Kita biasa melihat di rancangan TV seperti di Amazing Race atau Explorace yang aktiviti explorace ini memerlukan para pemainnya berlari ke sana dan ke mari bagi menyiapkan aktiviti atau tugasan di setiap check point. Ada sesetengah check point yang diberikan melalui kawasan lumpur atau kawasan pertanian. Laluannya digabungkan dengan elemen tugasan seperti menaiki haiwan ternakan, menari dan berjumpa orang itu dan ini bagi mendapatkan hint seterusnya dan lain-lain. Apa yang pasti, aktiviti explorace yang biasa dihidangkan di TV menjurus kepada keseronokan melihat para pemain menyiapkan tugasan atau games yang ada di laluan checkpoint, dikenalkan penalti tugasan dan reaksi pemain apabila dikenakan pit-stop masa.
Adakah aktiviti explorace ini hanya sekadar larian dan menyiapkan tugasan di setiap check point semata-mata?
Inilah objektif yang kadangkala terlepas pandang oleh setiap peserta mahupun kita sebagai penonton di rumah. Aktiviti explorace ini lebih kepada membina team building sesama ahli, menguji kesabaran dan kekuatan mental serta fizikal ahli, membuktikan keazaman dan fokus peserta bahawa, nothing is impossible. Objektif lainnya juga ialah melihat kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis pada setiap ahli dan kumpulan. Tugasan yang diberikan oleh jurulatih atau fasilitator merupakan gabungan aktiviti yang dipadukan bagi menguji ketahanan dan kreativiti para peserta.
Tiada istilah tugasan berat mahupun remeh yang diberikan itu hanya sekadar suka-suka, ingin mengenakan atau melambatkan peserta. Setiap tugasan mahupun aktiviti yang diberikan mempunyai maksud, refleksi dan objektifnya yang tersendiri.
Sebagai contoh, dalam Tugasan 1 seperti gambar di bawah, setelah para peserta tiba di check point berkenaan mereka diwajibkan membuat ikatan kasih sahabat. Arahan yang diterima adalah, ikatan tangan yang dibuat haruslah kuat dan mampu menampung ahli yang lain tanpa mencecah kaki di tanah. Setiap peserta harus menjadi ahli yang didukung dan dilambung oleh ahli kumpulan yang lainnya.
Objektif tugasan di sini: melihat semangat setiakawan dan fokus dalam menyiapkan tugasan tanpa mengira warna kulit dan kelemahan diri rakan yang lain.
Contoh lain seperti di Tugasan 2 memfokuskan objektif kepada kemajuan diri dan kebersamaan rakan yang lain dalam mendokong ahli kumpulan. Arahan yang diberikan di check point berkenaan memerlukan setiap peserta menceritakan kelemahan yang ada di dalam diri selama 1 minit. Ahli kumpulan yang lain perlulah take note dan mengingati serta maklum akan kelemahan diri yang ada pada ahli kumpulannya yang lain.
Aktiviti ini menguji keberanian peserta untuk membuka pekung diri dalam rangka memberikan ruang kepada ahli yang lain untuk turut sama-sama menguatkan diri setiap ahli.
Inilah objektif sebenar dalam aktiviti explorace. Ia bukanlah aktiviti sekadar suka-suka atau memenuhi masa lapang. Namun, aktiviti explorace ini berbalik kepada keyword asasnya yaitu – “EXPLORE” dan “RACE” yang membawa maksud mendalami kekuatan dan kelemahan diri dan berusaha meningkatkan diri ke arah yang lebih dan menjadi yang terbaik.
Klik disini untuk artikel seterusnya>>
Ikuti temubual pihak Asia Camp bersama wakil pelajar ke atas aktiviti sebegini.