Tips Mengurangkan Risiko Kemalangan Aktiviti Rekreasi

TIPS MENGURANGKAN RISIKO KEMALANGAN AKTIVITI REKREASI

 

Pertama sekali, jurulatih perlu menganalisa penilaian risiko untuk mencari tempat kemungkinan kemalangan. Analisa ini mestilah dibuat pada setiap aktiviti yang hendak dijalankan. Kemudian, jurulatih perlu mengajar formula kemalangan dinamik kepada peserta sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Dengan ini peserta akan mengetahui cara mengurangkan kemungkinan berlakunya kemalangan sekaligus bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri.

 

 

 

Dihasilkan Oleh

Nazmi

Disusunkan Oleh

Mohamad Anas Bin Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

“Sumber Risiko dalam Pengurusan Risiko”

 Sumber Risiko dalam Pengurusan Risiko

 

Di dalam pengenalpastian risiko, sumber- sumber risiko terbahagi kepada 3 jenis iaitu manusia, peralatan dan keadaan sekeliling. Kerana risiko berada di mana-mana dan setiap aktiviti yang dilakukan juga ada risiko tidak kira aktiviti luar atau dalam. Yang membezakan hanyalah risiko tinggi atau rendah sahaja.

 

  1. Manusia :
  2. Direct – Kemalangan yang melibatkan jurulatih dan peserta yang sedang menjalankan aktiviti rekreasi
  3. Indirect- Kemalangan yang tidak melibatkan orang luar dan orang yang tidak berkaitan dengan orang aktiviti rekreasi yang sedang dijalankan.

 

  1. Peralatan :

Kemalangan yang berlaku daripada kerosakan peralatan yang tidak diambil berat seperti bouyancy aid yang sudah tamat tarikh luput, tali terluka, ataupun berlakunya kemalangan kerana cara pemakaian yang tidak bersesuaian sebagai contohnya memakai kasut pejabat ketika membuat aktiviti memanjat dinding 12 kaki.

 

  1. Persekitaran

Persekitaran yang melibatkan perubahan cuaca atau kemalangan yang datangnya dari alam semula jadi seperti kepala air, runtuhan tanah dan hujan kilat.

 

 

 Dihasilkan Oleh,

Mohamad Faez Aiman Bin Hassim

Disusunkan Oleh,

Mohamad Anas Bin Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Cara untuk mengendalikan masalah yang timbul

Ilmu yang dapat hasil dari kursus pengurusan risiko      

 

Masalah berlaku apabila kita tidak dapat menangani sesuatu perkara dengan sebaik mungkin. Namun begitu ada cara untuk mengendalikan masalah yang timbul ialah kita perlu sentiasa berfikiran positif supaya kita  dapat mampu menangani sebarang masalah. Di samping itu,  dengan berfikiran positif tubuh badan, fikiran, emosi, dan hati kita akan bekerja selari dalam usaha untuk menangani sebarang masalah yang dihadapi.

Dihasilkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

Disusunkan Oleh

Muhammad Anas Mustaffa

 

Klik disini untuk artikel seterusnya>>