Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi

Kursus Pemantapan Pegawai Integriti SPRM Sektor Awam (KPPI)

Alhamdulillah kini bumi Asia Camp sedang rancak dan ‘packed’ dek kehangatan dan sambutan menggalakkan dari pihak setempat dan agensi kerajaan di program pertandingan kawad kaki kadet polis pada Julai yang lepas. Pihak kami di Asia Camp kini menerima puluhan mesej dan ‘call’ baik dari agensi kerajaan mahupun pihak swasta bagi tempahan untuk mengadakan kursus kepimpinan, kursus team building, modul rekreasi dan sebagainya buat unit dan jabatan di organisasi masing-masing.

Baru-baru ini telah berlangsung kursus pemantapan pegawai dan kepimpinan bagi pegawai integriti sektor awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tahun 2019. Hampir 100 orang peserta yang merupakan para pegawai integriti SPRM bagi sektor awam yang terpilih kini sedang berkampung di bumi Asia Camp selama 3hari 2malam yang telah diadakan pada 6hb sehingga 8hb Ogos 2019 yang lepas. Kursus pemantapan pegawai integriti SPRM ini telah dianjurkan dengan usahasama Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melalui Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC).

 

Modul-modul yang dilaksanakan dalam kursus pemantapan pegawai integriti SPRM ini merangkumi 3 modul utama yaitu:

  • Penubuhan Unit Integriti Sektor Awam
  • Perundangan & Peraturan
  • Pematuhan & Pemantauan

 

Fokus dan objektif utama kursus pemantapan pegawai SPRM pada kali ini menyasarkan yang berikut;

  1. Di akhir kursus ini, peserta akan dapat mengenal pasti aspek-aspek dalam meningkatkan kredibiliti sebagai seorang pegawai di Unit Integriti Sektor Awam dari segi pengetahuan dan kemahiran dalm bidang pengurusan integrity dengan lebih berkesan.
  2. Peserta juga akan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan Fungsi Teras Unit Integriti sepertiaman Arahan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6, Tahun 2013.
  3. Membolehkan pihak MACA dan CIDC membuat penilaian semula terhadap tahap kepimpinan pegawai yang terlibat bagi mengukuhkan program kepimpinan diri, kemantapan integriti dalam bekerja serta mengukur semula tahap komitmen, dedikasi dan ‘awareness’ etika pegawai semasa berhadapan dengan pelanggan.

 

Aktiviti pagi oleh para pegawai SPRM di pusat latihan

Para pegawai integriti SPRM sedang melakukan kawad padang

Disiplin dan mendengar arahan adalah amalan penting dalam membentuk integriti diri khususnya bagi penjawat sektor awam

Melalui kursus pemantapan pegawai SPRM ini adalah diharapkan pegawai-pegawai integriti yang bertugas kelak lebih berdedikasi dan mampu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab mewakili pihak SPRM dan negara.

Kami di Asia Camp sesungguhnya merasa bertuah dapat bekerjasama dan berganding bahu dalam memberikan latihan dan pengukuhan etika bekerja ini kepada pihak SPRM dan seterusnya menyumbang kepada negara secara tidak langsung. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di masa hadapan!

Click untuk article seterusnya>

Leave a Reply