Wajah-wajah ceria anak murid SK Antara Gapi

Kem Badan Beruniform SK Antara Gapi Sesi 2019

Pada minggu lepas bertarikh 23-25hb Ogos 2019, telah berlangsung kem badan beruniform dari Sekolah Kebangsaan Antara Gapi. Seramai 70 orang pelajar dari badan unit beruniform sekolah ini telah berkampung di Asia Camp. Para pelajar ini tiba dengan bas di pagi hari 23hb Ogos dan terus dibawa ke bilik-bilik dormitori.

Seterusnya, taklimat dimulakan oleh wakil fasilitator Asia Camp. Taklimatnya berkisar mengenai perihal keselamatan, keberadaan program-program lain di pusat latihan, waktu makan dan sebagainya serta jenis-jenis aktiviti dan modul yang dilakukan sepanjang keberadaan mereka di pusat latihan Asia Camp di sini.

Secara asasnya, para peserta kem badan beruniform dari SK Antara Gapi ini merupakan kumpulan peserta kem yang termuda sekali yang berada di kem Asia Camp pada ketika itu. Kumpulan pelajar dari kem badan beruniform ini terbahagi dari persatuan Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri dan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Objektif dan fokus utama kem badan beruniform ini adalah memberikan pendedahan dan ‘first hands experience’ kepada para pelajar mengenai;

  1. peranan seorang ahli badan unit beruniform;
  2. pengalaman survival di hutan;
  3. menguatkan ciri-ciri kepimpinan bagi para pelajar;
  4. di samping mewujudkan rasa kekitaan dan setiakawan sesama mereka.

 

Oleh itu, modul-modul yang telah dijalankan melibatkan modul kem badan beruniform pelajar sekolah, modul survival cooking, modul pertolongan cemas, aktiviti explorace, pembentangan berkumpulan dan senamrobik beramai-ramai bersama para peserta dari program-program yang lain pada pagi Ahad, 25hb Ogos.

Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat

Para pelajar dari badan beruniform SK Antara Gapi yang baru tiba dan sekitar sesi taklimat

 

Secara keseluruhannya, nilai yang dapat dipelajari dari kem badan beruniform para pelajar SK Antara Gapi ini adalah;

  1. Para pelajar SK Antara Gapi ini dilihat lincah dan tangkas beraktiviti menggunakan eleman alam.
  2. Secara kritisnya, lokasi dan topografi sekolah mereka memang berada dalam kawasan yang sama seperti di Asia Camp. Lokasi Antara Gapi yang menghubungkan Ulu Yam-Serendah-Rawang sememangnya kaya dan terkenal dengan keindahan alam oleh penduduk setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak terkejut bila didapati para pelajar dari sekolah ini lebih tangkas dan sepertinya sudah terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

 

Apapun, well done kepada adik-adik pelajar dari SK Antara Gapi. Sungguh comel semuanya dan kami di pihak Asia Camp cukup berbangga dengan pencapaian mereka.

 

Artikel berkaitan kem perkhemahan pelajar:
1.

Perkhemahan Unit Beruniform 2019 – SK Putrajaya Presint 8(1)

2.

KEM BERUNIFORM LANGKAH PERTAMA KERJAYA

3.

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019

4.

Bagi yang masih mencari pusat latihan dan rekreasi untuk sekolah dan organisasi anda, boleh terus hubungi nombor yang tertera seperti di bawah. 

Hubungi Asia Camp bagi tempahan harga

Hubungi Asia Camp bagi tempahan harga

 

Pemasangan Khemah di Tapak Perkhemahan

Asia Camp seringkali dipilih oleh sekolah-sekolah rendah mahupun menengah di sekitar Perak dan Selangor sebagai tempat perkhemahan badan unit berunifrom sekolah. Mungkin kerana lokasinya yang mesra alam, keluasan tapak kem dan fasiliti lengkap untuk menampung bilangan pelajar yang ramai sehingga lima ke enam buah biji bas. Bagi aktiviti perkhemahan badan beruniform ini, selain perkhemahan di hutan dan bilik-bilik dormitori pihak Asia Camp turut menyediakan tapak khas perkhemahan yang bersifat outdoor.

Pada sesi perkhemahan yang lepas, seramai 60 orang pelajar dari SMK St. John (M) Kuala Lumpur telah berpeluang mempelajari asas pemasangan khemah secara amali dan teknikal. Para pelajar ini terdiri dari unit beruniform pengakap, kadet bomba dan persatuan bulan sabit merah.

Sesi latihan pemasangan khemah ini dimulai dengan sesi taklimat dan demonstrasi dari jurulatih dan para fasilitator dari Asia Camp. Para pelajar dikenalkan dengan peralatan khemah seperti kain khemah, fly sheet, rod fibre, tali dan pancang. 

Seterusnya, para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan masa selama 1 jam untuk menyiapkan khemah untuk kumpulan masing-masing. Prosedur pemasangan khemah ini mengikut langkah-langkah seperti berikut:

  1. Memilih tapak khemah yang telah dibersihkan.
  2. Buka dan hamparkan kain khemah ke tapak lantai.
  3. Sambungkan ke semua batang rod fibre.
  4. Masukkan batang rod fibre ke dalam lubang di hujung kain khemah.
  5. Selesai dimasukkan, kedua-dua hujung rod fibre hendaklah ditolak dan bahagian tengah rod fibre bersama bumbung khemah hendaklah diangkat ke atas.
  6. Apabila khemah telah terbentuk, kedua-dua hujung rod fibre hendaklah dimasukkan ke penyendal / lubang yang disediakan.
  7. Langkah 5 dan 6 diulang kepada kesemua batang rod fibre yang disediakan.
  8. Apabila khemah sudah terbentuk, angkat dan susunkan khemah mengikut lokasi yang telah ditetapkan dalam plan tapak perkhemahan.
  9. Pasangkan fly sheet dan ikat semua tali rod fibre dan hujung fly sheet ke tanah.
Para pelajar dibahagikan mengikut kumpulan dan diberikan ruang untuk memasangkan khemah
Para pelajar memasukkan rod fibre ke dalam kain khemah
Rod fibre dikemaskan agar tidak tersekat atau terputus di dalam kain khemah
Pelajar tekun memasukkan rod fibre
Gambar akhir, para pelajar ditugaskan untuk mengemaskan semula khemah dan tapak perkhemahan

Secara keseluruhannya, aktiviti pemasangan khemah ini memberikan hands on experience kepada para pelajar. Aktiviti ini turut membuka peluang kepada pelajar bukan sahaja mempelajari asas dan teknik pemasangan khemah secara lebih dekat, tetapi juga asas kerjasama berkumpulan, tolong membantu dan fokus menyiapkan tugasan yang diberikan.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Majlis Perasmian dan Penutupan Kem Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Kali ke-21 PDRM

Berakhirlah sudah program kem kadet polis bagi para peserta yang mewakili negeri masing-masing pada 16-18hb Julai yang lepas. Kemuncak program kem kadet polis ini diikuti dengan raptai majlis pada 19hb dan majlis perasmian dan penutupan program pada 20hb Julai 2019 yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh tetamu VVIP Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Perkhemahan badan beruniform kem kadet polis ini merupakan program tahunan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Untuk tahun 2019 ini, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diamanahkan dan diberikan kepercayaan untuk mengelolakan perkhemahan kem kadet polis ini bagi kali ke-21. Perkhemahan kem kadet polis ini turut dibantu dan dikawal selia oleh pihak pengurusan pihak Asia Camp Kuala Kubu Bharu. Adalah diharapkan kursus perkhemahan seperti kem kadet polis ini akan mampu meningkat kefahaman, ketahanan, kerjasama dan keberkesanan aplikasi kemahiran di kalangan para Ahli Kor Kadet Polis. Ini sejajar dengan kehadiran dan bantuan penyertaan dari wakil PDRM serta kontinjen-kontinjen mereka semasa program berlangsung.

Persembahan kawad kaki Mara Lasak (M/L) oleh para peserta dan kontinjen PDRM yang ada
Para peserta dan kontinjen dari PDRM khusyuk mendengar taklimat dan ucapan dari tetamu terhormat, Ketua Polis Ngeara

Tentatif  majlis ini adalah seperti berikut:

0700hrs : Kesemua para peserta kem kadet polis telah terlibat dengan acara senamrobik di padang perkhemahan.

0800hrs – 1200hrs : Para peserta daripada setiap wakil kontinjen telan menjalankan kawad kaki  Mara Lasak (L/W) .

1130hrs : Satu taklimat telah disampaikan oleh YDH SAC Dato’ Azman Bin Ayob, Ketua bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur kepada semua pegawai penyelaras kontinjen mengenai keselamatan para peserta program. 

1500hrs – 1800hrs: Suatu raptai penuh telah diadakan di padang kawad dan sesi ini telah dihadiri oleh YDH CP Datuk Seri Mazlan Bin Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur dan YDH SAC Dato’ Azman Bin Ayo,  Ketua Jabatan Pencegahan dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur. Program diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama ketua Polis Negara.

VVIP dikelilingi para wakil media yang membuat liputan dan laporan
Sesi bergambar bersama Keetua Polis Negara dengan para pemenang pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan bagi 2019
Perwakilan pelajar dari badan unit beruniform kadet polis dari negeri Terenggau
Sekitar suasana semasa raptai perbarisan pada 19hb yang lalu
Kadet polis dari perwakilan sekolah menengah juga turut tidak ketinggalan dalam latihan raptai sehari sebelum majlis penutupan
Para peserta dari badan unit beruniform sekolah juga cuba melaksanakan hukuman yang terbaik
Inilah wajah-wajah kakak-kakak polis yang turut sama berkampung di Asia Camp menyumbang tenaga, kemahiran dan pengalaman dengan para perwakilan negeri kadet polis
Committee program sedang menyiapkan tata rias bagi majlis pada tengah hari nanti
Raptai demo persembahan unit pancaragam dari PDRM

Secara keseluruhannya, perkhemahan kem kadet polis selama 5hari 4malam ini telah berlangsung dengan jayanya di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Bharu ini. Program yang mendapat sokongan oleh pihak KPM, PDRM dan para guru ini tentunya merupakan suatu pengalaman berharga buat para peserta. Bagi pihak pengurusan pihak Asia Camp, program sebegini sememangnya memberikan pengalaman yang berguna bagi pihak kem dalam meningkatkan kualiti servis perkhidmatan dan misi serta visi kem di masa hadapan.

Kalau ada sumur di ladang, boleh kami menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi.

Terima kasih untuk anda semua dari kami di Asia Camp!!!

Klik disini untuk artikel setersunya>>

 

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan 2019

Pada 16hb sehingga 18hb Julai baru ini, baru sahaja berakhir pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan di pusat latihan dan rekreasi Asia Camp di Kuala Kubu Baru. Seramai hampir 500 orang telah berkumpul dan berkampung di Asia Camp pada hari kemuncak pertandingan kawad kaki ini yang terdiri daripada 200 orang peserta, puluhan guru pengiring, wakil kontinjen dari PDRM, pihak media, para penyokong dan masyarakat awam yang lain. Penyertaan kontinjen dari pelbagai negeri ini mewakili unit beruniform kadet polis yang telah menjalani pelbagai modul team building and ketahanan fizikal dan mental. Setiap dari mereka membawa nama dan mewakili kontinjen negeri masing-masing. Kehadiran tetamu-tetamu VVIP seperti Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim turut menggegarkan bumi Asia Camp. Sesungguhnya, acara kawad kaki peringkat kebangsaan yang julung kali diadakan ini merupakan ‘event’ terbesar dan teramai yang pernah diuruskan oleh pihak Asia Camp setakat ini.

Unit beruniform dari badan pancaragam sedang mempersembahkan kawad kaki asas dan laporan

Terdapat 3 kriteria yang dilihat oleh para juri untuk skema pemarkahan pertandingan kawad kaki unit beruniform ini yaitu; (1) persediaan asas, (2) pergerakan kawad , dan (3) pemarkahan formasi. Di dalam kriteria pertama dan kedua, setiapnya dipecahkan lagi kepada 3 sub bahagian. Contohnya di dalam aspek persediaan, setiap ahli atau peserta kawad disemak secara detail dari asas pakaian, kekemasan diri dan pakaian serta keseragaman pasukan secara keseluruhan. Untuk aspek kedua, sub-kriteria yang dilihat melibatkan kawalan asas pergerakan peserta dan pasukan, kawalan menerima laporan dan kawalan statik pasukan. Kriteria kedua ini yakni pergerakan kawad membawa markah terkumpul yang tinggi sebanyak 50% dari keseluruhan markah untuk kumpulan penyertaan.

Contoh sampel pemarkahan bagi pertandingan kawad kaki nasional

Para jurinya pula terdiri daripada anggota khas unit beruniform negara dari cawangan tengah (central) yang telah berpengalaman berpuluh tahun di dalam bidang keselamatan negara. Penilaian dan pemarkahan mereka adalah muktamad hasil dari ketelitian, keseriusan disiplin dan pengalaman bersama unit keselamatan kebangsaan.

Pertandingan tahunan kawad kaki peringkat kebangsaan sebegini merupakan agenda penting bagi badan-badan unit beruniform dan ia menjadi fokus utama bagi para pelajar yang menyertainya. Mereka seboleh mungkin akan berusaha sekuat daya untuk melayakkan diri untuk sampai ke peringkat akhir. Pengalaman dan peluang menghadiri pertandingan seperti ini akan membuka minda para pelajar khususnya dari 3 aspek utama; (i) mempelajari arahan hukuman dan kreativiti formasi kawad yang baru, (ii) meluaskan kenalan dari pelbagai latar belakang sekolah dan budaya, serta (iii) pengalaman hidup dan perasaan mengenai sesuatu yang baru dan ruang untuk membuktikan diri setara dan mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Tentunya ia sesuatu yang mengujakan bagi para peserta dan adik-adik remaja kita.

Mari kita nikmati gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang pertandingan unit beruniform ini berlangsung.

Kadet polis dari Terengganu Darul Iman
Wakil peserta dari Johor Darul Takzim
Wajah-wajah para kadet polis yang mewakili negeri Kelantan Cik Siti Wan Kembang
Gelajat para pelajar yang lain yang turut serta datang menyokong sekolah, perwakilan negeri dan rakan-rakan mereka yang lain
Para juri pertandingan yang didatangkan khas dari unit beruniform keselamatan negara
Para medik dan sukarelawan turut bersiap sedia bagi sebarang kecemasan

Kesimpulannya, pertandingan sebegini yang diadakan secara tahunan merupakan satu peluang bagi para peserta dan adik-adik remaja ahli unit beruniform sekolah untuk mempelajari aspek-aspek penting dalam hidup. Aspek-aspek ini merangkumi nilai-nilai murni kehidupan seperti mempunyai fokus, berdisiplin, bekerja kuat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

Bagi pihak pengurusan Asia Camp pula, pengalaman menguruskan ‘event’ besar sebegini merupakan satu peluang untuk lebih memajukan potensi perkhidmatan, meluaskan profil, dan memberikan yang terbaik untuk pelanggan. Secara umumnya, Admin berpendapat menguruskan 500 orang ‘crowd’ yang terdiri daripada pelbagai kumpulan ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Ini melibatkan kebajikan setiap peserta, keselamatan, keselasaan dan akhirnya kepuasan para peserta, pelanggan dan masyarakat umum yang lain. Namun begitu, kami di Asia Camp bersyukur kerana program telah berlangsung dengan jayanya.

Bird-eye view secara keseluruhan bagi pertandingan kawad kaki nasional yang berlangsung di Asia Camp Kuala Kubu Bharu

Semoga kita berjumpa lagi di tahun hadapan dengan aksi yang lebih menarik dan modul yang lebih mencabar!

Terima kasih daun keladi dari pengurusan Asia Camp.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

kem bina semangat, AsiaCamp

KEMAHIRAN SIFAT KEPIMPINAN

Kemahiran ketiga – Sifat Kepimpinan

Skill ketiga yang harus dihadamkan oleh para peserta ini merujuk kepada sifat kepimpinan dalam bertindak dan melaksanakan tugasan yang diberikan oleh ketua semasa perkhemahan berlangsung.

Teori kepimpinan yang dibincangkan oleh Mahmood Zuhdi (1999: 9) menegaskan bahawa, “sifat kepimpinan itu terjadi dalam bentuk yang berbagai-bagai hala dan merupakan fungsi dari semua orang. Tidak ada orang yang menjadi pemimpin dalam semua hal dan tidak ada orang yang terlepas dari fungsi kepimpinan”.

Noor, M.A., et al. (2015). Teori Gaya Kepimpinan Barat diadaptasi daripada Teori Gaya Kepimpinan Islam (Al-Quran).  ISSN: 1985-7012, Vol. 8, (1).

Dapatlah kita fahami di sini bahawa, sifat kepimpinan itu lahir hasil asuhan kumulatif secara berperingkat dan holistik. Maksud lain di sini ialah, pembinaan sifat kepimpinan itu terbentuk dari gemblengan tindakan, kesefahaman, dan toleransi setiap ahli kumpulan dan sesama peserta kem.

Berbalik semula kepada situasi di kem kepimpinan unit beruniform, sifat kepimpinan ini boleh dilihat dalam pelbagai bentuk;

  1. mendirikan khemah
  2. membersihkan tapak perkhemahan sebelum dan selepas digunakan
  3. memasak dan ‘survival cooking’
  4. menyelesaikan tugasan yang diberikan seperti membuat raft, ‘water confident’, ‘camp fire’ dan lain-lain
  5. ‘explore race’ mahupun ‘night walk’
Mendirikan khemah memerlukan tenaga berkumpulan untuk menghasilkan khemah yang kemas, utuh dan kuat

Dalam contoh yang lain, Admin masih ingat di suatu insiden semasa suatu program pelajar di Asia Camp. Para peserta diberikan seutas tali panjang dan kertas majong. Tugasannya ialah menggerakkan kertas majong berkenaan mengikut arah yang diberikan oleh ketua fasilitator menggunakan tali yang diberikan. Setiap ahli perlulah memegang hujung tali dan kertas majong tidak boleh terjatuh ke lantai.

Para pelajar sedang menunggu arahan seterusnya bagi aktiviti tugasan riben dan kertas majong

Tugasannya nampak mudah dan ‘doable’. Namun, ia memerlukan kesepakatan tindakan setiap ahli dan arahan seorang ketua untuk menggerakkan dan merancang strategi tindakan. Di sinilah pentingnya sifat kepimpinan bagi setiap ahli. Kepimpinan untuk mendengar arahan dan menggerakkan keseluruhan pasukan.

Dalam suatu insiden yang lain yang melibatkan pelajar-pelajar perempuan dari SK Kementah yang berhadapan dengan situasi kecemasan ketika menyiapkan tugasan ‘day-walking’. Arahan yang diterima ialah setiap ahli haruslah menyiapkan tugasan yang diberikan bersama-sama dan melalui setiap ‘check-point’. Salah seorang ahli dalam kumpulan pelajar SK Kementah ini terluka kakinya selepas melalui beberapa check-point. Fasilitator telah dihubungi dan pelajar berkenaan akan dibawa keluar untuk dirawat. Namun begitu, ahli kumpulan yang lain menolak dan menawarkan diri untuk mengiringi sahabat mereka ini bagi menyiapkan tugasan dengan tagline, “setiap ahli harus melalui check-point”. Pelajar yang sakit itu juga sanggup  bersama-sama kawan-kawannya untuk mengharungi perjalanan di setiap check-point bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Suatu keputusan yang yakin dan jelas matlamat serta tindakan yang menyentuh jiwa. Nilai persahabatan dan kebersamaan dalam mengharungi ujian di dalam kem.

Salah satu ‘check-point’ yang harus dilalui peserta ialah ‘obstacle course’. Aktiviti ini memerlukan ketahanan dan kerjasama semua ahli untuk menjayakan tugasan.

Konklusinya, kemahiran sifat kepimpinan ini terbina secara berjemaah, bersama-sama, dan wujudnya kerjasama di antara dua pihak atau lebih. Makanya, ia haruslah disemai secara berterusan dan melalui modul yang berkualiti.

Inilah kualiti yang cuba dijaga oleh kami di Asia Camp. Kami sentiasa memastikan modul yang berkualiti itu adalah seiring dengan fasiliti atau kemudahan tempat yang ditawarkan dan dilengkapi dengan kekuatan fasilitator dan para pelatih modul yang berpengalaman. Mudah-mudahan dengan sedikit usaha ini, kita mampu melahirkan generasi pemimpin negara yang berkualiti dari segi intelektual dan kekuatan modal insannya yang lain.

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Hubungi wakil kami untuk tempahan dan quotation harga sekarang!

SURVIVAL COOKING DI HUTAN

Skill kedua yang penting dan perlu ada adalah survival cooking. Pentingnya survival cooking ini kerana ketika perkhemahan di hutan, makanan yang dimasak itu mampu dimakan dan memberikan tenaga kepada para peserta untuk menjalankan tugasan perkhemahan yang lain.

Terdapat dua asas penting yang perlu dikuasai pelajar dalam menguasai survival cooking skill di hutan.

1) Survival cooking dalam menggunakan segala bahan atau peralatan yang ada untuk menyiapkan ‘task’ memasak

Contoh yang boleh kita lihat dalam gambar di bawah, para peserta menggunakan cooking pot (yang berbentuk segi empat) sebagai besen basuh, isian bahan masakan, sebagai pot memasak, papan memotong, menggoreng dan menumis, selain turut menjadikan pot berkenaan dan daun-daun hutan sebagai ‘pinggan’ dan ‘cawan’ untuk keperluan hidangan dan sajian. Para peserta juga menggunakan buluh sebagai bekas menanak nasi dan simpanan stok bekalan air. Survival cooking para peserta di sini merupakan adaptasi dan transformasi bahan kepada sesuatu yang kreatif dan berguna untuk perkhemahan di hutan.

Alhamdulillah, dengan kemahiran survival cooking sebegini para peserta kita mampu menikmati hidangan dan kenyang di hutan. Cuba kita bayangkan, jika ketiadaan survival cooking untuk bertransformasi, para peserta akan membawa segala keperluan dan alatan memasak seperti memasak di dapur rumah. Segala besen-besen khas untuk sayur, ikan, bahan penumis dan lain-lain adalah berasingan. Periuk kuali untuk masakan sayur dan lauk-pauk juga berasingan. Bukankah akan menyebabkan pemberatan beg muatan dan melambatkan proses memasak di hutan? Itu pentingnya untuk keluar dari ‘comfort zone’, perlahan-lahan membina kemahiran survival cooking dan belajar untuk lebih berdikari, mampu tiruvasi dan fleksibel.

2) Survival cooking dalam kemampuan teknikal memasak

Kemahiran survival cooking di sini lebih kepada aspek teknikal yang merangkumi kebolehan para peserta untuk menghidupkan api dan mengawal api dari padam. Kemampuan dan kreatif menggunakan bahan yang ada sebagai ganti, tidak berguna jika bahan tidak boleh dimasak. Masakan dapat dimakan nasinya jika berasnya tidak dimasak? Jadinya, pengetahuan asas bagaimana untuk menghidupkan api itu penting bagi membolehkan bahan-bahan makanan dimasak sebaiknya, mampu mengenyangkan dan tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan para peserta. Langkah asas untuk menghidupkan dan mengawal api ini adalah tips dari http://01serembantimur.blogspot.com/p/persediaan-1.html :

i) Menggunakan ranting- ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan menghalang kelancaran pembakaran.

ii) Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak.

iii) Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun daun-daun kering.

iv) Tindihkan kayu yang bersaiz besar apabila api mula menyala. Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan peredaran udara.

v) Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

Nah, inilah 2 pengetahuan asas dan kemahiran yang perlu ada dalam survival cooking skill di hutan. Apapun, jom kita tengok menu-menu masakan di hutan yang dihasilkan oleh para peserta kita di Asia Camp. Sangat melelehkan air liur dan pastinya yummy sekali dengan pakej perut yang sudah berkeroncong lapar!

Menu 1: Nasi ayam kuning special de banana leaf
Menu 2: Cokodok kawah daun hijau
Menu 3: Opor ubi dan nasi rebung
Menu 4: Appetizer buah berangan bersama kuih bakar istimewa
Menu 5: Jemput-jemput ubi bersama kelapa dara KKB
Menu 6: Sandwich telur special de’ palas bersama ikan bakar daun kunyit

Wah, menarik sangat aneka masakan lauk-pauk hutan adik-adik peserta kita di Asia Camp ini. Terbaik buat adik-adik peserta sekalian! Kalian adalah chef sebenar buat diri! Moga skill ini bermanfat dan berguna untuk survival di masa hadapan.

“Give an applause to yourself”

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Perkhemahan Unit Beruniform 2019 – SK Putrajaya Presint 8(1)

Assalamualaykum semua!

Salam sejahtera. Kebetulannya semalam, Admin lalu-lalang melawat status whatsap di phone. Admin terjumpa status kenalan guru dari sekolah yang pernah menyertai kem perkhemahan unit beruniform di Asia Camp Kuala Kubu Bharu pada April 2019 yang lepas. Guru tersebut dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) yang telah membawa seramai 118 orang murid  sekolah untuk program Perkhemahan Unit Beruniform 2019 pada 12 hingga 14 April lepas.

Beliau bertanya secara rawak tentang kekosongan kem untuk cuti sekolah bagi penggal yang seterusnya. Walaupun beritanya sudah agak basi, namun beliau dan rakan guru yang lain katanya sangat berpuas hati dengan servis dan modul yang kita laksanakan di Asia Camp untuk kem perkhemahan unit beruniform yang lepas. Anak-anak muridnya rata-rata sangat seronok, dan para guru juga sangat teruja untuk datang lagi di lain kali. Apa yang paling menggembirakan ialah, keselamatan para pelajar SK-nya sangat terjamin dan penuh dengan ‘safety procedure’ ketika aktiviti-aktiviti water confident. Hal ini dizahirkan dengan kecukupan jaket keselamatan yang disediakan oleh pihak kem buat setiap pelajar dan para guru. Aktiviti water confident ini menyebabkan anak-anak murid lebih ‘enjoy’ yang terisi dengan ilmu baru ketika di dalam air, bukan setakat bermain air semata-mata!

Panorama keluasan kawasan di Asia Camp ~ sesi briefing bersama komandan pelatih sebelum memulakan aktiviti

Keluasan tanah dan kepelbagaian sumber aktiviti menyebabkan aktiviti yang dilaksanakan di Asia Camp penuh dengan warna dan kenangan indah. Alhamdulillah, seronok sangat Admin mendengar testimoni yang super-duper awesome dari wakil guru ini. Walaupun maklum balasnya sedikit lambat, maklumlah selepas perkhemahan beruniform tersebut, kebanyakan sekolah sibuk dengan ujian pentaksiran dan bersiap-sedia untuk menempuh bulan Ramadan. Tak mengapa cikgu, kami faham 🙂

Hujungnya, cikgu tadi berkongsi sedikit sebanyak gambar-gambar dari lensa galeri sekolah mereka. Katanya beliau dan rakan-rakan kini sedang survey program dan modul untuk kem kepimpinan dan motivasi pendidikan buat para guru sekolah pula. Alhamdulillah.

Para pelajar belajar mengapungkan diri secara santai dan lebih yakin diri
Antara aktiviti ‘water confident’ melibatkan rintangan air
Pertandingan tata hias dan kebudayaan yang berasaskan suratkhabar

Moga dimudahkan urusannya dan berjumpa lagi kita di Asia Camp nanti ya cikgu!

Keseluruhannya, pihak cikgu tadi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik. Syukur Alhamdulillah!

Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan cikgu!

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

kem unit beruniform

Kem Unit Beruniform

 

INGINKAN PAKEJ KEM HARGA BERPATUTAN

TEMPAT SELASA DAN MENCABAR?

Kem unit beruniform?
Kem kepimpinan?
Kem motivasi?

Ramai tidak dapat hadir Sertai kem unit beruniform atau kem motivasi kerana kos mahal?

Kami sedia bantu.

Di akhir kem unit beruniform disini, peserta akan dapat:

  • Memahami kepentingan semangat kerjasama diantara satu sama lain.
  • Membentuk disiplin kendiri setelah 3 hari 2 malam terasing dengan keluarga.

Pakej lengkap kami meliputi:

Penginapan katil single

Siap almari(bukan double decker)

  • Makan 12 kali
    Hari 1:makan Malam,minum Malam
    Hari 2:sarapan pagi, makan tengahari, makan Malam, minum Malam
    Hari 3: sarapan pagi, makan tengahari

Aktiviti penuh

  • Hari pertama : Ice breaking, mind setting, taklimat keselamatan dan kesihatan, kraf perkhemahan ,etika perkhemahan dan night walking.
  • Hari kedua : Senamrobik/kawad kaki, asas ikatan tali-menali, masakan rimba, exolorace, asas pertolongan cemas, asas menyelamat, berakit dan persembahan kebudayaan.
  • Hari ketiga : Senamrobik/kawad kaki, jungle trekking/flying fix dan majlis penutup.

Boleh juga diisi dengan slot kepimpinan@motivasi@sahsiah.

Kami gandakan keseronokan dengan pengisian objektif program, pegawai kami amat menitikberatkan penyampaian yang membolehkan peserta belajar sesuatu disini.

Setiap aktiviti kami akan isikan mengikut prinsip “from experience to learning”. Oleh itu, peserta tidak semata-mata seronok menghadiri kem kami. Bahkan, mereka pasti akan mempelajari elemen kem unit beruniform dengan lebih baik dan mendalam.

Elemen Latihan

Elemen ini termasuklah:

  • Kerjasama ketika berada di dalam kumpulan : Ini boleh dilihat ketika aktiviti mencabar dilakukan seperti asas masakan rimba, asas pertolongan cemas dan asas ikatan.

 Kesemua aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan sekaligus memudahkan jurulatih memindahkan pengalaman yang diterima peserta kepada pembelajaran yang seronok.

  • Disiplin diri walaupun di di luar zon selesa : Peserta yang duduk di dalam dorm dengan kemudahan minimum membolehkan sesi pembelajaran melibatkan penampilan diri disusun dengan lebih mudah.

Semua aktiviti harian pelajar tanpa melibatkan keluarga akan membolehkan pelajar memahami kepentingan disiplin diri dengan lebih baik.

Kelebihan lain

Apa yang tuan/puan akan dapat disini:

  • Parking luas. 400 kereta boleh masuk
  • Dewan tertutup yang selesa
  • Tandas yang banyak(150 unit)
  • Panorama indah(di kaki bukit)
  • Kem bersebelahan Sungai, bebas dari aktiviti awam.
  • Keselamatan terjamin sebab di pagar rapi seluruh kem. Hanya ada 1 pintu dihadapan untuk laluan utama.
  • Padang kawad sebesar padang bola sepak untuk aktiviti

Klik disini untuk info tentang kursus>>