ASAS LATIHAN DALAM KUMPULAN DI KEM MOTIVASI
Latihan dalam kumpulan atau istilah ringkasnya adalah LDK adalah satu aktiviti berkumpulan yang sentiasa dijalankan dan salah satu kaedah yang sering digunakan. Perantara yang dimainkan oleh pemudah adalah tunjang yang paling penting dalam LDK ini. Dalam aktiviti LDK ini, ahli kumpulan akan dapat menyesuaikan diri dalam tempoh masa yang singkat.
Melalui LDK juga para peserta berpeluang berkongsi pendapat, berkongsi masalah, mengenal potensi diri, memupuk sikap keterbukaan, melatih sikap kejujuran dan amanah. Selain tu LDK juga dapat membantu para peserta memupuk keyakinan diri, membentuk keterampilan diri dan melatih emosi untuk sentiasa mengutamakan nilai-nilai murni dalam kumpulan.
Latihan dalam kumpulan adalah satu aktiviti yang wajib diadakan dalam setiap kem motivasi atau kem jati diri yang diadakan di Asia Camp. Semasa kem dijalankan, para peserta akan menjadikan rakan pasukan mereka sebagai teman rapat sepanjang kem berlansung.
Selain itu, pelbagai aktiviti lain seperti mengenal logo, permainan indoor yang kreatif dan inovatif dan cara menangani konflik akan diselitkan bagi memberi lebih ruang kepada para peserta untuk lebih menyesuaikan diri.
Kawalan tempoh masa dalam LDK juga adalah penting kerana penyampaian pemudah cara yang meleret-leret dan tidak menepati objektif kem akan memakan lebih masa. Begitu juga dengan pembabitan peserta yang membahaskan isu.
Justeru, latihan dalam kumpulan perlu mematuhi tempoh masa yang ditetapkan dan pemudah cara yang berkebolehan adalah penting untuk merancang dengan lebih awal sebelum aktiviti dijalankan.
Pemudah cara yang berkebolehan turut penting dalam mencungkil bakat keterampilan para peserta semasa LDK dijalankan. Pemudah cara juga perlu mempunyai sikap menerima secara terbuka, membimbing tanpa batasan, dan bijak membuat keputusan selain berperanan sebagai sahabat. Justeru, pemudah cara yang baik akan dapat membantu objektif yang dirangka untuk dilaksanakan dengan jayanya.
Aktiviti LDK yang menyeronokkan akan membantu para peserta untuk membentuk semangat teambuilding kerana itu adalah antara tujuan utama setiap kem motivasi dan kem jati diri diadakan di Asia Camp.
Inovasi membezakan antara pemimpin dan pengikut – Steve Jobs