Tempat Persinggahan Untuk Rekreasi Alam | AsiaCamp
Kita sedia maklum akan kaitan rekreasi dan pengaruhnya kepada minda dan jiwa seseorang individu. Aktiviti rekreasi alam seringkali mendatangkan kesihatan yang baik kepada tubuh badan manusia. Sekaligus, tubuh badan dan fizikal yang aktif ini mampu menghasilkan minda yang cerdas dan jiwa yang tenang kepada individu berkenaan.
Memahami keperluan inilah, kami di Asia Camp bersifat lebih terbuka dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan. Kami tidak hanya menyasarkan para pelanggan kami kepada kumpulan-kumpulan pelajar, korporat mahupun individu yang memerlukan modul pembinaan diri dan kepimpinan semata-mata. Namun, kami juga turut menyediakan perkhidmatan rekreasi alam dengan pakej umum kepada kumpulan masyarakat yang berminat.
Melalui portfolio kami pada siri-siri yang lepas, terdapat juga kumpulan masyarakat yang hanya mahukan pakej rekreasi alam semata-mata. Kumpulan pelanggan seperti ini fokus utamanya adalah seperti berikut;
- Mencari tempat persinggahan rekreasi yang best sebagai tempat berhibur
- Mencabar diri dengan bersukan aktif dalam suasana alam di AsiaCamp
- Sebagai satu pakej ‘escape plan’ dan tempat pelancongan untuk beriadah dan menenangkan diri bersama rakan-rakan ataupun seisi keluarga

Aktiviti rekreasi sebegini yang pastinya mewujudkan ‘happiness’ di jiwa dan meleraikan stress
Secara umumnya, inilah aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bagi mereka yang ingin mendapatkan kelainan dengan pakej melancong sambil berekreasi di AsiaCamp di Kuala Kubu Bharu ini;
- Sukan kayak di jeram sungai
- Aktiviti membina rakit dan berakit
- Jungle trekking dan kembara rimba
- Sukan abseiling dan flying fox
- Sukan memanah
- Campfire dan Bonfire
- Trustfall jumping
- Camping & survival cooking

Sukan abseiling dan flying fox yang mengujakan turut tersedia

Sukan kayak di jeram sungai merupakan antara aktiviti rekreasi air yang diminati oleh pelanggan di AsiaCamp

Sukan memanah yang menguji kekuatan tangan juga terdapat di sini
Oleh itu, bagi mereka yang mencari-cari tempat rekreasi yang best di sekitar Lembah Klang, bolehlah datang berkunjung dan mencuba sendiri aktiviti-aktiviti rekreasi yang disediakan di AsiaCamp di Kuala Kubu Bharu ini. Tapi, pastikan dulu anda membuat tempahan ya! Tempahan boleh dibuat di nombor yang tertera di bawah.

Asas tentatif program ini penting untuk memastikan para peserta merasa seronok dan sentiasa bermotivasi sepanjang kem ini dijalankan. Selain daripada itu, adalah penting juga kepada setiap penganjur untuk menitikberatkan aspek
Asas tentatif program ini juga perlu dikaji selidik dengan baik oleh para penganjur. Selingan aktiviti-aktiviti outdoor dan indoor yang menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta juga adalah perlu bagi mengelakkan kem tersebut menjadi hambar dan membosankan.
Pihak penganjur juga pasti tidak terlepas dengan sesi ceramah. Justeru, dalam slot ceramah ini juga pelbagai faktor yang perlu diambil berat oleh penganjur. Pemilihan penceramah yang mampu menceriakan suasana dan pandai mengambil hati para peserta adalah sangat penting sepanjang program berjalan. Isi ceramah juga perlu disemak supaya tidak menyimpang jauh daripada objektif program. Sebagai contoh, sekiranya kem yang dianjurkan bertemakan kem bina semangat, maka ceramah yang disampaikan perlulah menyentuh tentang psikologi seseorang dan cara terbaik dalam pengurusan masa.
Semasa latihan perbarisan, seorang konduktor akan berada di hadapan barisan dan mengetuai perbarisan di samping memberikan arahan kepada ahli pasukan tentang bagaimana cara pergerakan mereka dan juga ke mana hala tuju mereka. Sebagai contoh antara laungan yang sering kita dengar adalah seperti “dari kiri hentak kaki” dan “SEDIA”.
Jelas kawad kaki melatih displin setiap anggota badan beruniform untuk memastikan mereka menepati ciri-ciri kawad kaki dan perbarisan yang sempurna. Selain daripada kedudukan dada dan dagu yang dinyatakan di atas, dalam keadaan SEDIA juga, ahli pasukan badan beruniform tidak boleh bergerak dalam apa jua bentuk sekalipun. Ini bermaksud mereka dilarang untuk menggosok badan, menggaru, menampar dan sebagainya semasa dalam keadaan SEDIA.






Dokumen ini boleh dijadikan salah satu bukti di mahkamah yg menunjukan bhw pihak penganjur sememangnya komited terhadap aspek2 risk mgmt dlm aktiviti yg dianjurkan & salah kaedah utk defend diri sendiri dari sebarang tindakan saman dari peserta (kalau ada).










