Penulis : Alejandro Aaron Aventura

SEMANGAT SETIAKAWAN

Semangat setiakawan boleh diterjemahkan sebagai satu bentuk hubungan atau ikatan yang terjalin antara seseorang individu dengan individu yang lain. Semangat jitu setiakawan ini juga seringkali sinonim dengan kaum lelaki yang kebiasaannya lebih mementingkan nilai persahabatan berbanding dengan kaum wanita.

Jika diperhatikan teori ini ada benarnya kerana jarang kita dengar keluhan-keluhan daripada kaum lelaki mengenai sahabat yang menikam belakang berbanding dengan keluhan daripada kaum wanita. Asas dan tunjang kepada semangat ini adalah persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain. Sekiranya dua nilai ini dipegang kukuh maka, kebiasaanya persahabatan yang terjalin akan berkekalan sehingga mereka meniti hari tua kelak.

Semangat setiakawan ini boleh disemai melalui aktiviti-aktiviti dan program-progam di Asia Camp seperti Kem Jati Diri, Kem Motivasi, Kem Latihan Unit Beruniform bahkan juga Kem Jati Diri. Melalui program-program penerapan nilai murni sebegini, asas kepada kepercayaan sesebuah hubungan akan dititikberatkan dalam usaha untuk mencapai suatu kesepakatan yang jitu.

Nilai-nilai murni yang lain juga turut diterapkan dalam menyemai asas semangat ini di antaranya adalah semangat berpasukan, kerjasama, keberanian, bertoleransi, dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Justeru dalam kem-kem yang dianjurkan oleh pihak Asia Camp akan membantu para peserta mengenal siapa diri mereka terlebih dahulu seterusnya membantu sahabat mereka pula.

Semangat setiakawan yang benar akan dapat membantu seseorang individu yang mengalami masalah untuk menyedarkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian di dunia ini. Pelbagai idea dan pengalaman yang boleh dikongsikan oleh teman-teman yang pernah mengalami situasi atau masalah yang hampir sama.

Pendekatan daripada teman-teman seperti memberikan nasihat, berkongsi kisah kepahitan hidup mereka juga terbukti dapat membantu golongan yang sedang mengalami masalah untuk menenangkan emosi dan kembali mengatur langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Gunung ganang belantara dan hutan, Terbang indah si rama-rama, Semangat setiakawan asas persahabatan, Mengenang kembali memori bersama.

Justeru, Asia Camp bukan sahaja sesuai dikunjungi oleh mereka yang ingin menjalankan kem latihan atau kem motivasi bagi sesebuah organisasi dan jabatan, malah sangat sesuai untuk dijadikan tempat riadah santai bagi sahabat-sahabat lama yang ingin mengadakan aktiviti reunion bersama. Antara aktiviti santai yang sesuai diadakan adalah BBQ dan Sukaneka. Save the date dan hubungi Asia Camp untuk tempahan dan merasai pengalaman reunion santai bersama sahabat anda untuk mengeratkan Semangat setiakawan anda.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

MEMANAH ADALAH SENI

Memanah adalah seni adalah salah satu ungkapan yang sering kali didengari oleh para penggemar sukan memanah. Untuk memanah, seseorang itu perlu memandang tepat kepada sasaran yang ditetapkan dengan memberikan seratus peratus tumpuan tanpa sebarang gangguan. Selain daripada perlu menetapkan gerak hati, teknik-teknik yang betul untuk memanah juga perlu dikuasai sepenuhnya oleh pemanah untuk ketepatan maksimum.

Akitiviti sukan hebat ini menjadi salah satu aktiviti yang boleh dipilih oleh para pengunjung semasa menyertai mana-mana program di Asia Camp. Menguasai ilmu dan teknik memanah, bukan sahaja menyeronokkan malah ia juga adalah aktiviti yang dapat menguatkan daya mental dan fizikal.

Memanah adalah seni yang halus dan memerlukan usaha berterusan untuk menguasainya. Semasa anak panah dilepaskan, seiring dengan itu juga, satu bentuk emosi dan kepuasan akan dilepaskan bersama seiring dengan arah anak panah sehingga ia menembusi sasaran yang ditetapkan.

Teknik seni ini adalah satu cabang di mana pemanah perlu menyelarikan antara emosi, ketajaman daya penglihatan dan ingatan untuk memastikan sasaran tidak tersasar. Seni yang ditakrifkan sebagai sesebuah karya atau kebolehan mencipta sesuatu yang memberi kepuasan kepada pengamalnya menjadikan aktiviti memanah ini adalah salah satu cabang daripadanya. Kepuasan yang diperolehi oleh pemanah apabila anak panah mengenai sasaran sama seperti kepuasan kepada pengkarya.

Memanah adalah seni yang memerlukan para pemanah menghayati keunikan asal sejarahnya. Prinsip-prinsip sains seperti momentum, daya tujahan dan tindakan refleks juga berhubung kait dalam aktiviti memanah ini. Teknik memanah juga semakin hari semakin bertambah maju seiring dengan perubahan zaman.

Sukan memanah dulu dan kini, Bukan semata hilangkan bosan, Memanah itu suatu seni, Karya hebat ciptaan insan.

Seseorang pemanah juga kebiasaannya perlu mengambil masa yang panjang untuk benar-benar mahir dalam bidang ini seperti juga bidang-bidang yang lain. Melalui percubaan yang kerap , latihan yang kental dan juga ilmu yang cukup tentang asas memanah, maka seseorang pemanah itu akan membiasakan diri dan akhirnya akan merasai kemanisan yang ditakrifkan sebagai memanah itu adalah seni. Untuk artikel penuh mengenai asas memanah sila ke link https://asiacamp.my/aktiviti-memanah-di-asia-camp/

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

kem bina semangat, AsiaCamp

KEM BINA SEMANGAT

Kem Bina Semangat merupakan satu program yang dijalankan bagi bertujuan untuk menjana semula kekuatan jiwa dalam diri individu atau pasukan. Konsep dan pelaksanaan kem ini adalah sinonim dengan kem jati diri atau kem motivasi, namun ia lebih menekankan konsep membina spiritual dari dalam rohani seterusnya menyebarkan energi positif kepada jasmani seseorang.

 

 

Mengharungi pelbagai cabaran dan masalah dalam kehidupan seharian, pastinya membuatkan semangat positif dan emosi tenang seseorang itu akan ada turun naiknya. Tatkala ditimpa masalah, semangat dan emosi positif akan merundum manakala apabila dikurniakan nikmat dan kesenangan maka semangat dan emosi positif akan bercambah.

 

Justeru, melalui Kem Bina Semangat ini akan membantu semula seseorang untuk mengecas kembali emosi-emosi positif yang telah hilang akibat tekanan daripada masalah dan dugaan yang dihadapi itu tadi. Asia Camp boleh dijadikan salah satu daripada pilihan untuk para pengunjung yang ingin menjalankan program ini.

 

 

Dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk menghilangkan stress dan tekanan, keindahan alam semulajadi yang menjadi tarikan utama para pengunjung juga akan membantu para peserta kem untuk mengecas kembali energi positif mereka.

Adalah perlu untuk anda mengenalpasti situasi dan keadaan yang menunjukkan di mana energi-energi negatif sedang menguasai kehidupan anda dan seterusnya mengambil langkah segera untuk membendung sebelum ia melarat.

 

Kem Bina Semangat ini akan membantu para peserta bukan sahaja untuk mengecas kembali semangat dan energi positif namun turut juga memberikan panduan dan ilmu kepada para peserta untuk bersedia menangani masalah sekiranya masalah yang sama berlaku.

 

 

Ibarat sesebuah kereta yang perlu diservis apabila sudah mencecah kilometer yang ditetapkan, begitulah perumpamaan dengan seseorang individu yang perlu mengecas semangat dan energi positif apabila diasak dengan pelbagai kerenah, masalah dan dugaan sama ada di tempat kerja, sekolah, kolej mahupun di rumah.

 

Semangat keras ibarat besi, Sebagai benteng melawan dugaan, Bina semangat stabilkan emosi, Jiwa positif tunggak kejayaan.

Selain itu, tidak salah jika dikatakan menjadi satu keajaiban dan rahmat kepada setiap individu yang diberi peluang untuk merasai pengalaman menjalani Kem Bina Semangat ini. Justeru, sekiranya anda merasakan semangat positif dalam diri anda semakin berkurang, salah satu cara terbaik untuk mendapatkan semula semangat positif adalah dengan menyertai program seumpama ini.

Ini adalah lokasi kem bina semangat kami, sertai kami hari ini!

 

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Element of respect to nature provide you with intangible feelings

AKTIVITI OUTDOOR PALING BEST DI ALAM SEMESTA (SIRI 2)

Hi guys!

