Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Team Building

MENERIMA DAN MENDENGAR ARAHAN

Kemahiran menerima dan mendengar arahan ini nampak mudah, simple dan seringkali dianggap remeh oleh kebanyakan anggota masyarakat hatta diri kita sekalipun. Namun demikian, kita tidak dapat menafikan bahawa gagalnya sesebuah organisasi mahupun pasukan atau gerakan adalah berasas dari kegagalan menerima dan mendengar arahan pemimpin atau orang atasan.

Bercerita mengenai kemahiran menerima dan mendengar arahan ini, saya suka kongsikan satu video mengenai aktiviti LDK pelatih-pelatih suatu organisasi yang tak diketahui yang viral di media sosial baru-baru ini. Di dalam video tersebut, para pelatih atau peserta LDK berada di dalam suatu situasi di mana mereka perlu menerima dan mendengar arahan oleh wakil fasilitator. Ikuti durasi penuh video sehingga habis, kita boleh melihat transformasi mesej yang diberikan oleh wakil fasilitator adalah seperti berikut:

https://youtu.be/9xePcDHcR28

Mesej asal: suatu “warning – I want to kill you”

Fasa kedua: “putusnya kepala”

Fasa ketiga: beralih kepada, “adegan menggosok gigi”

Fasa keempat: adegan “mencuci muka sesungguh hati”

Fasa kelima mesejnya memberitahu, “adanya orang di belakang”

Fasa terakhir apabila mesej disampaikan semula kepada fasilitator: mengatakan, “you are the best!”

Ini merupakan satu contoh aktiviti LDK yang bagus dalam memahami betapa pentingnya kemahiran menerima dan mendengar arahan. Kesudahannya kedengarannya lucu dan mudah, bukan? 

Tetapi, apabila kita refleksi semula dalam kehidupan seharian, kegagalan menerima dan mendengar arahan ini akhirnya membawa kepada kemusnahan hidup, hubungan dan prestasi kerja. Ia adalah suatu mesej yang menggerunkan. Mesej menerima dan mendengar arahan yang kelihatannya ‘simple’ mampu mengungkai kepada satu transformasi yang complex dan merapu.

Berbalik kepada konteks kem atau latihan perkhemahan unit beruniform sekolah misalnya, kegagalan peserta atau pelajar menerima dan mendengar arahan ketua akan membawa kepada perjalanan aktiviti yang suram. Ia mampu merosakkan mood di antara fasilitator dan peserta, memecahkan kerjasama rakan sepasukan dan membawa kepada perspektif ‘sakit’ akan teruknya wakil pelajar dari sekolah berkenaan, atau organisasi yang terbabit dan sebagainya.

Sesi perkhemahan unit beruniform bersama para pelajar dari SK Kementah, mereka tekun mendengar arahan bagi aktiviti seterusnya

Untuk mengatasi masalah ini, solusinya hanya satu. FOKUS, FOKUS dan FOKUS! Para peserta perlu meningkatkan fokus deria menerima dan mendengar arahan, kemampuan menaakul maklumat yang diberikan dan bergerak kerja dalam pemikiran kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah. Ini merupakan survival skill yang akan digunakan seumur hidup dan perlulah ditingkatkan dan di-upgrade dari masa ke semasa.

Skill menerima dan mendengar arahan ini sangat berguna dalam seluruh ruang lingkup kehidupan, dan di kem kami di Asia Camp, skill ini adalah ‘first bucketlist’ yang perlu dihadam dan dipraktikkan. Para peserta khususnya para pelajar tidak seharusnya malas dan lesu. Segala deria dan kemampuan diri dikuatkan untuk terus eningkatkan prestasi diri.

Apapun, tahniah kepada abang-abang dan kakak-kakak pelatih di video tadi, anda sangat menghiburkan kami! Kami belajar sesuatu dari anda semua hari ini.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *