Night Walk Menguji Keberanian Jiwa Pelatih

Night walk merupakan salah satu dari puluhan modul menarik yang ditawarkan oleh pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Bharu. Secara definisinya, night walk ini adalah aktiviti atau kembara berjalan di waktu malam hari. Aktiviti ini kelihatannya agak mudah dan ringan. Namun demikian, ia menguji keberanian dan kekentalan jiwa para peserta.

Hal ini kerana terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira oleh kedua-dua pihak fasilitator dan para peserta ketika melakukan aktiviti night walk ini. Antaranya ialah;

i) Faktor dingin malam yang sejuk yang mungkin menyebabkan asthma kepada peserta-peserta yang mempunyai alahan atau sakit kronik.

ii) Faktor keselamatan dari binatang buas seperti ular berbisa, babi hutan, serangga, lintah atau pacat. Oleh itu, ini memerlukan peserta mengenakan pakaian dan kasut yang sesuai bagi mengelakkan kecederaan yang tidak diingini di mana-mana badan badan peserta.

iii) Faktor cahaya suram di malam hari. Hal ini memerlukan peserta mendengar arahan dengan baik dan menggunakan peralatan yang diberikan atau yang telah disediakan oleh jurulatih daripada sesat.

iv) Faktor gugup, cuak dan takut akan gelap di kalangan para peserta. Mengatasi masalah ini, peserta dikehendaki untuk berjalan secara beriringan atau berteman dengan peserta yang lain.

Para peserta diberikan briefing awal mengenai aktiviti dan modul yang akan dilakukan
Peserta menunggu giliran untuk memasuki pintu masuk ke laluan khas kembara night walk yang telah disediakan oleh para fasilitator
Laluan hutan yang dipilih kebiasaannya telah dikemaskan sedikit sebanyak oleh para jurulatih

Terdapat 3 kebaikan aktiviti night walk ini kepada para peserta:

  1. Meningkatkan daya self alarm kepada faktor alam dan sekeliling. Kebiasaannya manusia mengambil sikap sambil lewa dan tidak sensitif akan persekitaran, corak atau laluan jalan, dan hal-hal kehidupan yang lain. Berbekalkan modal malam yang gelap dan faktor perjalanan di hutan, ia mampu meningkatkan deria sedar peserta ke tahap maksima. Ini kerana peserta telah keluar dari zon selesa yang memaksa mereka untuk berwaspada, membuka mata dan berfikir untuk bertindak dengan lebih berhati-hati.
  2. Night walk mampu membantu badan mempercepatkan pencernaan, meningkatkan metabolisme badan dan salah satu usaha kepada weight loss. Kebanyakan kita berasa malas selepas makan malam kerana perut telah penuh dengan makanan di waktu malam. Malam bersifat kerehatan, namun dengan perut yang penuh berisi makanan, terus masuk tidur bukanlah amalan yang sihat. Kita tidak boleh terus berbaring di atas katil sebaik sahaja selesai makan kerana ia membawa kepada peningkatan berat badan dan menjadikan diri gemuk. Oleh itu, dengan aktiviti night walk seperti ini, ia menggalakkan badan bekerja mencernakan makanan malam yang baru sahaja dimakan, membakar kalori dan menjadi latihan fizikal untuk badan tampil lebih cergas.
  3. Night walk juga sebagai satu usaha untuk menikmati keindahan alam sekitar di malam hari. Para peserta akan berkemampuan melihat serangga-serangga unik dan haiwan yang keluar mencari makanan di malam hari. Ini merupakan satu nikmat untuk mensyukuri anugerah Tuhan seterusnya menjaga kecantikan dan pemeliharaan flora dan fauna di hutan.
Peserta diarahkan mengikut hujung tali yang diberikan bagi mengelakkan sesat di dalam hutan

Kesimpulannya, night walk merupakan aktiviti sihat yang mencabar keberanian dan kekentalan jiwa para peserta. Ini kerana ia melibatkan pergerakan dalam suasana malam gelap yang memerlukan kemahiran kawalan diri yang tinggi, setiakawan dan tidak penting diri di samping kemahiran mendengar arahan dan cepat bertindak.

Apa yang pasti, setelah selesai aktiviti night walk ini ia adalah dijamin bahawa setiap peserta akan mempunyai kualiti tidur yang baik. Ini pasti kerana badan telah turut bekerja mencernakan hampir kesemua makanan malam tadi! Ini merupakan satu bonus kepada para peserta.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Asas Simpulan dan Ikatan

Kefahaman asas simpulan dan ikatan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang terbukti sangat efektif. Pendidikan mengenai asas simpulan dan ikatan ini tidak saja tertumpu kepada proses penyelamat sahaja, tetapi asas ini juga banyak digunakan ikatan dalam pelbagai aktiviti rekreasi seperti dalam aktiviti perkhemahan, jungle tracking, survivor camp, dam lain-lain.

Secara umumnya, terdapat tujuh asas ikatan dan simpulan yang biasa digunapakai di dalam kem-kem perkhemahan, rekreasi dan proses menyelamat antaranya ialah seperti berikut:

i) Ikatan Buku Sila / Reef Knotb

ii) Ikatan Bunga Geti (Commom Bend)

iii) Simpulan Angka 8 / Himpit (Fishermen’s Knot)

iv) Lilitan Taut (Taut-Line)

v) Simpulan Tindih Kasih (Bowline)

Umumnya, seramai hampir 60 orang pelajar dari SK Air Panas ini telah meluangkan masa dengan menyertai perkhemahan Kem Unit Beruniform selama 3hari 2malam di Asia Camp. Mereka telah mempelajari 4 asas membuat simpulan seperti berikut:

A) Simpulan Himpit (Fisheman’s Knot)

Fungsi simpulan seperti ini lebih kepada menyambungkan dua tali yang besar yang kebiasaany kita menggunakan tali pancing. Ia juga turut digunakan untuk menyambung tali licin.Simpul Pulih (Sheep Shank Knot)

B) Simpul Bunga (Double Sheet Band)

Ikatan ini lebih kepada skill memendekkan tali tanpa memotongnya. Ikatan ini juga digunakan untuk menguatkan tali pada tempat yang reput atau hendak putus. Ia juga digunakan bagi menegangkan tali yang kendur yang diikat pada keduadua hujungnya.

C) Simpul Bunga (Double Sheet Baa)

Bagi jenis simpulan ini pula, ia berperanan untuk menyambung dua utas tali yang tidak besar. Lilitan hanyalah sebanyak 2 keping tali yang tidak sama besar tetapi lilitannya adalah sangat kemas.

D) Lilitan Taut (Taut LIne)

Bagi jenis lilitan sebegini pula, ia lebih kepada keperluan mengikat tali khemah ke pancang atau tali tiang supaya di dapatkan dikendurkan atau ditegang.

Secara keseluruhannya, para peserta dari SK Air Panas ini kelihatannya gembira dan pulang dengan membawa sesuatu yang bermanfaat pada sesi hujung minggu pada kali ini. Syukur Alhamdulillah .

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Kem Jati Diri di AsiaCamp

AsiaCamp Semenyih & Tanjong Karang ditubuhkan lebih kurang 3 tahun yang lepas iaitu pada bulan Ogos tahun 2015. AsiaCamp adalah sebuah pusat latihan kem. Pelbagai golongan peserta yang telah menyertai aktiviti kem di sini. Kebanyakan peserta yang terlibat disini adalah daripada golongan pelajar sekolah, pelajar ipt, dan golongan dewasa dan sebagainya. Disini juga pelbagai program yang boleh dilakukan, antaranya ialah program team building, kem jati diri, kem unit beruniform dan pelbagai jenis aktiviti lagi boleh dilakukan disini. Disini terdapat banyak asrama (dorm) dan bilik. Dewan makan terbuka juga yang boleh dimuatkan ramai peserta disini. Disini peserta akan selesa kerana terdapat banyak jenis dewan. Pelbagai jenis kemudahan boleh didapati di sini seperti surau, dewan dan tandas yang banyak.

Kem jati diri ini amatlah bermanfaat, ianya dapat lebih banyak rakan. Kem jati diri ini dapat menanamkan sifat minat dalam mempelajari ilmu pengetahuan supaya suatu hari nanti bernilai dan mendatangkan manfaat kepada negara kelak.

Komen Peserta

Pilihan aktiviti untuk Kem Jati Diri

Ice-breaking adalah satu aktiviti yang seronok dan selalunya di buat di dalam dewan. Aktiviti ini dapat menghilangkan kebekuan-kebekuan di antara peserta latihan sehingga mereka saling mengenali dan boleh berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah dengan adanya aktiviti ini peserta dapat menghilangkan sekat pembatasan di kalangan peserta. Ianya juga dapat menimbulkan motivasi diantara sesama peserta untuk melakukan aktiviti selama training ini belangsung. Di dalam aktiviti ini peserta akan melakukan beberapa permainan di dalam kumpulan. Antara permainan yang telah dimainkan ialah melaungkan sorakkan. Sorakkan ini akan di ajar kepada pelajar ataupun setiap kumpulan peserta yang terlibat di sini. Kesemua peserta berasa gembira semasa program itu dijalankan.

 

Survival Cooking

Survival cooking adalah aktiviti memasak di dalam hutan dengan menggunakan bahan yang terdapat di dalam hutan. Semasa mereka di dalam hutan, mereka hanya diberikan beberapa bahan utama iaitu isi ayam, beras, minyak masak, bawang merah, bawang putih, halia, garam dan serbuk kunyit. Mereka akan menggunakan semua bahan ini untuk menyelesaikan tugasan memasak mereka. Semasa memasak mereka sangatlah bekerjasama antara satu sama lain, ada yang mencari daun untuk dijadikan alas kepada makanan mereka, ada yang mencari buloh untuk dijadikan penyepit dan sudu untuk membalikkan makanan yang sedang dimasak ,ada juga yang membasuh isi ayam yang diberi dan ada juga yang menghidupkan api.

Apabila api telah dihidupkan, ahli kumpulan yang lain mula meletakkan batu-bata dan kayu-kayu sebagai alat yang akan diletakkan periuk untuk memasak diatasnya. Selepas selesai memasak pula peserta memulakan dengan meghidang makanan yang dimasak kepada juri ataupun jurulatih. Disini kami terlihat para peserta berani dan yakin dengan apa masakan yang telah di selesaikan. Selesai sahaja aktiviti survival cooking, peserta diminta mengemas bersama-sama dan terus ke dorm untuk mendiri dan solat zohor secara berjemaah. Peserta yang menyertai aktiviti kem disini akan lebih berdikari

Indoor Games

Indoor game adalah satu permainan yang dilakukan di dalam dewan sahaja. Dengan adanya aktiviti ini kita dapat menarik minat para peserta dan peserta dapat teruskan aktiviti ini dengan tidak rasa sebarang kebosanan semasa disini. Kebiasaannya dalam aktiviti indoor game ini peserta akan di dedahkan dengan satu permainan yang dinamakan Fokus dan Sedar. Permainan ini amatlah berguna kepada peserta kerana cara permainan ini juga tidak membosankan. Selain itu jurulatih meneruskan dengan permainan cari dan lengkapkan saya.

Cara permainan ini, peserta di minta oleh jurulatih mereka untuk duduk di kerusi dan ahli kumpulan yang lain akan mengambil barang yang diminta oleh jurulatih dan akan di pakaikan kepada peserta. Dengan adanya permainan ini peserta akan lebih peka dengan keadaan sekeliling dan mereka juga lebih fokus dengan apa yang diminta oleh peserta. Pada akhir permainan ini mereka diterangkan oleh jurulatih dengan motif sebenar permainan ini diadakan ialah mereka akan lebih peka dan bersikap bekerjasama. Selain itu mereka akan hidup saling bantu-membantu antara satu sama lain

Kem jati diri sebegini dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain

Komen Guru

Pengalaman Explorace

Explorace mereka akan dijalankan hanya di dalam pusat kem ini sahaja. Antara permainan yang dilakukan ialah permainan yang diberikan nama 15, drumsrake, paku, puzzle dan stick. Setiap permainan di dalam aktiviti ini telah disediakan check point. Dimana check-point ini akan di tetapkan oleh jurulatih. Peserta akan mencari check point yang ditetapkan dan jika mereka sampai di check point tersebut mereka perlulah berpantun dan jika betul barulah mereka dapat teruskan permainan tersebut. Disini terlihat cara peserta berfikir untuk menyelesaikan pantun mereka. Antara permainan yang dilakukan ialah permainan dinamakan 15. 15 adalah permainan menggunakan kotak nombor. Kotak nombor yang akan diberikan kepada peserta sebanyak 9 buah kotak nombor. Dimana nombor tersebut haruslah disusun dan apabila dibaca secara menegak dan melitang kesemuanya haruslah berjumlahkan 15. Permainan ini akan menguji otak para peserta untuk mengira.

Seterusnya permainan drumsrake ini adalah satu permainan dimana peserta diberi 10 kad untuk digayakan oleh seorang peserta dari kumpulan tersebut. Manakala peserta yang lain haruslah meneka gayaan yang dilakonkan oleh rakan mereka. Seterusnya permainan yang dinamakan paku ialah peserta akan di beri 10 batang paku. Paku tersebut haruslah di tegakkan diatas 1 batang paku yang lain. Pelbagai manfaat yang boleh kita perolehi dalam aktiviti ini diantaranya peserta akan mendapat pengetahuan yang baru di dalam aktiviti ini. Selain itu, peserta juga mendapat kecergasan mental dan fizikal sekali gus semasa melakukan aktiviti ini. Kesemua permainan pada aktiviti explorace ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan para peserta dan kekuatan pemikiran juga banyak digunakan di dalam aktiviti ini.

” Sebelum sebarang aktiviti dilakukan mereka akan di minta untuk bersorak bersama-sama di dalam dewan itu. Tujuan sorakkan itu dilakukan adalah untuk menaikkan semangat para peserta dan melihat tumpuan peserta semasa di dalam kem “

Kata Jurulatih AsiaCamp

Water Confident dan Water Rafting

Mereka akan membuat rakit bersama-sama di padang astaka. Aktiviti sebergini juga dapat mengukuhkan lagi perpaduan dan aktiviti ini dapat menjadikan peserta untuk lebih giat dan cergas. Sesudah selesai membuat rakit, mereka perlu mengangkat rakit tersebut bersama-sama dan terus bawa ke tasik yang berhampiran dengan AsiaCamp ini. Setiba mereka ditasik mereka meneruskan lagi membuat aktiviti tersebut. Terlihat wajah mereka yang pada mulanya takut tetapi pada akhirnya kesemua peserta seronok dan memberikan komen yang sangat positif dengan aktiviti tersebut. Semasa mereka melakukan aktiviti itu mereka diberikan untuk memakai jaket keselamatan. Dengan adanya jaket keselamatan ini mereka tidak perlu risau dan takut kerana jaket keselamatan ini umpama pelampung pada diri setiap peserta ini ketika melakukan aktiviti air. Apabila mengadakan aktiviti yang melibatkan sungai ataupun laut, pemakaian jaket keselamatan adalah sangat penting.

Ini kerana jaket keselamatan berupaya untuk mengapungkan pemakainya dalam tempoh masa yang lama. Ianya juga dapat mngelakkan pemakainya dari terus lemas. Jaket keselamatan dipakai dengan kemas dan semua berbutang. Disini peserta diuji untuk dapat menghindarkan ketakutan. Selain itu peserta juga dapat menikmati seluruh permandangan alam yang indah dari sang pencipta. Mereka amatlah teruja semasa melakukan aktiviti ini. Peserta juga dapat memupukkan nilai murni melalui aktiviti yang di jalankan ini. Dengan adanya aktiviti ini peserta juga dapat membuangkan perasaan takut ataupun gemuruh di dalam diri mereka

Aktiviti sebegini dapat memupuk peserta untuk lebih berkeyakinan tinggi semasa mereka diluar sana. Dengan adanya banyak aktiviti sebergini di lakukan kepada peserta, ianya dapat mengelakkan peserta daripada terlibat dengan gejala yang negatif di luar sana. Aktiviti-aktiviti sebegini dapat mengembangkan lagi potensi seseorang itu.

Dengan kem ini peserta akan mendapat :

  • Mengaplikasikan kepada remaja tentang keupayaan masing-masing dalam pelajaran agar dapat melonjak kearah kecemerlangan untuk melahirkan aset-aset negara yang ternilai.
  • Perlunya kem jati diri sebergini ianya dapat meningkatkan tahap keberanian pada setiap diri peserta.
  • Membentuk pelajar agar berkeperibadian yang soleh dan solehan agar membentuk diri kearah positif tentang perubahan diri supaya dapat membimbing manusia kearah kebaikan kelak.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

SURVIVAL COOKING DI HUTAN

Skill kedua yang penting dan perlu ada adalah survival cooking. Pentingnya survival cooking ini kerana ketika perkhemahan di hutan, makanan yang dimasak itu mampu dimakan dan memberikan tenaga kepada para peserta untuk menjalankan tugasan perkhemahan yang lain.

Terdapat dua asas penting yang perlu dikuasai pelajar dalam menguasai survival cooking skill di hutan.

1) Survival cooking dalam menggunakan segala bahan atau peralatan yang ada untuk menyiapkan ‘task’ memasak

Contoh yang boleh kita lihat dalam gambar di bawah, para peserta menggunakan cooking pot (yang berbentuk segi empat) sebagai besen basuh, isian bahan masakan, sebagai pot memasak, papan memotong, menggoreng dan menumis, selain turut menjadikan pot berkenaan dan daun-daun hutan sebagai ‘pinggan’ dan ‘cawan’ untuk keperluan hidangan dan sajian. Para peserta juga menggunakan buluh sebagai bekas menanak nasi dan simpanan stok bekalan air. Survival cooking para peserta di sini merupakan adaptasi dan transformasi bahan kepada sesuatu yang kreatif dan berguna untuk perkhemahan di hutan.

Alhamdulillah, dengan kemahiran survival cooking sebegini para peserta kita mampu menikmati hidangan dan kenyang di hutan. Cuba kita bayangkan, jika ketiadaan survival cooking untuk bertransformasi, para peserta akan membawa segala keperluan dan alatan memasak seperti memasak di dapur rumah. Segala besen-besen khas untuk sayur, ikan, bahan penumis dan lain-lain adalah berasingan. Periuk kuali untuk masakan sayur dan lauk-pauk juga berasingan. Bukankah akan menyebabkan pemberatan beg muatan dan melambatkan proses memasak di hutan? Itu pentingnya untuk keluar dari ‘comfort zone’, perlahan-lahan membina kemahiran survival cooking dan belajar untuk lebih berdikari, mampu tiruvasi dan fleksibel.

2) Survival cooking dalam kemampuan teknikal memasak

Kemahiran survival cooking di sini lebih kepada aspek teknikal yang merangkumi kebolehan para peserta untuk menghidupkan api dan mengawal api dari padam. Kemampuan dan kreatif menggunakan bahan yang ada sebagai ganti, tidak berguna jika bahan tidak boleh dimasak. Masakan dapat dimakan nasinya jika berasnya tidak dimasak? Jadinya, pengetahuan asas bagaimana untuk menghidupkan api itu penting bagi membolehkan bahan-bahan makanan dimasak sebaiknya, mampu mengenyangkan dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan para peserta. Langkah asas untuk menghidupkan dan mengawal api ini adalah tips dari http://01serembantimur.blogspot.com/p/persediaan-1.html :

i) Menggunakan ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran.

ii) Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak.

iii) Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.

iv) Tindihkan kayu yang bersaiz besar apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

v) Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

Nah, inilah 2 pengetahuan asas dan kemahiran yang perlu ada dalam survival cooking skill di hutan. Apapun, jom kita tengok menu-menu masakan di hutan yang dihasilkan oleh para peserta kita di Asia Camp. Sangat melelehkan air liur dan pastinya yummy sekali dengan pakej perut yang sudah berkeroncong lapar!

Menu 1: Nasi ayam kuning special de banana leaf
Menu 2: Cokodok kawah daun hijau
Menu 3: Opor ubi dan nasi rebung
Menu 4: Appetizer buah berangan bersama kuih bakar istimewa
Menu 5: Jemput-jemput ubi bersama kelapa dara KKB
Menu 6: Sandwich telur special de’ palas bersama ikan bakar daun kunyit

Wah, menarik sangat aneka masakan lauk-pauk hutan adik-adik peserta kita di Asia Camp ini. Terbaik buat adik-adik peserta sekalian! Kalian adalah chef sebenar buat diri! Moga skill ini bermanfat dan berguna untuk survival di masa hadapan.

“Give an applause to yourself”

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Unit Beruniform Menjana Bakal Pemimpin Negara

Aktiviti kokurikulum unit beruniform merupakan satu elemen penting yang seiring dengan pembinaan kurikulum pelajar di sekolah-sekolah. Gandingan kurikulum dan kokurikulum merupakan paduan pembinaan intektual dan sahsiah diri bagi seseorang pelajar. Aktiviti-aktiviti kokurikulum oleh unit beruniform sekolah ini boleh dikatakan kebanyakannya melatih para pelajarnya akan semangat berdisiplin, kerjasama, amanah dan berdedikasi, berkeyakinan, bertanggungjawab, kemahiran berinteraksi di samping ‘skill’ survival kehidupan serta keprihatinan dalam mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan. Badan beruniform ini menjadi medan utama untuk mencorakkan barisan pemimpin-pemimpin muda negara yang berwibawa untuk bekalan di masa hadapan.

Jens-jenis badan beruniform yang terdapat di sekolah-sekolah di Malaysia

Kebiasaanya, anggota pasukan beruniform akan menganjurkan pelbagai kem dan aktiviti di luar sekolah misalnya aktiviti berkelah, berkhemah, berkembara atau ekspedisi bagi memenuhi tuntutan latihan dan objektif badan uniform berkenaan. Jelasnya, kegiatan yang dijalankan oleh badan beruniform ini mampu menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan fokus belajar di kalangan para pelajar. Selain ilmu akademik, para pelajar di sini turut diasuh dengan ilmu kehidupan dan sosial untuk pembangunan insani di masa hadapan.

Admin masih ingat semasa di sekolah dahulu, Kadet Remaja Sekolah khususnya pelajar-pelajar lelaki sibuk dengan latihan formasi kawad dan melatih tubi membina kekuatan diri bagi menyertai pertandingan kawad di antara sekolah-sekolah, mewakili daerah dan negeri. Pada masa yang sama, Persatuan Bulan Sabit Merah pula diberikan latihan dan pengetahuan tentang pertolongan kecemasan dan mendapat ‘first-hand experience’ bersama pihak-pihak keselamatan seperti Paramedik hospital, bomba dan anggota penyelamat. Manakala bagi unit beruniform seperti Pengakap, Puteri Islam dan Pandu Puteri, para pelajarnya diajarkan pengetahuan asas memasak, menyelamat dan keselamatan, perkhemahan, kerjasama dan berpasukan serta sikap tolong-menolong dan bertoleransi.

Himpunan badan beruniform mampu meluaskan jaringan kenalan dan meningkatkan kemahiran kehidupan dan sosial pelajar secara umumnya

Admin juga masih ingat akan jamboree kebangsaan yang menghimpunkan anggota-anggota badan beruniform sama ada sesama jenis atau bukan yang menggabungkan beberapa buah sekolah di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Di kala ini, anggota badan beruniform berpeluang berinteraksi bersama para pelajar dari sekolah lain, menjalinkan kenalan baru dan hubungan mesra di antara generasi tua dan muda serta membina jaringan kemahiran yang lebih meluas dengan perbezaan latar belakang dan budaya.

Menuju ke tahap ini, segalanya bermula dengan aktiviti-aktiviti badan beruniform di sekolah-sekolah terlebih dahulu. Bagi melatih para pelajar mendapatkan kemahiran asas ini, selain di sekolah, di sinilah lahirnya keperluan pusat-pusat latihan dan rekreasi seperti Asia Camp ini bagi menyahut keperluan semasa badan-badan beruniform sekolah. Sebagai contoh, apabila pelajar menyertai aktiviti kokurikulum unit beruniform, mereka memerlukan tempat latihan, bahan atau modul latihan serta kelengkapan-kelengkapan yang lain seperti asrama, dewan makan, tandas, padang, tempat terbuka, gelanggang dan sebagainya. Bagi aktiviti perkhemahan unit beruniform pula, mereka memerlukan modul perkhemahan dan kelengkapan perkhemahan seperti khemah dan alatan memasak serta kemahiran membina gajet perkhemahan yang lain sebagai kit survival di hutan.

Modul latihan yang seimbang dan berkualiti membantu pembentukan karakter diri pelajar sejajar objektif aktiviti badan-badan unit beruniform berkenaan
https://www.youtube.com/watch?v=Zk5cWh_d00Y
Kem Unit Beruniform di AsiaCamp

Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan badan beruniform ini berkemampuan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Oleh yang demikian, kesediaan tempat latihan dan rekreasi yang baik, pembinaan modul yang berkualiti, para fasilitator yang berkemampuan dan fasiliti lain yang menyokong dilihat wajar diketengahkan dan amat penting dalam memastikan kelestarian aktiviti kokurikulum bagi badan unit beruniform ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Asas Pertolongan Kecemasan di AsiaCamp

Asas Pertolongan Cemas merupakan kelainan yang AsiaCamp cuba bawakan. Aktiviti perkhemahan di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp tidak hanya memfokuskan aktiviti-aktiviti lasak di luar. Kita turut menyediakan kemudahan dewan dan modul ‘indoor’ aktiviti yang menerapkan ilmu teknikal kepada aktiviti-aktiviti perkhemahan yang sebenar di tapak perkhemahan.

Misalannya, pada 26hb Jun 2019 yang lepas seramai 38 orang pelajar dari badan unit beruniform Pengakap SMK Ampang telah menyertai perkhemahan di Asia Camp. Mereka telah dilengkapkan dengan ilmu perkhemahan teknikal seperti balutan dan lilitan anduh, slot team building and yakin diri.

Untuk slot asas pertolongan cemas yang melibatkan balutan anduh, para pelajar ini telah mempelajari lebih dari 10 jenis balutan. Pembalut tiga segi (seperti dalam Gambar A) mempunyai kegunaan (i) mengampu bahagian yang cedera, (ii) menahan darah, dan (iii) membalut bahagian cedera atau patah.

Gambar A: Pembalut tiga segi, kain balutan asas yang digunakan dalam perkhemahan badan beruniform khususnya dalam badan beruniform Pengakap sekolah

Antara jenis balutan anduh yang dipelajari oleh para pelajar dari pelatih modul ini merangkumi pembalut cincin, anduh kecil /anduh pergelangan tangan, anduh besar / anduh lengan, anduh luka di dada hadapan dan belakang, anduh luka bahu, siku dan sebagainya untuk slot asas pertolongan cemas.

Contoh lain yang turut dipelajari para pelajar adalah balutan anduh besar / anduh lengan (Gambar B). Fungsi ikatan anduh besar di lengan ini adalah untuk menyokong bahagian anggota atas badan yang luka atu tercedera serta mengurangkan pergerakan serta sakit di bahagian atas anggota badan Langkah ikatan balutan dimulakan dengan (1) membentangkan bucu kain anduh yang kemudiannya diletakkan pada siku lengan yang cedera (rujuk Gambar C) Kemudiannya, (2 dan 3) ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. Bucu di atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi (4) boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya ikatan nampak lebih kemas.

Gambar B: Langkah balutan anduh besar / anduh di lengan
Gambar C: Jenis balutan lain yang turut dipelajari pelajar; (a) luka bahu, (b) anduh pergelangan tangan, (c) luka lutut, (d) ikatan buku sila

Walaupun pada sesetengah pihak masyarakat, ikatan dan balutan anduh sebegini mungkin dianggap perkara biasa, namun demikian ilmu ikatan dan balutan ini sangat berguna apabila kita berdepan dengan situasi dan detik-detik kecemasan.

Gambar D: Para pelajar SMK Ampang bersemangat mempelajari etika ikatan dan balutan anduh

Pada pendapat Admin sendiri, slot modul asas pertolongan cemas yang dipelajari para pelajar ini merupakan satu ‘refresh’ ilmu teknikal yang perlu sentiasa diperbarui dan diamalkan semula. Dunia badan beruniform yang telah hampir 20 tahun ditinggalkan menyebabkan Admin sendiri seperti anak-anak kecil yang teruja dan seronok mempelajari benda baru.

https://www.youtube.com/watch?v=mjyPFuBgdB4

Hujungnya, pada pemerhatian Admin, para pelajar SMK Ampang ini sungguh ‘enjoy’ dengan aktiviti indoor mereka, mereka ketawa gembira dan bersemangat menghasilkan ikatan yang baik dan kemas. Fokus dan yakin diri itu penting! Selamat maju jaya buat adik-adik Pengakap SMK Ampang sekalian, didoakan semoga kalian menjadi orang yang berguna kepada anggota masyarakat di masa hadapan.

http://01serembantimur.blogspot.com/p/balutan-anduh.html

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Asas Perkhemahan di Hutan

Pengetahuan asas perkhemahan sangat penting apabila kita ingin berkhemah di hutan . Aktiviti perkhemahan sangat sinonim dengan ‘outdoor adventures’ yang mampu mendatangkan keseronokan dan keterujaan berganda buat para pelajar mahupun peserta kem. Namun demikian, asas perkhemahan ini merupakan kerangka asas dalam membuat persediaan awal dan tatacara persediaan untuk aktiviti perkhemahan yang tidak harus dipandang dengan sambil lewa. Hal ini kerana, perkhemahan kem unit beruniform dengan penyertaan dari para pelajar sekolah rendah mahupun menengah biasanya melibatkan angka yang ramai. Persediaan awal yang jika dipandang sepi akan membuka kepada ruang-ruang kecemasan yang pastinya akan menggugat perjalanan program perkhemahan dan fokus para peserta.

Di dalam artikel panduan asas perkhemahan di hutan, pihak Kementerian Kesihatan telah menggariskan beberapa fokus yang melibatkan faktor keselamatan yang patut dititikberatkan oleh setiap peserta, fasilitator mahupun guru pengiring perkhemahan tersebut.   

Pemilihan kawasan lapang dan di tanah tinggi merupakan langkah asas keselamatan yang utama apabila berhadapan dengan situasi kecemasan

Asas perkhemahan bagi pemilihan kawasan dan tapak perkhemahan:

  1. Pilih tanah atau tapak yang rata. Ini memudahkan pemasangan khemah yang selesa sebagai tempat tidur atau berehat dan akan mengelakkan daripada berlakunya air bertakung semasa hujan.
  2. Berhampiran dengan punca air. Air yang bersih penting digunakan untuk memasak, membersihkan diri dan sebagainya. Punca air tersebut hendaklah dipastikan kebersihannya supaya tidak berlaku sakit perut,cirit birit atau penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui air yang tidak bersih.
  3. Jauh daripada dahan kayu mati. Ini penting kerana jika berlaku tiupan angin yang kuat atau hujan, pokok atau ranting serta dahan mati tersebut tidak menimpa khemah dan orang yang berada ditapak perkhemahan tersebut.
  4. Pemilihan tapak yang lebih tinggi dari punca air. Ini adalah penting untuk mengelakkan daripada dihanyutkan air jika berkhemah di tepi sungai.
  5. Kawasan yang mudah untuk mendapatkan bantuan. Ini penting jika berlaku sebarang kecemasan, pilih tapak perkhemahan yang berhampiran kawasan kampung, laluan orang serta mudah dihubungi.
  6. Makluman kepada pihak berwajib. Setiap aktiviti perkhemahan juga haruslah dimaklumkan kepada pihak berwajib seperti Polis dan Jabatan Perhutanan yang berhampiran agar bantuan dan maklumat kecemasan akan dapat dimaklumkan secepat mungkin.
  7. Mudah untuk mendapatkan bahan bakar. Bahan bakar perlu untuk memasak jika memasak menggunakan unggun api.
  8. Keselamatan kawasan perkhemahan. Pastikan kawasan tersebut terselamat dari binatang buas atau penceroboh yang tidak diingini.

Kesimpulannya, asas perkhemahan di hutan ini memerlukan persiapan rapi yang haruslah dititik-beratkan dari pelbagai aspek. Pengetahuan asas perkhemahan dimulakan dengan asas pemilihan tempat perkhemahan yang akan melibatkan kelancaran perjalanan program dan aktiviti perkhemahan yang baik. Rujukan di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=3aBZvDDiins

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Mencari Pusat Latihan dan Rekreasi untuk Kem Cuti Sekolah?

Anda mencari pusat latihan dan rekreasi yang bagus untuk pelajar anda untuk kem cuti sekolah?

Anda mencari kem kepimpinan pelajar sekolah yang awesome?

Anda mencari modul LDK yang lengkap dan ready-to-go?

Anda inginkan tempat yang berteraskan aktiviti ‘eco-resort’?

Anda mahukan keseronokan dan pembelajaran terus dari alam?

Anda mencari kelainan yang jauh dari sibuk kota yang bising?

YA, ANDA PERLUKAN ASIA CAMP TRAINING CENTRE!

Kami di AsiaCamp yakin, peluang pembelajaran dari alam sekitar yang digembleng dengan kesediaan pusat latihan dan rekreasi yang lengkap akan mampu membantu kepada pertumbuhan peribadi dan kesedaran sosial, membangunkan kemahiran kehidupan dan dunia kerja yang baik. Kami memfokuskan teras seperti berkepimpinan, disiplin dan harga diri, ketahanan fizikal, ketekunan dan dedikasi, berbelas kasihan serta kemampuan daya fikir kritis dan kreatif.

Konsep kami ialah: Alam hijau | Interaktif | Modul berstruktur dan terarah

Sedikit pengenalan, Asia Camp adalah pusat latihan dan rekreasi yang berteraskan aktiviti ‘eco-resort’ dan pembinaan pasukan sesuai untuk kem cuti sekolah. Nilai paling mahal yang dimiliki oleh Asia Camp ini adalah persekitarannya yang hijau dan bersih. Persekitaran hijau begini sememangnya penting dan direka khas untuk aktifkan energi dan daya fokus para peserta.  Antara lain, fokus utamanya juga adalah untuk tanamkan penghargaan pelajar terhadap hutan dan alam sekitar semasa kita beristirehat dan belajar dari alam.

Pusat latihan dan rekreasi Asia Camp ini beroperasi di 3 buah pusat latihan di Kuala Kubu Bharu, Tanjong Karang dan Taman Negara Pahang. Mempunyai kekuatan lebih 30 buah asrama dan 20 chalet yang mampu menampung kapasiti sehingga 1000 orang peserta. Menggunakan konsep hijau, AsiaCamp memberikan tumpuan pembangunan modal insan, keseronokan dan pembelajaran pendidikan dari persekitaran hutan dan alam sekitar.

Anda tidak akan mendapat tempat yang lebih baik seperti di AsiaCamp di sekitar Pahang mahupun Selangor. INI JAMINAN KAMI! Asia Camp menawarkan pusat dengan keluasan dan fasiliti yang konduksif, aneka aktiviti menarik, staff yang berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai modul latihan serta persekitaran yang selamat dan terpelihara. Berikan kami peluang untuk memberikan anda pengalaman terbaik buat anda.

https://www.youtube.com/watch?v=wYQUx2XI-mo&t=30s
Kem Cuti Sekolah di AsiaCamp

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

 

Hubungi pegawai kami segera untuk tempahan kem cuti sekolah. 🙂

kem unit beruniform

Kem Unit Beruniform

 

INGINKAN PAKEJ KEM HARGA BERPATUTAN

TEMPAT SELASA DAN MENCABAR?

Kem unit beruniform?
Kem kepimpinan?
Kem motivasi?

Ramai tidak dapat hadir Sertai kem unit beruniform atau kem motivasi kerana kos mahal?

Kami sedia bantu.

Di akhir kem unit beruniform disini, peserta akan dapat:

  • Memahami kepentingan semangat kerjasama diantara satu sama lain.
  • Membentuk disiplin kendiri setelah 3 hari 2 malam terasing dengan keluarga.

Pakej lengkap kami meliputi:

Penginapan katil single

Siap almari(bukan double decker)

  • Makan 12 kali
    Hari 1:makan Malam,minum Malam
    Hari 2:sarapan pagi, makan tengahari, makan Malam, minum Malam
    Hari 3: sarapan pagi, makan tengahari

Aktiviti penuh

  • Hari pertama : Ice breaking, mind setting, taklimat keselamatan dan kesihatan, kraf perkhemahan ,etika perkhemahan dan night walking.
  • Hari kedua : Senamrobik/kawad kaki, asas ikatan tali-menali, masakan rimba, exolorace, asas pertolongan cemas, asas menyelamat, berakit dan persembahan kebudayaan.
  • Hari ketiga : Senamrobik/kawad kaki, jungle trekking/flying fix dan majlis penutup.

Boleh juga diisi dengan slot kepimpinan@motivasi@sahsiah.

Kami gandakan keseronokan dengan pengisian objektif program, pegawai kami amat menitikberatkan penyampaian yang membolehkan peserta belajar sesuatu disini.

Setiap aktiviti kami akan isikan mengikut prinsip “from experience to learning”. Oleh itu, peserta tidak semata-mata seronok menghadiri kem kami. Bahkan, mereka pasti akan mempelajari elemen kem unit beruniform dengan lebih baik dan mendalam.

Elemen Latihan

Elemen ini termasuklah:

  • Kerjasama ketika berada di dalam kumpulan : Ini boleh dilihat ketika aktiviti mencabar dilakukan seperti asas masakan rimba, asas pertolongan cemas dan asas ikatan.

 Kesemua aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan sekaligus memudahkan jurulatih memindahkan pengalaman yang diterima peserta kepada pembelajaran yang seronok.

  • Disiplin diri walaupun di di luar zon selesa : Peserta yang duduk di dalam dorm dengan kemudahan minimum membolehkan sesi pembelajaran melibatkan penampilan diri disusun dengan lebih mudah.

Semua aktiviti harian pelajar tanpa melibatkan keluarga akan membolehkan pelajar memahami kepentingan disiplin diri dengan lebih baik.

Kelebihan lain

Apa yang tuan/puan akan dapat disini:

  • Parking luas. 400 kereta boleh masuk
  • Dewan tertutup yang selesa
  • Tandas yang banyak(150 unit)
  • Panorama indah(di kaki bukit)
  • Kem bersebelahan Sungai, bebas dari aktiviti awam.
  • Keselamatan terjamin sebab di pagar rapi seluruh kem. Hanya ada 1 pintu dihadapan untuk laluan utama.
  • Padang kawad sebesar padang bola sepak untuk aktiviti

Klik disini untuk info tentang kursus>>

Menikmati Keindahan Semula Jadi dengan Jungle Trekking

Jungle trekking merupakan satu cara terbaik untuk mendekati alam semula jadi. Ini adalah cara untuk anda mengalami keindahan alam semulajadi yang sebenar dan mendapatkan peluang seumur hidup untuk mengagumi flora dan fauna yang jarang berlaku. Pengembaraan hutan umumnya merupakan pengalaman yang sangat mendebarkan dan mencabar.

Aktiviti jungle trekking adalah satu aktiviti lasak yang lazimnya dijalankan dalam program rekreasi. Namun begitu, semasa menjalankan aktiviti ini, akitiviti keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan tidak kira kepada peserta, guru pengiring, fasilatator mahupun jurulatih itu sendiri.

Pengurusan risiko terhadap aktiviti ini boleh diuruskan dengan menggunakan satu kaedah yang dinamakan HIRARC. HIRARC adalah singkatan kepada Hazard Identification, Risk Assessment & Risk Control. HIRARC merupakan satu kaedah dimana setiap hazard dikenal pasti pada sekitar kawasan jungle trekking, laluan denai, peralatan, manusia dan lain-lain. Setiap hazard yang dikenalpasti akan dinilai sejauh mana risiko ke atas keselamatan para peserta dan setiap risiko akan dikawal mengikut hieraki kawalan.

AsiaCamp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>