleh lihat dalam filem The Twilight Saga Breaking Dawn dan Pitch Perfect 2. Dalam kedua-dua filem ini jelas menunjukkan di mana semua ahli akan duduk bersama-sama sambil mula bercerita dan meluahkan perasaan.

Camp Fire adalah salah satu contoh aktiviti terapi yang baik untuk memberi ruang dan peluang kepada setiap individu meluahkan perasaan terpendam. Pada awal permulaan aktiviti, para peserta akan kebiasaannya akan diminta untuk menyanyikan sebuah lagu terlebih dahulu bagi mewujudkan perasaan harmoni dan menghilangkan rasa kekok sebelum memulakan sesi meluahkan perasaan.

Antara manfaat dan kelebihan daripada aktiviti ini adalah ia dapat memulihkan hubungan yang menghadapi konflik akibat daripada perselisihan faham. Ini kerana dalam sesi ini, setiap ahli akan menyuarakan kehendak mereka dan factor mengapa mereka merasa tertekan. Di samping itu juga, menjadi suatu kelegaan apabila masalah yang dihadapi dapat diluahkan.

Camp Fire di Asia Camp akan diadakan dalam pengawasan para jurulatih kami. Ini adalah bertujuan dalam memastikan keselamatan para peserta sentiasa terjamin lantaran aktiviti ini diadakan pada waktu malam dan di dalam hutan. Tentu sahaja keselamatan dan keselesaan para peserta dan pengunjung adalah menjadi keutamaan bagi pihak pentadbiran Asia Camp.

Sambil diiringi dengan kicauan cengkerik pada waktu malam, berbumbungkan langit luas dengan pemandangan bintang dan purnama yang indah, suasana yang begitu istimewa ini tentu sahaja tidak mampu diperolehi setiap masa. Justeru, kepada para peserta yang pernah menyertai kem di Asia Camp, aktiviti ini salah satu aktiviti yang paling ditunggu dan akan menjadi kenangan manis dalam ingatan mereka.  

Senja mengufuk semakin kelam, Burung pulang terbang berpasangan, Camp Fire di waktu malam, Pengalaman indah tiada tandingan.

Kepada anda yang mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti memasang unggun api ini, boleh menghubungi pihak pentadbiran Asia Camp untuk menempah tarikh anda. Semoga anda berpeluang merasai pengalaman berharga ini bersama-sama dengan ahli pasukan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

BONDING ACTIVITIES ASIA CAMP

Bonding Activities adalah satu istilah yang menerangkan sesebuah kumpulan atau keluarga melaksanakan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan kasih sayang dan mewujudkan persefahahaman antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga, pasukan mahupun organisasi.

Aktiviti ini perlu apabila sesebuah pasukan atau organisasi tidak lagi mencapai keharmonian dan suasana semakin tegang sehingga menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan. Di Asia Camp, antara aktiviti-aktiviti yang sering menjadi pilihan para pengunjung dalam usaha untuk mengeratkan hubungan sesama ahli adalah Jungle Tracking, Abseiling, Water Floating, Treasure Hunt dan Camp Fire. Aktiviti sebegini memerlukan kerjasama dan persekepakatan daripada semua pihak untuk mencapai matlamat dan objektif kumpulan.

Bonding Activities di Asia Camp kebiasaannya akan meminta para peserta untuk melakukan body contact bagi sama jantina, bertujuan untuk memulihkan persengketaan yang pernah terjadi. Sebagai contoh, dalam aktiviti Night Walk, para peserta akan diminta berpegangan tangan untuk melalui terusan jalan yang gelap, akan menyedarkan para peserta kepentingan untuk saling mempercayai di antara satu sama lain. Namun demkian, para jurulatih Asia Camp akan sentiasa mengawasi para peserta bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Selain menitikberatkan kepercayaan yang utuh, usaha untuk saling memahami masalah masing-masing adalah usaha untuk mengeratkan kasih sayang dan perpaduan dalam pasukan, keluarga mahupun organisasi.

Melalui program Bonding Activities ini juga, para peserta akan ditekankan dengan aspek kerohanian seperti menghargai setiap individu dan perkara yang berlaku dan meyakinkan para peserta bahawa setiap kejadian yang berlaku pasti disertai dengan hikmah. Sekiranya di tempat kerja anda atau dalam keluarga anda sedang berlaku pelbagai konflik dan menimbulkan ketegangan yang tidak mampu anda selesaikan sendirian, kami mencadangkan supaya anda merancang aktiviti bersama Asia Camp untuk mewujudkan semula perasaan harmoni dan kasih sayang.

Terasa sakit tercucuk duri, Pembalut luka terlupa dibawa, Waktu rehat perlu dicari, Menambah semula keazaman di jiwa.

Lumrah menjadi manusia tentu sahaja kita akan merasa lelah dengan pelbagai tuntutan dan tanggungjawab. Namun, jangan sesekali merasa putus asa dengan perasaan penat tersebut. Sedangkan mesin yang hebat perlu diselenggara secara berkala, apatah lagi kita sebagai manusia tentu sahaja memerlukan ruang dan masa untuk berehat seketika dan mengatur semula langkah dalam memperbaiki mutu kehidupan dan pekerjaaan kita pada hari mendatang.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>