Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, sembang santai rekreasi, Team Building

MEMBENTUK REMAJA CEMERLANG DALAM KEM JATI DIRI

Membentuk personaliti cemerlang dan matang dalam diri remaja adalah amat penting dan ia menjadi satu cabaran kepada golongan para penganjur kem motivasi atau kem jati diri. Seperti semua sedia maklum, golongan remaja ini adalah golongan yang sentiasa terdorong untuk mencuba sesuatu dan dalam tempoh usia ini mereka kebiasaannya tidak tahu membezakan tentang keburukan dan kebaikan dalam setiap perkara.

Golongan remaja juga adalah golongan yang sering terlibat dalam masalah sosial. Malah ada yang lebih teruk terlibat dalam aktiviti jenayah. Justeru, dalam setiap kem motivasi dan kem jati diri adalah penting bagi penganjur untuk memantau mereka.

Membentuk personaliti cemerlang dalam diri remaja pada era moden ini akan menyebabkan golongan dewasa berdepan dengan pelbagai risiko seperti tekanan perasaan mahupun ancaman keselamatan. Namun begitu, sebagai golongan dewasa, kita tidak harus berputus asa dalam usaha cuba memberikan ilmu yang terbaik setiap masa kepada mereka lebih-lebih lagi terhadap ahli keluarga sendiri.

Dengan adanya bantuan dan sokongan moral daripada masyarakat, maka matlamat kehidupan yang jelas akan terlihat dan mereka akan cuba untuk mendapatkan matlamat tersebut. Selain perlu mengingatkan mereka tentang jalan kejayaan yang akan ditempuhi adalah dipenuhi dengan beberapa kali kejatuhan dan kegagalan, pengajur program perlu fokus dalam usaha membentuk personaliti cemerlang dalam diri mereka.

Ini bermaksud, para penceramah atau jurulatih harus sentiasa mengingatkan para remaja tentang rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Setiap tindak tanduk mereka akan mengakibatkan sesuatu perkara yang tidak dijangka justeru mereka haruslah tahu berfikir secara panjang tentang setiap keputusan yang diambil.

Skil mengenal diri sendiri pula adalah antara salah satu asas kehidupan yang perlu diajar kepada para remaja dalam usaha untuk membentuk personaliti cemerlang. Golongan para remaja perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan agama dan nilai-nilai moral yang secukupnya bagi membenteng diri mereka dari melakukan kesalahan.

Bak kata pujangga, zaman muda hanya sekali, jadi usah sia-siakan. Kata-kata itu adalah benar kerana nyata perkara yang paling jauh dengan diri kita adalah masa lampau. Kita tidak mampu mengubah masa lampau namun sekiranya masa lampau kita tidak begitu baik maka dengan perkongsian ilmu kita akan dapat mencegah golongan muda daripada melakukan kesilapan yang sama.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *