Artical, Camp, Kem Latihan & Rekreasi, Motivation Quote, sembang santai rekreasi, Team Building

ASAS TENTATIF PROGRAM – TIPS MENGADAKAN KEM

Asas tentatif program adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh kepada bakal penganjur kem-kem motivasi. Ia berkait rapat dengan cara menentukan dan membentuk jadual supaya bertepatan dengan objektif kem tersebut. Keselesaan para peserta juga perlu diambil kira semasa menentukan tentatif dan program tersebut.

Perancangan aktiviti yang baik dan lancar akan menjadi nadi kepada kejayaan sesebuah kem motivasi dan sangat memberi impak kepada para peserta. Justeru, semasa perbincangan dalam menentukan semua aktiviti dalam program kem motivasi ini, adalah penting dalam pasukan untuk melibatkan semua pihak bagi mengelakkan salah faham dan pertikaian pendapat di kemudian hari.

Asas tentatif program ini penting untuk memastikan para peserta merasa seronok dan sentiasa bermotivasi sepanjang kem ini dijalankan. Selain daripada itu, adalah penting juga kepada setiap penganjur untuk menitikberatkan aspek nilai-nilai murni dan sahsiah diri dan kumpulan  dalam setiap aktiviti tersebut bagi mengelakkan aktiviti menjadi sia-sia.

Secara umumnya, tempoh masa untuk menjalankan kem motivasi adalah berbeza-beza mengikut keperluan sesuatu program tersebut. Tempoh masa juga memainkan peranan yang penting dalam mencapai objektif program. Tempoh masa yang terlalu singkat akan mengakibatkan banyak maklumat gagal disalurkan dengan baik, manakala tempoh masa yang terlalu panjang pula akan menyukarkan para peserta untuk hadir dan mengganggu urusan peribadi.

Asas tentatif program ini juga perlu dikaji selidik dengan baik oleh para penganjur. Selingan aktiviti-aktiviti outdoor dan indoor yang menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta juga adalah perlu bagi mengelakkan kem tersebut menjadi hambar dan membosankan.

Pihak penganjur juga pasti tidak terlepas dengan sesi ceramah. Justeru, dalam slot ceramah ini juga pelbagai faktor yang perlu diambil berat oleh penganjur. Pemilihan penceramah yang mampu menceriakan suasana dan pandai mengambil hati para peserta adalah sangat penting sepanjang program berjalan. Isi ceramah juga perlu disemak supaya tidak menyimpang jauh daripada objektif program. Sebagai contoh, sekiranya kem yang dianjurkan bertemakan kem bina semangat, maka ceramah yang disampaikan perlulah menyentuh tentang psikologi seseorang dan cara terbaik dalam pengurusan masa.

 

Waktu adalah terhad. Jangan bazirkannya untuk kehidupan orang lain – Steve Jobs

Klik disini untuk artikel seterusnya>>

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *