Artical, Camp, clients, Hobbies, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote

KEPENTINGAN ILMU PERTOLONGAN CEMAS

Ilmu pertolongan cemas adalah rawatan segera dan hanya bertujuan untuk sementara yang diberikan oleh petugas kepada seseorang yang ditimpa kemalangan atau kecederaan, sebelum pesakit tersebut di bawa ke hospital atau sebelum ketibaan petugas keselamatan. Dalam kem-kem perkhemahan badan beruniform yang diadakan di Asia Camp, asas kepada ilmu ini akan diajar dan dipraktikkan kepada semua peserta sebagai salah satu asas kemahiran hidup.

Rawatan pertolongan cemas adalah bertujuan untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Selain itu ia juga dapat menjaga kesihatan pesakit daripada menjadi lebih teruk atau kritikal di samping bertujuan untuk membantu dalam menyegerakan proses penyembuhan.

Ilmu pertolongan cemas ini umumnya mengandungi tiga perkara penting iaitu yang pertama menentukan punca dan jenis kesakitan atau kecederaan. Yang kedua adalah memberikan rawatan dengan kadar segera dan yang ketiga adalah mengatur pesakit untuk terus di bawa ke klinik atau hospital berdekatan.

Semasa dalam latihan para peserta akan diingatkan supaya sentiasa tenang dan berhati-hati semasa mengendali proses ini. Ini kerana adalah penting kepada para peserta untuk sentiasa memahami bahawa di samping menjaga keselamatan pesakit, keselamatan mereka juga harus diberi keutamaan bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi.

Para peserta akan diajar dengan lebih mendalam cara-cara untuk mengendalikan pesakit yang pengsan misalnya dalam ilmu pertolongan cemas ini. Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah melonggarkan pakaian pesakit di bahagian leher, dada dan  pinggang untuk memastikan pesakit mendapat pengudaraan yang cukup dan udara yang bersih. Sekiranya terdapat sebarang kotoran di mulut dan muka pesakit seperti darah, maka pasukan penyelemat haruslah membersihkan kotoran tersebut.

Selain itu juga, peserta kem akan diajar cara untuk menenangkan pesakit dan memberikan kata semangat supaya mereka tidak berasa tertekan dan gemuruh. Pesakit juga harus dielakkan daripada dikerumuni oleh ramai orang yang akan memberikan rasa kurang selesa kepadanya terutama kepada pesakit wanita. Selain itu juga, yang paling penting peserta perlu segera memberitahu keluarga atau waris terdekat pesakit tentang kondisi pesakit. Perkara-perkara di atas adalah asas kepada ilmu pertolongan cemas yang diajarkan di kem motivasi Asia Camp dan semoga ia terus menjadi ilmu yang dapat digunakan untuk kebaikan bersama.

Jangan pernah merasa malu atau ragu untuk membuat kebaikan. Jika kita berasa ragu dan malu sampai bila-bila pun kita tidak akan maju – Joko Widodo

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *