Artical, Camp, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building

PERKHEMAHAN MODEN ASIA CAMP

Perkhemahan moden di Asia Camp adalah satu cara perkhemahan yang paling sesuai untuk masyarakat masa kini. Ini kerana, para peserta perkhemahan tetap berpeluang merasai pengalaman perkhemahan di dalam hutan sambil dikelililingi oleh bunyi-bunyi kicauan burung dan unggas, namun tidak perlu risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini kerana para peserta masih berada dalam zon selamat.

Para jurulatih dan kakitangan kami sentiasa sedia membantu dan berwaspada bagi memastikan keselamatan peserta terjamin sepanjang perkhemahan. Sedikit tips bagi mereka yang masih lagi amatur dalam bidang ini iaitu hutan yang bising adalah lebih baik daripada hutan yang senyap sunyi pada waktu malam.

Perkhemahan moden di Asia Camp tetap mengutamakan aktiviti-aktiviti untuk merasai nikmat sebenar pekhemahan iaitu seperti survival cook dan jungle walk. Melalui aktiviti ini para peserta akan diajar untuk memasak menggunakan kaedah memanggang dan berjalan di dalam isi hutan untuk meneroka keunikan alam semulajadi di samping belajar mengenainya.

Sekiranya peserta menyalakan unggun api, maka adalah perlu untuk anda menyediakan lebihan beberapa batang kayu panjang. Ia penting untuk kegunaan kecemasan seperti menghalau binatang atau menghidupkan api. Di samping itu, jika anda menggunakan khemah jenis igloo atau berbentuk T, maka unggun api yang dibuat perlu menghadap atau berhadapan dengan pintu khemah.

Teknik perkhemahan moden di Asia Camp akan mengajar para peserta perkhemahan untuk cara-cara memasang khemah di dalam hutan. Para peserta akan diajar untuk membersihkan tanah daripada daun-daun dan pokok-pokok renek untuk dijadikan tapak dan lantai sebelum memasang khemah.

Indah sungguh burung bertamu, Sambil berdendang mengalunkan kicauan, Perkhemahan moden memberi ilmu, Merasai perkhemahan tanpa menyusahkan.

Selain itu, penggunaan karbaid iaitu sejenis serbuk kuning juga sangat penting untuk dibawa semasa berkhemah. Ini kerana, serbuk tersebut adalah sejenis bahan api dan memberikan kesan panas kepada tubuh manusia atau haiwan. Maka, ia sering digunakan oleh para peserta khemah untuk menjauhkan binatang berbisa yang merayap seperti ular atau kala jengking. Cara penggunaan karbaid pula adalah dengan menabur serbuk karbaid tersebut di sekeliling perimeter khemah. Apa yang penting sentiasalah berhati-hati semasa anda berkhemah.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *