Riadah senamrobik adalah salah satu aktiviti ringan yang diadakan di Asia Camp. Tidak dinafikan dewasa ini aktiviti riadah ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat tidak mengira peringkat usia, bangsa mahupun jantina. Selain itu, aktiviti ini turut dikenali dengan nama panggilan lain seperti Poco-Poco, Zumba dan jika di negeri Johor lebih mesra dengan panggilan Johorobik.
Masyarakat Cina terlebih dahulu mengadakan aktiviti senaman ini yang dipanggil Yoga. Jika diperhatikan seawall pagi mereka akan berkumpul di kawasan lapang seperti taman riadah untuk membuat Yoga. Melihat kekuatan fizikal mereka jika dibandingkan dengan usia, nyata riadah senamrobik atau Yoga ini benar-benar memberi kesihatan fizikal, mental dan spiritual kepada mereka yang konsisten mengamalkannya.
Aura pagi adalah permulaan bagi hampir setiap masyakarat untuk memulakan jadual dan rutin harian. Tidak termasuk mereka yang berkerja syif atau menjalani jadual persekolahan pada waktu petang, hampir seluruh rakyat Malaysia memulakan kehidupan mereka pada seawall 5-6 pagi setiap hari. Justeru, adalah penting bagi masyarakat untuk menyedari tentang kebaikan aura pagi yang positif dan bersedia.
Jika pada waktu pagi kita dimulai dengan penuh semangat dan bermotivasi, tidak mustahil kita dapat menghabiskan hari tersebut dengan baik dan teratur. Selain menyihatkan tubuh badan, aktiviti riadah senamrobik ini juga dapat mengeratkan hubungan antara ahli dalam pasukan. Ia adalah salah satu langkah untuk merehatkan minda dan fizikal setelah ahli pasukan berpenat lelah menjalankan tugasan.
Selain diiringi dengan kombinasi lagu-lagu yang berbentuk catchy dan rancak, aktiviti ini diselangi dengan gerak geri yang menghiburkan. Justeru, tentu sahaja ia dapat mengurangkan tekanan dan memberi semangat positif kepada para peserta kem apabila ia diadakan pada waktu pagi.
Namun begitu, apa yang sering terjadi kepada masyarakat kita pada hari ini adalah di mana mereka hanya berpeluang untuk menyertai riadah sebegini semasa kem-kem motivasi diadakan. Apa yang penting sebenarnya adalah mereka harus mencari masa untuk meneruskan riadah senamrobik ini setelah mereka kembali ke rutin harian yang biasa. Dengan menyertai kelas-kelas senamrobik seminggu sekali misalnya akan dapat mengembalikan mood yang baik di samping mengekalkan kesihatan.
Perkara yang positif berlaku kepada orang yang positif – Sarah Beeny