Ok, kita sambung sesi lepas pasal aktiviti outdoor yang super awesome, refreshing dan wow. Bagi yang post lepas, click di sini ya.

6 AKTIVITI OUTDOOR PALING BEST MESTI DICUBA DI ASIA CAMP! (Siri 1)

Jom keluar dari zon-zon malas korang yang asyik nak lepak di rumah je main pokemon-go atau PBUG je. Rajin-rajinkan sikit berjalan dan berlari tu guys. Kalau tak nanti obese. OK?

 

Nak lagi aktiviti outdoor yang umppp dan super cool yang korang boleh santai dan enjoy di Asia Camp di Kuala Kubu Bharu di sini? Jom kita kita tengok yang berikut:

 

 

4) Water Confident

Aktiviti outdoor sebelum ni acah-acah macam pro berakit. Aktiviti yang ini pula lebih kepada self-reflecting, self-calming yang test ketenangan korang bermain dengan air. Wah, dengan air pun boleh main-main ke? Yes! Boleh tau. Aktiviti ni lebih kepada enhance skill korang untuk bernafas dan bergerak dalam air pada detik-detik kecemasan gitu. Haa..penting tau! Bila dah cemas dan kalut tu, semua benda pun lupa. So, bila ada skill ni paling kurang membantu korang bila diperlukan.

Lagi pula air kan terapi yang baik untuk hilangkan stress, kegemukan dan pening-pening sakit badan semua. Jadinya berendam dalam air atau main dengan elemen air ni mampu buatkan korang lebih relax, tenang dan aman damai gitu.

Tengok tu, siap boleh buat formation dalam air lagi.

Tengok tu, siap boleh buat formation dalam air lagi.

 

5) Campfire

Ok aktiviti outdoor ni pula memang macam Western dan banyak dalam kisah-kisah Hollywood . Kalau korang memang sejenis followers siri-siri vampires, Pitch Perfect dan kisah remaja Camp Rock, memang banyak korang jumpa campfire ini. Hakikatnya, campfire ini memang super best. Cuba korang bayang dengan sejuk malam, angin sepoi-sepoi tampar badan korang yang gebu tu tambah pula ramai-ramai layan depan unggun api besar tu buat bedtime stories. Perrgh…memang layan. Alah, macam moment cerita One Piece celebrate friendship goal dan moment tu. Best sangat bila buat satu kelainan dengan kawan-kawan dan lagi-lagi dengan ahli keluarga. Luar kotak terus!

Ramai-ramai layan cerita seram tak pun muhasabah diri malam-malam dingin

Ramai-ramai layan cerita seram tak pun muhasabah diri malam-malam dingin

 

6) Obstacle Race

Akhir sekali, aktiviti outdoor yang ini korang harus cuba. Nampak biasa sahaja, tapi cuba korang buat dan jatuh dalam air sejuk hijau lumut tu. Pergh..memang layan! Objektif utama nak kuatkan kaki tangan korang hasil obese tadi. Kuatkan fungsi jantung dan organ dalaman korang. Kira pakej valet 5in1 lah ni. Tapi yang paling mahalnya, kalau korang buat aktiviti outdoor obstacle race di Asia Camp ni, korang boleh dapatkan banyak lagi games aktiviti outdoor yang lain. Memang premium!

Tengok tu, berseni kawan kita menapak. Geli bai jatuh dalam air sejuk lumut penuh berkrim tu :)

Tengok tu, berseni kawan kita menapak. Geli bai jatuh dalam air sejuk lumut penuh berkrim tu 🙂

 

Haa..tunggu apa lagi tu? Jom dapatkan smartphone korang. Cepat-cepat call dan tempah untuk kawan-kawan atau ahli keluarga anda! Tunggu lama-lama, hujung tahun ni fully book nanti.

Jumpa anda di Asia Camp OK!

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

6 AKTIVITI OUTDOOR PALING BEST MESTI DICUBA DI ASIA CAMP! (Siri 1)

Hi semua!

Menghampiri akhir bulan Ogos bermakna kita kian mendekati cuti panjang hujung tahun. Nak mencari tempat best untuk aktiviti outdoor yang mind blowing? Bosan dengan aktiviti outdoor larian biasa keliling di tasik? Mahukan sesuatu yang baru yang lebih refreshing dan wow?

Ini 6 aktiviti outdoor yang boleh anda dapati di Asia Camp. Terbuka dan sesuai untuk semua. Boleh digunapakai untuk kursus-kursus corporate, jabatan, program sekolah atau kem badan beruniform ataupun santai-santai hujung minggu berkumpulan dengan 4-5 ahli keluarga.

 

1) Trustfall yang awesome

Mudah sahaja aktiviti outdoor ini. Biasa dibuat di dalam kumpulan 1 ke 2 orang. Yakin diri, pegang kawan sebelah dan jump ke dalam air dengan membelakangkan badan. Alah, ala-ala orang nak sambut korang tapi ini air yang sambut. Sangat awesome sebab menguji kekentalan diri. Ada berani?

Trustfall yang test adrenalin untuk percaya diri dan air di belakang anda tu

 

2) Water rafting

Dari mula aktiviti outdoor ni lagi dah mencabar. Tak perlu korang berlari pusing tasik untuk keluarkan peluh. Cukup untuk perahkan keringat dan lelemaks korang dengan mengikat batang-batang buluh dengan tong rakit. Penat ooo…tak kena ikatan, mahu stress 100 tahun!

Next, yang lagi best ialah bila dah dalam air nak paddling dan gerakkan rakit ke destinasi yang nak dituju. Mahu nangis kalau tak cukup orang. Ke depan ke belakang pun boleh jadi huru-hara tau! Jadinya, angkut kawan korang ramai-ramai untuk main aktiviti outdoor yang ini ok. Dijamin best dan memang fun sepanjang aktiviti. Cayalah!

Kerja mengikat rakit pun perlukan skill dan itu sahaja dah berpeluh satu badan!

Ramai ok! Baru thrill!

 

3) Survival Cooking

Aktiviti outdoor yang ini pun boleh tahan best. Senang nak faham, aktiviti ini macam mini camp. Tapi korang hanya fokus pada 1 sesi sahaja yaitu korang kena memasak dengan bahan yang sangat limited. Ala-ala siri Survival yang viral suatu masa dulu tu. Kalau tak pandai masak, haa duduklah diam-diam di situ tunggu hujan, tak pun pandailah cari pisang ke buah hutan apa ke untuk makan. Jadinya, survival cooking ni aktiviti outdoor yang test korang boleh survive ke tak. Gitu.

Nak makan nasi ayam penyet ni ke nak berlapar je??

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Best tak aktiviti outdoor macam gini? Nak lagi???

Click di sini :

Youtube Channel:  https://www.youtube.com/channel/UCC3N1d8M6gAm9_XjsPBwvLA/videos?pbjreload=10

Fungsi Salam Semut dan Team Building Skill

Pernah dengar tentang salam semut?

Tahukah anda apa itu salam semut? Bagaimana ia berlaku?

Pelik, salam semut pun jadi hal yang kecoh ke?

 

Relax guys! Bukan kecoh tapi nak korang tahu yang salam semut ini ada kaitan dan fungsinya yang besar dalam melatih team building skill. Salam semut ini adalah satu contoh aktiviti team building yang selalu digunapakai dalam kebanyakan kem kepimpinan, kem motivasi dan yang seumpamanya di negara kita.

Fungsi aktiviti salam semut ini mudah sahaja. Bertujuan membina kesefahaman, menguatkan ikatan dan bermaafan bila ada berlaku kesalahan sepanjang bersama. Bukankah ia satu elemen yang penting dalam team building?

Seperti semut melagakan pipi akan menyebabkan interaksi dan persentuhan di antara individu dan komuniti, sekaligus menguatkan hubungan sesama sendiri

 

Haa…korang pernah nampak tak macam mana semut bersalam? Bila berlanggar dari arah yang berlainan, kan ke semut tu macam bercium seketika untuk beberapa saat? Kadang-kala kita nampak dari line yang dah terputus dan berterabur, lepas bersalam semut, semut-semut kecil tu berbaris semula dan masuk dalam barisan. Soleh dan comel sangat semut-semut tu. Korang soleh dan comel macam gitu tak lepas salam semut? 🙂

Antara lainnya, konsep salam semut ini juga penting dalam membina team building. Analoginya mudah. Berbalik semula kepada kisah semut kecil tadi. Semut takkan mampu membina sebuah busut semut yang besar, atau mengumpulkan makanan yang banyak dengan kapasiti seekor semut. Alahai, korang tengoklah sendiri besar manalah sangat perut semut dan badan seekor semut kecil kan? Namun, dengan kekuatan ribuan semut yang bersatu-padu, yang rajin, bertoleransi dan bersama-sama, semut-semut kecil tadi mampu membina apa yang dikatakan mustahil buat semut.

Ingat movie Disney pasal A Bug’s Life dan Antz? Kisah semut-semut kecil yang dibuli oleh sekumpulan belalang dan tentera semut yang sombong. Konsepnya mudah, bersatu padu dan bercerai roboh. Semut yang kecil tadi bersama-sama bergandingan bahu dan mewujudkan team building yang kuat mampu mengalahkan dan menghalau kumpulan belalang dan tentera semut yang kerek tadi.

So, apa yang korang boleh belajar dari team building dan salam semut ini? 5 benda guys:

1) Merendah diri dan bermaafan jika diri bersalah

2) Bersama-sama dalam apa juga keadaan

3) Rajin berinteraksi akan menjernihkan masalah

4) Sentiasa sequence dan bertoleransi

5) Sentiasa senyum dengan yang lain

 

Jangan lupa salam semut tau bila buat salah pada kawan dan sekeliling! 

Ingat semut, ingat salam semut! 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Kenapa Perlu Fokus?

Arahan yang diberikan adalah mudah. Masalah fokus haruslah diselesaikan dengan fokus, fokus dan fokus!

Dengar dan buat.

Faham dan bertindak.

Perhati dan selesaikan masalah.

Segalanya dapat diselesaikan jika akar umbi arahan dan fokus diletakkan kena pada tempatnya. Namun demikian, masalah yang terdapat di dalam dunia hari ini sedikit sebanyak merupakan asbab dan berkait rapat dengan masalah fokus. Anda biasa dengan situasi berikut?

Pekerja gagal dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Adapun, mungkin tidak sempurna.

  • Gagal dalam menerima arahan?
  • Fokus ke laut dan memikirkan banyak perkara yang lain
  • Urusan peribadi dicampur-adukkan
Anda gagal dalam tugasan harian, pengurusan hidup dan bermasalah dalam pengurusan kewangan?
  • Gagal meletakkan prioriti dan urgency
  • Stress, pening dan keliru
Isu pelajar bermasalah di sekolah?
  • Pelajar anda lari dari sekolah
  • Pelajar gagal fahami subjek dan matapelajaran?

 

Dunia kini berhadapan dengan masalah gagal untuk fokus yang akhirnya membawa seseorang individu itu kepada kegagalan pengurusan kehidupan dan akhirnya menyebabkan tekanan emosi dan mental. Selain berpunca dari masalah sikap individual, malas, penting diri, sombong dan sebagainya, tidak dapat tidak penyakit-penyakit manusia pada hari ini  juga berpunca dari masalah fokus. Gagal untuk meletakkan fokus kepada apa yang mahu dicapai. Gagal untuk meletakkan prioriti, keutamaan dan urgency dalam sesuatu sama ada pada aspek kewangan, hubungan, masa mahupun tenaga. Gagal dalam melihat sesuatu secara holsitik yang merupakan sebab utama kepada rangkaian masalah dan salah dalam memberikan rawatan kepada puncanya.

 

Jikalau gagal meletakkan fokus di dalam kehidupan, ia akan memusnahkan kehidupan itu sendiri

 

Kenapa fokus ini penting dan ia harus dirawat dengan kadar segera?

 

Ini kerana fokus merupakan teras dalam melakukan apa sahaja di seluruh dan segenap kehidupan manusia. Fokus ini berkait rapat dengan niat, azam, matlamat yang jelas dan motivasi diri yang akan memaju diri, organisasi bahkan komuniti ke arah yang ingin dicapai dengan kadar masa yang telah ditetapkan.

Adalah mustahil bagi seorang ayah berdedikasi di dalam bekerja jika tak mengenangkan nasib anak yang menunggu di rumah

Adalah mustahil bagi pekerja menyiapkan tugas dengan baik jika tak termotivasi dengan rezki halal dan anugerah tahunan yang mengujakan.

Adalah mustahil bagi pelajar untuk belajar sekuat daya dan mendapatkan yang terbaik jika tak meletakkan fokus menuju ke universiti di masa depan.

Fokus kepada yang hendak dicapai membuahkan hasil yang memberangsangkan.

 

Segalanya adalah possible dan boleh diselesaikan jika mempunyai fokus yang tinggi, meletakkan fokus kena pada tempatnya dan bergerak seiring dengan apa yang dihajatkan.

 

Anda mempunyai masalah fokus dengan diri, rakan sekerja dan keadaan sekeliling?

Mahukan bantuan dan khidmat nasihat?

Hubungi pegawai kami dan kami di Asia Camp akan segera membantu anda.

Fokus dan teruskan fokus!

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

 

ABSEILING DI ASIA CAMP

Abseiling adalah salah satu teknik sukan riadah yang boleh dirasai oleh para peserta yang menyertai mana-mana kem di Asia Camp. Istilah aktiviti riadah lasak ini berasal daripada perkataan Jerman yang merujuk kepada maksud naik dan turun dengan menggunakan tali. Pengetahuan asas fizik seperti takal dan tuas digunakan dalam aktiviti riadah lasak ini.

Kebiasaannya, para peserta kem akan memerlukan aktiviti untuk menuruni curam dan tebing yang tinggi dan tiada jalan darat yang membolehkan para peserta melaluinya. Justeru, peralatan dan perkakas seperti tali yang diikat di badan dan alat belay akan digunakan semasa menuruni curam atau tebing batu dengan selamat.

Abseiling memerlukan daya ketahanan mental dan fizikal yang tinggi. Bagi mereka yang mengalami acrophobia atau takut pada ketinggian, aktiviti sukan lasak ini tidak sesuai untuk dijalankan. Namun, bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak dan suka meneroka keunikan alam semulajadi aktiviti sukan lasak ini pasti menjadi salah satu pilihan utama untuk dirasai.

Para peserta yang mendaki akan menggunakan teknik ini apabila berlaku perubahan lokasi daripada landai ke curam atau tebing tinggi. Selain daripada dapat melindungi tali penambat yang telah sedia ada daripada kerosakkan atau terputus, teknik ini berkesan untuk menyelamatkan para pengembara yang terkandas atau tercedera dan tidak dapat meneruskan perjalanan.

Aktiviti Abseiling ini boleh anda rasai sekiranya anda memilih Asia Camp untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti kem motivasi, kem jati diri, kem kepimpinan dan kem team building malah hari riadah bersama keluarga dan jabatan. Para jurulatih kami akan mengawasi para peserta semasa aktiviti ini dijalankan bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Gunung menghijau di hujung sana, Semakin hilang mentari terbenam, Teknik Abseiling ilmu berguna, Memudahkan pendaki meneroka alam.

Teknik ini juga merupakan salah satu ilmu yang sangat berguna untuk dipelajari sekiranya para pengembara atau pendaki terperangkap di dalam hutan. Ini kerana dengan menggunakan teknik Abseiling ini akan memudahkan para pendaki dan pengembara untuk menuruni puncak air terjun dan mendapatkan bekalan air. Justeru, kepada para pengembara dan pendaki yang baru berjinak-jinak untuk menyertai pengalaman mendaki gunung, adalah penting untuk anda menimba ilmu dan teknik ini sendiri untuk kegunaan di masa hadapan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI

Keindahan alam semulajadi pasti memukau pandangan dan jiwa setiap yang bergelar insan di muka bumi ini. Pemandangan kehijauan gunung-ganang, pohon-pohon redup, keindahan matahari terbit dan terbenam, kicauan burung dan unggas yang merdu mengulit deria pendengaran ditambah pula kesegaran air daripada anak sungai dan tasik yang terbentang luas. Semua ciri-ciri yang dinyatakan di atas adalah satu anugerah Tuhan kepada manusia dan seharusnya kita menghargai setiap pemberianNya yang tiada terhitung nilai.

Apa yang menarik bagi golongan pencinta alam semulajadi, semua kriteria yang dinyatakan tersebut ada di Asia Camp. Justeru, Asia Camp diwujudkan bukan sahaja untuk mengadakan kem, tetapi untuk menikmati keindahan alam semulajadi kepada para pengunjung khususnya mereka yang datang dari kotaraya.

Jika dibandingkan dengan pemandangan dan suasana di kota raya ia nyata jauh berbeza dengan pusat riadah Asia Camp. Lokasi kami yang terletak di Kuala Kubu Baru memberikan kelebihan sebagai satu pusat riadah santai yang memenuhi semua citarasa pencinta alam natural. Bagi golongan pencinta alam ini, berada dalam hutan belukar dan rimbunan pohon adalah satu terapi diri untuk menghilangkan tekanan dan melupakan sejenak pelbagai masalah yang melanda.

Salah satu aktiviti lasak seperti Flying Fox pula memberi peluang kepada mereka melepaskan tekanan dengan menjerit sekuat hati sambil memerhatikan keindahan alam semulajadi.

Tidak perlu ragu-ragu lagi sekiranya anda bercadang untuk mencari tempat riadah dan percutian dalam masa yang sama. Para peserta yang pernah menjalani pelbagai aktiviti Kem Motivasi di Asia Camp hampir semua merasai pengalaman yang menyeronokkan yang tidak boleh diperolehi apabila mereka berada di bandar.

Gunung ganang hutan belantara, Tasik luas indah terbentang, Asia Camp untuk mengembara, Menerokai keindahan hijau memandang.

Tambahan lagi, tidak salah untuk anda meluangkan sedikit masa untuk reward diri sendiri dengan bercuti di pusat riadah Asia Camp dan menikmati keindahan panoramanya. Perkara yang baik tentu lebih manis jika dikongsi bersama. Jadi bawalah ahli keluarga anda bersama atau teman-teman sepejabat, satu kolej atau satu pasukan anda untuk merasai dan melihat sendiri panorama yang disajikan. Hubungi pihak pentadbiran Asia Camp untuk menempah tarikh anda. Semoga percutian anda menjadi satu kenangan manis yang akan dikenang sehingga bila-bila.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

BONDING ACTIVITIES ASIA CAMP

Bonding Activities adalah satu istilah yang menerangkan sesebuah kumpulan atau keluarga melaksanakan pelbagai aktiviti untuk mengeratkan kasih sayang dan mewujudkan persefahahaman antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga, pasukan mahupun organisasi.

Aktiviti ini perlu apabila sesebuah pasukan atau organisasi tidak lagi mencapai keharmonian dan suasana semakin tegang sehingga menyebabkan perselisihan faham dan pergaduhan. Di Asia Camp, antara aktiviti-aktiviti yang sering menjadi pilihan para pengunjung dalam usaha untuk mengeratkan hubungan sesama ahli adalah Jungle Tracking, Abseiling, Water Floating, Treasure Hunt dan Camp Fire. Aktiviti sebegini memerlukan kerjasama dan persekepakatan daripada semua pihak untuk mencapai matlamat dan objektif kumpulan.

Bonding Activities di Asia Camp kebiasaannya akan meminta para peserta untuk melakukan body contact bagi sama jantina, bertujuan untuk memulihkan persengketaan yang pernah terjadi. Sebagai contoh, dalam aktiviti Night Walk, para peserta akan diminta berpegangan tangan untuk melalui terusan jalan yang gelap, akan menyedarkan para peserta kepentingan untuk saling mempercayai di antara satu sama lain. Namun demkian, para jurulatih Asia Camp akan sentiasa mengawasi para peserta bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Selain menitikberatkan kepercayaan yang utuh, usaha untuk saling memahami masalah masing-masing adalah usaha untuk mengeratkan kasih sayang dan perpaduan dalam pasukan, keluarga mahupun organisasi.

Melalui program Bonding Activities ini juga, para peserta akan ditekankan dengan aspek kerohanian seperti menghargai setiap individu dan perkara yang berlaku dan meyakinkan para peserta bahawa setiap kejadian yang berlaku pasti disertai dengan hikmah. Sekiranya di tempat kerja anda atau dalam keluarga anda sedang berlaku pelbagai konflik dan menimbulkan ketegangan yang tidak mampu anda selesaikan sendirian, kami mencadangkan supaya anda merancang aktiviti bersama Asia Camp untuk mewujudkan semula perasaan harmoni dan kasih sayang.

Terasa sakit tercucuk duri, Pembalut luka terlupa dibawa, Waktu rehat perlu dicari, Menambah semula keazaman di jiwa.

Lumrah menjadi manusia tentu sahaja kita akan merasa lelah dengan pelbagai tuntutan dan tanggungjawab. Namun, jangan sesekali merasa putus asa dengan perasaan penat tersebut. Sedangkan mesin yang hebat perlu diselenggara secara berkala, apatah lagi kita sebagai manusia tentu sahaja memerlukan ruang dan masa untuk berehat seketika dan mengatur semula langkah dalam memperbaiki mutu kehidupan dan pekerjaaan kita pada hari mendatang.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>